Friday, 31 July 2009

1 OGOS....HIMPUNAN MANSUH...GMI KAMI BERSAMAMU

Alhamdulillah...sebagai salah seorang AJK GMI sejak ianya ditubuhkan pada 30hb Mei 2001...saya rasa amat terharu, bersyukur dan terus rasa berbangga dengan semangat juang dalam menunjukkan rasa benci kepada Akta zalim ISA.

Saya bukanlah seorang isteri tahanan ISA...suami saya bukan seorang tahanan ISA. Saya hanya mengerti tentang kezaliman ISA dan mempunyai kesedaran tentang kezaliman ISA apabila ianya menimpa keluarga 'saudara' kami, iaitu ketika Hj Saari Sungib ditahan di bawah ISA buat kali pertama pada tahun 1998 selama 2 minggu. Ketika itu beliau adalah Presiden JIM, dan keluarga kami terpilih untuk menjadi antara sahabat yang bertanggungjawab menguruskan kebajikan keluarga mereka. Ketika itu isteri Pak Abu Kak Aliza sedang sarat mengandung anaknya yang bongsu dan saya juga sedang sarat mengandungkan anak saya yang ke 3 Asma'.

3 tahun kemudiannya pada 10hb April 2001, sekali lagi Pak Abu bersama 9 orang lagi aktivis reformasi ditangkap di bawah ISA...sekali lagi kami menjaga kebajikan keluarga Pak Abu...ketika itu anak yang paling kecil baru 3 bulan lahir ke dunia.

Kami sekeluarga menghabiskan tempoh 2 tahun menjaga kebajikan keluarga Pak Abu dengan pertolongan ahli JIM keseluruhannya...perjalanan ke Kamunting diurus dengan baik selama 2 tahun dengan perjalanan ke sana setiap minggu tanpa jemu...kami merasai setiap penderitaan mereka, setiap kesusahan yang perlu mereka sekeluarga lalui...hinggakan anaknya yang paling kecil Wasilah...amat rapat dengan keluarga kami.

Dalam tempoh 2 tahun tersebut, pada tahun 2002, suami Cikgu Laila, Mat Sah turut ditangkap..dan apabila Cikgu Laila mula aktif dengan aktiviti GMI, saya mulai rapat dengan beliau dan kami menghadiri setiap mesyuarat GMI dan setiap aktiviti bersama-sama dari awal pembabitannya di tahun 2003 hingga kini...

Kadangkala...ramai yang menegur saya, "suami puan siapa ya, atau, suami puan dah bebas ke belum"....kadangkala bila ada yang menghulurkan sumbangan pada Cikgu Laila..saya juga turut diberikan..."oh...maaf...maaf...saya bkan isteri tahanan ISA".

...bersambung....nak survey keadaan jalan sekitar kawasan jalan raja laut....

Thursday, 30 July 2009

Bahang mula terasa...1 hb Ogos 2009


Tiba-tiba saja saya mula terasa 'bahangnya'...bukannya sebelum ni tak terasa...tapi ini tahapnya lebih sedikit.

Semalam ketika menghadiri mesyuarat terakhir beberapa kali...terasa 'butterflies in the stomach'...maknanya 'kecut perut' jugak...bila saya dan Aiman Athirah berbincang apa yang akan kami buat Sabtu ini.

Walaupun dah banyak kali menghadiri perhimpunan aman..terus terang saya katakan...dalam keberanian itu tetap wujud rasa 'takut'.....

Sedap juga bila baca ayat ni...

"Hai orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu:Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit." (QS 9:38)

Ye lah...ini hanya menerima arahan untuk turun berdemonstrasi...tunjuk rasa...tunjuk bantahan...atas kebencian kepada satu akta yang amat zalim...

Tak silap saya inilah pertama kali GMI mengadakan satu perhimpunan aman secara besar-besaran dan aman. Sebelum ini kami dah lakukan pelagai kempen meliputi pelbagai aktiviti...daripada yang ringan-ringan..seperti menandatangani petition, menghantar memorandum, berjumpa SUHAKAM,peacewalk, candlelight vigil dan macam-macam lagi. Tidak ketinggalan banyak cubaan telah dilakukan untuk bertemu Perdana Menteri di 3 era pemerintahan, Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan tak ketinggalan Najib...semuanya tak dilayan...hanya dibawa perjumpa pegawai sahaja.

Jadi...perhimpunan besar-besaran ini adalah langkah yang terpaksa diambil apabila kerajaan sengaja tidak mahu mendengar....

Kenapa bahangnya ye...semalam khabarnya makluman yang diterima..polis sudah mula mahu buat sekatan jalanraya mulai hari ini, hari Khamis...bukankah itu sesuatu yang 'unnecessary'....so orang awam tidak bolehlah meletakkan rungutan sekiranya berlaku kesesakan jalanraya ke atas pihak penganjur demonstrasi.

Hari ini juga ada wartawan yang menelefon apabila orang kuat GMI, pengerusinya Tn Syed Ibrahim tidak dapat dihubungi...begitu juga penolongnya Sdra kamarulzaman, juga tidak dapat dihubungi...wartawan pun risau jika berlaku tangkapan awal....

Alhamdulillah...buat masa ini semuanya selamat...

Bagi diri saya..persediaan rapi juga sedang cuba dilaksanakan...pertama-tamanya..saya harus pastikan kebajikan anak-anak saya terjaga...kerana saya tidak mahu membawa mereka kali ini...jadi terlebih dahulu saya mencari rumah kawan-kawan yang sesuai untuk saya tinggalkan 3 orang anak saya, Ammar 13 tahun (sudah punya pengalaman sekali ditangkap ketika berhimpun secara aman), Asma' 10 tahun dan Asiah (8 tahun, berani pergi demo...tapi bila nampak FRU pasti menangis juga...pernah juga rasa tear gas ketika berdemo di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar)...jadi kali ini demi keselamatan mereka saya tinggalkan mereka di rumah kawan-kawan masing-masing....

Jadi...harap semua yang bencikan kezaliman...sudah bersedia untuk bersama kami...

Saya perturunkan lagi ayat Al-Quran...walaupun ianya disebut tentang medan peperangan...namun moga ianya menjadi pedoman untuk tetapkan keyakinan dan kekuatan di hati kita...

"Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS 9:39)

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalann Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (QS 9:41)

"Hai orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?" "Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (QS 61:2-3)

Saya kutip ini dari blog...'Urwah...


Monday, 27 July 2009

HIMPUNAN MANSUH-TRAGEDI MEMALI DAN SAUK DIKENANG

Sambil menanti kedatangan tarikh 1hb Ogos yang menyimpan sejarahnya yang tersendiri pada tahun 1960, saya bersyukur kerana dapat melihat sendiri suasana kehidupan seorang bekas mangsa tahanan Akta Zalim ISA dan juga seorang mangsa dakwaan peristiwa SAUK. Atas pelawaan keluarga YB Saari Sungib ADUN Hulu Kelang, kami sekeluarga bersama keluarga YB Saari telah bertolak ke SAUK pada jam 3 petang, Sabtu 25hb Julai 2009.


Mohd Radzi Mohd Razali adalah seorang bekas tahanan ISA, yang ditangkap berkaitan dengan peristiwa SAUK pada bulan September 2000 dan dibebaskan pada November 2003. Adiknya Mohd Amin Mohd Razali pula dipenjarakan dan dijatuhkan dengan hukuman gantung. Kedua-dua mereka dan beberapa orang yang lain dikaitkan dengan tragedi rampasan senjata di Kem SAUK.

