Guantanamo Bay, Kem Kamunting dan kini SPRM??




Baca kenyatannya di bawah untuk menolak saranan dan desakan agar ISA dimansuhkan dan Kem Kamunting ditutup sejajar dengan desakan dan arahan agar Kem Guantanamo ditutup :
Sepanjang Jalan Kenangan
Posted by
ummu asiah
at
08:12
2
comments
Majlis bermula dengan candlelite vigil sebagai tanda solidarity kepada rakyat Palestin dan tahanan ISA di Kem Kamunting yang seangkatan dengan Kem Guantanamo milik kerajaan Amerika Syarikat yang diarahkan ditutup oleh Presiden barunya Obama..
Alhamdulillah..sesampai di pintu gerbang MBPJ...saya agak terperanjat kerana tiada halangan polis dan polis mengawal lalulintas dengan baik di setiap selekoh. Kami dapat meletakkan kenderaan dengan baik di kawasan parking Dewan Sivik MBPJ...tabik hormat pada pihak polis dan pegawai MBPJ...Tahniah...teruskan usaha yang baik.
Beliau menyampaikan pemyampaian dengan dibantu tanyangan slide. Beberapa point yang saya ingin kongsikan yang menyentuh jiwa dan perasaan ialah seperti di bawah...setakat yang saya dapat ingati.
1. Keunikan rakyat Palestine ialah walaupun kehidupan mereka dihantui dengan pembunuhan, kekejaman dan kematian...namun mereka sentiasa tersenyum dan gembira..gambar yang ditunjukkan pesakit yang terlantar bila bergambar tersenyum dan menunjukkan isyarat 'Peace'
3. Dr Rani menunjukkan gambar beliau bersama seorang anak yg lelaki yang berumur dalam 8 tahun...kanak-kanak ini katanya rindukan untuk Syahid...Subhanallah...
4. Sambil menunjukkan gambar anak kecil yang luka-luka di muka...matanya membengkak dan tertutup rapat...ini menunjukkan style kecederaan yang berlaku yang kebanyakannya membutakan mata kanak-kanak sekiranya tidak diberi rawatan segera. Maka mereka di sana amat-amat mengalu2kan kedatangan para doktor mata ke sana.
5. Beliau juga menunjukkan gambar anak-anak yang terbunuh...katanya rata-rata anak-anak kecil dibunuh dengan ditembak pada jarak dekat di kepala mereka.
6. Satu lagi yang unik dan pelik ialah..peluru yang menembusi anggota tubuh manusia..tembus dengan tanda yang amat halus..namun apabila ianya tembus ke bahagian belakang badan meninggalkan kesan yang luas dan besar...peluru itu merosakkan banyak anggota dalam badan yang penting. Mereka seolah sedang melakukan experiment ke atas rakyat palestin dengan bom dan peluru yang canggih.
Kenyataan ke 6 di atas selari dengan maklumat melalui emel yang diterima dari Federation of Islamic Medical Associations FIMA – GAZA RELIEF NO. 7 ( 21 Jan 2009 ) seperti di bawah:
1. Rehabilitation - the al-Wafa hospital. Probably the only one in Gaza city, which Dr. Jemilah and I visited in 2003, was bombed and destroyed. Now with the existing patient load (btw, Israeli snipers have the habit of shooting youngsters in the spine, leaving them paralyzed and needing life-long rehabilitation), there's plenty more added patients. Especially with the newer bombs including possible dime bombs - no shrapnel but civilians end up with bilateral lower limb amputations, and as we were briefed, even including pregnant women !
Apakah tujuan mereka sebenarnya?????
Banyak lagi isu yang ingin dikongsikan hasil pendegaran dari ucapan2 yang disampaikan semalam terutamanya dari DSAI yang menyentuh banyak perkara termasuk isu kematian dalam tahanan polis yang terkini S.Kugan, kezaliman yang berlaku ke atas tahanan ISA, Kem Kamunting vs Kem Guantanamo, kemasukan ADUN Bota Perak ke dalam Pakatan Rakyat dan banyak lagi yang menyuntik semangat..moga dapat kelapangan masa untuk menulis...InsyaAllah..
We will not go down....
