Monday, 12 January 2009

DO IT NOW....HELP THE PALESTINIANS......SHOW YOUR SUPPORT!!!

Saya copy and paste catatan di bawah dari emel yang diterima dari seorang kawan....kerana saya rasakan ianya menarik untuk dikongsi bersama...bukan hanya untuk bacaan tetapi lebih kepada tindakan yang terdaya dan sedaya kita lakukan bagi menunjukkan rasa kebencian terhadap....Negara Haram Israel yang cuba menghancurkan Tanah Suci umat Islam dan membunuh hingga pada hari ini sahaja hampir 850 nyawa dengan zalimya...sebahagiannya adalah anak-anak kecil dan wanita....SAMADA PENDUDUK PALESTINE DIBIARKAN MATI...GUGUR SYAHID SECARA PERLAHAN-LAHAN LANTARAN PENUTUPAN SETIAP JALAN KELUAR MASUK ATAU MATI SEGERA LANTARAN BEDILAN DAN PENGEBOMAN TENTERA JAHANAM ISRAEL...

Jadi..usah persoalkan lagi....lakukan apa yang terdaya selagi terdaya........DO IT NOW!!!!!


Assalamualaikum,

Semalam 9 Jan 09, akhirnya tercapai juga cita-cita saya nak pi demo di kedutaan Amerika Syarikat. Marah sungguh, mendidih sungguh jiwa ini, panas membuak-buak bila melihat berita-berita menyayat hati saudara-saudara seagama kita dibunuh dan dislaughter hidup-hidup di bumi Palestine sana. Sudah tujuh lapan ratus orang dah terkorban, kalau setakat demo kat masjid di kampung-kampung saja, dah tak ada kick rasanya, nak kena pi direct ke kedutaan depa.

Banyak sudah ditulis orang dalam internet/blog/ artikel berkenaan bab Palestine ini; saya hanya org biasa dari pedalaman Padang Dan, Ulu Baling Kedah, x reti nak tulis dan ulas canggih-canggih macam depa dok tulis nu, cumanya saya nak catat di sini suara hati drpd perspektif saya sendiri.

Semalam Jumaat 9 Jan 09, saya dengan 3 org lagi kawan kami bertolak terus dari Kedah ke Kuala Lumpur. Nak habag betoi la, saya bukannya reti sangat jalan-jalan di KL nu, saya cuma tau jalan Baling/Sik/Sg Petani/Gurun Alor Setaq saja, kalau KL - tiap kali pi memanjang sesat.

Kami bertolak lebih kurang jam 7:45 pagi dari Kedah; on the way saya tanya memba-memba dalam keta tu depa tau ka jalan nak pi KLCC; sorang pun x tau. Kemudian saya call sahabat di KL minta panduan. Dia habag kata dari Kedah hg mai straight, sampai tol jln duta, hang cari jalan Kucing, sampai roundabout, hg amik pukul 3, himpit kiri hang cari Jln Tun Razak, pi straight KLCC belah kanan hang.

So, dengan hanya berbekalkan clue tu, dan mungkin sebab hati kami memang ikhlas nak pi demo nak habag kat Amerika kata kami dari ulu Baling ni marah sungguh dengan dajal depa si Yahudi tu dok semelih saudara-saudara kami di Palestine sana nu, maka alhamdulillah dengan izinNya, kami x sesat pun, lebih kurang jam 12:15 tghari kami sampai straight ke KLCC. Cumanya tang parking tu ja x reti, jenuh musin, last-last termasuk terowong mana entah, nu dekat 3 tingkat parking bawah KLCC.

Bila naik atas, tercangak-cangak gak kami sebab sahabat tu kata hang parking KLCC lepas tu boleh terus pi solat di Masjid Al-Syakirin, masalahnya kami x sure tang mana jln keluar nak pi masjid tu, jenuh gak tawaf kat Isetan ka mana nu, last-last sampai gak kat Masjid.

