Sunday 21 September 2008

Makanan di Penjara Seperti Makanan Anjing-Teresa Kok

Betul ke makanan di penjara seperti makanan ANJING????...saya mendengar mengenai isu ini di berita NTV7 semalam dan juga di website Malaysiakita.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T.Murugiah memberikan komennya di dalam siaran berita tersebut, dia nampak seolah marah dan terkejut dengan kenyataan Teresa tersebut dan akan mengarahkan kakitangannya di biro pengaduan untuk membuat penyiasatan.
Baguslah kalau begitu...harap jangan pula time mereka membuat penyiasatan makanan yang dimasak adalah yang paling enak atau makanan yang ditunjukkan adalah makanan yang sebenarnya hendak disediakan kepada pegawai penjara
Saya juga pernah menjadi Orang Kena Tahan (OKT), diletakkan di IPK KL dari jam 3 petang 26hb Januari 2008 dan dihantar untuk menghuni di Lokap Penjara Pudu pada jam 2.30 pagi 27hb Januari 2008 dan keluarkan untuk dibawa ke Mahkamah Jalan Duta pada jam 12.30 tghri, 28 hb Januari 2008. Sesampai di kompleks Mahkamah Jalan Duta kami dikurung lagi di Penjara bawah tanah di kompleks tersebut.



Di bawah ada lah sedutan dari tulisan yang saya nukilkan sebaik saya dibebaskan. Para di bawah spesifik menceritakan tentang bentuk makanan yang dihulurkan kepada kami.

..............................................................................................................................................

Makanan tengahari kami dihulurkan di dalam sebuah beg plastik yang besar. Di dalamnya terdapat bungkusan nasi, kuah di dalam plastik dan air kosong dibungkus di dalam plastic tanpa cawan dan straw. Tahanan hanya dibenarkan menghirup air terus dari plastik.

Kami membuka satu bungkusan nasi untuk melihat isinya. Di dalamnya terdapat 2 ketul kecil terung yang direbus sehingga keras dan kehitaman warnanya dan ayam yang tersangat kecil sebesar ibu jari sahaja mungkin. Kuahnya pula ialah campuran air dan rempah kari. Tidak ada seorang dari kami yang sanggup menjamah makanan tersebut. Akhirnya kami membiarkan diri kami berlapar.

Tahanan-tahanan lain yang berada di dalam lokap mereka meminta makanan tersebut dari kami. Kami terus membahagikan bungkusan-bungkusan tersebut kepada mereka.

Sekali lagi kami sedih dan simpati melihat keadaan mereka,makanan mereka diletakkan di atas lantai di luar pintu lokap. Mereka terpaksa menghulurkan tangan keluar untuk mengambil makanan tersebut. Kadang-kadang kucing yang banyak berkeliaran terlebih dahulu menghidu-hidu bungkusan tersebut. Selesai makan kertas bungkusan diletakkan semula di luar pintu sel sebelum dipungut oleh tahanan Indonesia yang diberi tugas sebagai ‘bibik’ kepada pegawai polis. Makanan yang terbiar juga dihabiskan sisanya oleh kucing-kucing yang berkeliaran.

....................................................................................................................

Dalam temuramah tersebut juga Teresa menyatakan bahawa lauk yang diberikan kepadanya ialah 2 biji telur rebus. Nampaknya menu nya juga sama dengan menu lauk nasi kami pada hari yang ke 2 iaitu sebiji telur rebus dan kuah dan sayurnya sama seperti hari yang pertama.

Sepanjang 2 hari lebih saya dan kawan2 di lokap kami lansung tidak menyentuh makanan yang diberikan kepada kami melainkan hanya menghirup air kosong dari bungkusan plastik yang dihulurkan kepada kami.

Di bawah ini pula sedutan tulisan saya untuk menu sarapan di pagi yang pertama.

............................................................................................................................................

Lokap kami terletak di hujung sekali. Sebaik kami berlima masuk ke dalam lokap, pintu lokap terus dikunci dengan mangga yang besar. 6 orang sahabat kami masing-masing sudah terbaring di posisi masing-masing di atas simen yang dinaikkan sedikit seperti pangkin. Masing-masing menggunakan t-shirt lokap sebagai alas. Mereka semuanya kelihatan seperti sedang lena tidur. Kami yang lain mencari ruang-ruang yang sesuai untuk melabuhkan badan dan berbaring.
Saya hanya dapat memejamkan mata, namun sedikit pun tidak terlelap. Kesejukan simen menusuk sehingga ke tulang-tulang. Entah berapa lama begitu, saya bingkas bangun dan menyarungkan t-shirt lokap untuk menghilangkan sedikit kesejukan. Rupanya saya tidak keseorangan, Aiman juga bingkas bangun dan kami sama-sama bersembang-sembang dan mendendangkan nasyid. Entahla samada teman yang lain geram atau tidak dengan kami kerana bising.