Peristiwa tersebut sudah lama berlalu...sembilan tahun sudah..namun sebagaimana Peristiwa Memali yang telah lama berlalu, ianya sukar padam dari ingatan rakyat yang benar-benar bencikan kezaliman dan penindasan...terutama sekali hingga melibatkan kematian, pembunuhan rakyat sendiri oleh pihak berkuasa negara yang didalangi oleh pemimpin negera ketika itu sendiri.

Sayang...seribu kali sayang...rakyat digelapkan mata mereka dan dilindungi dari mendapat ceritanya yang sebenar...rakyat hanya dimomokkan dengan tayangan yang kononnya penduduk kampung yang ganas dan cuba melawan pihak berkuasa dan mengganggu ketenteraman dan keselamatan negara.

Saya sendiri bersama sahabat2 di dalam kumpulan yang dihantar ke New South Wales, Australia pada penghujung tahun 1985 menjadi 'mangsa' tayangan video peristiwa Memali sebaik kami sampai dan menginap di Dewan Malaysia Sydney...itulah bayangan peristiwa hitam Memali yang terlekat di ingatan dan fikiran kami ketika itu setelah melalui sesi 'brainwash' di UPM sebelum berlepas dari bumi Malaysia.

Tonton video Memali di sini.

Kedua-dua kes Memali dan Al-Maunah di Sauk berkait rapat dengan kezaliman ISA. As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud benci akan kezaliman ISA dan tidak redha dirinya dizalimi di bawah akta Zalim ISA yang mengguburkan semua hak asasi seseorang manusia dan seorang Islam yang bebas.

Ketika Mohd Radzi ditahan ISA di KEMTA dan Allahyarham Amin di penjara kami di GMI pernah membawa nasib dan kes mereka dengan membawa ibu mereka bertemu dengan SUHAKAM.

Trajedi Sauk juga telah mengakibatkan 15 orang ditahan di bawah ISA tanpa dibuktikan kesalahan mereka dan 4 orang lagi dihukum di tali gantung.

Namun dari cerita yang didengar dan dibaca, Allahyarham Amin tidak menghembuskan nafasnya yang terakhir di tali gantung namun telah bertemu penciptaNya di sujudnya yang terakhir. Dari cerita yang didengar dan dibaca juga Allahyarham adalah seorang yang baik. Ketika berada di rumah ibunya, kami tidak sampai hati untuk bertanyakan tentang kesah ini kepada mereka, tidak mahu mengganggu ketenteraman pada petang yang indah dan nyaman itu dengan kesah kezaliman pemerintah ke atas keluarga mereka...dengan kuasa yang ada pada pemerintah, mereka tidak dibenarkan melihat wajah Allahyarham buat kali terakhirnya.

Peluang saya bertandang ke perkampungan di SAUK untuk makan durian sudah tentu tidak saya lepaskan dengan begitu saja...bukan kerana saya dan 2 orang anak perempuan sangat suka akan kelazatan durian, namun lebih kerana ingin bertandang sendiri dan melihat sendiri suasana kehidupan insan2 yang terpilih ini.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mendapat peluang menikmati suasana kehidupan yang aman, damai dan dan tenang di kampung mereka...dengan rumah yang dikelilingi dan dipagari oleh pohon-pohon buah-buahan, di bayangi pula dengan benteng bukit yang hijau dan segar mata memandang....

Sebaik sampai ke sana pada jam 5.30 petang, Radzi terus menghidangkan kami tanpa henti dengan durian2 yang sudah siap dikopek...tanpa henti olehnya...hingga perut kami semua terpaksa surrender...namun puas....terasa nikmatnya...

Setelah perut kami semua keras dengan nikmat durian..kami cuba longgarkan sedikit untuk menyediakan ruang untuk hidangan makan malam dengan berjalan dan melihat suasana di sekelilig rumah. Anak-anak girang memanjat pohon rambutan....kami pula menapak melihat kolam ikan yang penuh dengan ikan keli dan tilapia yang girang, tenang berenang sambil memakan rumpai air yang banyak tanpa sebarang gangguan mahupun pencemaran alam.
Hati juga menjadi sejuk dan tenang melihat pondok-pondok di tepian kolam yang menempatkan hampir 30 orang anak-anak sekolah Tahfiz. Kata Makcik Zainab, ibu Radzi, setiap malam mereka akan datang berehat2 di kawasan rumah makcik, sambil minum-minum dan makan-makan....

Setelah badan panas dan berpeluh akibat penangan durian kami semua menyegarkan badan dengan mandi dengan nikmat air yang melimpah ruah tanpa henti yang terus datang dari sumber air bukit........nikmat sekali....anak-anaklah yang paling menikmati keseluruhan pengembaraan kami yang singkat di kampung Sauk tersebut...

Kami dipujuk berkali-kali oleh Radzi untuk bermalam dan menghala ke rumahnya pula di Gerik yang jauhnya 100km dari Sauk...untuk menikmati lagi ikan bakar dan menikmati pula kelazatan buah manggis dari dusun mereka, kerana pada petang tersebut dia tidak dapat mengambil manggis untuk kami kerana beliau tidak berapa sihat akibat demam. Namun dia melayan kami hingga kami tidak sedikit pun melihat raut wajah yang tidak sehat.

Makcik Zainab menghidang makanan yang ringkas buat kami namun memang bersesuaian dengan suasana kampung,,,,ikan tilapia bakar, ikan patin masak tempoyak, ikan pekasam, ulaman dan air asam....masih terliur rasanya..sayangnya kami tidak dapat makan dengan banyak kerana terlalu amat kenyang dengan durian.

Layanan buat kami amat luarbiasa baiknya hingga pinggan yang kami makan tidak dibenarkan untuk kami mengangkatnya....sebaik kami selesai makan...muncul seorang lagi adik lelaki Radzi, Mohd Nadzam yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah, terus bersalam, dan memeluk dan mencium ibunya....selepas itu barulah kelihatan ibunya berwajah segar dan berseri...mungkin itulah perasaan seorang ibu yang sentiasa menantikan kepulangan anak-anaknya....Allah sahaja yang mengetahui penyeksaan jiwanya ketika melalui kehidupan selama beberapa tahun dari tahun 2000 hingga ke akhirnya Mohd Radzi dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting dan sehingga akhirnya Allahyarham Mohd Amin bertemu dengan penciptaNya pada 4 Ogos 2006..baca di sini.

Apabila 2 orang bekas tahanan ISA berjumpa, YB Saari@Pak Abu, juga bekas tahanan ISA dan Radzi, sudah tentu mereka mengimbau kembali kenangan mereka bersama ketika berjiran di blok yang berasingan mungkin ketika berada di Kem Tahanan Kamunting. Menurut Kak Aliza isteri Pak Abu, Radzi memang juara dalam permainan badminton di KEMTA. Radzi memberitahu kami bahawa t-shirt biru yang sedang dipakainya ialah pemberian dari Pak Abu ketika di Kemta dan dia masih punya 3 lagi baju T pemberian Pak Abu yang masih dipakai hingga kini.

