Suara hati ini....
Seluruh dunia kini sedang mengikuti dan menghayati dengan penuh rasa sedar, marah, geram dengan apa yang berlaku dan menimpa bumi Palestine serta rakyat yang masih tinggal mempertahankan tanah air mereka. Kemungkinan untuk mereka keluar menyelamatkan diri dari negara tanah air mereka adalah sukar apabila semua pintu yang menhubungkan dengan negara berjiran telah ditutup dan disekat.......Mereka harus juga tinggal mempertahankan tanah dan bumi yang suci dan diberkati, tanah para anbiya', tanah yang terdapatnya Masjid al-Aqsa, masjid ke 3 paling suci bagi umat Islam.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka, dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan, dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala". Para sahabat bertanya: "Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah s.a.w?". Baginda s.a.w. menjawab: "Di Baitul Maqdis dan di aknaf (di bawah lindungan) Baitul Maqdis."
Di petik dari buku " Al-Aqsa Dalam Bahaya" tulisan Maszlee Malik, terbitan JIM International dan JIM Media.
Itulah kelebihan mereka yang tetap teguh tinggal mempertahankan bumi Palestine yang harganya lebih mahal dari nyawa dan jasad mereka...Mereka mempertahankan hak mereka..tanah air mereka...apabila ianya cuba dijajah dan dirampas maka wajib rakyatnya dan seluruh umat Islam mempertahankan hak tersebut, bukan sahaja umat Islam malah seluruh manusia harus mempertahankannya dan menjahamkan makhluk jahat yang cuba menzalimi mereka....
Kini sejak kezaliman Israel menjadi-jadi dan kejam sekali membunuh manusia maka kita semua bangun melawan dengan cara kita sendiri yang termampu...kami mengikuti setiap perkembangan dan mengikuti semua aktiviti dengan dekat selagi terdaya...
Namun jauh di sudut hati....nasib keluarga dan rakyat yang dizalimi di dalam negara sendiri tak pernah dilupai....sentiasa dekat di hati....cuma tidak ramai yang berani bangun dengan lantang membela nasib mereka...dan paling menaikkan kemarahan apabila pemerintah yang beragama Islam ini masih memekakkan teliga mereka dan mempertahankan tindak tanduk mereka yang zalim...dan menyembunyikan kezaliman tersebut....
Anak-anak, isteri dan keluarga terus dizalimi di bawah akta Zalim ISA...kini ramai yang sudah memasuki tahun yang ke 8 menderita menanti kepulangan suami, ayah dan anak...
Sudah ada banyak kes di mana isteri terpaksa memilih perceraian dengan suami lantaran jangka waktu bila suami akan dibebaskan tidak diketahui...bagi mereka yang bebas, ramai yang kehilangan kerja dan terpaksa bangun semula untuk membina keluarga...sukar...memang sukar..hanya mereka yang mengetahuinya...ada yang bebas sudah tidak seperti dahulu lagi sifatnya akibat kesan penahanan yang berpanjangan....
Catatan di bawah dipetik dari blog Merah Hitam...
Kes 1.
"Sejak bercerai dengan dia, saya rasa bebas dari masaalah.SB pun sudah tidak mengganggu saya lagi.Anak-anak saya faham saya tiada ikatan dengan Ayah mereka lagi. Anak-anak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.Mereka malu hendak mengaku punya Ayah yang menjadi tahanan ISA..." saya rasa pening kepala dan hendak pitam mendengar kata-kata tersebut.Itu hanya sebahagian dari luahan hati mereka yang tidak dapat dibendung dalam diri mereka lagi.Mereka tidak mampu menahan perasaan tanpa meluahkan pada sesiapa.Terlalu berat untuk ditelan....
Kes 2
"Saya sudah terbiasa hidup tanpa ayah. Lebih 6 tahun saya tidak mendapat kasih-sayang,bimbingan dan didikan dari seorang ayah. Saya tidak rindu padanya. Saya rasa ayah saya bagaikan sudah tiada lagi didunia ini" inilah luahan kata-kata yang keluar dari bibir seorang anak muda berusia 16 tahun, salah seorang anak bekas tahanan ISA.Terduduk saya mendengar kata-kata itu dan amat takut perkara yang sama ,berlaku dalam keluarga saya.Kes 2."Dia tidak memahami perangai anak-anak kami.Semasa dia kena tahan ISA 6 tahun lalu, anak-anak semuanya masih kecil, berusia kurang dari 14 tahun.Kini, sudah ada yang berusia 13, 16, 17 dan 19 tahun. Setiap anak membesar dengan perangai yang berbeza. Dia juga kurang sabar dengan suasana rumah yang bising dengan senyum tawa anak-anak. Semuanya jadi serba tak kena dan anak-anak merasakan itu bukan bapa mereka sepertimana belum ditahan dibawah ISA dulu" luah seorang isteri bekas tahanan kepada saya menerusi telefon. Saya tidak dapat tidur beberapa hari memikirkan kata-kata tersebut.

6 comments:
pernah seorang polis nak tangkap kami sekeluarga tiba2 teringat kata2 ust dr badrul amin semasa beliau di soal siasat bawah isa, sb suruh ust buka semua pakaian ust kata "kalau awak buat dng niat utk memalukan saya, akan saya tuntut di mahkamah ALLAH". itulah ayat yg kami gunakan dan polis tu terus tunduk dan menelan air liur....
moga mereka sentiasa di bawah lindungan Allah swt...Amin...
...Alhamdulillah..masih ada iman dalam hati polis tu..sedar akan adanya seksaan hari akhirat..
masalahnya bila ada manusia yg seolah rasa tak ada kuasa yang dapat mengalahkan mereka dan takut seksaan Allah..InsyaAllah...Allah akan sentiasa memelihara kita
mak lang..
moga kita semua juga kekal dalam lindungan Allah..
moga mak lang juga dapat melalui hari-hari yg mendatang dengan lebih segar dan ceria:)
Pedih dan sedih, tapi kata-kata ini belum cukup menggambar rasa hati.
Pedih membaca penanggungan keluarga mangsa ISA-runtuh institusi keluarga mereka.
Ya Allah, timbulkan lah perasaan gerun dan takut untuk melakukan kezaliman di hati penzalim dan hindarkan mereka berlakuzalim ke atas muslimin muslimat.
kak cik..
sama-sama kita do'a dan berdo'a sepenuh hati...
moga kezaliman segera dihapuskan
Post a Comment