Wednesday 23 April 2008

"kerja apa ya saya ni??"

Hari ni, semalam dan kelmarin agak sibuk...entah apa yang disibukkan sangat. Ini pun sampai rumah, sempat ampai kain at 12.30 tgh. Switch on PC, check emels, reply apa yang patut, buka blog and blog hop..tinggal kan komen pada kawan2. Then lepas ni I have to be di rumah Kak Aliza di Sri Ukay at 1.50pm. Ada wartawan dari Indonesia nak datang interview isteri tahanan ISA 6 tahun, 2 orang dari mereka, suami mereka ialah rakyat Indonesia. Kedua suami mereka telahpun dilanjutkan tempuh tahanan mereka menjadi 8 tahun . (gambar disertakan, isteri2 tahanan dan anak mereka)

Saya perlu hantar original sketches oleh tahanan ISA tentang cara mereka diseksa semasa dalam tahanan 60 hari. Wartawan ini akan cuba buat coverage mengenai isu ISA untuk dihebahkan di negara mereka. Sekitar tahun lepas telah ada beberapa orang tahanan ISA warga Indonesia telah dihantar pulang ke negara mereka. Di sana mereka telah dibebaskan sepenuhnya. Namun kerajaan Malaysia masih terus menerus menahan mereka-mereka yang lainnya.

Tajuk saya ialah "kerja apa saya ni??'..sebab selalunya orang akan bertanya saya "kerja apa"..jawapan yang saya berikan "suri rumah"...jawapan apa yang bagus untuk saya berikan ya???
Alamak dah 1.38pm, dan saya masih di depan PC....okay I have to go now...jumpa lagi..InsyaAllah.

7 comments:

zlaa said...

Salam Chit. Boleh tahu atas kesalahan apa rakyat Indonesia tu ditahan? Mungkin bila dibebaskan dan pulang ke Indonesia, kesalahannya tidak ada kena mengena dengan Indonesia, maka dengan sebab itu mereka dibebaskan sepenuhnya.

Tetapi, setiap kesalahan yang dilakukan di sini perlu-lah dibicarakan. Baru adil.

ummu asiah said...

Tuduhan ke atas depa ni..anggota "Jemaah Islamiyyah". ANtara kesalahan depa ni yang disebut ialah, menghadiri usrah, tamrin dan yg sewaktu dgnnya. Depa ni dikaitkan dengan 'terrorist' yg disebut2 oleh bush n kuncu2 dia.sebenarnya kerajaan msia tahan depa ni just to satisfy kehendak amerika yg mengatakan di msia ada dalam 200 org pengganas.so kerajaan kita terpaksala cekop sesapa saja untuk cukupkan kuota tu.Mmg pada awal pennagkapan ada almost 200 ppl yg dikaitkan dgn JI, KMM, kumpulan militant malaysia including anak Nik Aziz i.e Nik Adli.
so sama saja di mana2 pun dia orang ni tak bersalah dan tak pernah dibuktikan kesalahan mereka. Tapi ISA maknanya Tahan Tanpa Bicara..itu awal2 lagi dah tak sah dan zalim.Di Indonesia, Ustz Abu Bakar Basyir yg dikatakan sebagai ketua 'Jamaah Islamiyyah" dibicarakan tapi didapati tidak bersalah. so maybe lepas tu semua tahanan Indonesia yang dihantar pulang pun dapat rahmat dari perbicaraan tu. But di Msia lain pulak, anak murid Ustaz masih ditahan bertahun2.

silversarina said...

salam,

jawab aje... penghapus kezaliman .. memang itu yang you buat.. teruskan , semoga keadilan bertapak jua di malaysia, hapuskan ISA !!

Neeza Shahril said...

Neeza rasa, kerja akak ni ialan penegak keadilan. Mulia kan kerja tu. Membela nasib anak-anak kecil dan isteri-isteri yang lama dibiarkan sendirian.. Teruskan kak kerja akak ni... Neeza sokong..

ummu asiah said...

Kak Rina...
Thanks for the support...pengahpus kezaliman....terkejut orang yang dengar jawapan tu..

Tapi tu lah, now ni some people memandang kpd status pekerjaan kita. if cakap suri rumah...oohhh...nye tu berbezaa nada...

Neeza...penegak keadilan..InsyaAllah,dan Alhamdulillah..cuba if kita bagi jawapan..kerja kita ACCOUNTANT ke, LAWYER ke...wah dalam hati orang tu mesti kata hebatnya...well...itu pandangan di dunia saja.

Apa-apa pun Kak Rina n Neeza, Moga Allah bagi kita semua kekuatan untuk menegak keadilan dan menghapuskan kezaliman

NURAZZAH8 said...

ummu asiah,

lain kali bila orang tanya kerja apa, jangan cakap "suri rumah"...
tapi cakap "house manager" ...sebenarnya sama saja..tapi kedengaran di telinga orang2 yg keduniaan ini...mcm hebat... dalam bahasa inggeris pulak tu...kan orang2 kalau dengar ckp bahasa inggeris aje...oooo..(nada suara lain lah sikit) ...
pastu di tambah lagi...

"besides become house manager, I'm also a full time financial planner (mmg kita jaga kewangan rumahtangga pun), an accountant, a trainned chef, a social consultant (kitakan konsultant kpd anak2 dan suami), a laywer and also a judge(kita kan selalu mengadili anak2 jika mereka bergaduh ke..atau berselisih faham), in between jobs I'm also a part time driver (driver anak2 ke sekolah etc) and a full time partner to an "engineer" - kalau suami engineer lah ... and always worked until late nights to finish my jobs (hehehe)

kan hebat tuh... mana ada orang yg holds so many jobs like us ... kan ...

I pernah baca somewhere dulu, ada seorang perempuan quit her job, and after so many years duduk rumah jaga dan membesarkan anak2, then bila anak dah besar, dia pun mula nak kerja semula.
so, mula2 bila minta kerja dia tulis dalam resume dia, kerja 'housewife"... after banyak tempat tak dapat ... dia tukar resume dia dan tulis macam kat atas tu....

first time minta kerja dgn resume tu terus diambil bekerja...

ummu asiah said...

Kak Azzah8,
:)), tersenyum lebar saya baca all the suggestions..very inspiring....

Barulah terlopong orang mendengarnya...dunia...dunia...hmm...have to memorize it..:)).

Thank you...thank you..