Kemungkinan Pak Abu menjadi ikon buat kebanyakan tahanan ISA yang semasa dengannya kerana sikap dan sifat yang ada Pak Abu yang terus menerus melawan akta Zalim ISA dari awal, hingga ketika dalam tahanan dan dibawa terus hingga kini....moga hingga akhirnya ISA dimansuhkan.

1 hb Ogos ini, genap 49 tahun ISA digubal dan disalahgunakan oleh kerajaan...dalam tempuh masa 49 tahun itu puluhan ribu orang rakyat Malaysia dizalimi termasuk ahli keluarga mereka. Tahanan ISA ditahan tanpa dibicarakan tanpa tahu bila akan dibebaskan dan isteri, anak-anak dan keluarga turut dizalimi secara lansung.

1 hb Ogos 2009 akan menyaksikan kebangkitan rakyat tanda benci pada ISA dan tanda desakan yang menuncak agar akta ini dihapuskan dengan segera sebelum usianya menjejak ke usia emas 50 tahun.

Sama-sama kita buktikan kebencian kita...pada tarikh 1hb Ogos nanti di Kuala Lumpur...

Saturday, 25 July 2009

HIMPUNAN MANSUH-GMI di sana sini



Bagi mengisi ruang di dalam blog ini...gambar banner yang diambil ketika perhimpunan solidarity kepada Mendiang Beng Hock.


KEZALIMAN POLITIK MENGHANCURKAN NEGARA....rakyat sendiri terbunuh, rakyat sendiri dizalimi dengan akta-akta yang zalim, menekan dan membunuh demokrasi.

Harga barangan dan perkhidmatan yang dinaikkan tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat walaupun sering dimomokkan bahawa ianya tidak akan membebankan rakyat.

Akhirnya kita ada akta ZALIM ISA untuk menutup hak rakyat yang bebas...digubal pada 1hb Ogos 1960...1 hb Ogos ini akan genap 49 tahun ianya digunakan...

GMI dan seluruh NGO, parti politik dan orang awam yang prihatin mendesak agar ISA dimasuhkan...tak diendah oleh pemimpin...Tun ABdullah Badawi adalah seorang pemimpin yang tidak tertinggal mendapat desakan dari GMI namun baru terjaga dari tidornya yang panjang setelah tidak lagi menjadi pemimpin BN dan bersetuju agar ISA dimansuhkan.


Teater ringkas dan bersahaja dari ahli JERIT di program ceramah Perdana di Dewan Majlis Perbandaran Kajang semalam....

ISA IKUT SUKA AKU!!!!




Datuk Munir Pesuruhjaya Suhakam menerima surat permohonan dari GMI untuk memantau Perhimpunan MANSUH pada 1hb OGOS nanti..

Surat yang ditujukan kepada Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Abu Talib Othman.


Ybhg Tan Sri,

7. Hak untuk berhimpun secara aman termaktub dalam Perkara 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20 (1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Pada masa yang sama, SUHAKAM juga telah turut mengeluarkan panduan dan pendiriannya berhubung Hak Untuk Berhimpun pada tahun 2002 yang antara lain menyarankan supaya rakyat diperuntukkan ruang untuk berhimpun secara aman dan pihak Polis bertindak sebagai pengawal keselamatan dan lalulintas, bukan pencetus ketegangan.

8. Langkah mengadakan himpunan ini adalah sebagai langkah mendesak kemuncak yang perlu dilakukan setelah pelbagai pendekatan telah diambil untuk mengesyorkan supaya ISA dimansuhkan. GMI telah mengemukakan pelbagai laporan samada kepada Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri atau kepada Suruhanjaya Bebas atau kepada Perdana Menteri dan Menteri berkenaan. Kes-kes mahkamah juga telah dengan jelas mengakui berlakunya kezaliman di bawah ISA seperti dalam kes Malek Hussin.

9. Oleh yang demikian, kami berharap SUHAKAM sebagai sebuah badan Hak Asasi yang membantah ISA dan juga menyokong kebebasan berhimpun akan menghantar pasukan pemantau pada 1 Ogos nanti untuk memantau sendiri perhimpunan aman ini tanpa sebarang gangguan daripada pihak Polis. Malah kami percaya SUHAKAM seharusnya menyokong usaha GMI dan Himpunan rakyat ini dengan mengeluarkan kenyataan penegasan berhubung kepentingan memansuhkan ISA.

10. Kami amat berharap pihak SUHAKAM akan pertimbangkan permohonan kami dan akan menjalankan amanahnya sebagai sebuah badan hak asasi yang pertahankan Hak Asasi di Malaysia.

Thursday, 23 July 2009

HIMPUNAN MANSUH ISA-JOM BERSEDIA UNTUK BERSAMA


Banner di bawah ini sangat menarik dan amat signifikan dengan isu yang berbangkit sekarang.

Gerakan Mansuhkan ISA telah terlebih dahulu memaklumkan tentang perancangan untuk mengadakan Himpunan Besar-Besaran yang dinamakan Himpunan Mansuh pada 1 hb Ogos ini.

Tup..tup semalam satu lagi pakatan NGO-PEWARIS yang menyokong ISA telah juga menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan bagi menyatakan sokongan mereka terhadap akta zalim ini.

Kenapa signifikan....kerana logo HARAM HALALnya...

GMI kata ISA Zalim dan perlu dimansuhkan...yakni HARAM dalam Islam.

PEWARIS kata Yes to ISA...ISA okay...perlu dikekalkan...yakni Halal lah dalam Islam...beberapa orang ahli anggota AJK Pewaris ini yang kami jumpa ialah mereka yang berada di bawah PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Pertemuan kami dengan mereka di bulan Mei yang lepas juga diadakan di cafe milik mereka Sembang-sembang Cafe.


arifabdullcom-isa-haram-or-halal.JPG

GMI pernah mengajak PEWARIS berdebat, baca di sini, tetapi mereka telah tidak menerima pelawaan GMI kerana tidak bersetuju dengan metod dan tempat yang ditetapkan oleh GMI.

GMI tetap meneruskan debat tersebut tanpa kehadiran mereka...kerana kami yakin dengan prinsip kami bahawa ISA adalah ZALIM, Haram dan perlu dimansuhkan. Baca di sini.



Gambar ini diambil ketika kami berbincang dengan anggota PEWARIS mengenai pelawaan GMI untuk berdebat dengan PEWARIS untuk topik ISA Halal atau Haram.


Gambar ini diambil dari blog PEWARIS. Kekalkan ISA

Moga dengan usaha GMI dan seluruh rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman, generasi anak-anak ini dapat terus hidup dalam keadilan...tanpa sekatan kebebasan mereka untuk bersuara dan berhimpun dengan aman, moga mereka terselamat dari kezaliman AKTA ISA.


Moga mereka tidak perlu menderita menanti kepulangan ayah-ayah mereka yang entah bila akan pulang ke pangkuan mereka...meneruskan tanggungjawab sebagai seorang insan yang bebas.


Moga tidak ada ibu yang menderita hingga ke akhir hayat menanti kepulangan anaknya....


Moga tidak ada lagi seorang pun rakyat Malaysia yang harus melalui detik-detik duka dalam kezaliman menantikan sebuah pembebasan dari akta yang zalim....