Posted by
ummu asiah
at
02:32
6
comments
Kali ini mungkin polis telah amat-amat tidak bernasib baik..selama ini mereka boleh lepas tangan dengan mencipta berbagai-bagai alasan yang tidak menasabah...begitulah juga yang terjadi pada nasib tahanan ISA ketika mereka ditahan selama 60 hari di bawah tahanan polis...tetapi Polis dan SB 'bernasib baik' di dunia ini kerana selepas itu mereka boleh lagi mengurung tahanan selama bertahun lamanya hingga hilang kesan-kesan kezaliman ke atas tahanan...
Di harap perkara ini dapat membuka mata semua rakyat Malaysia tentang kezaliman pihak polis kepada rakyat...jangan jadi raja di Malaysia..
Baca keratan berita dari Malaysiakini.
For six days following A Kugan's disappearance on Jan 14, his family members had sleepless nights searching for him but it was all in vain.
On Jan 20, their worst fears were realised when a patrol car pulled up in front of a relative's home in Puchong, to inform them that Kugan had died under police custody.
"Why? Why couldn't they just call us when he was arrested? But when he died, they seemed to know how to find our house," said Kugan's father G Sandaran when met at his relative's home in Puchong today.
Kugan is the latest victim of death while in police custody, allegedly due to assault. The police had claimed that Kugan was a suspected car thief and there was no foul play involved in his death.
Relatives told Malaysiakini that they last saw Kugan on Jan 14 at about 7pm and never heard from him again.
His aunt, S Renuga, 31, recalled on that evening she received an anonymous phone call informing her that Kugan had been arrested but details were sketchy.
"I could not sleep that night. We searched from one police station to another looking for him but everywhere we went, they said he was not there," she said.
The following morning, Renuga got even more anxious when two plainclothes policemen came to her home at 6am looking for Kugan.
"They said they were from D9 (serious crimes unit). They were very fierce and they wanted to know who Kugan's friends were," she said, adding that she had no knowledge of the deceased's friends.
No criminal record
Renuga is close to Kugan because the latter frequently visited her husband who was his business partner. Kugan used to help his uncle tows cars for an insurance company.
With two jobs to manage, Renuga and Sandaran are both convinced that Kugan had no time for criminal activities, as alleged by the police, especially since the deceased never had a criminal record.
"Every sen he earned was legitimate. He has been learning how to fix cars since his secondary school days. His hobby was modifying cars, not stealing them," said Sandaran.
"But now, the first time he was arrested, he was killed," Renuga was quick to add.
Sandaran said he was extremely suspicious because of the numerous injuries found on Kugan's body and the statements made by Selangor police chief Khalid Abu Bakar.
Kugan's family has ruled out death due to illnesses because he never had any medical conditions.
Sandaran vowed to pursue the matter until those responsible for his son's death are brought to justice, though his immediate concern was to see that a second post-mortem is conducted and burial rites are performed quickly.
"I hope this never happens to another Malaysian, especially an Indian. The Indians are the largest number of people who die at the hands of the police," he said.
Sandaran also denied police and media accusations that a 'mob' had barged into the Serdang hospital mortuary on Jan 20 to claim Kugan's body.
"They (hospital attendants) opened the door for us. The door can only be opened from the inside," he said.
Khalid had earlier claimed that Kugan died from having 'fluid in his lungs' and that his family had barged into the hospital mortuary.
Posted by
ummu asiah
at
17:02
2
comments
Posted by
ummu asiah
at
18:20
8
comments
Dear all,
Please take note that gathering at Dataran Merdeka to be held on Friday, 23rd January has been postponed.
BEBASKAN GAZA HAS BEEN POSTPONED DUE TO CIRCUMSTANCES BEYOND OUR CONTROL
New date will be announced shortly.Please spread the word.Thanks
====================================================
Di atas adalah makluman rasmi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur bagi perhimpunan yang dicadangkan diadakan pada 23hb Januari 2009 di Dataran Merdeka. Pihak Penganjur bagi program ini ialah COMPLETE : COALITION OF NGOs AGAINST PERSECUTION OF PALESTINIANS.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui mengenai event ini...namun banyak usaha telah dijalankan dan JK Penganjur memang committed untuk melaksanakan dan mempromosikannya sekiranya berhasil...namun banyak hikmah di sebaliknya..mungkin ada ruang masa, tempat dan peluang yang lebih baik bakal Allah sediakan untuk kita demi untuk bersama menyemarakkan perjuangan membela nasib tanah suci umat Islam dan rakyat Palestin yang dizalimi.
