Konsert Rihanna...Apa nak jadi dengan Malaysia Negara Islam Hadhari ni???
Semalam di Markaz PAS Taman Melewar telah diadakan satu ceramah bagi memperingati kemenangan calon Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu dan juga bagi memperingati perjuangan Umat Islam dalam menghancurkan serangan Israel di Palestin. Alhamdulillah nostalgia sewaktu zaman reformasi dahulu hampir kembali apabila Dewan Dato Fadzil Nor penuh dengan orang ramai yang datang untuk mendengar ceramah. Kereta-kereta juga berderet di park di tepi-tepi jalan. Rumah kami memang berada tidak jauh dari Markaz, sekiranya speaker berfungsi dengan baik, kami dapat mendengar ceramah dari atas anjung rumah.
Saya tertarik dengan isi ucapan seorang dari penceramah, kalau tak salah YB Salahuddin - Ketua Pemuda PAS Pusat, yang berucap kerana saya mendengar sambil sedang berjalan balik ke rumah. Kata penceramah tersebut, umat Islam dibunuh dan dibedil dengan bom dan peluru yang bertalu-talu....mereka dibunuh Syahid....dalam usaha Israel menghalau dan menghapuskan umat Islam dari bumi Palestin. Namun bagi umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia, umat Islam dibunuh pemikiran mereka dalam bentuk hiburan yang bermacam dan budaya yang negatif...Ini pula penambahan dari saya...walaupun jasad kita tidak hapus dan tidak mati...pemikiran kita sudah tidak lagi berlandaskan prinsip-prinsip Islam...sudah tidak lagi meletakkan Islam di atas segala-galanya. Ya kita sebagai manusia memang simapti dengan apa yang berlaku pada umat Islam di Palestin namun kita tidak menyedari yang kita perlu melihat dalam diri kita sendiri yang telah membiarkan diri kita dijajah oleh Israel dan sekutunya Amerika Syarikat. Pemimpin dan kerajaan Malaysia juga membiarkan segalanya yang buruk terus berlaku atas alasan mengikut perkembangan zaman dan kehendak rakyat semasa....Hhhmm...memang hampeh dan haprak betul!...
Paling terkini kerajaan telah memberikan kelulusan penganjuran Konsert Rihanna yang akan diadakan 13 Feb ini di Stadium Putra Bukit Jalil..." walaupun Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah konsert itu."
Saya sendiripun tak pernah dengar nama penyanyi ni..tapi bila perkara ini berlaku barulah tahu..baca juga keratan berita dari harakahdaily...
Artis ini berkecimpung dalam genre R&B, Pop,Pop-Rock, dance dan reggae sering membawakan aksi yang menghairahkan dalam penyampaian lagu-lagunya disamping mengenakan pakaian ketat dan seksi, ujarnya.
"Ini sememangnya tidak memenuhi citarasa budaya tempatan, dan tidak secocok dengan syarikat telekomunikasi itu yang dilihat sebagai sebuah syarikat tempatan yang sewajarnya mengutamakan budaya ketimuran dan artis-artis tempatan," katanya.
Kehadiran Rihanna yang kini sudah menetap di Amerika sedikit sebanyak akan membawa keluar wang negara yang akhirnya akan masuk ke Amerika, katanya.
Melihat kepada pengaliran wang ini, bukan sahaja membawa kita memahami erti kerugian buat negara tetapi satu penderitaan buat rakyat Palestin.
Amerika menjadi sekutu Israel membekalkan senjata ketika pembunuhan ngeri di Gaza hasil dari sumbangan dan dana cukai yang diberi oleh penduduk Amerika, katanya.
Baca keratan berita bernama seperti di bawah..
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata: "Mereka (Dewan Pemuda PAS) boleh bantah tapi keputusan akhir di tangan kementerian.
"Beliau berkata apa yang penting ialah pihak penganjur telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan kementerian.
"Perkara utama yang kami lihat ialah sama ada konsert itu selaras dengan budaya Malaysia, tetapi memandangkan industri hiburan sangat dinamik dan kreatif, kita perlu membenarkan rakyat kita mendapat akses untuk itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Tahun Baru China 2009 di sini hari ini.
Selasa lepas, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menyuarakan rasa kesal terhadap syarikat komunikasi tempatan menganjurkan konsert 'Rihanna Live in Kuala Lumpur'.