Belum demo lagi pun, waktu sebelum jumaat, ustaz mana entah pi bagi tazkirah, start mola sampai habis dok habag pasal Palestine saja. Kemudian mai tang khatib, juga cerita Palestine. Lagi lah panas hati kami yg dah sedia panas ni, x sabaq-sabaq nak turun demo. Mai tang doa antara 2 khutbah, ustaz tu pi baca doa untuk Palestine gak, merintih-rintih hati ni, rasa x sabaq nak turun demo dah. Habis solat jumaat, tok imam bangun ajak semua org buat solat hajat untuk palestine.

Habag betoi saya x kusyuk solat tu sebab waktu sujud last, kat luaq tu dah riuh puak-puak mana entah, dah mola dok HANCOQ HANCOQ, HANCOQ ISRAEL!! Habis salam, terus kami celapak pi.

Kami terus ke depan Tabung Haji, tempat di mana kumpulan COMPLETE (gabungan NGO yg diketuai oleh JIM) diminta berkumpul. Dari situ kami berarak ke kedutaan Amerika; saya berada dlm kumpulan yg tengah antara yg mola dan yg hujung, lebih kurang 5000 org rasanya. Waktu berarak tu, dlm group hat tengah tu sunyi saja, senyap x dak suasana demo, mungkin sebab panas atau pun mungkin sebab majoriti dlm group tu budak-budak mahasiswa, masih baru dgn alam demo ni. Tanpa disuruh saya terus pi jadi tekong, saya main bedal ja apa nak kata, depa-depa yg lain pakat ikut ramai-ramai:

Takbir! Allah hu Akbar 3X
Hidup Hidup, Hidup Islam,
Hidup Hidup, Hidup Palestine,
Jahanam Jahanam, Jahanam Israel,
Jahanam Jahanam, Jahanam Yahudi,
Jahanam Jahanam, Jahanam Amerika!!

Berulang-ulang kali saya bertempik jadi tekong x bertauliah tu - dan mcm biasa, mcm gak demo Iraq, demo denmark, demo minyak, demo tol, demo bersih dan lain-lain demo yg pernah saya turun sebelum-sebelum ini, sapa-sapa yg jadi tekong tak bertauliah ni, nanti zap-zap-zap "DEPA" mai tangkap gambaq. Tangkap pi lah peduli apa, janji saya puas ati, mai jauh dari Baling sana nu, kalau takat nak mai belarak tak kata apa, baik saya pi motong getah lagi baguih!!

Bila dah menghampiri pagar kedutaan Amerika, bila nampak bendera Amerika dok "megah" berkibar dalam pagaq tu, saya rasa dah mola naik Syeikh, dok habag kat diri sendiri "control munir control" , bukannya apa saya dok risau dlm keadaan panas dan letih mai jauh drive direct dari Kedah nu, saya risau takut jadi histeria ka apa pi balun kasut masuk ke dlm kedutaan tu, nanti tak pasal-pasal jadi berita utama CNN pula. Nasib baiklah saya tak naik syeikh sampai tara tu; kot mana pun mungkin sebab stress sangat, secara tiba-tiba sebelah badan saya kat area tulang ribs, dia jadi jem jadi krem, nak tarik nafas pun susah, terus saya stop dan pi ke tepi, x habag pun kat memba, rasa mcm nak kena stroke, panik gak la.

On the way back baru saya habag kat kwn-kwn, saya kata kalau saya terus pengsan gol kat situ, saya harap akan dpt pahala syahid ka apa. Sorang memba tu gelak, dia kata awat hg x gol, kalau hg syahid baguih gak, boleh kami tumpang syafaat hang - ha, pandailah buat lawak. Kot mana pun, sapa-sapa nak turun demo, elok exercise sikit sehari dua before, tambah-tambah yg berusia mcm saya ni, takut jem.

