Langit cerah...biru lembut memayungi bumi...dahan-dahan pokok dibuai-buai oleh angin yang sepoi-sepoi menghembus alam....Indah sungguh pemandangan alam di sekitar Gombak dan Ulu Kelang pagi ini....Terbayang di mata...suasana begini tentu lebih indah terasa nikmatnya jika dapat duduk-duduk bersantai di balkoni chalet atau balkoni hotel di tepi pantai...
Tiba-tiba teringat juga...sekiranya bom-bom dan bedilan peluru yang melanda bumi kita, sudah tentu lenyap segalanya...moga Allah lindungi kita...moga kita dan seluruh rakyat tidak terus tunduk pada kuasa besar...moga rakyat sedar dan terus sedar dan berani melawan sekiranya pemimpin negara kita cuba menggadaikan tanah air dan harta kita kepada kuasa besar terutama sekali Amerika dan Israel...kini kerajaan kita sedang menghentikan seketika proses perjanjian FTA dengan Amerika. Perjanjian FTA ini telah pun ditentang hebat oleh banyak pihak dalam negara kita lantaran sifatnya yang bakal menggadai negara dan rakyat....Banyak hikmah yang Allah kurniakan kepada kita akibat peristiwa kekejaman tentera Israel ke atas bumi Palestin. Kini sudah timbul kempen-kempen beli barangan Malaysia..kunjungi pasaraya selain dari pasaraya yang melambangkan kekuasaan negara HARAM Israel seperti TESCO.
Radio seperti IKIM sudah berani dengan terang-terangan menyebut dan mengajak kita memboikot barangan yang menyalurkan keuntungan mereka kepada ISRAEL dan Amerika seperti Mc Donalds, Coca Cola, Pizza Hut, jangan minum di STARBUCKS dan macam-macam lagi....
Topik perbincangan yang hangat kini sudah tentu mengenai Palestin dan Israel. Anak-anak sekolah yang masih kecil juga tidak kurang pekanya mereka akan isu ini. Asiah, anak kami yang berumur 8 tahun, pagi tadi membuka bicara tentang isu Israel, Palestin dan Boikot ketika kami dalam kereta keluar untuk bersarapan di luar.
"Umi, kawan Asiah kata, kalau makan Mc Donald, daging dia, makanan dia haram"...
"Bukan macam tu..Asiah. Makanan dia tak haram...boleh dimakan, tapi cuma kita tidak boleh membeli barangan di Mc Donald, sebab hasil jualan Mc Donald akan diberikan pada Amerika dan Israel. Kita tak boleh menguatkan ekonomi negara yang nak menghancurkan orang Islam"...jawab ummi Asiah.
"OO..kalau macam tu bila kita bayar dia terus bagi pada Israel la?"...Asiah tanya lagi..
"Nantilah...bila balik nanti, ummi ambil pen dengan kertas ummi explain pada Asiah okay"....Ummi cuba mengelak dari jawab panjang lebar sebab ummi sedang sakit kepala dan perut setelah terkena food poisoning sejak dua hari lepas, begitu juga abah Asiah. Tetapi 3 orang anak di belakang masih lagi heboh membahas topik-topik semasa seperti apa yang mereka lalui bersama-sama kawan-kawan di sekolah.
Alhamdulillah, semoga semangat ini akan berterusan dan berkekalan...semangat kesedaran, semangat setiakawan, ukhuwwah..."bila satu anggota badan sakit, seluruh tubuh turut merasakan kesakitannya"....Sekiranya semangat ini terus kekal sudah tentu tidak mudah untuk umat Islam dikalahkan, dan tidak mudah untuk kaum yang membenci umat Islam untuk menjajahi kita lebih-lebih lagi pemikiran anak-anak muda kita...
Semoga kita semua selamat bersama ISLAM dan terus mempertahankan ISLAM dari musuh Islam.
10 comments:
Alhamdulillah kerana berjaya mendidik anak2 belajar erti kemanusiaan. Insyaallah semoga menjadi umat yg bermanafaat pada agama dan negara.
sebab tu lah dari sekarang generasi auntie ni kena dedahkan anak2 kepada perjuangan di bumi kita sendiri...
moga generasi anak-anak yg akan datang lebih cerah berseri lagi...InsyaAllah.
ya betul!
apa saja yg dibuat pasti terkenangkan keadaan di palestine!
kami pun dah lama stop ke tesco dan barangan2 seperti coke tu memang dah berkurun tak sentuh..starbucks tak pernah jejak pun...tapi byk jenama2 lain yang selalu di beli lepas ni kenalah terminate terus!
semoga Allah melindungi kiblat pertama umat islam dan buminya!
Salam kak
Akak tak sehat kah? Moga2 akak cepat sembuh dan diberikan kekuatan untuk terus berjuang...
Bagus kan suasana di Malaysia. Disini jua sudah ada tanda2 mau memboikot product2 Israel. Marks and Spencer umpamanya, sudah hilang 800 pekerja, dengar2nya, kerana kejatuhan ekonomi dan kerana ia ya dibawah israel.
Cerdik betul Asiah yer...bestnya, ada anak macam tu..Ummu Asiah tolong doakan semoga I dapat anak, dapat sorang pun jadi laa..dapat yg cerdik macam Asiah..
Yes, kita terus boikot, lihat lah kesan boikot terhadap Denmark dulu akibatnya industi tenusu di sana merudum.
Lakukan sesuatu, supaya kita tidak dipersoalkan oleh Allah diakhirat kelak.
Soalan: Berapa harga sehelai serban Palestin yang dijual oleh JIM ?, Saya berminat untuk menyertai Jamaah.
Maaf, emel tak jawab, sebab tu tinggalkan soalan disini... heehehe
OO..
moga org Islam semua istiqamah dalam usaha ini...bukan setakat bila keganasan berlaku..
now kena hafal dan ingat di mata lambang2 jenama yg perlu di boikot..and cuba cari alternatif
Fakhzan
Alhamdulillah dah sehat..3 hari saja down..ni pun badan rasa lemah and semangat pun merudum sikit..pagi2 bangun kena jerit pada diri sendiri..I CAN DO IT..bukan senang nak istiqamah..sometimes I just wish to be just an ordinary mum..
Now bila jalan2 and pass by mc d mesti tinjau2..can see d difference..very lengang one...but don't know for how long.
Aina..
InsyaAllah moga Allah kurniakan Aina zuriat yang soleh solehah dan pintar..akak dulu pun tunggu 5 tahun utk dpt anak pertama..
Walaupun lepas kekejaman yg jelas berakhir kita tetap boikot selagi ISRAEL masih wujud..maknanya hingga hari Kiamat.
Abg long..
hrganya rm15..buat masa ni tak ada stok lagi..jika ada..InsyaAllah akan diberikan souvenier utk ab long satu...akan saya emelkan maklumat mengenai JIM. InsyaAllah
Post a Comment