Di bawah pula ialah kata-kata yang dipetik dari tulisan oleh IR Haji Zairulshafuddin, naib Presiden JIM selaku Pengarah bagi program ini
Namun kita berundur 1 langkah kebelakang untuk melonjak beberapa langkah ke hadapan, Insya ALlah.
Oleh itu kita tangguh dulu & kumpulkan tenaga utk minggu hadapan Insya ALlah.
Posted by
ummu asiah
at
21:39
6
comments
MALAYSIA BEBAS DARI ISA....INSYAALLAH...Teruskan perjuangan....
Banyaklah soalan yang ditanya bertalu...siapa penganjur, persatuan berdaftar atau tidak, program macam mana, ada ceramah atau tidak, siapa yang dijemput dan macam-macam lagi...sabar saja suami saya melayan dan menjawab semua soalan-soalan SB tu...saya pula...amat stress dan boring...nasib baik ada 2 naskah suratkhabar di hadapan saya untuk saya ulang dan ulang tengok dan baca....
Asiah memerhatikan lilin-lilin besar dan cantik yang dinyalakan...cantikkan ummi..jom bawa balik satu:)
Tetapi di antara soalan-soalan yang ditujukan kepada suami saya sebagai wakil pihak penganjur, soalan yang paling terkesan pada diri saya yang membuat saya rasa nak tergelak terbahak-bahak dalam hati saya ialah....."ada bakar-bakar lilin tak?????"....ha...memang kelakar untuk saya...hanya kerana saya terkenangkan peristiwa yang menimpa saya dan hampir seratus orang yang lain yang menghadiri Anti War Candlelight Vigil di Dataran Merdeka pada 10hb Januari lalu yang berakhir dengan tangkapan.
Peserta berkumpul sambil menanti kedatangan rakan-rakan bloggers yang baru pulang dari berjuang di PRK KT..antara mereka ialah Raja Petra, Zorro dan Haris Ibrahim
Ianya juga membuatkan saya teringat kembali tentang beberapa siri Candlelight Vigil yang diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang terpaksa berakhir dengan paksaan oleh pihak polis. Paling terkini ialah Vigil yang diadakan pada hari Ahad yang lepas yang saya, Cikgu Laila, Ammar, Asma' dan Asiah juga turut serta. Pada malam tersebut sekali lagi begitu ramai sekali tenaga polis dan FRU terpaksa dikerah untuk menghalau kami keluar dari kawasan Dataran MPPJ tersebut. Sebaik semua berkumpul, berpuluh2 orang polis telah datang meluru dan menjerit-jerit dengan kasar mengarahkan semua untuk beredar..."Ini adalah satu perhimpunan HARAM..semua diarahkan bersurai atau polis akan menyuraikan dengan kekerasan!!!!"...begitulah berkahirnya satu program yang cuba diadakan bagi mengingati 43 orang lagi tahanan ISA yang masih merengkok di KEM TAHANAN KAMUNTING...seorang darinya telah memasuki 8 tahun lamanya dan 2 orang lagi merengkuk selama 7 tahun...dan masih menghitung hari-hari bilakan mereka akan dibebaskan.
Polis sedang mengeluarkan arahan...lelaki yang di hujung dan berpakaian biasa itulah yang menjerit-jerit ke arah peserta macam dengan apa lagi!!!
Perhimpunan dan Vigil pada malam tersebut juga diadakan bagi meraikan kemenangan rakyat dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang membuktikan ramai rakyat inginkan kepimpinan yang Bersih dan Adil yang boleh membela nasib rakyat dan bukan hanya untuk menjaga kepentingan diri dan kroni sahaja.