Oh Malaysia Tanah Airku...mengapa pemimpin mu begitu tidak sensitif dengan apa yang menimpa umat Islam kini..apa yang menimpa umat di bumi Palestine..sanggup kamu membiarkan rakyat mu bersuka ria, lupa diri, agama dan dunia...Apa sebenarnya agenda kamu ya????/merosakkan lagi anak bangsa dan agamamu????
Bila disebutkan tentang permit dan kelulusan yang diberikan kepada penganjur untuk mengadakan konsert tersebut di Stadium Putra Bukit Jalil, membuatkan saya mengimbas kembali usaha suami saya dan pihak penganjur Himpunan 100,000 rakyat yang diadakan pada 5hb November 2000. Himpunan ini akhirnya menjadi satu perhimpunan yang sangat bersejarah apabila pihak polis dan FRU telah menyekat semua jalan menuju ke Jalan Kebun, Kelang, maka perhimpunan dengan 100,000 rakyat berakhir dengan rakyat memenuhi setiap jalan di atas lebuhraya KESAS.
Pihak penganjur telah memohon permit dan kelulusan untuk mengadakan perhimpunan di dalam stadium Bukit Jalil, namun tidak diluluskan maka perhimpunan diteruskan untuk dibuat di tapak persendirian di Jalan Kebun...itupun polis halang dan sekat akhhirnya terjadilah..perhimpuan di KESAS HIGHWAY.
8 comments:
tak baik buruk sangka ummu asiah-
rihanna gadis yg baik, konsertnya tiada bakar2 lilin, tak peralatkan budak2, sebab tu permit lulus..
rihanna selalu memberikan tazkirah sebelum dan sesudah konsert mengingatkan muslimah agar sentiasa menutup aurat..
nama rihanna kan sedap? macam raihan!
kita pegi yek? bawak sejadah sendiri tau?
Semua yang terlibat menanggung dosa. TERMASUK mereka yang MENGUNDI pemimpin ini.
hehehe... pedas berapi comment kulupsakah tu.. sedap juga kita bagi cili pedas tu kat mereka yang bagi kelulusan tu kan..
neeza pun tak pernah dengar nama rihanna tu. tapi bila dapat tahu orangnya.. rasa macam, apa lah faedahnya benarkan dia datang buat konsert. dalam pada orang sibuk dengan kekejaman di palestine, sempat lagi nak perabih duit untuk penyanyi dari negara tu.. entahlah kak..
sesiapa yang terlibat tu, dapatlah calit malit dalam account memasing..
mana boleh bakar lilin nanti terbakar diri..sebab tu polis marah and tak bagi..polis kan jaga keselamatan..
tak pa..sejadah pun tak payah bawak..penganjur dan kerajaan mesti sediakan punya...sebab nak ajak ramai orang datang tengok..
malam ni kat MBPJ...ha..jaga-jaga...polis mesti mai kacau sebab hangpa nak bakaq lilin and bawa Anwar Ibrahim pulak tu...bahaya gillerr...
Abg long..
tu la..sian rakyat yang masih takut dan ditakutkan hingga tak tahu memilih yg terbaik..
cuba baca komen pemimpin ni mcm yg ada dlm keratan berita ni..
"Perkara utama yang kami lihat ialah sama ada konsert itu selaras dengan budaya Malaysia, tetapi memandangkan industri hiburan sangat dinamik dan kreatif, kita perlu membenarkan rakyat kita mendapat akses untuk itu,"
neeza..
ha..mmg podeh betul en kulupsakah kita tu..:)
tak masuk dlmm akal org yg beriman dan berakal betul alasan yg diberi oleh menteri tu..patutlah depa tak kesah kalau anak remaja dirosakkan dgn hiburan bermacam
jangan mengata orang.. kita kan org islam tak baik buat macam ni..
malaysia ni kan negara sekular...
admitted je la... pemimpin politik sama je baik bn or pakatan rakyat bila berkuasa rakyat yg jadi mangsa... sama je...tengok je la konsert rihanna..tu best!!!a
jangan la asyik nak salahkan pihak polis aje, kalau tak ada polis sama yg nak angkat mayat2 anak2 muda yg mati xcident di jalanan tu, sapa nak tangkap perompak@pencuri2 tu, sapa yg nak ronda malam2 buta jaga rumah kita tu...? pikir la secara terbuka ummu... buka kan minda mu....buka smua polis jahat, dan buka smua ahli politik (termasuk pembangkang) baik!
Post a Comment