Monday, 26 January 2009

Khabar dari Gazza...Malam Prihatin Palestin

Alhamdulillah..setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah yang telah menganugerahkan kita semua dengan nikmat kehidupan yang selesa..sehat..Alhamdulillah...bagi kami sekeluarga juga turut bersyukur dengan nikmat dan peluang yang Allah kurniakan kepada kami...Hajat di hati nak balik kampung sempena cuti panjang ni, tapi anak2 ada yang ada program sekolah dan yang tingkatan 3 ada banyak homework. Jadi kami ambil peluang mengisi masa dengan menghadiri program Malam Prihatin Palestin Anjuran Kerajaan Negeri Selangor

Majlis bermula dengan candlelite vigil sebagai tanda solidarity kepada rakyat Palestin dan tahanan ISA di Kem Kamunting yang seangkatan dengan Kem Guantanamo milik kerajaan Amerika Syarikat yang diarahkan ditutup oleh Presiden barunya Obama..

Alhamdulillah..sesampai di pintu gerbang MBPJ...saya agak terperanjat kerana tiada halangan polis dan polis mengawal lalulintas dengan baik di setiap selekoh. Kami dapat meletakkan kenderaan dengan baik di kawasan parking Dewan Sivik MBPJ...tabik hormat pada pihak polis dan pegawai MBPJ...Tahniah...teruskan usaha yang baik.

Candlelite Vigil dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan dari pihak polis....tidak seperti di minggu sebelumnya di mana kami dihalau dan dijerit pekik oleh polis walaupun bersama kami ada 4 orang ahli Majlis Bandaran Petaling Jaya.
Apa-apa pun majlis yang berlalu itu memberi kesan yang besar dalam diri saya khususnya...banyak yang ingin diceritakan di sini...saya mulakan dengan perkongsian pengalaman kumpulan misi kemanusiaan yang dianggotai oleh Yayasan Amal Malaysia dan kerajaan Negeri Selangor. Perkongsian disampaikan oleh Dr Abd Rani Osman sebagai Ketua Relif Yayasan Amal Malaysia.

Beliau menyampaikan pemyampaian dengan dibantu tanyangan slide. Beberapa point yang saya ingin kongsikan yang menyentuh jiwa dan perasaan ialah seperti di bawah...setakat yang saya dapat ingati.

1. Keunikan rakyat Palestine ialah walaupun kehidupan mereka dihantui dengan pembunuhan, kekejaman dan kematian...namun mereka sentiasa tersenyum dan gembira..gambar yang ditunjukkan pesakit yang terlantar bila bergambar tersenyum dan menunjukkan isyarat 'Peace'

2. Seorang anak perempuan yang mereka temui, bernama Jamilah..berumur 10tahun...2 kakinya kudung terpaksa dipotong namun bersyukur dan bergembira kerana katanya 2 belah kakinya telahpun berada di Syurga....SUBHANALLAH...ALLAH hu AKBAR...begitu rindunya mereka dengan syahid dan syurga Allah...

3. Dr Rani menunjukkan gambar beliau bersama seorang anak yg lelaki yang berumur dalam 8 tahun...kanak-kanak ini katanya rindukan untuk Syahid...Subhanallah...

4. Sambil menunjukkan gambar anak kecil yang luka-luka di muka...matanya membengkak dan tertutup rapat...ini menunjukkan style kecederaan yang berlaku yang kebanyakannya membutakan mata kanak-kanak sekiranya tidak diberi rawatan segera. Maka mereka di sana amat-amat mengalu2kan kedatangan para doktor mata ke sana.

5. Beliau juga menunjukkan gambar anak-anak yang terbunuh...katanya rata-rata anak-anak kecil dibunuh dengan ditembak pada jarak dekat di kepala mereka.


6. Satu lagi yang unik dan pelik ialah..peluru yang menembusi anggota tubuh manusia..tembus dengan tanda yang amat halus..namun apabila ianya tembus ke bahagian belakang badan meninggalkan kesan yang luas dan besar...peluru itu merosakkan banyak anggota dalam badan yang penting. Mereka seolah sedang melakukan experiment ke atas rakyat palestin dengan bom dan peluru yang canggih.


Kenyataan ke 6 di atas selari dengan maklumat melalui emel yang diterima dari Federation of Islamic Medical Associations FIMA – GAZA RELIEF NO. 7 ( 21 Jan 2009 ) seperti di bawah:

1. Rehabilitation - the al-Wafa hospital. Probably the only one in Gaza city, which Dr. Jemilah and I visited in 2003, was bombed and destroyed. Now with the existing patient load (btw, Israeli snipers have the habit of shooting youngsters in the spine, leaving them paralyzed and needing life-long rehabilitation), there's plenty more added patients. Especially with the newer bombs including possible dime bombs - no shrapnel but civilians end up with bilateral lower limb amputations, and as we were briefed, even including pregnant women !

Apakah tujuan mereka sebenarnya?????

Banyak lagi isu yang ingin dikongsikan hasil pendegaran dari ucapan2 yang disampaikan semalam terutamanya dari DSAI yang menyentuh banyak perkara termasuk isu kematian dalam tahanan polis yang terkini S.Kugan, kezaliman yang berlaku ke atas tahanan ISA, Kem Kamunting vs Kem Guantanamo, kemasukan ADUN Bota Perak ke dalam Pakatan Rakyat dan banyak lagi yang menyuntik semangat..moga dapat kelapangan masa untuk menulis...InsyaAllah..

We will not go down....

6 comments:

Neeza Shahril said...

mereka nak umat Islam tersiksa.. macam zaman jahiliyyah aje bunyinya.. mungkin ini cara mereka untuk melumpuhkan umat Islam..
wonder pulak neeza.. adakah mereka sebenarnya ya'jud ma'jud tu kak N?

Abang Long said...

Ahahahahaha .... tak dapat jumpa lagi ?

Dah dekat sangat dah !!!

Dalam satu majlis. Tapi, sayangnya mata abang long rabun, cermin mata tangkainya patah. Kalau berlaga bahupun mungkin tak kenal.

Nur said...

Salam kak,

Ya Allah, teruknya keadaan di Malaysia? Siap kene bantai lagi anak muda india itu. Huhuhu, bile nyer nak berubah Msia ni....adoi...

ummu asiah said...

neeza..

memang mereka sengaja nk bagi generasi mendatang umat Islam lemah..mereka fikir umat Islam Palestin akan lemah dgn rosaknya fizikal mereak..mereka mmg salah..

yg sayangnya umat Islam Malsia yg dirosakkan fikiran dan aqidah lah melalui hiburanlah yg akan lemah..mereka berjaya dlm bab ini..

ummu asiah said...

Abg Long..

Kat sana juga???...la..mmg tak dak rezki nak jumpa..rugilah..

mesti nampak cuma tak kenal..tak pa next time ada program..boleh info info lagi

ummu asiah said...

fakhzan..

mmg teruk..sayangnya disebabkan aksi jahat segelintir polis..seluruh nama msia yg dapat padah..paling sayang dan teruk bila Ketua Polis sendiri tak berwibawa dalm memberi keterangan balas..adaka sakit jantungla..paru2..ada 80 kes kematian dlm tahanan..banyak tu..semuanya sweep under the carpet!!!