Sunday 7 December 2008

Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa..Iktibar untuk kita semua

Awal-awal pagi tadi menerima sms dari Ustazah Nuridah.." Salam, Wukuf Ahad ini. Waktu kemuncak do'a antara 5.09pm-10.38pm waktu Malaysia. Sunat Berpuasa pun kalau boleh. Selamat Menyambut Aidil Adha"....mungkin ramai mendapat sms yang sama.

Letak handphone terus sambung tidor..maklumlah weekend, lagipun migraine menyerang lagi. Terjaga lagi dari tidur bila handphone buzzed lagi...ah..malas nak jawab..capai juga handphone untuk lihat pemanggilnya...kemudian sorok bawah bantal....bunyi lagi dari pemanggil yang sama. Hhmmm...tak boleh jadi ni mesti jawab. Kawan yang menelefon sedang bercuti di Alor Setar dan menetap di Ukay Perdana. Dia memaklumkan tentang tanah runtuh di Bukit Antarabangsa...terus cerah mata saya dan hilang rasa pening di kepala..terkejut betul..kawan saya ni mungkin lupa bahawa kami telah berpindah dari Taman Bukit Mulia,Bukit Antarabangsa ke Taman Greenwood Indah di Gombak hampir setahun yang lalu.

Oleh kerana pernah tinggal di Bukit Antarabangsa selama 6 tahun dan sering menggunakan jalan-jalan di sana dan punyai ramai kawan serta sahabat di sekitar Bukit Utama dan Bukit Jaya membuatkan peristiwa dahsyat ini terasa dekat di hati.

gambar dari star online

Segera saya menghubungi Kak Ruby,jiran dan saudara tedekat kami ketika tinggal di Bukit Mulia untuk confirmkan tentang kejadian..selepas itu telefon pula kawan yang tinggal di Bukit Jaya, taman yang terletak paling hampir dengan tempat kejadian. Beliau memaklumkan yang mereka sekeluarga memang telah plan untuk bertolak balik ke kampung jam 7 pagi, tetapi takdir menentukan yang sebaliknya...satu-satunya jalan keluar masuk ke semua taman-taman di puncak Bukit Antarabangsa telah ditimbusi oleh tanah hingga membentuk sebuah bukit yang kecil...Subhanallah...

gambar dari lensa Pesiden JIM


Sejak dari pagi..memang hati rasa tidak tenteram memikirkan mereka-mereka yang terperangkap apatah lagi dengan ketiadaan air dan eletrik.

Suami saya juga kelihatan agak sibuk membuat dan menerima panggilan. Suami mendapat arahan untuk sama-sama membantu di bawah Briged Amal ADUN HULU KELANG serta juga bersama DERU (Disaster and Emergency Response Unit) di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia JIM. Suami keluar dari rumah sekitar jam 3 petang, saya pula tinggal di rumah bersama anak-anak mengikuti perkembangan di TV dan Internet.

Namun sebaik selepas Asar saya juga keluar dari rumah bersama anak-anak menghala ke Hulu Kelang untuk bersama suami di tempat pemindahan mangsa di Sekolah Rendah Hulu Kelang betul-betul di tepi Highway MRR2. Saya park van di hadapan kedai perabot betul-betul bersebelahan sekolah tersebut. Tuan punya kedai memang sudah mengenali kami sekeluarga..terus membenarkan saya park dan masuk ke kedainya. Suami dan kawan-kawan terus ke sekolah tersebut.

Tuan punya kedai rupanya hanya dengar-dengar berita tentang tanah runtuh sahaja, tetapi tidak tahu secara detail..maka saya pun mengambil alih menjadi reporter untuk mereka menerangkan tentang kejadian dan di mana lokasi sebenarnya. Saya juga ketika itu memakai baju khas Briged Amal..maka mereka memuji dan memberi sokongan dengan apa yang Briged Amal lakukan..Beria mereka berkata.."Very good..very good..u patut buat kerja macam ni, tolong orang..nanti orang pun senang mau ikut u.."..lebih kurang begitulah bunyinya..Ketika kami berkempen di PRU12..saya dan suami juga turut berkempen di dalam kedai tersebut.