Mansuhkan ISA

JOM BERSAMA KAMI DESAK MANSUH ISA

1 hb OGOS 2009, 2pm
WARNA TEMA: MERAH HITAM

handbill

Monday, 20 July 2009

KEADILAN UNTUK ANAK BANGSA MALAYSIA

Walaupun dengan seruan yang singkat, Stadium MBPJ pada jam 4.30 petang semalam berjaya mengumpulkan ramai sekali rakyat ANAK BANGSA MALAYSIA untuk datang beramai-ramai menyatakan suara hati masing-masing.

Gambar di atas menunjukkan Tunku Abdul Aziz Ibrahim, National DAP Vice Chairman turut berucap di pentas buat julung kalinya...beliau baru sahaja pulang bersama kumpulan ahli DAP yang lain sesudah menziarahi keluarga Mendiang Beng Hock di Melaka.

"Today is the saddest moment of my life to see a young man died so tragically, life of an innocent young man "....lebihkurang begitulah ucapannya.

"Teoh Beng Hock may have gone from us, but his spirit is with us, his spirit living with us forever and ever...leaving a message...enough is enough!!!"

"Teoh Beng Hock is a son of Malaysia, though he is not a Malay Muslim, Hindu or etc..."

YB Teng Chan Kim, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor berwajah sedih dan muram di sebelahnya ialah YB Husam Musa. YB Teng menyampaikan ucapan yang amat memberangsangkan dengan kekesalannya apabila mendengar berita jam 5 mengenai ucapan Najib tentang perlawanan bola sepak Manchester United sedangkan negara dirundung malang dan sedih tentang berita kematian Beng Hock.

Kata YB Teng...Najib adalah PM yang paling 'suwei???'...katanya...sebab...bila dia nak jadi PM..Altantuya mati dibom, cukup 100 hari pemerintahannya negara dikejutkan dengan kematian Beng Hock pula....Malaysia bukan lagi sebuah negara yang selamat kerana seorang anak Malaysia telah mati kerana kezaliman MACC!!!

Orang ramai bangun memberikan 'standing ovation' kepada YB Teng dengan bertepuk tanpa henti di atas ucapannya yang menyentuh tentang kejadian beliau menghalau Khir Toyo dari Dewan Undangan Negeri Selangor...Katanya.."sekurang-kurangnya saya hanya menghalau Khir Toyo keluar dewan, saya tak boleh tangkap dia"...

Hampir kesemua penceramah menyentuh tentang sikap double satndard SPRM..hanya kerana jualan bendera berjumlah RM2,400 sedangkan ahli UMNO dan BN khususnya Khir Toyo mempunyai dakwaan tentang banglonya yang bernilai RM24 million dan kes Muhamad Taib yang membawa keluar wang tunai sebanyak RM2.4M..!! tak diberi apa-apa tindakan.

Di mana KEADILAN!!!!

Orang ramai yang hadir bersama menunjukkan sokongan. Boleh dikatakan hampir 80% adalah dari kaum China, namun kerana ini bukanlah isu kaum mahupun agama, maka anak bangsa Malaysia yang lainnya juga turut mencukupkan rentak revolusi rakyat yang marah dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Semua mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan dengan segera untuk menyiasat kes ini dan tidak boleh diserahkan kepada polis untuk menyiasat kerana Polis dan SPRM adalah sama sahaja, satu badan yang bernaung di bawah kerajaan BN yang zalim.
Kes Kugan yang mati di bawah jagaan polis belum selesai, belum ada sesiapa yang didakwa..bahkan sudah ramai yang mati di dalam lokap polis...

Timbalan PM mengumumkan bahawa Kabinet hanya akan berbincang pada hari Rabu ini samada akan menubuhkan satu Suruhanjaya Khas untuk menyiasat.

bersambung....

JUSTICE FOR BENG HOCK

Justice For Beng Hock
dari Stadium MBPJ
Foto: Abah Asiah

Alhamdulillah...betapa syukurnya saya melihat keluarnya gambar ni dalam blog post saya. Puas saya cuba upload sejak jam 10 malam tadi lagi...hampir berputus asa. Tapi demi untuk berkongsi dengan sesiapa yang tersinggah ke sini, saya teruskan jua usaha kecil saya ini...demi sebuah 'keadilan' untuk anak bangsa Malaysia yang telah terkorban, terbunuh dan dibunuh!!!!


Saya menerima berita kematian Teoh Beng Hock ketika saya berada di Johor Bahru, mengikuti suami yang bertugas di sana. Saya dan dua orang anak mengambil kesempatan untuk berehat di Hotel selama 3 hari. Walaupun berada di Hotel di tengah2 bandar JB saya terputus hubungan dengan dunia internet kerana tidak punya broadband dan hotel dan kawasan sekelilingnya begitu kedekut untuk sediakan internet access secara percuma.

Ya..Keadilan untuk Mendiang Beng Hock, ahli keluarganya, secara khusus dan secara umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia...Anak Bangsa Malaysia...bukannya anak bangsa Melayu, China, India, Kadazan atau suku kaum mana jua.


Pada hari Jumaat saya meninjau-ninjau gambar2 di muka akhbar, walau saya bukan seorang doktor, polis atau penyiasat, gambar tubuh badan Beng Hock nampak amat menyedihkan dan menimbulkan keraguan dan tandatanya dan lansung tak dapat diterima akal sekiranya dia terjatuh ataupun terjun membunuh diri...tak mungkin...

Kematiannya perlu dibela dan mendapat pembelaan...sakit hati dan sedih sekali dengan peristiwa tersebut..'Teoh Beng Hock's body was found sprawled on the 5th floor of the Plaza Masalam'.....sedih...sakit hati.


Apatah lagi bila baca kenyataan seorang lagi mangsa siasatan SPRM bahawa beliau disiasat hanya kerana beliau telah supply bendera Malaysia kepada kawasan YB Ean Yong berjumlah RM2,400.00!!!!....untuk sejumlah wang ini SPRM telah menyoal siasat mereka hingga berjam-jam lamanya.

Saya tetap cuba upload gambar dari rumah dgn P1W1Max..tapi gagal hngga hari ini...hingga hari ini cuba bekerja dari Nissan Service Centre.

Tuesday, 14 July 2009

Sanggupkah berkorban dan terkorban??? 'SUARA-SUARA TERPENDAM'

Hari ini saya pulang dengan perasaan yang sedikit tidak tenang, dan tidak segirang dan bersemangat seperti hari sebelumnya. Bukan kerana 3 hakim yang telah bersidang dengan sebulat suara menolak rayuan peguam bagi pihak saya untuk menolak syarat ikat jamin saya yang menghalang hak yang ada pada diri saya untuk menyertai perhimpunan aman dan menyatakan pendirian saya terhadap sesuatu isu yang tidak saya setujui, bukan kerana itu...Keputusan itu memang adalah sesuatu yang dapat diduga sudah, jika keputusan sebaliknya, yakni Mahkamah menerima rayuan kami..maka ianya adalah sesuatu yang akan menjadi 'landmark' sesuatu yang patut dibanggakan, namun Mahkamah kita masih terikat dengan unsur-unsur politik.

Mungkin itu yang membuat saya sedikit 'kecewa'...perbelanjaan tetap perlu dikeluarkan, pengorbanan masa, tenaga dan jiwa raga tetap perlu diikhlaskan dan diniatkan Lillah hi Taala...moga Allah menerimanya.

