Friday 28 November 2008

Majlis Makan Malam Bantu Anak Tahanan ISA

Seperti yang sering saya sebutkan...ramai pihak yang amat prihatin tentang nasib keluarga tahanan ISA, kezaliman yang menimpa diri mereka..

gambar dari www.danielykl.com

Malam ini satu lagi majlis makan malam akan diadakan khusus untuk keluarga tahanan ISA. GMI telah dijemput sejak dari awal lagi. Masjlis ini sepatutnya dijalankan pada bulan Ramadan yang lalu namun ditunda kerana Tuan Guru Nik Aziz uzur ketika itu..

Semalam AJK penganjur telah menelefon memastikan samada saya akan datang atau tidak, saya perlu duduk di meja VIP menggantikan tempat Pengerusi GMI yang tidak dapat hadir kerana telah berada di Tanah Suci Mekah. 3 orang isteri tahanan ISA telah bersetuju akan turut hadir bersama 3 orang anak..seperti biasa kalau saya hadir..saya akan membawa mereka ke sana...tetapi saya tidak sanggup duduk di meja VIP. Kena ada protokol dan etikanya..Tidak sesuai untuk saya rasanya.

Masih saya ingat kenangan Majlis Makan Malam di Shah Alam baru-baru ini..He..he..Malu sendiri rasanya walaupun bukannya salah pun.Hari itu memang saya penat dan kelaparan dengan segala aktiviti di siang hari. Dari pagi jam 9 pagi telah bersiap ke Putrajaya untuk serah memo pada PM bersama Chinese Organisation..berperang dengan SB lagi.berjalan-jalan dan entertain isteri tahanan ISA dan anaknya ke Putrajaya..memandu pulang sudah biasa namun boleh juga tersesat barat mencari jalan balik ke KL. Sampai rumah terus perlu bersiap untuk ke Shah Alam..memandu lagi dalam hujan lebat..


(kenangan di majlis makan malamDewan Muslimat PAS Shah Alam)

Jadi...bila MC announce kata boleh jamah makanan..saya pun buat macam kat rumah..bangun dan cedok lauk pauk terus makan.. Guna tanganlah..ish..since rasa tangan tak kotor and mungkin sebab dah terlalu lapar sebab last makan waktu tengahari..tak teringat nak basuh tangan and cari air basuh tangan. Anak saya Ammar pun terus jamah makanan..Tetamu di sebelah kiri kanan saya masih juga belum makan..Then baru saya perasan bunyi kelentung kelentang sudu dan garfu bersentuhan dengan pinggan..tengok di sekeliling..ahh..tak ada seorang pun makan dengan tangan..Tuan Guru pun makan dengan sudu dan garfu..malu sendiri..Nasiblah..buat donno je..Datang isteri Khalid Samad nak bersalam dengan saya..ooppss..mohon maaf..tak boleh salam.Sambil makan dok tinjau kat manala saya nak basuh tangan lepas makan ni..tak ada pula bekas air..ish..peghak betul jadinya saya malam tu..last-last buat selamba lagi bangun dengan anak masuk bilik yang disediakan untuk VIP, nasib baik ada toilet..dapatlah cuci tangan.

Hhmm tu yang malas gi dinner dinner ni,makanan sedap buakan main, bayar mahal..nak makan berlebih malu.....

Untuk malam ni....Alhamdulillah..Kak Aliza telah bersetuju hadir menggantikan tempat Pengerusi GMI..selamat saya..tapi belum tentu juga saya dapat pergi malam ini..Apa-apapun bersyukur dengan sikap prihatin semua pihak...Kalau ikutkan hati memang nak hadiri semua program yang ada...namun kena ikut priority dan keadaan semasa juga...


Majlis makan malam bantu anak-anak ISA
Intan Abdullah Wed Nov 26, 08 4:15:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Hrkh) - Satu Majlis makan Malam Amal Usrah Kebajikan Profesional bagi tujuan mengumpulkan sumbangan bagi anak-anak tahanan ISA akan diadakan pada 28 November ini di Dewan Musytari, Hotel Residence, Universiti Tenaga Nasional Berhad atau Uniten.

Ia dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

UKP yang terdiri daripada alumni mahasiswa khususnya dari Universiti Malaya merupakan sebuah NGO yang menjadikan medan kebajikan dan dakwah sebagai kaedah dan sasaran usaha untuk menggalakkan lagi penglibatan dari kalangan profesional dalam aktiviti sosial dan dakwah.
UKP menjemput semua untuk menghadiri Majlis tersebut.

Sebarang maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Mohd Khairul Naim: 013-2967869 atau Mohd Mohsien: 013-6979273 atau Nadia 0133560629: Atau sila layari http://dinnerukp.blogspot.com/.

Tempahan boleh dibuat secara tunai atau 'bank-in' ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB): 12065010021129 atas nama Persatuan Usrah Kebajikan Profesional Malaysia. Tempat adalah terhad.

6 comments:

Neeza Shahril said...

hehee.. cerita pasal makan dengan tangan ni.. memang lah syok makan ngan tangan kan kak.. tapi bab nak basuh tu.. memang payah nak cari tempat basuh tangan melainkan toilet je la. Tu yang jadi tak kenyang makan tu. Padahal food sedap aje..
tapi takpe kak, sunnah nabi s.a.w tu.. :)

ummu asiah said...

neeza..

smlm akak pegi but dah ready mentally..make sure betul guna sudu garfu..sempat bercerita experienced tu pd Ustazah Nuridah yg dok sebelah..tiba2 dia gelak besar ingatkan dah ada org cerita pd dia..rupanya dia pun sama terkena bila mkn di meja VIP di Kongres Wanta PKR tengaharinya. heh..heh..Dr Lo'Lo yg sebelah dia kata tak pa senang nak mkn udang and sorang lagi kata tak pa senang nk mkn ayam..kami gelak berdekah2..

Nur said...

hehehhe....saya pernah makan kat meja VVIP...memang la pelan2 jer makan, sudu garfu siap lah...padahal tak pernah belajar camna nak guna..hahahha...lepas VVIP balik..trussssssssssssss makan balik....cover perut yang sungguh2 lapo...

ummu asiah said...

fakhzan..

memang kena control lembut dan sopan sepanjang masa kan..tapi just imagine if we sit just among friends...sure siap bangun cedok lauk kot..

anyway malam tu lega i don't have to represent GMI utk dok meja VVIP..but YB Saari who represented GMI sit next to MB Tuan Guru..privillege betul

Abang Long said...

Salam hormat wahai Puan.

Selalunya entri serius, tapi hak ni lagu lain pulak. Menghiburkan. Tapi itukan normal. Kita manusia.

Memang betoi, bila dok kat meja VIP rasa rimais sungguh. Pasai tu la cek tak suka jadi pengapit pengantin, bila bab makan kenalah BER-SOPAN SANTUN. Kita dahlah lapaq kebuloq, bila makan kena suap perlahan- perlahan .... alahaiiiii

ummu asiah said...

abg long..

tu lah..saya juga perasan entry blog saya serius hingga rasa tak sesuai utk buat kisah peribadi dan keluarga...terfikir nak create satu lagi blog santai..:))