Sunday 20 April 2008

"Kesian Anak itu"

Pada hari Jumaat, sekitar jam 12tgh ketika baru saya terjaga dari tertidur, tiba2 terdengar suara orang memberikan salam dari luar rumah. Hairan juga, sebab bunyinya sangat dekat. Saya turun ke bawah dan mencari-cari bunyi suara tu. Dari atas tangga saya meninjau-ninjau ke luar, tak nampak pulak sesiapa. Tapi suara bunyi salam tu datang lagi. Rupanya ada seorang anak lelaki umur sekitar 11 tahun menjenguk muka dari tingkap depan. Rupanya saya lupa menutup pagar depan, patutlah suara tu dengar dekat saja.
Sopan anak tu menegur saya, "Makcik tidur ke?..minta maaf ye makcik, ganggu makcik tidur".
Saya jawab " Tak apa..dah bangun pun.Kenapa ni?" tanya saya.
Anak tu menjawab dengan suara yang sedih dan airmata mula mengalir...
" Makcik ada duit empat ringgit lima puluh sen tak?"
" Ada..kenapa"....tanya saya kepada dia.
" Duit saya tu hilang, tercicir kat jalan agaknya"...sambil tangannya memaut pada grill besi tingkap rumah saya dan menunjukkan wang seringgit sahaja di tangannya. Ada juga sekeping kertas, mungkin pesanan dari ibunya untuk senarai barang yang perlu dibeli.
"Dari mana ni, mak tahu tak"...tanya saya lagi kepadanya.
"Mak suruh pergi kedai beli tepung dengan makanan kucing, bila balik duit tu tak ada. Mak marah suruh cari sampai jumpa"..airmata dia terus mengalir.
Dalam keadaan cuaca yang amat terik tu..membuat saya amat simpati kepadanya..terbayang di mata saya anak lelaki saya yang hampir sebaya dengannya..kesihan betul.
"Okay, makcik ada, tunggu sekjap makcik ambil duit tu"...saya pun beredar dan menghulurkan wang RM 5 kepadanya...Cepat-cepat dia ucapkan terima kasih dan terus berlalu...
Hhhmm...terfikir-fikir juga tentang sifat diri sendri yang selalu hilang sabar dan nak marah2 pada anak...tapi apakah kita pernah terfikir apakah setiap kesalahan mereka itu sengaja atau tidak disengajakan atau mungkin akibat kesalahan orang lain. Kesihan anak-anak ini ya..
Moga-moga kita sentiasa boleh bersabar dalam mendidik anak-anak.
Tapi...jauh di sudut hati saya, saya berharap anak ini bercakap benar..dan kejadian itu benar berlaku dan bukan rekaannya semata-mata. Apa-apapun memang saya simpati betul melihat raut mukanya yang amat mengharap belas ehsan dari saya ketika itu.
Sebelum ini saya pernah tertipu dengan seorang lelaki yang datang mengetuk pintu rumah dan meminta meminjam duit RM30 nak baiki keretanya. Katanya abangnya tinggal beberapa rumah dari rumah saya. Nanti dia akan bayar balik. Saya ni entah macam mana begitu percaya..dan memberitahu dia saya cuma ada sekeping RM50. Of coursela katanya tak apa, nanti saya pulangkan bakinya. Saya terus bagi RM50. Dia pergi tak kembali lagi.....:((...jiran yang dikatakan rumah abangnya pun bila saya jumpa mengatakan tak ada adik yang datang ke rumahnya. Kena tipu bulat2.
Mulai dari hari tu..saya memang dah tanam tekad..tak akan buka pintu lagi kalau orang yang tak dikenali datang ke rumah. Kalau kebetulan saya dan anak2 ada di ruang tamu..saya akan bersembunyi di sebalik pintu..dan suruh anak-anak diam sampai orang tu berlalu pergi.
Harap-harap kita tidak tertipu lagi...dan tak ada orang yang datang untuk menipu kita..kalau tertipu pun semoga kita mendapat ganjaran atas niat ikhlas kita untuk membantu orang yang di dalam kesusahan.

2 comments:

Neeza Shahril said...

Kesian budak tu.. kalau betul la dia terhilangkan duit..

Neeza pun macam akak jugak. Kalau orang datang dan neeza tak kenal, neeza buat diam aje dalam rumah. Kalau kebetulan pintu terbuka (grill memang kunci la), neeza menyorok kat dapur. Kalau anak2 terajin sangat pergi sape orang tu, Neeza akan suruh budak2 tu diam aje.. jangan cakap apa2 sampailah orang tu pergi dengan sendiri.

Tapi selalunya memang rumah neeza bertutup litup. Takut dengan orang yang tak boleh percaya ni kan...

ummu asiah said...

Samala kita ya neeza..nak kata takut pun tak..cuma berhati2. Tapi kadang2 anak2 sukar nak faham, depa akan tanya..kenapa atau kata kesian kat orang tu dok tunggu di luar. Nak kena ajar anak2 untuk tidak cepat mempercayai orang yang tak dikenali. Takut sekarang ni..macam2 benda ganas berlaku pada anak2. Malang tak berbau..kena berjaga2 selalu.