Justify FullHati saya mungkin juga lebih terusik dan gundah gulana kerana sepanjang menanti giliran rayuan saya dibicarakan, saya mengambil peluang untuk membaca sebuah buku "SUARA-SUARA TERPENDAM"...buku yang sempat saya beli di Kompleks PKNS Bangi sempena Pesta Buku yang diadakan di sana.

Dalam perjalanan pulang dari Putrajaya semalam saya sempat singgah ke sana. Sudah hampir seminggu menyimpan dendam untuk bertamu ke sana seperti kebiasaan di suatu waktu dahulu ketika saya terpaksa sentiasa bertegang leher dengan pemaju PKNS mengenai pembelian rumah kami yang terdahulu.

Saya mencapai dua buah buku, tajuk di atas dan sebuah lagi bertajuk "SAID IBRAHIM 1923-2001 MUFTI TEGAS DAN TERBILANG'. Kedua-dua buku ini terbitan Pustaka Yamien. Selesai membayar harga dua buah buku tersebut, hati saya terasa puas dan lansung tidak timbul keinginan untuk membeli apa-apa buku lagi walaupun sejak mutakhir ini, kulit buku semuanya lebih menarik minat membaca sebelum isinya.


'SUARA-SUARA TERPENDAM "dari kisah masyarakat yang tertindas, pembangunan yang tempang dan alam yang musnah....."...begitulah yang tercatat di kulit bukunya...gambar di kulit buku memang tidak menarik...dengan warna yang pudar dan sembab..dengan wajah lelaki tua tanpa baju dan hanya berkain pelekat berwajah murung dan duka, mungkin juga luka di hatinya....merenung masa depan dengan berlatarbelakangkan mungkin sawah padi yang telah musnah diratah oleh jentolak pihak penguasa memusnahkan hasil titik peluh mereka selama ini.

Saya sedih....

Kisah pertamanya mengenai kisah Kampung Berembang yang dimusnahkan semata-mata untuk memberi jalan dan ruang kepada pembangunan...penulis juga berasal dari Kampung yang bersebelahan dengan kampung Berembang..Kampung Bumiputera...Kampung Berembang juga dekat di hati kami...."Berembang menjadi Saksi"

"Suara Dari Gunung Jerai" juga amat sedih untuk dihayati kesahnya...kalaulah Gunung, Bukit, tumbuh-tumbuhan dan haiwan bisa bersuara sudah tentu lintang pukang bertempiaran lari pihak pemaju Kuari yang tamak, pihak berkuasa tempatan yang terliur dengan habuan dunia....namun keluh kesah makhluk Allah ini diluahkan dengan bencana alam yang bukannya menimpa mereka yang rakus tetapi penduduk setempat yang berjuang berhabisan menyelamatkan harta mereka milik Allah dari terus dimusnahkan.

"Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (surah ar-Rum 30:41) p24

"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya diam membeku, pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan: (demikianlah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia amat mendalam pengetahuannyaa akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Naml 27:88) p24

Ketika menjadi anggota Pandu Puteri di Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar Kedah, saya berjaya 2 kali 'menawan' Gunung Jerai...walaupun tidaklah tinggi sangat...masih terasa keseronokan mendakinya dan menghirup udara segar dan nyaman di sana ketika berkhemah di waktu malamnya...dan diteruskan dengan jungle trekking dan mandi sungai...

Membaca buku itu juga membuatkan saya mengingatkan kembali sejarah perjuangan penduduk "Kerpan"...lagi satu kawasan kampung di Kedah, tanah tumpah darah ku...ya saya masih ingat..projek udang galah ke, udang harimau ke...di Kerpan yang menyebabkan tanah sawah padi penduduk kampung dimusnahkan...namun kisah perjuangan penduduk tua di sana tidak pula saya ketahui sehingga saya membaca mukasurat 11 di dalam buku ini...

""Makcik jangan paksa kami penjarakan semua!"...tengking seorang polis berpangkat sarjan....(p11)"

nota saya:"ayat yang biasa saya dengar ketika berhadapan dengan polis, FRU dan SB di setiap demonstrasi aman"

""Penjarakanlah! Esok lusa anak saya yang dalam buaian pula akan menggantikan tempat saya dan suami untuk mempertahankan hak mereka!" bentak Makcik lagi."

Dalam peristiwa itu seorang nenek tua nekad mempertahankan hak mereka dengan "nekad melompat dan menahan jentolak yang sedang menggila dengan tangannya."

Sanggupkah kita berjuang dan berkorban mempertahankan hak kita?????....belum tentu lagi rasanya....tidak tahulah..selagi kita dibuai dengan kesenangan hidup sendiri, leka dengan segala nikmat yang Allah sediakan pada kita...

Mungkin segala fakta yang baru sedikit saya perolehi dari buku tersebut yang menambah gundah gulana di hati....sampai bila pemimpin akan terus berlaku zalim kepada rakyat sendiri...sampai bila....dan diri sendiri yang mengaku ingin mati di jalan Allah, ingin terus berjuang di jalan Allah..apakah sanggup untuk terus bangun dan turun berjuang menyelamatkan tanahair sendiri dari terus dimusnahkan oleh pemimpin yang zalim????....adakah mampu menerima segala dugaan yang mendatang...

Dalam perjalanan pulang dari Putrajaya menuju ke Gombak saya menerima panggilan dari Nora, sejak peristiwa tragis menimpa Nora, saya lebih mengenali dirinya dan memahami dengan lebih dekat dan secara personal wanita ini. Nora mengadu kepada saya tentang laporan yang salah yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia tentang pengakuan salahnya terhadap tuduhan 'memaki polis'. Jelas beliau kecewa...

Semalam semasa menghubunginya, Nora memberitahu saya bahawa dia baru pulang dari Mahkamah dan terpaksa membuat pengakuan ke atas pertuduhan keatasnya. Tiada peguam yang available mungkin dengan kesebukan PRK di MU...dan juga dengan sifatnya untuk tidak mahu menyusahkan sesiapa, maka Nora membuat keputusan sendiri untuk mengaku bersalah dan membayar denda tanpa lansung membuat rayuan...dia sendirian ke Mahkamah sebagaimana saya juga sendirian pada tarikh dan masa yang sama ke Mahkamah Putrajaya dan Nora di Jalan Duta...namun saya masih bernasib baik kerana mendapat bantuan sahabat peguam yang dedikasi....

Saya cuma beri pandangan kepada Nora untuk dedahkan saja kejahatan 'mulut' Utusan itu walaupun berita mereka memang sentiasa 'meloyakan'.

Begitulah nasib seseorang yang ingin berjuang....mungkin...dan kenyataan yang perlu harus ditelan...

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu. Mereka ditimpa kemusnahan harta benda dan serangan penyakit serta digoncangkan oleh ancaman musuh, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya. Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALlah itu dekat. (surah al-Baqarah 2:214) p37.


"Peliharalah Dirimu dan Keluargamu"

Suasana berada di Bilik Bicara di dalam Mahkamah Persekutuan semalam amat berbeza dengan apa yang telah saya rasai dan lalui ketika berada di sidang mahkamah di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Seperti yang dilalui di Mahkamah Tinggi, setiap kali sebelum Mahkamah bersidang dan Yang Arif Hakim mengambil tempat, pegawai polis akan memanggil semua nama-nama yang tersenarai untuk kes rayuan pada pagi itu..semua nama dipanggil dan maklumkan kehadiran kita dengan mengangkat tangan dan menyahut seruan nama. Nama saya dipanggil yang terakhir sekali di dalam senarai belasan 'banduan penjenayah' pada pagi itu.

