Guantanamo Bay, Kem Kamunting dan kini SPRM??
Bosannya melihat blog sendiri tak berupdate...teringin nak menulis sesuatu, berkongsi banyak perkara dan isu yang masih belum dihighlitekan lagi....tapi bila mood tidak ada...maka otak jadi kaku dan lesu nak menulis.
Banyak betul perkara yang berlaku dalam masa kurang dari 2 minggu ini. Highlight news untuk minggu lepas sudah tentu isu Obama yang telah dilantik menjadi Presiden Amerika yang terbaru. Paling terkesan untuk kita ialah pengistiharannya untuk mengarahkan agar Kem Guantanamo ditutup segera dalam masa setahun. Alhamdulillah...ini kerana Kem Guantanamo ini menyimpan banyak rahsia kezaliman yang dilakukan ke atas tahanan terutamanya dari Pakistan Afghanistan dan beberapa negara lagi termasuk 2 orang rakyat Malaysia.
Dalam tahun 2006, sebuah movie yang bertajuk The Road To Guantanamo telah berjaya ditayangkan. Ianya memaparkan kisah benar bagaimana 3 orang pemuda telah ditangkap ketika mereka dalam perjalanan untuk ke Afghanistan. Dari situ bermulalah sesuatu yang amat mengerikan yang bukan lagi wujud dalam mimpi-mimpi ngeri dan menakutkan namun ianya datu penyeksaan yang amat real sekali...sukar untuk diterima oleh akal....Sila baca synopsis ceritanya di sini. Anda juga boleh menontonnya di you tube...cuba cari di sini. 'The First Look Inside The World'sMost Notorius Prison'.
Kita di Malaysia juga sebenarya mempunyai sketsa yang sama seperti apa yang berlaku di Kem Guantanamo...cumanya tahanan diseksa dengan zalim dan teruk lebih teruk lagi daripada binatang ganas ketika mereka dibawah kawalan Polis dan SB. Ketika mereka ditahan selama 60 hari di satu tempat yang dirahsiakan. Kita juga berjaya mendedahkannya sedikit sebanyak melalui Teater Bilik Sulit...juga mendedahkan cara-cara SB menzalimi tahanan ISA. Walaupun tidak setaraf filem Road To Guantanamo yag berjaya meraih award. Namun cukup untuk kita rasa geram marah serta benci dengan keganasan pihak polis yang terilibat.
ISA, polis dan SB berada di bawah jagaan dan kawalan Menteri Dalam Negeri. GMI telah berusaha melawan akta yang zalim ini dan berjuang agar ianya dihapuskan sejak jawatan Menteri Dalam Negeri disandang oleh Tun Dr Mahathir, kemudiannya Datuk Seri Abdullah Badawi dan yang terkini pula ialah di bawah jagaan Syed Hamid Albar.
Semenjak Syed Hamid Albar memegang tampok jawatan ini, pada pembacaan dan pendengaran saya neliau sering mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin tertinggi di Malaysia dan sebagai seorang yang berpendidikan tinggi. Kebanyakan kenyataannya yang ingin menafikan segala salah laku pihak polis, keganasan dan kezaliman akta ISA banyak yang melencong dan sukar diterima oleh akal orang yang waras.
Baca kenyatannya di bawah untuk menolak saranan dan desakan agar ISA dimansuhkan dan Kem Kamunting ditutup sejajar dengan desakan dan arahan agar Kem Guantanamo ditutup :
Dipetik dari The Star
On a separate matter, Syed Hamid said the American-run Guantanamo Bay prison in Cuba should not be compared to the Kamunting detention camp for Internal Security Act detainees.
Unlike Kamunting, he said Guantanamo Bay was located on an island.
“Detainees in Guantanamo Bay have their legs shackled even when they are out for exercise. It is not a comparison,” he said when asked whether Malaysia would review its preventive detention laws in the light of American President Barack Obama’s decision to close the detention camp.
Syed Hamid added that the closure of Guantanamo Bay was the best thing that could happen, adding that the facility operated under such secrecy that nobody knew what went on inside.
On the fate of the two Malaysian detainees held captive there, he said he was not sure whether they were Malaysian nationals.
Untuk lebih memahami isu Kem Kamunting, Tahanan Tanpa Bicara dalam undang-undang ISA dan Kem Guantanamo sila klik di sini. Juga isu kematian dalam tahanan polis Mendiang A.Kugan.
Ah...sukar betul nak difahami cara pemikiran Pak Pak Menteri kita kini......
Apakah benar seperti yang disebutkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malam Perihatin Palestin...mengenai 'Human Conscience'...yang diterjemahkan di dalam blog Nik Nazmi sebagai Dhamir Kemanusiaan. Iaitu bila seseorang sudah aa segalanya..kedudukan, harta, pangkat dan segalanya,seseorang itu sudah sukar untuk meletakkan dirinya di tahap manusia biasa, manusia bawahan. Hilang rasa kemanusiaan...bila ianya hilang lenyap...apa lagi perasaan yang tinggak untuk menghayati dan merasai akan segala bentuk keganasan dan kezaliman yang berlaku atas rakyat mereka sendiri...
Terkini sudah ada laporan ahli UMNO pula diseksa dan didera bukan lagi oleh polis tetapi pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia....sama saja seperti apa yang beraku kepada tahanan ISA....AJK Umno: Saya dipaksa bogel depan pegawai SPRM...siapa lagi yang boleh mengatakan diri mereka selamat????
Pikir-pikirkan lah sendiri....Ingatlah wahai pemimpin tanah air ku....langit yang dijunjung tu milik Allah dibawah kekuasaan Allah...bumi yang dipijak pun milik Allah, samapi waktu akan dibenamkan juga ke dalam bumi...langit pun tidak selalunya cerah....
2 comments:
letak kat island ke, kat darat ke, kat dalam laut ke.. apa bezanya kalau tempat tu memang orang lain tak boleh masuk? cakap macam tak guna akal saja.. geram sungguh neeza...
lepas tu kan, suka sangat nak bogelkan orang.. nak sangat tengok orang bogel, beli je la vcd yang melambak2 jual kat kedai tu.. nak bukak baju orang konon.. esok2 kat sana, kena korek biji mata langsung takde mata..
neeza..
he..he...rasanya mmg dia tak guna akal la...cakap buang air liur saja..
actually bab bogel tahanan ni merupakan satu cara utk membuatkan tahanan rasa hilang harga diri...akhirnya terpksa berserah kepada org yang menguasainya..
kebanyakan tahanan walaupun mereka menceritakan apa yg terjadi kpd mereka tetapi tetap ada part yg mereka sembunyikan..mungkin dah tahap yg sukar diterima akal...
Post a Comment