Waktu saya cari tempat nak rest sat tu kot, saya tertolak ke tepi pagar kedutaan, baru saya teringat antara cita-cita hati saya yg lama terpendam selama ni, dan kebetulan habuk masuk mulut pun; terus PTUIH! nah amik hang tercapai juga cita-cita saya nak ludah pintu pagar rumah Pak Menakan Israel tu.. (Waktu drive balik tu saya rasa puas hati sungguh, mcm tercapai dah misi demo kami hari tu, x sia-sia pi drive jauh-jauh dari Kedah sana nu).

Penutup cerita, waktu berenti solat maghrib di RR Tapah, bila tengok saya pakai baju SAVE PALESTINE, sorang pakcik beruban kat luaq Surau tu dia terus sembang bab Palestine. Saya saja la habag kata kami baru balik drpd berdemo di kedutaan tu; di x puas hati, dia kata dia hidup dekat 60 tahun dah, bab Palestine x leh selesai dengan demo-demo ni; dengan kata lain demo-demo ni tak ada gunanya. Saya senyum ja lah, malas nak layan org-org tua mcm tu.

Bila saya habag kat kwn saya dlm keta lepas tu, kawan saya tu kata: La, awat hang tak habag kat aku, kalau aku ada kat situ, aku nak suruh dia mengucap balik, amik semayang pi naik solat balik.

Pasal apa? kawan saya tu kata, itu dah melibatkan bab Aqidah.

Kwn saya ni x mcm saya, saya ni mengaji sekular ja, x reti sangat bab-bab agama ni; yg saya taunya ada org alim mana entah pernah habag kat saya, dia kata kita dengan isteri kita, asalnya x ada ikatan apa-apa, tapi sebaik sahaja keluar lafaz "AKU TERIMA AKAN NIKAHNYA.... sekian sekian", maka dengan lafaz tu, terus terikat kita dgn isteri kita jadi suami isteri sah dari kaca mata Islam.

Org alim tu habag lagi kat saya, dia kata:

"Macam tu gak dengan Lafaz Dua kalimah Syahadah. Sekali saja hang mengucap Dua kalimah tu, maka secara otomatik, sah drpd kacamata Islam hang terikat sebagai saudara dengan semua org yang mengucap Dua kalimah Syahadah tak kira la depa dok di KL ka, Baling ka, Kedah ka, Malaysia ka, Palestine ka mana ka"

Mungkin disebabkan oleh aura Dua kalimah Syahadah tu kot, maka saya yg dok di Baling ini rasa sakit hati sungguh bila tengok org-org yg ada satu kalimah Syahadah dengan saya dibom dan dibunuh di Palestine sana nu. Hebat sungguh rupa-rupanya "daulat" Dua kalimah Syahadah ni!

Bila saya tanya kwn saya pasal aqidah tu, dia habaq kat saya dalam kitab Sahih Muslim, Nabi Muhammad SAW ada bersabda, maksudnya:

“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh anggota lain turut berjaga malam dan demam”

Persoalannya, di kala saudara-saudara kita di Palestine sana merasa sakit, apakah kalian di Malaysia ini turut merasakannya? Jika tidak ada apa-apa rasa, maka tepuklah dada tanyalah selera. Jika tidak, turunlah berdemo sebagai menyatakan bantahan kita terhadap kekejaman yg dilakukan ke atas saudara-saudara kita ini.

Again, saya x pandai menulis, x reti nak mengulas macam org lain. Cuma saya berharap akan ada sebaris dua drpd tulisan saya ini yang mampu mengubah hati kita, mampu mewujudkan kesedaran dan awareness tentang kenapa perlunya kita semua mengambil berat akan isu Palestine ini.