Kes dimulakan satu persatu dengan setiap seorang banduan yang bergari dipanggil dan tampil ke depan dan masuk ke 'kandang'. Setiap dari mereka tidak diwakili oleh sebarang peguam, maka mereka membuat rayuan dengan sendirinya.

Masing-masing memulakan dengan sopan dan tutur bicara yang cermat dan memainkan dengan bahasa yang indah dan penuh keinsafan. Jika kita dengar tanpa mendapat hujahan balas dari pihak Pendakwaraya akan setiap kesalahan yang telah mereka lakukan pasti kita akan turut sama bersimpati dengan nasib diri mereka yang perlu merengkok di dalam penjara puluhan tahun lamanya...manakan tidak bagi setiap satu pertuduhan dan kesalahan yang mereka telah lakukan, hukumannya ada sehingga 20 tahun lamanya dengan hampir belasan kali sebatan, sekiranya ada 3 kesalahan maka selama 60 tahun mereka akan merengkok didalam tembok besi penjara. Tetapi itulah harganya yang perlu mereka bayar bagi tindakan jahat mereka yang ketka melakukannya tidak pula terfikir akan akibat yang mendatang.

"Assalamu'alaikum, Selamat Sejahtera dan selamat pagi kepada Yang Amat Arif Hakim dan Yang Arif Hakim-Hakim. Saya berdiri di sini ingin memohon kepada Yang Arif Hakim-hakim untuk mempertimbangkan rayuan saya untuk memendekkan tempoh tahanan di penjara dan mengurangkan jumlah sebatan ke atas saya. Saya menginsafi di atas semua kesalahan yang telah saya lakukan, saya insaf dan memohon maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

Saya mempunyai keluarga yang perlu saya tanggung, umur saya juga telah tua, dan mungkin akan mati di dalam penjara. Maka berilah saya peluang untuk menghabiskan hidup saya bersama keluarga saya."

Begitulah lebih kurangnya rayuan yang dikemukakan oleh setiap seorang perayu bagi hukuman yang terpkasa mereka jalani. Ada yang hanya merayu agar hukuman sebatan ke atas mereka dikurangkan. Saya dapat memahami betapa sakitnya, seksanya apabila isi punggung tersiat apabila menerima libasan sebatan yang halus...dari pameran yang dianjurkan oleh pihak polis dan penjara...tetapi mengapa manusia tidak takut ketika melakukan jenayah tersebut???

"Pihak Pendakawaraya (DPP)..apa hujahan anda ke atas rayuan perayu tadi?" pohon Yang AMat Arif Hakim.....ketika itu terserlahlah segala kisah hitam dan parut-parut luka lama yang telah banduan ini tinggalkan ke atas mereka-mereka yang telah menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman yang telah mereka lakukan. Anda pasti tidak sanggup mendengar mahupun membacanya, saya sendiri tidak pasti samada sanggup menulis nya di sini dan mengulang membacanya di sini.

Di entry saya yang lepas, ada saya mengatakan yang saya tidak sabar untuk pulang dan menunggu saat untuk memeluk anak saya yang berumur 10 tahun...kerana...ada mangsa perkosaan zalim ini dilakukan ke atas anak perempuan kecil berumur 10 tahun!!!!!...jika anda punya anak sebesar itu, tenunglah wajahnya...perhatikan batang tubuhnya dan cuba hayati penagalaman pahit yang penuh seksa dan trauma yang perlu anak sekecil yang dibawah tanggungjawab kita, yang kita didik dan belai dengan penuh kasih sayang ini terpaksa lalui.

Anak-anak kecil ini diperdaya oleh penjenayah ini dengan taktik bertanyakan arah jalan, bertanyakan di mana kedai, yang paling buruk sikapnya ada yang menggunakan unsur-unsur agama dengan bertanyakan di mana masjid dan surau. Sungguh zalim bukan????

Mereka kemudiannya di bawa ke dalam semak atau ke mana-mana tempat maka episod hitam yang sadis pun berlakulah. Ada anak kecil berumur 10 tahun seperti yang disebutkan oleh DPP mengalami trauma yang amat sangat. Beliau tidak mahu keluar rumah, akan deman bila mengingati peristiwa tersebut, tidak suka mandi dan apabila mandi akan menghabiskan masa yang amat lama dengan mencuci badan dengan lama sekali.

Apakan tidak mangsa telah dirogol, diliwat, dicucuk kemaluannya dengan jari, dipaksa 'oral seks'..tak sanggup saya nyatakan di sini...di dalam keadaan berbogel di arah merangkan ke dalam kereta!!!!!!!.......KEJAM DAN ZALIM bukan. Ada mangsa yang ditendang dengan kaki dan ditolak keluar dari kereta di tepi jalan.

Saya mencatatkan 11 kes yang berbeza pada pagi itu yang semuanya sungguh tragis dan zalim sekali...ada ayah yang 'memakan anaknya', abang yang merosakkan adik kandung sendiri lantaran melepaskan nafsu gara-gara hobinya yang suka menonton video lucah. Seorang datok yang diharapakan menjaga seorang cucu setelah ibu bapanya bercerai mengambil kesempatan ke atas cucunya dan macam-macam lagi.

Itu yang saya katakan...betapa sakitnya masyarakat kini, sakit yang amat kronik yang bukannya hanya membinasakan diri sendiri tetapi yang lebih teruk merosakkan kehidupan orang lain, merosakkan kehidupan sesebuah institusi keluarga, mengganggu keselamatan awam dan rakyat...membuatkan saya terfikir nasib sebilangan kecil hanya belasan orang yang terkurung di KEMTA tanpa pernah diadili dengan alasan mereka mengancam keselamatan negara dan menyelamatkan 26 juta rakyat Malaysia yang lainnya..sedangkan mereka adalah anggota keluarga dan anggota masyarakat yang baik.

Syukur, pada pagi itu untuk setiap rayuan perayu penjenayah tersebut, semuanya ditolak sebulat suara oleh 3 orang panel Hakim yang bersidang...Maka pulanglah setiap seorang banduan tersebut ke destinasi mereka masing-masing mengahbiskan tempoh penjara dan hukuman ke atas mereka. Di dunia..hukuman seadilnya dilaksanakan ke atas mereka, namun Allah yang Maha Esa adalah Maha Adil lagi Maha Pengampun, sekiranya mereka benar-benar insaf dan bertaubat di atas segala kesalahan mereka...namun titik hitam dalam kehidupan mangsa sudah pasti sukar dan tidak mungkin akan dapat dipadamkan hingga entah bila......

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu: penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." At Tahrim:6

Monday, 13 July 2009

Apakah hadiah Najib dapat mengubati 'penyakit' rakyat????

Waktu maghrib semalam menerima satu sms pesanan dari peguam saya Bob mengingatkan saya yang saya perlu berada di Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 8.45 pagi. Seawal jam 7 pagi saya telah keluar dari rumah menghantar anak2 ke sekolah dan meneruskan perjalanan ke Putrajaya..saya mengambil jalan yang sedikit risiko traffic jam, namun terpaksa berkorban membayar tol sebanyak RM7.50!!!....giller mahal getus hati saya...