Seketika kemudian datang 2 orang tahanan Indonesia mengheret bakul dan meletakkan beberapa bungkusan roti berkrim, biskut 4 segi dan air teh yang diisi di dalam plastik kecil dan diikat dengan getah. Semua barang tersebut diletakkan di atas lantai simen di depan pintu sel. Ketika itu juga datanglah beberapa ekor kucing menghidu-hidu dan melangkah-langkah makanan tersebut.

Kami biarkan saja makanan tersebut di situ. Tak terdaya hendak menyentuhnya.
..................................................................................................................................................
Ini pula kenyataan Syed Hamid Albar mengenai isu makanan yang didakwa seperti makanan anjing oleh YB Teresa.
KUALA LUMPUR 20 Sept.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kesal dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa dijamu seperti makanan anjing semasa ditahan selama tujuh hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Sambil menafikan dakwaan tersebut, beliau menegaskan makanan yang diberikan kepada wakil rakyat itu sepanjang penahanannya adalah mengikut piawaian ditetapkan oleh badan antarabangsa.

Semasa saya dan kawan-kawan menjadi penghuni lokap Penjara Pudu timbul rasa simpati yang amat sangat terhadap mereka yang diletakkan di dalam penjara. Tahap layanan terhadap mereka amat buruk sekali...hak asasi mereka sebagai manusia malah sebagai manusia yang beragama juga dinafikan sewenangnya.

Sekiranya kerajaan ikhlas dengan kata-kata mereka maka jalankanlah penyiasatan dengan telus. Cari di mana silapnya..ke mana wang yang septutnya digunakan untuk menyediakan makanan yang lebih baik tersebut pergi,jika benar makanan yang sepatutya adalah lebih baik.

Hentikan segala bentuk kezaliman dan penindasan!!

4 comments:

Anonymous said...

telur rebus tu bukan makanan anjing..pelajar asrama kalau dapat lauk telur rebus kira sedap la..belum kira lagi orang fakir miskin yg makan pun tak tentu..salahkan isa cukup, jangan cakap makanan penjara seperti anjing

ummu asiah said...

sdra Imran

terimakasih diatas komen,

mungkin juga Teresa telah terlepas cakap dgn menggunakan perumpaan seperti itu.

saya pula menceritakan pengalaman saya.

namun, setelah melihat sendiri bentuk mkanan yg disediakan di penjara, saya masih merasakan tak mungkin ianya seperti mengikut piawaian antarabangsa. meskipun mereka adalah banduan atau tahanan biarlah makanan yg diberikan adalah agak baik dan berzat.

Yang saya risaukan kemungkinan mereka tidak menyediakan makanan seperti yang sepatutnya mengikut bajet yg ditetapkan.

eg..dalam kisah diari pasung ISA yg disiarkan di TV1..ia menunujukkan yg tahanan ISA diberi makan yg sedap2, lauk kari ayam sebijik macam kita makan diluar, sayur, buah2an dll..pada hakikatnya menurut tahanan ISA mereka tidak pernah disdiakan mknan sprt itu sebaliknya hanyala ikan masin, sayur taugeh dan seumpanya.

Itu yang kita tak setuju apabila kebenaran diputarbelitkan.

Apapun hak asasi seseorang tahanan atau banduan tetap perlu dijaga dan diberi perhatian.

Merah Hitam said...

Komen Teresa tentang maknan beliau semasa kena ISA masuk paper dan dapatlah dibaca oleh tahanan yang dah 7 tahun di Kem Kamunting.

My husband kata, "telur rebus dan ikan goreng tu dah cukup baik.Masa mereka(tahanan ISA lelaki) dulu, diberi lauk dari jenis yang sama,tetapi nasinya dah basi dan berkanji, disiram pula dengan kuah yang sememangnya dah basi dan sangat berbau.....Itu pun masih ok lagi. Ada tahanan yang dberi nasi serta lauk jens yang sama,tetapi nasi dan lauk tu disiram dengan air kencing yang dipaksa dikeluarkan oleh SB!!!".

Kalau lauk dah macam tu, fakir miskin pun tak sanggup nak hadap....

Pemberian makanan ini adalah salah satu kerja utama polis@SB untuk memaksa tahanan "mengakui" jenama atau label yang diberikan pada tahanan ISA.Kalau dah setiap masa dapat makanan macam tu, siapa yang sanggup melawan atau mempertahankan hak mereka?

Anonymous said...

Ko ni pandai sembang je..ko pernah masuk penjara ke tak? Pernah ikan kembung rebus skali perut ikan? Dah pernah rasa kopi teh kosong tanpa gula? Pernah rasa makan roti basi? Pernah kena terajang UKP?