Ramai tu Polis...ada ramai lagi yang berpakaian biasa dan bervest Hijau di sekeliling
Berbalik kepada kisah pertanyaan ketua SB samada acara bakar lilin ada atau tidak dan kisah vigil di MBPJ yang diganggu polis, saya telah menceritakan perkara ini di dalam mesyuarat GMI yang baru saya hadiri. Kebetulan Lateefa Koya seorang peguam yang juga ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya memaklumkan bahawa sebenarnya mereka Ahli Majlis telah pun memberikan kebenaran untuk aktiviti Vigil dan aktiviti lain diadakan di dataran MBPJ. Mereka malah telah juga bersetuju untuk kawasan tersebut digunakan sebagai 'Speakers Corner'. Tempat tersebut saya rasakan sesuai untuk dijalankan aktiviti keramaian sebegini kerana ianya jauh dari jalan besar dan berada di kawasan yang agak lapang. Sudah tentu ianya tidak akan menganggu orang yang ramai dan juga lalu lintas.
Makanan turut dibawa secara pot luck...disusun atur sebelum semua datang untuk makan tapi akhirnya terpaksa dibawa pergi
Namun apa yang paling sukar diterima kenyataannya ialah kenapalah polis harus meletakkan dan menghantar begitu ramai sekali tenga kerjanya di sana. Lebih menggusarkan lagi, mereka terus berada di sana sehingga begitu lama sekali. Ini kerana setelah polis dan FRU menghalau kami keluar dari kawasan Dataran MBPJ, semua peserta telah berjalan keluar beramai-ramai dan menuju ke jalan besar untuk menghala ke sebuah restoran di pawagam LOTUS yang berdekatan untuk berkumpul dan acara makan-makan kerana ramai peserta yang telah membawa bersama makanan untuk dikongsi bersama. Polis dan FRU terus mengubah posisi dan menutup jalan utama di jalan berdekatan....memang teruk betul prasangka pihak polis terhadap peserta vigil yang aman.
Kawasan lapang di hadapan Bangunan MBPJ di Dataran MBPJ...sangat sesuai untuk diadakan aktiviti di waktu santai
Renungkanlah gambar-gambar Candlelight Vigil pada 18hb Januari yang disertakan dan lihat sendiri kehadiran peserta-peserta yang bersungguh datang menunjukkan sokongan dan solidarity.
Cuba untuk negotiate dengan polis...tapi tak berjaya..tempikan yang diterima...kami cool saja...anak-anak pun tak takut sebab kami tak bersalah...
Moga pihak polis boleh lebih bertolak ansur dan dapat mengenal siapa sebenarnya penjahat, penjenayah.
Sempatlah bergambar dengan RPK mangsa ISA dua kali...sewaktu dahulu RPK pernah secara direct membantu PSK-GMI dalam menjalankan kempen termasuk kejayaan kami ambush Mahathir di Kubu UMNO PWTC ketika Persidangan Agong UMNO di tahun 2002...lama dah tu..Asiah masih baby lagi..
Sekali lagi berbalik kepada proses permohonan permit tadi, setelah selesai melalui proses 'soal-siasat' dengan 2 orang SB tadi, kami telah diminta supaya pergi ke satu department yang lain untuk satu lagi prosedur iaitu mengisi borang permohonan. Prosedur wajib juga. Kami pun menuju ke pejabat perlesenan, di sana kami menemui seorang pegawai polis yang sebenar iaitu yang beruniform. Beliau menyapa mesra dan ramah, dan terus mengatakan.."Oh...program untuk GAZA ya..okay, tak pa, tak pa...biar saya uruskan...bila program ni?...Jumaat ni ya..okay..okay tak apa..esok saya akan uruskan jumpa OCPD..petang sikit boleh hubungi saya..encik dah jumpa DSP **** ye...okay, bagus..bagus. Saya akan uruskan"....dan suami saya tidak pula perlu mengisi apa-apa borang ketika itu...jimat masa kami..moga segalanya dipermudahkan.
Bakar lilin dalam truck polis....
