Wednesday 3 September 2008

Bulan Berkat untuk Orang yang Beriman dan beramal

Dah masuk hari ke 3 berpuasa Alhamdulillah...banyak blog menceritakan pengalaman berpuasa masing-masing. Satu bulan yang dinantikan oleh orang yang beriman. Berpeluang beribadat dengan ganjaran berlipat kali ganda bagi setiap amalan.
Alhamdulillah..memandangkan ibadat berpuasa ini diwajibkan keatas semua umat Islam, kita semua berpuasa tanpa rasa keluh kesah..even anak-anak yang kecil turut berpuasa, cuma ibu-ibu dan bapa-bapa kena menahan sabar melayan kerenah anak-anak yang baru belajar berpuasa ini.
Dalam keluarga kami juga, Asiah anak yang paling bongsu dah berumur 7 tahun, juga baru belajar berpuasa sehari penuh, bermula dari hari pertama. Tapi jenuhlah memujuk dan menjawab setiap kali ditanya berapa lama lagi nak berbuka puasa. Yang menambahkan simpati ialah kerana dia masih lagi ada habit menghisap jari...itu yang susah sikit..tetapi selalunya dia ingat sendiri, bila selesai berbuka terus jari dimasukkan ke dalam mulut.
Moga anak-anak kita akan kekal beriman dan beramal sehingga mereka dewasa.....
Semalam saya menghantar anak saya yang sulong, Anas, pulang ke asramanya di Jeram. Saya bertolak jam 3 petang. Sebelum pergi awal-awal lagi saya dah siapkan memasak makanan untuk berbuka jadi dapatlah saya bekalkan Anas dengan masakan kegemaran dia..air tangan ummi..kari ayam.
Dalam perjalanan di jalan Kepong, ada sebuah kereta yang memotong kenderaan saya dengan bahaya, memang geram juga. Kemudian saya terlihat pemandunya membuang abu rokok sambil memandu.
Terus saya katakan kepada Anas.."Okay, Ummi nak potong kereta depan ni, Anas tengok tau driver tu Melayu/Islam ke tak"..
Terus saya memecut, memotong dan slow kereta bersebelahan kereta Gen2 Hitam...Anas.."Macam melayu lah ummi"
Saya pun toleh sama..kebetulan pemandu tu pun memandang saya sambil mulutnya memang tengah mengunyah sesuatu dan ditangannya masih ada sepuntung rokok...selamba saja...menyirap betul darah saya. Geram...lansung tak menghormati bulan puasa, apatah lagi tidak taat perintah Allah dan tidak takut akan azab Allah. Apa susah sangat ke nak berpuasa.
Bila dia perasan yang saya memerhatikannya terus dia memecut laju, sambil membuat satu lagi kesalahan, membaling puntung rokok di atas jalan raya. Memang menyirap lagi darah saya...gerrraammm....tapi kena sabar...
Saya terfikir sekiranya dia seorang Islam dan mempunyai anak dan isteri, bagaimana agaknya dia hendak mendidik anaknya?...Sudah tentu semasa kecilnya ibu dan ayahnya telah mendidiknya dengan segala ajaran yang baik. Tak mungkin ada ibu atau ayah yang mendidik anak-anak untuk membesar menjadi hamba yang mengengkari perintah Allah. Perkara ini menyebabkan saya rasa insaf dan berdo'a agar anak-anak kita akan terus menjadi seorang Hamba Allah yang beriman.
Setiap kali Ramadan tiba juga saya akan memerhatikan kedai-kedai mamak mana yang buka dan kedai mana yang tutup. Memandangkan tahun ini saya menyambut Ramadan di kawasan yang baru, maka boleh la saya membuat satu senarai yang baru juga. Memang kebanyakan kedai mamak tetap beroperasi seperti biasa walaupun di dalam bulan puasa. Pembuat roti canai tetap sibuk menebar roti canai kepada pelanggan. Jadi saya kira untuk kita, selepas habis Bulan Ramadan ni, bolehla membuat pilihan yang tepat mengikut selera Islam yang sebenar kedai mamak mana yang nak kita kunjungi. Alhamdulillah, kedai mamak di hadapan rumah saya ni 'Restoran Taqwa' nampaknya tak beropersasi seperti biasa di awal siang hari. Saya belum survey lagi pukul berapa dia buka semula.
Sesudah menghantar Anas, saya berfikir-fikir jalan mana yang perlu saya pilih, samada nak ikut highway atau jalan dalam/belakang..ikut jalan Ijok dan Sungai Buloh. Saya memilih untuk mengambil jalan dalam atas dua sebab. Pertamanya untuk mengelakkan diri saya dari terlelap, ini kerana setiap kali saya menghantar Anas melalui NKVE, saya pasti akan terlentok-lentok mengantuk. Keduanya sebab saya akan melalui pekan Paya Jaras dan Pekan Sungai Buloh. Di kedua-dua tempat tu pasti ada bazar Ramadan. Namun Alhamdulillah, ketika saya melalui 2 pekan tu memang ada pasar Ramadan, namun saya berjaya melawan hawa nafsu saya dengan terus memandu pulang kerana di rumah telah tersedia hidangan yang lengkap di atas meja hasil masakan saya sendiri untuk kami sekeluarga berbuka puasa. Puas rasa hati melihat semua orang makan dengan berseleranya.
Di dalam perjalanan pulang, setelah melepasi exit Bandar Sri Damansara dan memasuki Kepong, hati saya selagi berasa insaf dan juga berasa beruntung, kerana saya tidak perlu melalui kesesakan jalanraya yang begitu teruk sekali setiap hari. Simpati juga, kerana masa pulang awal dari kerja untuk berbuka dirumah terpaksa dihabiskan dalam kesesakan jalanraya. Sepanjang perjalanan dari Bandar Sri Damansara penuh dengan kereta sehinggalah saya tiba ke Batu Caves. Dan masih banyak lagi kenderaan yang mencurah-curah datang dari arah Batu Caves...bayangkanlah sekiranya takuk tangki minyak anda dah hampir merah...Pasti ramai juga yang terpaksa berbuka puasa di dalam kereta lantaran tersangkut dalam traffic jam.
Alhamdulillah...moga kita semua dapat melalui Ramadan tahun ini dengan lebih baik lagi...
Nota: Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, saya telah meletakkan diri saya menjadi anak yang bakal menduduki ujian UPSR kerana anak kedua saya berada di Tahun 6. Selama 2 hari penuh tersebut saya bersama2 beberapa orang ibu bapa yang lain bersama anak-anak tahun 6 mengikuti program didik..bagaimana nak menjawab soalan. Alhamdulillah..berbaloi juga sebab walaupun dah masuk universiti dan umur pun dah 40 lebih, banyak juga perkara yang kita baru tahu. Satu contohnya ialah ejaan baru bagi Ramadan dan reda..sudah tidak ada H lagi...dan pandai pulak cikgu tu buat contoh, katanya yang masih guna H didalam ejaannya ialah "Hadhari' saja.....

