Sunday, 11 January 2009

Vigil anti perang, polis tahan 21 orang

Laporan dari Harakahdaily....laporan dari ummuasiah dan anak-Ammar yang ditangkap menyusul kemudian...baru tiba di rumah selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 11.30 malam, namun sebagai tanda solidariti kami menunggu ke semua yang ditahan selesai proses interogasi hingga jam 12.30 malam sebelum beredar keluar...anak saya Ammar berumur 13 tahun turut sama ditangkap dan diambil kenyataan, walaupun berkali-kali YB Charles Santiago memohon untuk polis melepaskannya...

Vigil anti perang, polis tahan 21 orang
Mohd Khalil Abdullah
Sat Jan 10, 09 9:03:01 pm MYT

TerkiniKUALA LUMPUR, 10 Jan (Hrkh) - Seramai 21 orang ditahan polis sebentar tadi di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur ketika orang ramai berhimpun untuk vigil anjuran Gabungan Anti Perang.

Menurut Norlaila Othman salah seorang aktivis yang turut ditahan, pihak polis telah membuat provokasi sehinggakan kumpulan yang berhimpun tidak berkesempatan untuk bersurai.

Sebelum itu, Harakahdaily dimaklumkan para peserta perhimpunan telah berhimpun di sekitar bangunan Majlis Peguam dan mula berarak ke Dataran Merdeka.

Ketika menghampiri kawasan Dataran Merdeka, para aktivis mula memasang lilin dan membuka 'banner' 'anti perang' tetapi telah dihalang oleh pihak polis atas alasan perhimpunan tersebut adalah perhimpunan haram dan tidak mendapat permit.

Ketika itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim cuba untuk berunding tetapi tidak dilayan.

Sementara itu, anggota cawangan khas yang turut berada di lokasi perhimpunan telah mula membuat provokasi dengan membuat bising,marah-marah dan merampas 'banner' yang dibawa.

Tambah Norlaila, setelah itu, seluruh kawasan tersebut telah dikepung oleh pihak polis dan tidak memberi peluang untuk para aktivis beredar.

Katanya, pihak polis kemudian telah mengeluarkan arahan untuk menangkap semua yang berkumpul.

Antara yang ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi ketika ini ialah Charles Santiago, Dr Nasir, Norlaila, Ahli Parlimen Kuala Langat,Abdullah Sani;Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM),S Arutchelvan;Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad; Aktivis PSM, Nashita dan anaknya Ammar. -

6 comments:

Nur said...

Salam Kak,

Akak and anak kene tangkap ker? MasyaAllah, orang berdemo untuk Palestine la!!! Bukan berdemo untuk membantah dasar kerajaan ker haper ker...Aihhhhhh marahnya saya!!!!

Sabar kak, sabar, moga2 Allah membalas segala2nya untuk akak...

AKUOKU said...

lagi di tangkap lagi kental. Teruskan perjuangan Allah Hu Akhbar!

silversarina said...

Akak kagum semangat juang ummu asiah dan anak , tak kenal erti takut ...semoga terus berjuang...kalau akak di KL nak juga join .. di sini akak hanya mampu memboikot barangan sekutu israel dan menderma melalui sekolah anak-anak.

ummu asiah said...

fakhzan..

itulah yg tak dapat diterima oleh akal..sedangkan seluruh dunia mengutuk keganasan negara haram isarael..tapi malangnya polis di malaysia bersikap bodoh dan biadap menangkap dan mengepung orang awam yang berdemonstrasi untuk palestine

ummu asiah said...

mama kakak dan adik..

Alhamdulillah semoga semangat kita terus kental

Allah hu AKbar!!!!!

ummu asiah said...

kak rina..

Alahmdulillah..Allah berikan peluang untuk kami di sini bersama aktiviti sebegini..

InsyaAllah..jika berpeluang datang ke sini dan ada program begini kita akan bersama berjuang!!!!