Kenangan Terakhir 2008
Sepanjang Perjalanan Ini...............................
Lebih dari seminggu blog Sepanjang Jalan Kenangan tidak mencatatkan sebarang kenangan untuk dikongsi bersama....alasannya...Alhamdulillah...Allah (SWT)...memperkenankan keinginan kami sekeluarga untuk bercuti keluar dari kawasan Kuala Lumpur...
Tanpa membuat sebarang perancangan, kami tidak ada banyak pilihan hotel untuk menginap...namun destinasi sudah tentu mencari tempat yang lebih tenang untuk berehat, dan merehatkan minda.
Kota Bharu Bandaraya Islam menjadi destinasi kami...bertolak sebaik selesai solat subuh Sabtu 27 December 2009...memandu santai-santai sahaja bagi membolehkan menghayati keindahan alam ciptaan Allah sepanjang perjalanan...dalam suasana pagi yang masih sejuk dengan kabus yang menyelubungi walaupun pada jam hampir 10 pagi...terasa alam begitu segar dan menyehatkan...kami tidak perlu memasang penghawa dingin dan membiarkan cermin tingkap luas terbuka....Alhamdulillah..
Kami menginap di hotel di Kota Bharu selama 4 hari 3 malam....cadangan awal hanya 3 hari 2 malam...tapi disebabkan cuaca yang begitu muram sepanjang masa...membuatkan kami rasa begitu nikmat hanya duduk berhibernasi di bilik hotel...nak jalan malas rasanya..lagipun tujuan asal hanya untuk berehat dan bukan shopping!!!
Anak-anak gembira bersantai di kolam mandi yang opening hoursnya amat pemurah sekali dari jam 6 pagi hingga 11 malam...puas mereka mandi..dapat juga merasa..berendam di Kolam Spa...dan kemudiannya bersauna pula...
Pagi hari Selasa kami bertolak keluar dari Kota Bharu dengan cadangan awal nak join free holiday di Pulau Jerejak bersama keluarga Angah..kakak suami yang ada family Day RISDA disana....namun di saat akhir kami batalkan...tapi memandangkan perjalanan kami sudah menghala ke arah utara maka kami teruskan juga perjalanan...melalui Jeli...Tasik Banding...lepas tu..Lenggong...
.....dan akhirnya dengan perjalanan yang agak mendebarkan kerana melalui jalan yang tak pernah kami lalui...jalan melalui hutan tanpa ada sebuah rumah mahupun lampu jalan di waktu malam amat menggerunkan...terasa begitu lama dan jauh untuk nampak cahaya di hujung jalan...adventerous betul rasanya...akhirnya dengan memandu tanpa henti,kami buat keputusan untuk bermalam di Kamunting...Taiping..sepanjang perjalanan menalipon berbagai hotel untuk mencari penginapan yang sesuai untuk melabuhkan diri yang amat kepenatan.
Dengan memohon pandangan dari orang yang pakar tentang daerah Kamunting..(siapa lagi kalau bukan isteri kepada penghuni Kem Tahanan Kamunting..Cikgu Laila)...dapatlah kami singgah menginap di Taiping Golf Resort...
Sambung lagi berehat selama 3 hari 2 malam di Kamunting...bersebelahan dengan Kem Kamunting.
mandi dan berendam lagi.....
Percutian kami berakhir apabila kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 11 pagi....tapi...mesti singgah dahulu di hadapan Kem Kamunting pun jadilah...bergambar kenangan..Ayah Silah..YB Hj Saari Sungib pernah dengan zalimnya disumbat ke dalam Kemta ni selama 2 tahun sejak Silah berumur 2 tahun..maka Silah hilang kasih sayang ayah selama 2 tahun pembesarannya...sebab itulah juga Silah amat rapat dengan keluarga kami...
Namun pengambaraan kami di hadapan KEMTA telah menarik minat 2 orang guard dan seorang SB untuk 'mengawal' kami sehingga mereka benar-benar pasti yang kami tidak mengancam keselamatan Negara!!!
Ooopppss..destinasi terakhir ialah di rumah YB Saari Sungib untuk menghantar Wasilah dan menghadiri kenduri aqiqah cucu YB yang ke 8, anak pertama Zilal Saa'ri...Sa'id bin Zaid....
....Allhamdulillah...percutian ini sebagai penutup perjuangan sepanjang jalan kenangan 2008 dan sebagai penyuntik semangat bagi perjuangan untuk tahun 2009 yang dimulai dengan tindakan ZALIM!!!...negara ISRAEL yang Tak REAL....membunuh rakyat Palestine...KEJAM!!!!!..Tiada Peri Kemanusiaan.....
2 comments:
askum
cuti ni kebanyakan masa kami bercuti di hospital. dimulai dengan kakak warded selama sebulan dan disusuli adik selama 7 hari. jadi cuti kami terisi sikit. best juga free of charge makan pun tanggung. he he he....
tu la..jumpa babah di masjid negara dgn kakak..heran juga tak nampak kelibat adik dan mama..baru tahu adik pula sakit..tapi tak sempat ziarah..tak pe mama dan baba kumpul bnyk sgt pahala yg org lain tk dapat..
kami pun cuma bercuti sehari semalam saja di hospital..harapkan dapat duduk lama sikit..:)
Post a Comment