Saturday 12 April 2008

Perjumpaan dengan Ketua Pembangkang

Jumaat, jam 3.30 petang, kami dari AJK GMI telah memenuhi temujanji bersama DS Wan Azizah di pejabatnya di Petaling Jaya. Sepejabatlah dengan DSAI. Kali ini lebih ramai AJK GMI dapat turut serta. Semuanya ingin memastikan agar Kak Wan sebagai ketua Pembangkang dapat membawa Isu ISA ke sidang Parlimen yang akan bermula pada 28hb April ini. Semasa pertemuan dengan DSAI, beliau telah meyakinkan kami bahawa isu ISA akan dibawa kerana ianya adalah isu yang sangat urgent memandangkan ianya melibatkan isu Hak Asasi Manusia yang ditahan tanpa dibicarakan bertahun-tahun lamanya.


Kak Wan berbesar hati menerima kedatangan kami dan pada masa yang sama amat bersedih memikirkan tentang adanya tahanan dan keluarga yang terpaksa menanggung penderitaan akibat penahanan ISA. Beliau juga telah merasa keperitan selama 6 tahun bila DSAI juga dipenjarakan.


Alhamdulillah, soalan mengenai isu ISA dan tahanan ISA 6 tahun telah dikemukakan ke Parlimen dan akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang dalam ucapannya. Kami berharap Kak Wan dapat menekankan mengenai fakta bahawa masih ada 70 orang tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting di atas pelbagai dakwaan. 10 dari mereka akan atau telah genap tempuh tahanan selama 6 tahun dan menunggu untuk ditambah lagi ke 8 tahun.


Persoalan pentingnya mengapakah mereka perlu menahan mereka dengan begitu lama hanya untuk mencari bukti kesalahan yang tidak pernah dikemukakan. Sedangkan polis Malaysia dikatakan adalah yang ke 3 terbaik. Mengapa pula mesti ada pembebasan terpilih, di mana ada sesetangah tahanan yang ditahan atas dakwaan yang serupa telah dibebaskan. Banyak lagi perkara yang tidak ada jawapan mengenai isu ISA ini dan Menteri masih mampu mengatakan bahawa semua tahanan tidak boleh dibebaskan yang bermakna masih mengancam keselamatan negara.


GMI akan membekalkan button badge bertemakan "Malaysia bebas dari ISA" kepada semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk dipakai di sidang Parlimen nanti. Badge yang sama juga akan diberikan kepada ahli Parlimen yang lain. Sama-sama kita nantikan dalam live telecast sidang parlimen nanti.


Kami dari GMI juga memaklumkan bahawa buat masa ini terdapat 14 orang ahli Parlimen yang ada kaitan dengan isu ISA samada mereka adalah bekas tahanan ataupun aktivis yang berjuang memastikan ISA dihapuskan.


Semoga angin perubahan yang melanda politik Malaysia akan membawa khabar gembira kepada semua keluarga tahanan ISA. Semoga semua mereka dibebaskan segera dan ISA dimansuhkan.


7 comments:

NURAZZAH8 said...

salam, wah..seronoknya dpt jumpa orang-orang penting dlm perjuangan ini ya. Tahniah kpd anti yg termasuk dlm golongan implementer ini...saya bagi sokongan dari belakang, InsyaAllah...
Hari ni Ihtifal di SMI Hira', tapi ana tak dpt pergi, wakilkan anak saja..

maklang said...

InsyaAllah segala usaha akan diberkati oleh Nya...

Neeza Shahril said...

semoga usaha murni ini diberkati Allah s.w.t. Insyaallah...
Kesian pada mereka yang ditahan tanpa perbicaraan. Islam ada ajar macam ni ke?

silversarina said...

Teruskan usaha murni ini.... orang teraniaya mesti di bela nasib mereka.

Semasa di Jordan I kenal rapat dengan anak dan menantu abu urwah, mereka banyak bagi info tentang GMI .

ummu asiah said...

azzah8..Alhamdulillah..kita semua saling memerlukan..

Ya, tadi whole family pergi. Ramai juga parents yang datang. Hari ni pulak panas betul..letih sangat.Tak dapat nak layan anak bawa keluar jalan.InsyaAllah satu hari nanti dapat juga jumpa.

Mak Lang..terima kasih atas do'a..usaha mesti diteruskan walaupun kadang-kadang dah 'keletihan'.

Neeza..memang kesian..dikurung macam haiwan, sebab mereka tak bersalah, kebanyakan dari mereka adalah orang2 Islam yang baik mengikuti kelas2 agama, pengajian dll. tapi sengaja dikaitkan dengan terrorism.
Islam mengharamkan penahanan tanpa dibicarakan. Hak kita sebagai seorang manusia ialah untuk hidup bebas, kalau salah perlu dibuktikan di mahkamah terbuka. Kalau dituduh di mahkamah boleh tahu untuk tempoh berapa tahun dab ada peluang buat rayuan, tapi if ISA..tak tahu bila penghujungnya.Paling terseksa ialah ahli keluarga di luar.

Kak Rina, saya terbaca dlm blog i jordan tu about shahrul n marwah, YA..depa dua orang ni pun masa lepas kahwin dulu terus ikut rombongan GMI ke merata tempat buat pameran. Seluruh keluarga adalah pejuang. Pak Abu dan Kak Aliza ada melawat Marwah selepas dia bersalin baru ni. Dapatla juga kami buah tangan dari sana.Terus ikuti info GMI dalam berita alternatif.

Unknown said...

Ummu ASIAH...:-)

TERUSKAN usha murni puan ...yes, kezaliman manusia ini sungguh kejam!!
Zalim kepada yang di tahan.
Zalim kepada isteri dan anak2.
Zalim kepada ibu dan bapa!

pakpayne

Be Realistic said...

Kak Nash,

Good effort. keep the fire burning....


Hugs,

Nalini