Depa-depa di Palestine diuji dengan bom dan peluru, gugur mereka gugur sebagai shuhada, kita pula diuji dengan harta dan kemewahan, nak bantu ka tak nak bantu terpulanglah kpd kita. Kalau nak bantu, turunlah berdemo, kalau tidak pun, hulurkanlah sumbangan kepada mana-mana tabung yg diiktiraf. Dan yg penting, mcm kata Ustaz kat Masjid As-syakirin tu, hulur-hulurkanlah doa, itu yg paling mudah antara semua.

Sekian moga ada manafaatnya.

moniermatdin@ yahoo.com
10 Jan 2009
http://www.monierma tdin.blogspot. com

6 comments:

AKUOKU said...

umi, hebat pok cik ni....kalau semua saudara islam kita berpikir mcm ni ISLAM PASTI MENANG!! ALLAH HU AKHBAR!!!!!!!!!!!!

Abang Long said...

Memang hebat ! Dia mai dari Baling, nun jauh dihujung dunia ... cek dok kot lerah kl pun tak pi demo sama ... tapi len kali dua - dua tak boleh dok sama, takut sorang rebah, hat satu lagi ikut sama ...

ummu asiah said...

memang hebat pakcik ni..sanggup mai jauh..dari kedah..senegeghi..syok baca tulisan dia...tapi semangat tetap ada

ummu asiah said...

abg long..

tak pa abg long..lein kali buat kot lerah shah alam ka, klang ka, boleh join..16hb ni di sabak bernam pulak..

ni iklan dia...
Jom kita ramai-ramai ke Sg. Besar, ibu daerah Sabak Bernam, nun jauh ke utara Selangor hari Jumaat ini, 16 Januari 2009. Bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 mlm, Badan Dakwah S.Bernam, Pej Agama Islam S.Bernam, Pejabat2 Kerajaan dan NGO Islam Sabak Bernam akan menganjurkan MALAM SOLIDARITI BERSAMA RAKYAT PALESTIN di Stadium Sungai Besar.

Penceramah jemputan : Prof. Madya Dr. Hafidzi M.Nor ( Pengarah PACE) & Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj ( Ahli Majlis MDSB).

Aina@Azila said...

lawak jugak pakcik tu kan... syok baca dia tulis.

Saya nak bagi pandangan sikit leh dak? Selain dari demonstrasi, saya rasa, mai laa kita sama2 boikot barang Israel. Saya rasa laa kan, bangsa Israel laknatullah tu tak lut kalau setakat demonstrasi, bakar bendera dan patung..depa tu bangsa yg ketegaq yaamat.

Mai kita ramai2 boikot barang2 israel, jangan minum COKE, jangan minum kat Starbuck. JANGAN MINUM COKE, tu yg paling senang nak buat. So, sambil demonstrasi tu, kempen2 laa boikot brang israel.

Rasanya Starbuck dah mula terasa tergugat, dah ada iklan Starbuck kat TV. Dulu tak pernah ada... tak pa, biaq dia bayar duit iklan, kita tetap boikot dia. Biaq dia rugi dua kali, sekali rugi kena bayar duit iklan, kedua rugi sebab orang tak pi minum kat kedai dia.

maaf ya, saya ter'emo' kat sini.... maaf laa saya memang hangin betui dengan israel ni.

ummu asiah said...

aina

memang betul..boikot sepanjang masa..banyak cara yang boleh dilakukan...demonstrasi@tunjuk perasaan is ine of the ways among many ways we can do to help and show our support..demonstrasi untuk tunjukkan pada dunia melalui media tentang kebencian kita kepada mereka yang zalim..mereka akan nampak sendiri melalui berita dan gambar yang dihilitekan.

boikot, yes we must...dalam bidang kuasa kita juga..sudah ada ulamak yang mengeluarkan fatwa yang ianya sudah jatuh wajib buta kita umat ISlam semua..Alhamdulillah, di radio dan akhbar sudah berani dengan terang2 hilitekan isu ni dan sebut specific produk apa yang patut diboikot.

paling penting kita saling ingat mengingati dan support each other in whatever we do for the sake of ISlam and the Palestinians