Monday 21 April 2008

Seruan Makkal Sakhti, Mansuhkan ISA dan Bebaskan Tahanan bergema di P.Pinang!

Ini adalah catatan Tuan Syed Ibrahim Syed Noh-Pengerusi GMI yang melaporkan tentang apa yang berlaku di Forum Mansuhkan ISA anjuran Hindraf di Pulau Pinang. Semoga menambahkan semangat kita untuk yakin bahawa pejuangan menentang kezaliman ini pasti akan ada cahaya di hujung lorong yang panjang lagi berduri........


Salam & Greetings,

Seruan 'Makkal Sakhti', mansuhkan ISA dan bebaskan tahanan ISA bergema di Penang Chinese Town Hall di tengah-tengah bandaraya Georgetown, Pulau Pinang malam 19 April 2008 lalu.

Forum Mansuhkan ISA anjuran Hindraf tersebut telah dihadiri oleh sekitar 7,000 orang sedangkan dewan boleh memuatkan sekitar 5,000 orang. Untuk seketika, kelihatan seolah-olah kempen pilihanraya umum belum tamat. Setiap penceramah atau tetamu jemputan yang tiba disambut bagaikan wira. Akan kedengaranlah seruan berulang-ulang kali, "Makkal Sakhti...Valga", "Makkal Sakhti...Valga" (Hidup Suara Rakyat atau Long live people's power).

Barangkali kehadiran barisan penceramah dan tetamu jemputan telah menjadi daya tarikan malam itu. YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang telah hadir dan menyampaikan ucapan. Turut memberikan ucapan sebelum itu ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh. Barisan penceramah lain ialah YB Prof P. Ramasamy (Timb Ketua Menteri I), YB Raveen (ADUN Batu Uban), Latheefa Koya (peguam hak asasi manusia dan pimpinan PKR), Puan Kalaivani (ibu kepada tahanan ISA-Hindraf, Uthayakumar) dan Sdr Thanenthiran (pemimpin Hindraf). Turut hadir ialah Puan Norlaila Othman (isteri tahanan 6-Tahun ISA) dan Nalini (Setiausaha GMI).
Dalam ucapannya, Syed Ibrahim telah mengemukakan sebab-sebab mengapa ISA perlu dimansuhkan dan tahanan dibicarakan atau dibebaskan sahaja. Penggunaan visual persembahan telah berjaya menarik perhatian hadirin. Beliau telah menggambarkan penderitaan yang dihadapi tahanan dan keluarga dan bagaimana ISA merupakan instrumen bermotif politik, fitnah, zalim dan tidak berperikemanusiaan sejak dari awal akta tersebut digubal. "Kemenangan Pakatan Rakyat dengan menempatkan seramai 82 orang MP adalah satu pemangkin ke arah melihat ISA dimansuhkan. Ia menunjukkan rakyat menyokong penolakan undang-undang zalim seperti ISA", kata beliau disambut teriakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Lim Guan Eng dalam ucapannya menghangatkan lagi dewan dengan berkata, "Kamu tidak keseorangan dalam menuntut pembebasan tahanan ISA. Kamu ada 5 Negeri yang menyokong tuntutan sama dan saya akan membawa mesej ini ke Parlimen!" Beliau juga turut menyentuh tentang YB M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah yang merupakan tahanan ISA. Hak beliau telah dinafikan sebagai wakil rakyat yang dipilih dalam PRU12. Sehingga kini, beliau masih belum mengangkat sumpah sebagai ADUN. Lim Guan Eng menyeru Perdana Menteri untuk menunaikan hak berkenaan yang sebenarnya mendapat sokongan rakyat. Menolaknya bermakna menolak suara rakyat.

Gerai GMI yang meletakkan buku-buku ISA, lencana dan bahan-bahan kempen "Bebaskan Tahanan 6-Tahun ISA" seperti surat tandatangan kepada Menteri Dalam Negeri dan UN serta petition on-line telah mendapat sambutan yang sangat baik sehingga ramai yang penuh sesak beratur di gerai berkenaan.

Semasa Forum tersebut, satu surat petisyen telah diserahkan kepada Lim Guan Eng bagi menuntut pembebasan tahanan ISA. Beliau juga telah menurunkan tandatangan pada kain rentang yang digantung di tepi dewan.

Ramai hadirin telah menunggu sehingga selesai Forum pada kira-kira jam 11 malam. Amat jelas tidak wujud rasa ketakutan dalam diri mereka pada malam itu. Malah ramai yang lebih memahami ISA dan kezalimannya serta bersedia menawarkan diri sebagai sukarelawan dalam aktiviti GMI. Penutupnya merupakan dendangan lagu perjuangan dalam bahasa Tamil yang diakhiri dengan sekali lagi laungan, "Makkal Sakhti...Valga", "Makkal Sakhti...Valga"!

Syed Ibrahim Alhabshi

p/s - Benarlah bagai dikata dalam salah satu blog..."How times have changed. If we want to look at it from a racial point of view, you had a Malay activist addressing a largely Indian crowd at the Chinese Town Hall!"

2 comments:

Ummi365 said...

Anak kawan ummi ada yang father dia masuk ISA. Dah keluar dah last year. Anak dia yang sulung lelaki masa tu umur 17 tahun jadi trauma. Dengar khabarnya dia orang seberang dan dah balik seberang. Rasanya dia ada own one of the kebab shop kat gombak. Ummi dengar je dari anak ummi tak tau betul ke tidak ceritanya.

ummu asiah said...

Ummi, ya betul saya kenal dia disebabkan isu ISA ni. Anak dia tu ada sekali kami ke rumahnya, terkejut tengok dia die kan rambut dia blonde..mostly if anak lelaki remaja dia akan rasa tertekan sebab kesian kan mak yang terpaksa tanggung semua.

Indonesia lebih baik dari segi hak asasi, isa detainees ni bila di sent back to Indon, they will be released immideately without restrictions. Even those yang didakwa as ketua Jemaah Islamiyyah di sana juga dibebaskan sebab tak ada bukti. so unfortunate for our fellow malaysians. mereka hanya ikut kelas agama yang disampaikan oleh ustaz dri Indon and dikaitkan dgn terrorist...panjang pulak..;)

They own kebab business and doing very well. Merekalah yang tlg other isa families as well as bagi duit utk belanja detainees yg di dalam kem. Alhamdulillah.