Selepas itu bila ada kereta yang singgah dan ingin park kereta di depan kedainya..mereka mengalu-alukan dengan bersungguh. Bila ada keuarga yang berjalan keluar dari sekolah dengan membawa beg-beg, mereka juga berkata..tak pe..tak pe..kalau tak ada rumah boleh tinggal di rumah saya...begitulah semangat tolong menolong yang sedia ada, tanpa mengira bangsa dan agama.

Saya kemudiannya meninggalkan kedai tersebut dan hanya suami dan kawan-kawannya sahaja yang tinggal di kawasan sekolah memberikan bantuan sehingga malam. Saya pula meneruskan perjalanan dengan membawa anak-anak perempuan berhibur sekejap di Mutiara Damansara...namun hati masih bertapak di Bukit Antarabangsa...

Semoga manusia tidak terus rakus mengaut keuntungan tanpa menghiraukan hak alam ciptaan Allah...bukit-bukit yang dijadikan sebagai pasak bumi...pohon-pohon menghijau juga punya tanggungjawab mereka kepada kesempurnaan muka bumi dan alam ini...Ketika saya mula tinggal di Bukit Antarabangsa sejak 6 tahun lepas..hati tenang dengan kehijauan yang ada di sepanjang jalan ke sana...setiap pagi ketika saya morning walk atau berbasikal...angin sejuk menyapa lembut di muka, tenang terasa bila melalui kawasan yang menghijau...namun sejak beberapa tahun kebelakangan semuanya sudah tidak wujud lagi...pupus..bukit-bukit semuanya terluka, ditarah tanpa belas kasihan...kemerahan kelihatan...kehijauan sudah hilang...hati jadi begitu sesak setiap pagi keluar menghantar anak ke sekolah dengan pertambahan penduduk di kawasan tersebut..dengan hanya satu jalan menghala ke luar dengan penduduk yang beribu-ribu orang...jalan setiap pagi keluar jam...kadangkala sehingga ke atas bukit..(sebab itulah kami membuat keputusan berpindah akhir tahun lepas, walaupun ketika itu dan sejak tahun 90an lagi hati saya amat terpaut dengan bentuk rumah teres 2 1/2 tingkat di Bukit Utama.)

Itulah akibatnya bila golongan yang berkuasa hanya memikirkan tentang pembangunan dan keuntungan tanpa memikirkan tentang faktor-faktor lain yang penting bagi keselamatan rakyat.

Perdana Menteri bijak menyatakan kini bahawa kawasan tersebut sepatutnya menjadi kawasan tadahan hujan...dan Timbalannya juga bijak mengatakan bahawa tidak akan ada lagi approval untuk projek yang baru..????....hanya bila kerosakan dan mala petaka yang dahsyat berlaku...sampai bila agaknya arahan ini boleh diterima pakai...
Bagi Dr Benjamin mangsa Highland Towers ianya adalah satu siaran ulangan yang amat pedih untuk diingati...Highland Towers survivor: The nightmare will not end

Manusia hanya mampu membuat ramalan seperti ramalan JPS sebelumnya bahawa Kawasan Bukit Antarabangsa tidak berisiko untuk menghadapi tanah runtuh...walaupun dengan hujan yang sedikit. Bukit Antarabangsa was not at risk.

A check on the department's website on Saturday showed that it had listed Bukit Antarabangsa as facing no risk of landslides from either a single rainstorm event or successive days of moderate rain.

Namun takdir dan kekuasaan Allah mengatasi segalanya....

Sambil memandu dalam perjalanan pulang dari Mutiara Damansara sekitar jam 9.45 malam saya menghayati temubual DJ Radio 24 bersama Encik Shahir iaitu antara orang yang pertama berada di kawasan tragedi..melihat sendiri tanah runtuh, dengar dentuman 3 kali dan turun dari kediamannya berdekatan untuk membantu. Orang yang pertama beliau jumpa ialah Dato' Shaharuddin Adnan yang anaknya terkorban. Menurutnya Dato' Shaharuddin beria meminta torch light yang dibawanya untuk turun mencari anaknya yang tertimbus..Encik Shahir telah memujuknya dan menasihatkan untuk tidak mencari sebaliknya menanti penyelamat datang.