12 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Puan,
Rasanya jika silap mengeja Ramadan dengan H tidak bermakna pengejanya penyokong Hadhari.

ummu asiah said...

thanaif..

terima kasih sudi ziarah n tinggal komen.

Sudah tentu bukan begitu tanggapan kita..terlalu sempitla pemikiran kita sekiranya begitu.

Cumanya bila ada kesilapan kita betulkan, jika ada ilmu dan pengalaman kita kongsikan.Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan :)

Selamat berpuasa.

Anonymous said...

salam ummu asiah..

jika redha sudah tiada -h- mungkin juga boleh menimbulkan kekeliruan..

hujan telah reda..

dan..

saya reda (redha)..

p/s-saya yg confuse akhirnya.. hahha!!

ALL THE BEST untuk anak yg bakal menduduki UPSR nanti :)

ummu asiah said...

RD..

ni ummuasiah dah kena jadi cikgu BM. actualy bahasa melayu kita ni mmg selalu juga bertukar2 ejaannya..so kita kena selalu belajar benda yg baru dan...susah juga sbnrnya BM ni..eg..bila nak guna dari/daripada dll...eg imbuhan i or kan..utk ayat "ayah menghadiahi adik sebuah basikal" dan bukannya mengahdiahkan, if ada orang selepas ayat hadiah tu..this one pun baru tahu jugak n bnyk lagi contoh lain.

Anonymous said...

Syabas untuk ummi yang bertungkus lumus mengajar anak. Dan ummi doakan semoga anak ummi berjaya di peperiksaan UPSR nanti.

Unknown said...

ummu asiah :-)

sebenarnya, saya sendiri baru sedar - betapa senangnya untuk mengajak anak2 ke arah amalan Islam. mereka sedia mengikut...dan betapa senangnya juga untuk mengajar anak menjadi org yang tidak bertanggung jawap, terhadap ugamanya, dan dirinya!

ejaan saya bercampur2 - ejaan lama dan cara lama lebih banyak dari yg baru. tapi saya sendiri rasanya akan terus gunakan redha untuk mencari keredhaan! hehehe

salam dari dubai.

Abang Long said...

Salam Ramadan wahai Puan Ummu Asiah.

Hakikatnya, kita memang boleh menjalani ibadah puasa seperti para nabi.

ummu asiah said...

PP..
betul tu..sbb tu lah anak2 dikatakan ibarat kain putih..kita ibu bapa lah yang mencorakkannya..nak jadi apa..hmm..takutkan..mereka ni pewaris kita dunia dan akhirat..di akhirat lebih penting.do'a dari anak yang soleh mengalir bagai aliran sungai yang tak berpenghujung.

as 4 the word reda..memang with h nampak lebih sedap dan cantik:)

ummu asiah said...

ummi365..

last minit punya kerja..that's y kena berkorban sampai 2 hari, cari tips and strategy..siap hint2 bentuk soalan yang nak keluar..

Ni anak yg istimewa dari segi pelajarannya..tu la mak dia kena berusaha gigih lagi macam mak dia yang nak ambil exam UPSR :)

ummu asiah said...

Abang Long..

Betul tu Rasulullah(SAW)..contoh teladan yang terbaik..Allah jadikan untuk manusia mudah mengikutinya...dapat pahala banyak ikut sunnah Nabi(SAW)

silversarina said...

Salam,

Masa di Jordan dulu ada je orang arab yang selamba makan dan minum dan merokok di bulan puasa , bagi mereka ibadat adalah kehendak sendiri, kalau nak pahala buat, kalau tak nak , tak payah buat, hak masing-masing . Agaknya budaya tu dah datang kepada masyarakat kita , malang sungguh :(

Good luck pada anak yang bakal menduduki UPSR.

ummu asiah said...

Kak Rina..

lagi teruk tu rasanya..dah la kat Jordan pulak tu..

bab tak puasa mmg sah2 la tak ingat dan takut pd Allah.

Cepat2lah Malaysia ditadbir oleh orang yang benar2 beriman..tentu suasana bulan puasa akan berbeza.