Tuesday 9 September 2008

UPSR 2008

Sebentar sahaja lagi anak-anak Tahun 6 2008 bakal menduduki kertas pertama mereka dalam ujian UPSR tahun ini. Hari ini ada 3 papers, Bahasa Melayu 1 & 2 dan juga Matematik.
Ammar anak kedua saya juga bakal menduduki peperiksaan ini. Do'a mengiringi mereka semua. Semoga semua dapat menjawab dengan tenang.
Walaupun sekadar ujian di peringkat darjah enam, nampaknya seluruh guru-guru telah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan anak-anak. Malahan ibu bapa juga bergiat aktif melalui kelab-kelab kelas masing.
Untuk Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak, kesemua anak-anak Tahun 6 Saad, 6 Jaafar dan 6 Usamah menduduki UPSR di sekolah 'saudara' mereka di Taman Keramat iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur.
Kepada semua anak-anak Tahun 6, Selamat menjalani peperiksaan. Semoga tenang dan terang hati menjawab semua soalan dan beroleh kejayaan yang memberangsangkan.
Hanya 3 hari sahaja, selepas itu bolehla...MERDEKA...hingga menunggu peperiksaan seterusnya 3 tahun lagi...PMR...:))

2 comments:

Anonymous said...

Semoga ammar berjaya, insyaallah setelah berhempas pulas dengan pertolongan ummi kan..

ummu asiah said...

InsyaAllah..

Sebenarnya before this dia selalu ada subjek yang fail..ammar the type of anak murid yang tak boleh beri tumpuan...but now Alhamdulillah dgn tumpuan lebih oleh ccikgu and sedikt oleh umminya sendiri..dah much better..

Thank u