Thursday, 8 January 2009

Ayuh Bersama....Stop The War!!!!!!


HENTIKAN PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN SEKARANG!!!!

PANGGILAN ini bukan menyeru anda untuk KELUAR BERJIHAD atau menghadapi musuh di medan, tetapi yang perlu anda korbankan hanyalah tenaga!

Ayuh kita tunjukkan SOLIDARITI kita terhadap pembunuhan massa yang sedang berlaku di Gaza!


Tempat berkumpul:
Kompleks Tabung Haji,

Jalan Tun Razak(naik LRT PUTRA ke Ampang Park)

Wanita boleh singgah solat zuhur di surau Ampang Park

Waktu: 2 petang
Tarikh:9 Januari 2008 - Jumaat

Bawa kawan-kawan seramai mungkin, pakai pakaian seragam warna bendera Palestine - Merah Hitam Putih & Hijau, bawa kad manilla, mafla, button badge, apa sahaja yg menunjukkan keprihatinan pada Palestine.

Bilangan yang ramai menunjukkan kita prihatin dan bencikan kezaliman dan berani menyatakan benci kepada peperangan yang membunuh anak-anak, wanita serta rakyat yang tidak berdosa!!!!

LET US STOP THE WAR OF SILENCE!!!

6 comments:

Neeza Shahril said...

ramai negara dah isytihar ketidaksetujuan dengan tindakan zinonis ni.. tapi banyak negara islam buat diam aje.. termasuklah kat sini.. :(

Aina@Azila said...

Neeza, I pun tak faham dgn pendirian saudi, nampak Sarkovy lagi menyerlah.

I also pun some video clip kat my blog, harap dgn cara ni dpt menyedarkan orang apa yg berlaku kat sana. Bagaimana kanak2 yg tek berdosa itu menjadi mangsa.
Masih ramai orang kita tak benar2 faham apa yg berlaku.. kata mereka "biar laa die org nak berperang, masalah kita lagi banyak nak fikir"..i feel so sad with this statement.

Nur said...

Salam Kak,

Benar, benar sekali, Palestine ini masalah umat Islam, yang makin mari makin ramai murtad.

Saya agak kurang bersetuju dengan Saudari Aina, maaf ya, masalah dalam negara kita sangat critical, kita perlu jua memberi perhatian pada internal problem,dan tidak lupa pada external problem.

Paling berat, bila majlis ulama tidak membuat apa2 fatwa mengenai palestine. Dan paling memalukan, bila para pembesar negara laknatullah ini tidak mengendahkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh majlis ulama'

aduhai msia, tanah air ku ini!

Kak, sampaikan salam saya pada semua pejuang Islam di sana!

ummu asiah said...

neeza..

bnyk negara takut..takut kalau serangan dialeh ke negara mereka pula..especially those yg di sekeliling...memangla lagi bermaharajalela kezaliman dan kejahatan..

ummu asiah said...

aina..

apa yg berlaku terlalu amat zalim untuk diterima akal..ikutkan seluruh duni patut bangun berperang dgn apa cara ke atas israel dan sekutunya..

itulah sebabnya kezaliman sukar dihapuskan bila seseoarang atau sesebuah negara hanya mementingkan diri sendiri..

ada bnyk cara yg boleh kita bantu..like what u did...spread d words..yes..thru blogs bagus...also send emels..untuk semua terus berdo'a...tingkatkan ketakwaan dan berserah pada Allah secara total..do'a moga Allah berikan kekuatan dan kemenangan pada pejuang-pejuang Agama.

ummu asiah said...

Fakhzan...

Alhamdulillah...moga lebih ramai yg berani berjuang...

apa nak buat..semua masih takut dengan negara yang dikatakan kuasa besar dunia...

harap kta semua tergolong dalam golongan yang berani berjuang