Friday 11 April 2008

Ingin membantu usaha kami?

GMI telah berjaya mengadakan satu sidang media bertempat di Selangor Chinese Assemby Hall. Sidang Media ini bertujuan untuk melancarkan kempen terkini GMI dalam usaha membebaskan kesemua tahanan ISA di Kem Kamunting terutama sekali mereka yang telah ditahan selama 6 tahun. 'KEMPEN BEBASKAN TAHANAN 6 TAHUN-ISA' Bertemakan "Cukuplah 6 Tahun Mereka Dizalimi."

Ini adalah sebahagian dari usaha kami di GMI untuk membantu membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan tanpa dibicarakan sehingga tempuh 6 tahun dan mungkin akan ditambah lagi.

Menurut statistik terkini GMI yang diperolehi daripada sumber ahli keluarga tahanan, pada tahun 2008 ini, seramai 10 tahanan akan cukup tempoh 6 tahun penahanan mereka. Kesemua tahanan ini ditahan tanpa dibicarakan. 5 orang tahanan telahpun dilanjutkan penahanan mereka untuk dua tahun berikutnya menjadikan semuanya lapan tahun.
Kesemua tahanan ISA ini terus menerus ditahan, dan tempuh tahanan mereka terus disambung setiap habis tempuh 2 tahun. Tiada sebarang bukti akan kesalahan mereka yang telah dikemukakan oleh pihak pemerintah. Keluarga tahanan terus menerus menantikan hari pembebasan suami dan ayah mereka yang tidak diketahui entah bila akan dibebaskan. Anak-anak terus terseksa dan dizalimi. Merekalah mangsa yang paling dizalimi dalam kes ISA ini.

Terlalu banyak kisah duka yang perlu mereka lalui..anak-anak terdera jiwa mereka lantaran kehilangan kasih sayang seorang ayah hingga ada diantara mereka yang mengalami masalah jiwa..ibu-ibu dan ayah-ayah tahanan ISA yang telah tua..ramai yang menderita merindui kepulangan anak yang disayangi hingga ramai yang menghembuskan nafas yang terakhir tanpa sempat menatap wajah anak-anak mereka. Apa lagi isteri-isteri tahanan yang bukan sahaja perlu menanggung beban perasaan jiwa dan fizikal namun terpaksa menanggung beban membesarkan anak-anak dan mencari nafkah tanpa bantuan dari pihak yang berwajib.

Oleh itu marilah bersama-sama kami membantu menjayakan kempen ini bagi memastikan kesemua tahanan ISA ini dibebaskan dengan segera dan ISA dimansuhkan dengan segera agar tidak ada lagi rakyat Malaysia yang akan dizalimi oleh akta yang zalim ini.

Banyak peluang untuk anda menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim yang berjuang menentang kezaliman. Sebagai Muslim kita juga bertanggungjawab untuk membantu mereka yang dizalimi dan juga membantu mereka yang membuat zalim iatu dengan menghentikan mereka dari terus menerus membuat kezaliman.

Mudah sahaja....Sila lawati website http://www.suaram.net/ Sila klik di ruangan Letter Signing Marathon. Anda hanya perlu print, tandatangan dan hantar surat tersebut, ataupun boleh juga hantar online..atau jika anda lebih kreatif..ciptakan surat anda sendiri dan hantar kepada pihak yang berwajib.

Ada lagi beberapa events dalam bulan April ini sehingga ke bulan Jun. Antara kempen yang akan dijalankan oleh GMI ialah 'Letter Signing Marathon/ Petition On-Line'yang bermula sepanjang April ini, kempen poskad (Mei), mogok lapar dan 'vigil' (Jun).

InsyaAllah saya akan teruskan update dengan program-program di atas.

Sekian. Terima Kasih.

5 comments:

NURAZZAH8 said...

salam ummu asiah,
InsyaAllah semoga Allah permudahkan usaha kalian. Sungguh murni sekali usaha2 yg kalian lakukan...teruskan perjuangan..

(eh, dlm n3 sebelum ini, u kata kawan my cousin....cousin yg mana satu ni ya???

cikMilah said...

Assalamualaikum Ummu Asiah,
salam kenal, bloghop from Silversarina. Saya hormati usaha puan dan berdoa semuga usaha murni ini di permudahkan. Mohom izin link ke blog saya..

Edward Ott said...

Assalam Alaikum

maklang said...

Doa2 maklang semuga usaha Ummu asiah akan berjaya..InsyaAllah...

ummu asiah said...

azzah8
hope saya tak salah..hamiza namanya sama sekolah sas girls. diala mentiond abt azzah8 and zlaa's blog 2 us. Mula dari tu lah saya kenal dunia blog and started bloghopping from the list in yr blog and zlaa,s. Tu lah sejarahnya.

cikmilah,
salam kenal kembali. Terimakasih sudi bertandang. No problem silakan, dapat ramai kawan baru lagi..dan dapat kita sama-sama sebarkan dan kongsikan maklumat berguna dan pengalaman berharga untuk kebaikan bersama.

Mak Lang
Terimakasih..pada semua juga..sebenarnya ini adalah usaha kita bersama untuk meleraikan kezaliman yang membelenggu rakyat malaysia yang tak bersalah atau tidak dibuktikan kesalahan mereka. Dalam Islam juga melarang seseorang ditahan tanpa dibicarakan.Inilah dasar perjuangan GMI..tidak kira apa bangsa dan agama.