Hah....lega sedikit rasanya....namun kami masih menaruh harapan agar ianya menjadi kenyataan dan polis dapat memberikan permit...memang benar...masa yang pihak penganjur letakkan begitu teramat singkat sekali...memang begitulah kenyataan nya kini...apa yang berlaku kepada rakyat Palestine jua...segala keganasan dan kezaliman berlaku dengan pantas tanpa perlu diberikan sebarang amaran...IKUT SUKA ISRAEL...ISI...kita pula ISA....ha..ha...ISA kalau dah kena...maka tahanan dan ahli keluarga akan dicengkam dengan kezaliman bertahun-tahun lamanya...bagi tahanan ISA...kezaliman hanya nyata pada mereka ketika mereka disiksa oleh SB-SB dengan bertubi-tubi...nak menghayatinya..silalah tonton teater BILIK SULIT yang akan menemui penonton di beberapa tempat...terakhir ialah di Pulau Pinang...yang akan datang pada 6,7 dan 8 February ialah di Bandaraya Ipoh pula....bagi pihak keluarga pula..kezaliman nya mungkin tidak jelas nyata di mata kita namun hanya mereka yang merasainya..kita hanya tumpang merasa........................
....Akhirnya....kami terpaksa menegaskan kepada SB tu bahawa program ingin diadakan purely untuk perjuangan dan tanda solidarity untuk rakyat Palestine...untuk membangkitkan kesedaran masyarakat...untuk masyarakat terus mengutuk kezaliman Israel, apatah lagi dengan taktik pengunduran sementara pihak ISRAEL Laknatullah ini...jadi berilah kepada pihak penganjur peluang ini...
Memang diikutkan hati tidak ingin saya menemui dan terpaksa melalui proses 'interogasi' ini bersama suami...tapi apa nak buat...ini undang-undang dan prosedur dunia yang perlu dilalui..tak mohon permit salah...dah pohon..belum tentu pulak akan diluluskan...namun saya yakin ianya akan berjaya diluluskan kerana kita semua benci kezaliman!!!!!
Oh...Malaysia Tanah Air ku....
Posted by
ummu asiah
at
18:08
3
comments
Selepas menghantar anak ke sekolah tengahari tadi, saya dan suami singgah sebentar di UIA Gombak. Sekolah Rendah Islam Al-Amin terletak berhampiran dengan UIA. Kami singgah untuk makan dan jalan-jalan melihat aktiviti yang terdapat di sana.
Posted by
ummu asiah
at
13:54
10
comments
Tiba-tiba teringat juga...sekiranya bom-bom dan bedilan peluru yang melanda bumi kita, sudah tentu lenyap segalanya...moga Allah lindungi kita...moga kita dan seluruh rakyat tidak terus tunduk pada kuasa besar...moga rakyat sedar dan terus sedar dan berani melawan sekiranya pemimpin negara kita cuba menggadaikan tanah air dan harta kita kepada kuasa besar terutama sekali Amerika dan Israel...kini kerajaan kita sedang menghentikan seketika proses perjanjian FTA dengan Amerika. Perjanjian FTA ini telah pun ditentang hebat oleh banyak pihak dalam negara kita lantaran sifatnya yang bakal menggadai negara dan rakyat....Banyak hikmah yang Allah kurniakan kepada kita akibat peristiwa kekejaman tentera Israel ke atas bumi Palestin. Kini sudah timbul kempen-kempen beli barangan Malaysia..kunjungi pasaraya selain dari pasaraya yang melambangkan kekuasaan negara HARAM Israel seperti TESCO.
Posted by
ummu asiah
at
11:03
10
comments
Hai..friends and readers..
I am sharing with all of you this song of hope....for the Palestinians...
I came across this beatiful song and video clip from this blog...a mother from GAZA http://a-mother-from-gaza.blogspot.com/
WE WILL NOT GO DOWN
TONIGHT WITHOUT A FIGHT...
WE WILL NOT GO DOWN
IN GAZA TONIGHT...
Ya...mereka di bumi Palestine terus menerus berjuang mempertahankan bumi Palestine dengan darah, keringat dan air mata.
Saya baru saja sahaja pulang dari Himpunan Membantah Keganasan Israel di Taman Melewar. Penceramah jemputan ialah seorang Pelajar wakil dari HAMAS...beliau mengharapkan kita terus menerus memberikan sokongan...mengatakan dan membincangkan isu-isu Palestin di mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja agar isu kezaliman ISRAEL terus segar dan disedari oleh ramai pihak..Ianya memberikan semangat untuk mereka terus berjuang mempertahankan Bumi Palestine hingga mereka berjaya akhirnya..hingga kita semua bisa kembali bersujud di Masjidil Al Aqsa..Kiblat Pertama kita...
