Teruskan Perjuangan...hingga ke akhirnya....
Asiah dan Asma' ketika menziarahi kakak ketika berada di wad paediatrik Hospital Serdang ketika cuti sekolah baru-baru ini. Kakak-An Nisa' sebaya dengan Asiah.
Mama dan babah adik dan kakak membawa mereka kemana saja..Asiah dan Asma' juga bertemu mereka ketika menonton Teater Bilik Sulit di Bar Council serta demonstrasi menentang kezaliman tentera Israel dan membela nasib rakyat Palestine di Masjid Negara baru-baru ini.
Asma' dan Asiah bersedia untuk bersama peserta demonstrasi di hadapan Masjid Negara.Biarpun akan ada yang mengatakan kita memperalatkan kanak-kanak namun kita melakukannya dengan hati yang sedar demi masa hadapan mereka..demi untuk menghidupkan hati mereka dengan ruh perjuangan kerana Allah semata-mata.....
Asma' dan Asiah ketika menziarahi adik Faras di Rumah Mc Donald HUKM selepas menziarahi Kakak An nisa' di Hospital Serdang
Keluarga Ustaz Zulfikri dan Ibu Yuki yang datang dari tanah yang ditimpa bencana Tsunami..jauh dari Acheh juga terasa dekat di hati kami sekeluarga...Anak mereka yang baru mencecah umur 2 tahun telah ditimpa dugaan yang berat untuk berjuang meneruskan kehidupan dengan kesakitan yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu...Leukimia menyerangnya sejak lebih setahun yang lalu..mula datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan di HUKM sejak Januari 2008..sudah melalui hingga peringkat yang terakhir dalam cycle rawatannya namun dua hari yang lepas adik Faras Hibban disahkan oleh doktor telah 'relapse' dan terpaksa melalui ke semua rawatan semula. Dengan dos ubat yang lebih tinggi...Ibunya merayu kami dan sahabat-sahabat semua untuk terus berdo'a untuk anaknya Faras...
Bersama bermain dan menceriakan hari Faras yang berkurung di bilik kecil mereka yang didiami hampir setahun lamanya..kadang2 terpaksa berpindah ke wad paedaiatrik...kini mereka harus mengharunginya lagi....
Ayahnya Ustaz Zulfikri bakal menjadi calon PKS dalam PEMILU - Pilihanraya Umum di Acheh pada bulan April 2009...maka mereka juga adalah keluarga Pejuang...adik Faras juga sudah memahami perjuangan PKS-Partai Keadilan Sejahtera dan juga perjuangan HAMAS dan umat Islam di Palestine...
Hari Isnin yang lepas saya dan suami menziarahi mereka..adik Faras baru dimasuki semula ke wad tengahari itu. Kami berdua pula menziarahinya sebaik selesai program mengiringi MP Pakatan Rakyat menghantar memo kepada PM berkaitan isu Palestine di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya...Faras yang terbaring..ceria melihat Pak Cik yang datang memakai muffler berlambangkan Palestine...kami mengahdiahkan untuknya muffler tersebut..semoga dia cergas dan sehat semula untuk menyambung perjuangan ummi dan abinya....
Moga Allah memberikan kekuatan kepada keluarga mereka dan meringankan dugaan kesakitan adik Faras.....
5 comments:
askum
terkejut bila buka blog kak N. eh apasal gambar kami plak ni?. terima kasih atas penghargaan. semangat kami tersuntik disebabkan oleh keluarga kak n, pak abu, dr hatta ramli yg selalu membawa anak2 bersama. sesungguhnya kami tidak pernah berniat untuk memperalatkan anak2 tapi apakah kita ada jalan lain bila berhadapan dng manusia2 rakus ini?. semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk terus berjuang. Sesungguhnya segala puji2an hanya untuk DIA YANG MAHA ESA. ALLAH HU AKHBAR!
*****MAMA******
dah lama plan nak tulis entry ni...daripada simpan sendiri gambar2 elok dikongsi bersama di alam cyber ni..moga ada yang tersuntik semangat...hidup ni penuh dugaan.
Memperalatkan anak - anak ? Hah, itulah alasan !
Sirah perjuangan tidak ada istilah MEMPERALATKAN ANAK - ANAK !
Dalam kandungan ibu, si anak telah diajar supaya BERJIHAD ! Bacalah Al Quran.
abang long..
bila ada orang melihat benda yg baik dengan mata jahat itulah yang menjadi masalahnya...
InsyaAllah moga anak-anak kita yg dibiasakan dengan perkara kebaikan tidak terjebak dengan kejahatan...
Assalamu'alaikum WrWb...
salam kenal kak ^-*
Indah nian blognya, Allahu Akbar!!!
Post a Comment