Dato' Shaharuddin..gambar dari star online

DJ Radio 24 meminta komen dari Encik Shahir tentang apa yang disebutkan oleh Dato' Shaharuddin sebelumya mengenai projek terbengkelai di atas taman tersebut yang menjadi penyebab kepada kejadian tanah runtuh...namun ini komen yang saya dengar dari Encik Shahir.."..ya..mungkin juga...tapi sebenarnya..ini tanda Allah Murka..Allah murka sebab banyak perkara tak sehat yang berlaku di sana.."..entahlah...sama-sama kita fikirkan dan renungkan...memang telah ada dalam sejarah..dan tertulis di dalam kitab suci Al-Quran tentang kemurkaan Allah terhadap manusia yang melakukan kerosakan di muka bumi..kerosakan yang bermacam-macam..perlakuan zalim..maksiat..musnahkan alam...menghina ulama'..menghina hukum Allah dan berbagai lagi..Memang tidak ada gunanya untuk kita menuding jari mencari kesalahan orang..kita ambil iktibar dari apa yang berlaku dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala mala petaka...

Di bawah saya sertakan pengalaman bertulis Presiden JIM, Hj Zaid Kamaruddin yang turut terlibat.
Assalamualaikum

Ana dan isteri selamat dan dah turun dari Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa melalui laluan pejalan kaki yang dibina oleh pihak keselamatan dan dikendali bersama sukarelawan. Setelah trekking menaiki bukit ke bangunan Athena, dibawa dengan bas Majlis Perbandaran Kajang ke Sekolah Rendah Ulu Klang, pusat penempatan sementara. Waktu maghrib hampir tiba. Berjumpa dengan petugas dari kalangan ikhwah-akhawat termasuk Urwah, Dr. Sam, Abdul Hafidz, Harun, Zainal...Mendaftar seperti yang dikehendaki dan terus beredar ke rumah anakanda Tumadhir di Sekolah Menengah Teknik Gombak. Mengongsi di sini aje.

Mungkin ini suasananya mereka yang terpaksa trekking keluar dari terbiar terperangkap tanpa air dan letrik..gambar dari star online

Terdengar berita TV bahawa Taman Bukit Utama terlibat, tetapi sebenarnya tidak, walaupun hanya lebih kurang 500-700 meter dari tempat kejadian. Tempat kejadian sebenarnya Taman Bukit Mewah dan jalan utama sebelahnya. Lapan rumah banglo, 2 atau 3 darinya tidak dihuni, telah terlibat dan merempuh mungkin enam banglo di Taman Bukit Mewah.(hj Zaid Kamaruddin)

4 comments:

Neeza Shahril said...

Innalillah... sesungguhnya setiap kejadian itu sudah ditakdirkan Allah..
tapi macam kes ni, Neeza rasa ia adalah peringatan dan juga hukuman dari Allah terhadap manusia yang mencabar kekuasaannya. Dah berkali2 di beri peringatan dalam Al Quran tapi manusia masih buat tak endah..
Lepas ni kita tunggu sahaja. Mungkin ada lagi kejadian seumpamanya.. Nauzubillah..

maklang said...

Allah dah lama kasi amaran..tapi buat tak endah...

moga2 lepas ini sedarlh sikit kot...

Alfatihah buat yang telah pergi..

Nur said...

Salam Kak

Eid Mubarak! Moga-moga akak sekeluarga dilindungi Tuhan Yang Maha Pengasih - Ar-Rahim..

Sedih saya dengar benda2 ini..mana menteri2 lain, tak turun padang kah? Ceeet


:D Esok saya jumpa SV, huhuhuhu...doaka...

ummu asiah said...

neeza, mak lang, fakhzan and sesiapa sahaja yg membaca,

Subhanallah!!!..Allah hu Akbar..

saya akan ceritakan pengalaman yg amat berkesan di dalam jiwa di dalam satu entry..baru 2 ja pulang dari bkt antarabngsa