Tambah sakit hati mengingatkan habuan manis yang dijanjikan oleh 'abe jib'..gelaran yang saya ambil dari blog faisal tehrani..."diskaun 20%" untuk pengguna kad touch n go and smart tag yang guna bayar tol lebih dari 80 kali sebulan...giller...lagi...

Tambah sakit hati bila dalam kesesakan jalan di lebuhraya NKVE di kawasan Damansara tiba-tiba kedengaran siren 'highway chapparal"...entah berapa buah mengarah kereta ke tepi...saya buat tak tau saja..tetap meneruskan pemanduan...entah berapa buah kereta pula yang mengiringi kereta Proton Perdana Hitam bernombor plat WRX 11 itu...dulu saya tahu kalau no 13 ialah kereta PM Pak Lah....lagi sakit hati saya bila troop itu dengan laju membelah kesesakan lalulintas...apa kau tahu 'abe Jib' oooiii..dengan keperitan perlu membayar tol.

Akhirnya saya sampai juga ke destinasi di Palace Of Justice, Istana Keadilan dengan selamatnya walau terasa begitu jauh dan begitu lama sekali saya memandu..hampir sejam...giller...esok nak cari jalan lain pula..

Sesampai di Mahkamah saya menunggu kedatangan peguam saya dan kemudiannya kami masuk ke Bilik Bicara 1. Ruang masih kosong, saya memilih satu tempat untuk duduk dengan selesa kerana tidak ramai orang. Beberapa minit kemudian muncul beberapa orang banduan dengan tangan masing-masing bergari setiap seorang ke tangan seorang pegawai penjara.
Pemandangan ini juga memngingatkan saya saat saya dan rakan2 lain juga digari ketika keluar dari lokap dan ketika kami dibawa menaiki truck polis untuk ke mahkamah. Kami digari dengan rantai berenam orang semuanya...persis...haiwan!!!!...

Juga membuat saya mengimbau saat melihat kelibat suami sendiri digari ketika berada di IPD Kuala Kangsar dan ketika di bawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar...Moga ujian seperti itu membuatkan kami berdua dan rakan-rakan terus istiqamah untuk berjuang dan tetap hati di Jalan ALlah....

Di dalam kamar mahkamah tadi saya terpaksa bertukar tempat duduk sebanyak 3 kali apabila diarah oleh polis untuk memberi ruang kepada banduan yang ramai mengisi tempat duduk yang ada. Kamar mahkamah dipenuhi oleh banduan yang bergari bersama pegawai penjara yang mengiringi mereka. Orang awam yang ada hanya saya dan sepasang suami isteri yang lain..Dari awal saya memerhatikan mereka kerana seolah saya pernah kenal dengan mereka.

Ketika seorang banduan yang masih muda masuk, lelaki tadi telah bangun dan pemuda banduan tadi telah bersalam sambil mencium tangan..mungkin abangnya...saya memerhati setiap muka banduan yang masuk dengan teliti...membuatkan hati dan fikiran saya memikir-mikirkan apakah kesalahan yang telah mereka semua lakukan sebenarnya.

Hati saya sedikit terusik melihat wajah-wajah mereka...dalam hati saya..berkata-kata..."semuanya nampak baik-baik belaka"...ada yang sudah tua...beruban sudah...wajah kebapaan jelas terserlah di wajah seorang lelaki yang sudahpun beruban...saya termenung dan terfikir-fikir lagi...dalam hati terbit juga rasa simpati yang amat sangat..'mungkin juga mereka teraniaya'....namun firasat saya kali ini memang amat meleset sekali....sedikit pun tidak terlintas di fikiran saya tentang jenayah besar dan berat yang telah mereka semua lakukan...kesalahan yang tidak mungkin hati manusia yang waras, hati yang hidup dapat menerimanya...akal yang sihat dapat memaafkannya...sungguh sadis...

Semua wajah itu rupanya menyimpan sungguh banyak rahsia yang melayakkan mereka dihukum penjara hingga ke maksimumnya ada yang hingga 60 tahun dan berpuluh-puluh kali sebatan....itulah kisahnya...Mata saya terang...hati saya dibuka seluasnya untuk menghayati...akal saya cergas memikirkan akan langkah untuk menghindarkan perkara sebegini terjadi dalam keluarga sendiri dan masyarakat seluasnya...hati sudah tidak sabar rasanya untuk pulang ke rumah menunggu saat memeluk dengan erat dan penuh kasih sayang anak perempuan saya yang berumur 10 tahun...Tidak sabar untuk memberi peringatan kepada anak-anak di rumah...

Bersambung.....Betapa sakitnya masyarakat kita...betapa kroniknya permasalahan rakyat...

Friday, 10 July 2009

Mansuh PPSMI dan Perjuangan Rakyat

foto: Abah Asiah

Isu panas semalam ialah mengenai pemansuhan PPSMI...terkejut juga dengar, ingatkan terus mansuh mula tahun depan 2010..sesuai sangat, rupa-rupanya tahun 2012...saya berkira-kira dengan jari ketika itu anak saya Ammar yang kini di tingakatan 1, pioneer bagi projek PPSMI ini akan berada di tingkatan 4 ketika itu.

Memang bosan dengan sikap dolak dalih pemerintah BN ni..mereka hanya fikir hal mereka dan kroni-kroni mereka yang sudah dapat projek dari penggunaan PPSMI tersebut, tapi nasib anak bangsa dan tanahair tidak diambil peduli....cakap tak serupa bikin...perabih duit rakyat adalah...baca di sini..."easily 12 BILLION" dari 'Ainon Mohd's Note:...pengakuan dari Timbalan Menteri sendiri dari..easily 12 B sudah dilaburkan!!!!!

Ini pula berita baru dibaca dari Perisik Rakyat juga...bahawa RM 40 juta!!!!! dapat diselamatkan dalam setahun sekiranya PPSMI dimansuhkan...ya kemana perginya wang sebanyak tu...anak-anak kita terpaksa juga beli buku teks..buku rujukan dan pergi ke tusyen jika perlu..guru-guru pun gaji tak naik juga dan tidak banyak juga.

Saya kira kita sebagai rakyat memang tidak boleh mendiamkan diri...wang tersebut mungkin dapat menyelamatkan kita dari kesengsaraan hidup akibat kenaikan kos bermacam barangan dan juga perkhidmatan.


Cakap tak serupa bikin....CATAKSERUKIN.....bukan saya reka perkataan ini ya....tapi SASTERAWAN NEGARA, Datuk A.Samad Said....kita sendiri yang sebut pada Malam Seni Rakyat di Kajang pada 4 hb Julai yang lalu...cuma saya tak pasti ejaan yg sebetulnya dan bunyi yang sebenarnya...tapi lebih kurang begitulah....Pada malam tersebut beliau menyampaikan sajak "PELUDAH BAHASA".

Menarik...Pak Samad Said mengikut berita dari Perisik Rakyat..mengajak rakyak untuk berdemonstrasi..turun ke jalanraya mendesak agar PPSMI dihapuskan dengan segera.

Menarik juga apabila menteri berkata-kata bahawa Pemansuhan PPSMI bukan atas sebab desakan pembangkang...bukan keputusan Politik...susah sangat ke nak mengaku...apa salahnya...sekali sekala ikut kehendak rakyat.

