Tuesday 29 April 2008

"Alhamdulillah"

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita yang perlu kita bersyukur. Namun sepatutnya kita harus sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.

Hari ni saya rasa bersyukur atas beberapa perkara dan nikmat yang Allah kurniakan dan permudahkan buat saya.

Satunya...setelah asyik menangguh-nangguhkan kerja...Procrastination...dalam mengisi borang BE suami saya..hari ni awal-awal pagi saya luangkan juga masa saya untuk membuatnya. Memang inilah kerja saya setiap tahun..bukan kerja mengisi saja, tapi kerja menangguhkan kerja hingga saat akhir..memang amalan buruk saya. Memang risau juga kalau tak dapat submit online, sebab bila last minute banyak perkara akan menjadi halangan.

Alhamdulillah, pagi tadi just before subuh, borang tu dah dapat diisi dan dihantar online, and also tak perlu bayar instead ada la sikit lebihan bayar. Alhamdulillah.

Semalam pula saya dan keluarga telah berpeluang berjumpa dengan sahabat dan jiran dekat kami Sdr Zahir Hasan dan keluarga yang baru pulang setelah berada di Pakistan selama satu setengah tahun. Kami semua berjumpa dan makan di restoran Malaya Char Koew Teaw..di Setiawangsa. Hhmm..memang sedap char koew Teaw basahnya. Habis satu pinggan besar dan saya juga terpaksa menghabiskan sepinggan lagi makanan anak saya Asiah.
Dalam hati berfikir.."Tak boleh jadi ni..esok mesti exercise lebih sikit".
Apa tidaknya sebab sebelum itu saya dah berkata dalam hati yang saya tak akan mengambil makan malam pada malam tersebut sebab saya dah makan di luar sebanyak dua kali, tengaharinya bersama suami di JJ dan petangnya bersama kawan, Cikgu Laila, makan di Kluang Station ketika menemaninya membeli barangan rumah.
Tiba-tiba saya menerima sms dari seorang kawan lagi.."Jom g swimming pagi esok di rumah Kak N"...saya pun bertanya balik " What time..."..dapat jawapan.."7.30am to 9.30am". Dalam hati berkata.."alamak waktu puncak ni"..sebab waktu tu la sibuk dengan kerja rumah dan pukul 10.30 pula kena keluar hantar anak ke sekolah.
Tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, saya membalas sms "InsyaAllah akan pergi if dapat settle kerja rumah malam ni".Sebenarnya dalam hati terfikir.."Alamak borang BE tak buat buat lagi"
Alhamdulillah, pagi tadi saya berjaya juga mengatasi halangan dan dapat pergi ke rumah Kak N yang jauhnya hanya dalam 8 minit perjalanan bersama 2 orang anak perempuan saya, Asma' dan Asiah. Dapatlah kami berendam dan berenang sepuas hati.
Alhamdulillah, dengan segala nikmat dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah untuk seseorang, seseorang itu tidak pula lokek malah membuka pintu rumahnya dan hartanya untuk kegunaan orang lain. Bukan ramai orang yang mampu memiliki sebuah kolam renang malah bukan ramai orang yang mudah untuk pergi dan menggunakan sebuah kolam renang. Kak N memang membenarkan kawan-kawan, jiran, dan saudara mara menggunakan kolam renangnya mengikut waktu yang telah ditetapkan. Pagi tadi saya pergi bersama beberapa orang ahli Wanita JIM Gombak. Hari mereka ialah setiap hari Selasa dan Khamis. Sebelum ini saya telah beniat untuk pergi bersama beberapa ahli JIM Ampang Jaya yang masa mereka ialah pada hari Jumaat pagi.
Sebelum saya beredar tadi Kak N memberitahu yang selepas kami, akan ada satu kumpulan anak-anak lelaki dari sekolah Tahfiz pula yang akan menggunakan kolam tersebut. Jadi kami perlu pastikan yang kami tidak tertinggal barangan peribadi yang tak sepatutnya kelihatan di sana-sini.:)
Alhamdulillah juga, kerana ada seorang kakak yang bertaraf instructor bersama kami yang sudi mengajar kami berenang, jadi dapatlah saya memperbetulkan gaya swimming dan dapat berenang dengan lebih baik dan pada jarak yang lebih jauh lagi. Alhamdulillah.
Sebelum pulang saya sekali lagi bertanya pada kawan yang bersama saya, "kena bayar ke tak?"..jawabnya.."kak N kata tak payah.."....."Kak U pula yang ajar swimming tu?"..."Kak U pun kata tak payah bayar juga"...Subhanallah...Alhamdulillah...bersemangat saya untuk datang swimming lagi. Percuma, tempat yang selesa tidak jauh dari rumah dan pada masa yang sangat sesuai. Alhamdulillah.
Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. Balik rumah kemas serba sedikit lepas tu hantar anak ke sekolah. Cadangan asal ialah nak ke bank atas urusan menyimpan duit sumbangan yang diterima ke dalam akaun GMI, tapi mata dah asyik nak tertutup dan badan terasa sangat letih, terus balik ke rumah..sempat juga ampai kain, then terus merebahkan badan tanpa sebarang gangguan. Alhamdulillah......
"Dan berinfaklah dengan sebahagian dari apa yang telah Kami kurniakan kepadamu, sebelum datang kematian salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, 'Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Al-Munafiqun:10)

6 comments:

Anonymous said...

Kak mana rumah tu? Nak gaklah pergi,dekat rumah mak I ke ? I know there's one house at Jalan Ubin ada pool.

ummu asiah said...

Ish..ish ummi ni..dari dalam bilik pun dah boleh nampak pool kat bawah. Tak payah gi jauh2 pun.

Anyway..jomla if nak g..let me know..cuma timenya offc hrs la pulak.

Tak perasan ada rumah yg besar2 yg ada pool kat situ. ye la semua rumah besar pun bertutup rapat pagarnya.

Semalam sakit2 jugak bdn..sakan sgt berexercise.

silversarina said...

Alhamdulillah , baiknya kak Nor tu.... murah rezeki dia.

silversarina said...

salam,

boleh tau emel ummu atau sudi emel pada saya di silversarina@yahoo.com... akak ada benda nak tanya sikit.

Neeza Shahril said...

Alhamdulillah...
jarang ada orang baik hati macam tu kan kak. Itu pun salah 1 cara sedekah juga kan..
Neeza jugak yang tak reti berenang.. takut sangat nak belajar. Takut air masuk telinga.. hehhee..

ummu asiah said...

Kak Rina n Neeza

itulah tak rugi lansung untuk orang yang murah hati ni. lagi Allah lapangkan hati dan hidup kita.

Bukan senang orang yg sanggup korbankan hartanya untuk orang lain. Swimming pool mmg renyah nak maintain n must be expensive.

Neeza...senyum pun sedekah kan..neeza kan selalu tersenyum.

Buangkan rasa takut tu..once kita dah tahu swimming...memang seronok sungguh rasanya.tak de lah dok berendam dlm air tunggu anak mandi saja..