Beliau menceritakan bagaimana penderitaan penduduk Palestine kini yang bukan sahaja sudh tidak ada kemudahan asas..rumah yang musnah, ubat-ubatan...malah bekalan makanan sudah tiada lagi hingga mereka terpaksa MENGUTIP RUMPUT DI JALANAN...DIREBUS UNTUK DIJADIKAN BAHAN MENGISI PERUT MEREKA BAGI MENERUSKAN KEHIDUPAN MEMPERTAHANKAN TANAH SUCI UNTUK UMAT ISLAM SEDUNIA...
Jadi apakah kita boleh hanya mendiamkan diri....lakukan sesuatu...jangan kita saling memperlekehkan sesuatu yang cuba diakukan oleh orang lain...kita semua boleh menyumbang...kita semua boleh kembali kepada Allah...bersujud, berdo'a dan bermunajat...Inilah hikmah di sebalik segala kejadian...kembali kepada Allah...berihkan diri...dekatkan diri dengan Allah...tinggalkan segala perkara yang mungkar...hentikan perbalahan...
Hentikan guna produk keluaran AMerika..Israel dan sekutunya...boikot...boikot...demonstrasi...unjuk rasa benci...macam-macam lagi teruskan usaha...
Hayati lirik di bawah...saya dapati dari blog sahabat http://memoth.blogspot.com/
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
http://michaelheart.com/Song_for_Gaza.html
Posted by
ummu asiah
at
00:10
2
comments
"Kakak, nak tanya sikit boleh...." tegur seorang pegawai polis yang kelihatan masih muda kepada saya. Ketika itu saya dan beberapa orang teman yang ditangkap oleh polis di Dataran Merdeka sedang menunggu teman-teman yang lain selesai disoal-siasat.
Saya segera menoleh ke belakang melihat polis yang beruniform yang menegur saya. Rupanya dia sejak dari awal sudah berada di situ dan memerhati kami. Tidak pasti samada menunggu waktu untuk pulang atau ditugaskan untuk mengawal kami. Kerana ketika kami ditangkap dan dikurung sekiranya kami ingin keluar ke tandas atau keluar untuk menunaikan solat akan ada pegawai polis yang ditugaskan mengiringi kami....Prosedur...
Saya menjawab teguran polis tersebut..."Boleh, tanyalah...kenapa?"....jawab saya kepadanya..
"OOO....kain ni...ha..ini tak dapat dibeli di tempat lain. Buat masa ni kakak hanya tahu dan nampak JIM saja yang jual. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia. Sekarang ni dah habis. Kena tunggu dulu dia orang order. Jauh ni....dari Syria"...Alhamdulillah, maklumat ini saya dapat dari Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin,Naib Presiden JIM,JK Perhubungan Antarabangsa ketika menghadiri kursus TOPS, Training of Palestine Speakers pada sebelah siangnya.
"Oh..ye ke..macamana saya nak dapatkan tu.."...berminat betul nampak gayanya dia.
"Kenala tunggu sampai barang tu ada, boleh lah order dan call ke pejabat JIM atau pergi sendiri ke pejabat JIM untuk beli"...saya beri saranan kepada dia.
Dia menceritakan kepada saya yang dia ada menghadiri Demo di Masjid Negara kerana bertugas tetapi tidak nampak ada orang menjual dan dia juga telah ke program Rapat Umum untuk Gaza di Stadium Malawati Shah Alam, tetapi hampa juga kerana tiada sesiapa yang menjualnya.
Memang benarlah agaknya hanya JIM sahaja yang menjualnya buat masa ini...sepanjang pengetahuan saya yang cetek ini.
Oleh kerana dia kelihatan sangat 'serius' dan jujur berminat dengan kain tersebut akhirnya saya offer untuk memberikan kain yang tersarung di leher saya kepadanya. Tersenyum gembira dia, tetapi saya katakan kena tunggu hingga selesai semua sahabat kami keluar dari proses interogasi. Dia pun menyuarakan rasa kesalnya kenapa lah kami semua ditangkap.
