Barangan Untukmu Palestine
"Kakak, nak tanya sikit boleh...." tegur seorang pegawai polis yang kelihatan masih muda kepada saya. Ketika itu saya dan beberapa orang teman yang ditangkap oleh polis di Dataran Merdeka sedang menunggu teman-teman yang lain selesai disoal-siasat.
Saya segera menoleh ke belakang melihat polis yang beruniform yang menegur saya. Rupanya dia sejak dari awal sudah berada di situ dan memerhati kami. Tidak pasti samada menunggu waktu untuk pulang atau ditugaskan untuk mengawal kami. Kerana ketika kami ditangkap dan dikurung sekiranya kami ingin keluar ke tandas atau keluar untuk menunaikan solat akan ada pegawai polis yang ditugaskan mengiringi kami....Prosedur...
Saya menjawab teguran polis tersebut..."Boleh, tanyalah...kenapa?"....jawab saya kepadanya..
"Kat mana kakak dapatkan kain tu?"...sambil menunjukkan ke arah kain berlambangkan Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang saya sarungkan di leher saya sejak tadi...kerana kami berdemo Candle light Vigil bagi menyatakan sokongan dan solidarity kami kepada rakyat Palestine yang dizalimi."OOO....kain ni...ha..ini tak dapat dibeli di tempat lain. Buat masa ni kakak hanya tahu dan nampak JIM saja yang jual. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia. Sekarang ni dah habis. Kena tunggu dulu dia orang order. Jauh ni....dari Syria"...Alhamdulillah, maklumat ini saya dapat dari Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin,Naib Presiden JIM,JK Perhubungan Antarabangsa ketika menghadiri kursus TOPS, Training of Palestine Speakers pada sebelah siangnya.
"Oh..ye ke..macamana saya nak dapatkan tu.."...berminat betul nampak gayanya dia.
"Kenala tunggu sampai barang tu ada, boleh lah order dan call ke pejabat JIM atau pergi sendiri ke pejabat JIM untuk beli"...saya beri saranan kepada dia.
Dia menceritakan kepada saya yang dia ada menghadiri Demo di Masjid Negara kerana bertugas tetapi tidak nampak ada orang menjual dan dia juga telah ke program Rapat Umum untuk Gaza di Stadium Malawati Shah Alam, tetapi hampa juga kerana tiada sesiapa yang menjualnya.
Memang benarlah agaknya hanya JIM sahaja yang menjualnya buat masa ini...sepanjang pengetahuan saya yang cetek ini.
Oleh kerana dia kelihatan sangat 'serius' dan jujur berminat dengan kain tersebut akhirnya saya offer untuk memberikan kain yang tersarung di leher saya kepadanya. Tersenyum gembira dia, tetapi saya katakan kena tunggu hingga selesai semua sahabat kami keluar dari proses interogasi. Dia pun menyuarakan rasa kesalnya kenapa lah kami semua ditangkap.
Entahlah..saya yakin dia ikhlas...dan atas pengalaman saya yang sedikit ini saya rasakan pegawai polis yang beruniform ini agak lebih sopan dan baik...jauh berbanding dengan pegawai polis yang tidak memakai uniform ini. Mereka yang menyembunyikan identiti mereka...mereka yang suka membuat provokasi di dalam sesuatu perhimpunan haram. Seperti apa yang berlaku kepada kami malam tersebut. Ketika proses negotiation berlaku di hadapan...SB-SB dibelakang telah mengepung dan menghimpit kami. Ada di antara mereka telah merampas barangan kami.
Berbalik kepada cerita kain Palestine tadi...di suatu program lagi di Stadium Tasik Titiwangsa pula...seorang siswi berlari sambil tersenyum-senyum mendapatkan saya...soalan yang sama yang saya terima...
1 comment:
SALAM
AKAK.BOLEH MNTK EMAIL
SAYA NK BERTNY SEDIKIT.TRIME KASIH
Post a Comment