Entahlah..saya yakin dia ikhlas...dan atas pengalaman saya yang sedikit ini saya rasakan pegawai polis yang beruniform ini agak lebih sopan dan baik...jauh berbanding dengan pegawai polis yang tidak memakai uniform ini. Mereka yang menyembunyikan identiti mereka...mereka yang suka membuat provokasi di dalam sesuatu perhimpunan haram. Seperti apa yang berlaku kepada kami malam tersebut. Ketika proses negotiation berlaku di hadapan...SB-SB dibelakang telah mengepung dan menghimpit kami. Ada di antara mereka telah merampas barangan kami.
Berbalik kepada cerita kain Palestine tadi...di suatu program lagi di Stadium Tasik Titiwangsa pula...seorang siswi berlari sambil tersenyum-senyum mendapatkan saya...soalan yang sama yang saya terima...
Posted by
ummu asiah
at
17:04
1 comments
Hari ni...entry selingan sedikit....
Posted by
ummu asiah
at
12:13
2
comments
Saya copy and paste catatan di bawah dari emel yang diterima dari seorang kawan....kerana saya rasakan ianya menarik untuk dikongsi bersama...bukan hanya untuk bacaan tetapi lebih kepada tindakan yang terdaya dan sedaya kita lakukan bagi menunjukkan rasa kebencian terhadap....Negara Haram Israel yang cuba menghancurkan Tanah Suci umat Islam dan membunuh hingga pada hari ini sahaja hampir 850 nyawa dengan zalimya...sebahagiannya adalah anak-anak kecil dan wanita....SAMADA PENDUDUK PALESTINE DIBIARKAN MATI...GUGUR SYAHID SECARA PERLAHAN-LAHAN LANTARAN PENUTUPAN SETIAP JALAN KELUAR MASUK ATAU MATI SEGERA LANTARAN BEDILAN DAN PENGEBOMAN TENTERA JAHANAM ISRAEL...
Jadi..usah persoalkan lagi....lakukan apa yang terdaya selagi terdaya........DO IT NOW!!!!!
Posted by
ummu asiah
at
10:37
6
comments
Video showing the incident last night...even when our elected Parliamentarians tried hard to negotiate that we were given time to show our solidarity to the Palestianians...the police still didn't want to listen and co-operate...while the police and the YBs were negotiating, the SBs behind us started to grab and rampas our placards and banners...they pushed and surrounded us...the video can really explained the situation we were in and how mad we were....YB Charles Santiago also appealed to the police not to arrest and let us demonstrate so as not to 'memalukan' our Perdana Menteri malaysia...but the police just DON'T Care!!!!
While the Education Minister even encouraged the students to demonstrate and show support to the Palestinians, we were being captured by our policemen...what else can we say about our Polis Di Raja Malaysia????.....double standard or what..read here as well...
...and...my son who is 13th years old are among those who were arrested and later being interrogated by the SBs...luckily our lawyers from the Bar Council really did a great job in helping us..
Thank you to all who came to the IPD to show support to all of us arrested including our family friends..Zahir Hassan and Family..friends from Jamaah Islah Malaysia...YB Ronnie Liu also came to support us...Thank you..
Selamat kan Palestine...Stop War...Stop The Killings!!!
Posted by
ummu asiah
at
10:14
5
comments
Posted by
ummu asiah
at
02:54
6
comments
Posted by
ummu asiah
at
18:25
6
comments
Posted by
ummu asiah
at
17:01
6
comments
Posted by
ummu asiah
at
16:42
6
comments
Mama dan babah adik dan kakak membawa mereka kemana saja..Asiah dan Asma' juga bertemu mereka ketika menonton Teater Bilik Sulit di Bar Council serta demonstrasi menentang kezaliman tentera Israel dan membela nasib rakyat Palestine di Masjid Negara baru-baru ini.
Hari Isnin yang lepas saya dan suami menziarahi mereka..adik Faras baru dimasuki semula ke wad tengahari itu. Kami berdua pula menziarahinya sebaik selesai program mengiringi MP Pakatan Rakyat menghantar memo kepada PM berkaitan isu Palestine di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya...Faras yang terbaring..ceria melihat Pak Cik yang datang memakai muffler berlambangkan Palestine...kami mengahdiahkan untuknya muffler tersebut..semoga dia cergas dan sehat semula untuk menyambung perjuangan ummi dan abinya....
Moga Allah memberikan kekuatan kepada keluarga mereka dan meringankan dugaan kesakitan adik Faras.....
Posted by
ummu asiah
at
21:20
5
comments