Ya...fahami kesengsaraan rakyat...apa yang disebutkan oleh penyair Pyan Habib pada malam tersebut juga menyentuh hati saya mengenai sikap YB ADUN Kajang ini..gambar di atas bersama Pak Samad Said...YB Cikgu Lee...bahawa..Cikgu Lee yang memandu mereka...drive saudara Pyan dan rakan-rakan seniman pada siang harinya untuk keluar menikmati pekan kajang...bukan driver yang 'mengdrive' mereka atau orang lainnya...moga semua pemimpin dapat bersikap mesra rakyat...cakap serupa bikin..dan kotakan apa yang dikata.

Pyan pada malam tersebut menyampaikan sajak bertajuk 'Bapakku Seorang YB'...tentu kita semua masih ingat beliau bukan...penyair yang terkenal..dengan keistimewaan yang ada padanya dalam menyampaikan sajak...sajak ini juga adalah koleksi sajak lamanya...namun masih segar dan sesuai sepanjang zaman.

Sdra Nik menyampaikan lagu .."bersiaplah untuk sebuah revolusi"

Saya bangga dengan sahabat seniman sebegini...yang walaupun dalam serba kekurangan dari segi material dan juga kekurangan dari segi fizikal yang merupakan keistimewaan sebenarnya dapat terus berjuang melalui medan seni dengan cara yang tersendiri...mendedahkan rakyat dengan..'the other side of the history".

Sdri Mei Chern menyampaikan lagu "Do u see me like You" dan lagu khas untuk Allahyarham Shamsiah Fakeh AWAS API Perempuan Itu...tahu kah kita sejarahnya???

..jika kita hanya didedahkan dengan sejarah pemimpin negara seperti Tunku Abd Rahman, Tun Hussein Onn dan sewaktu dengannya...tapi mereka ini mendedahkan kita dengan pejuang tanahair yang lainnya seperti Dr Burhanuddin Helmy serta Shamsiah Fakeh yang sengaja disembunyikan fakta sebenarnya...membuatkan saya teringin sekali mengkaji fakta sejarah mereka.

Ini pula Meor....banyak lagu dendangannya...menarik dan amat puitis sekali....

Kita sentiasa didedahkan tentang 'episod hitam' trajedi 13 Mei, Operasi Lalang serta cerita tidak benar mengenai peristiwa Memali....namun anak-anak muda ini bisa membuatkan kita 'meremang bulu roma' menghayati kisah Memali dari dalam dengan lagu puitis...serta sejarah Dr Burhanuddin Helmy.

"Kata-kata Azimat darimu tak pernah ku lupa...
Di atas robohan Kota Melaka...Kita Bina JIWA MERDEKA"
Walaupun kini kau telah tiada...namun semangatmu MEMBAKAR JIWA"

Di atas robohan KOTA MELAKA....KITA BINA JIWA MERDEKA

Ini tak lain tak bukan...sdara Hishamuddin Rais....menyampaikan komedinya...siap tiru gaya cakap dari video di you tube tentan 'PEREMPUAN PUAKA"....tak takut tapi lawak...tapi isunya sangat panas....anda dah tonton...tak perlu saya link kan di sini...cuba search dan type.."Perempuan PUAKA"...gerenti jumpa...

Akhirnya kesemua seniman pada malam tersebut mempersembahkan lagu "Syuhada' Memali dan ISA'...memang power...

Tahniah kepada semua pejuang rakyat....

Wednesday, 8 July 2009

Apakah ISA perlu diMansuhkan dan semangat persaudaraan.

Semalam saya sedikit tersentak menerima sms dari satu no yg tak dikenali:

"Salam Kak Nas, thanks atas pertolongan kak selama ini. Semoga Allah membalas di atas kebaikanmu:Ros"

baru saya tahu dari siapa....sudah lama saya tidak berhubung dengan dia dan dia juga tidak berhubung dengan saya.

Saya bertanyakan khabar suaminya sekiranya sudah punya kerja tetap. Jawapnya ialah :"belum dapat kerja tetap, sejak keluar, kesihatan tak menentu..akibat tekanan dr tahanan"

Semasa mereka menjadi mangsa ISA, kami bersatu di bawah Pusat Sukongan Keluarga Tahanan ISA membantu mereka melalui sumbangan orang ramai.

Dia ialah salah seorang isteri tahanan ISA. Suaminya juga baru dibebaskan....dia, seperti isteri tahanan yang lainnya menderita dizalimi oleh akta Zalim ISA selama bertahun2.


Saya jarang menerima sms sebegini dari mana2 isteri tahanan ISA yang telah dibebaskan.

Maka sms tersebut memang menyentuh hati saya.....memang pada hakikatnya...kita membantu atas dasar menolong...tanpa mengharapkan apa-apa pengiktirafan dan penghargaan.

Kebetulan sebelum melepakan mata saya menghabiskan pembacaan buku Rindu Bau Pohon Tin, ada satu bab menceritakan hal ini, bab 23: Bukan Sesat, cuma Tak Jumpa jalan.

Ada dicatatkan hadis ini:

"Sesiapa yang berusaha menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah pula akan menunaikan hajatnya" [Riwayat al-Bukhari] pg 133

Semalam juga saya menonton rancangan HUJAH di TV9....saya benci dengan hujah pengantaranya Prof Agus...dan hujah Sanusi Junid mengenai isu "apakah ISA perlu dimansuhkan"....

Tuesday, 7 July 2009

Bacaan Mendidik Jiwa...


Alhamdulillah...syukur kerana Allah membukakan hati saya untuk membeli buku ini...ini adalah sebuah buku yang saya cuba ingin anjurkan untuk dibeli, dimiliki dan dibaca.

Sebelum ini saya pernah menulis tentang buku Kembara Atiq Wazif...juga sebuah buku yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri, dan juga membuatkan airmata saya mengalir tanpa dapat dibendung lagi.

Sejak membaca novel ayat-ayat Cinta, saya secara lansung menjadi pencinta novel, banyak juga novel yang telah saya beli dan saya habiskan baca dalam tempuh paling laju sehari sahaja. Dan membaca novel hingga mengalirkan airmata...ada yang hingga membuatkan saya teresak2 menangis....teruk betul...hairan anak-anak saya melihatnya..."abah, ummi baca novel tu sampai menangis"...mengadu anak2 perempuan saya kepada abahnya.....

Kemudian..secara tak lansung saya "mendapat teguran" dari Ustaz Zahazan ketika saya mendengar tazkirah di radio IKIM.FM...katanya...lebih kurang yang saya masig ingat.."dari kita membaca novel-(saya fahami ianya merujuk kpd novel2 cinta yg hangat di pasaran..namun saya masih menanti lahirnya novel terbaru karya Fatimah Syarha), adalah lebih baik untuk kita membeli dan membaca buku ini...'TRAVELOG SEORANG DA'I'...mengisahkan tentang kisah hidup Ustaz Abdul Rahman Mohamed.


Travelog Seorang Da'i, mengisahkan "kisah benar liku-liku perjalanan seorang pendakwah guna mencari kekuatan sebagai bekal dalam perjuangan"....mulai dari hari itu terus saya mencari dan membeli buku tersebut dan berhenti hingga hari ini dari membelek novel di kedai-kedai buku.

Ketika mengambil buku Rindu Bau Pohon Tin dari rak di kedai, saya kira ianya juga adalah sebuah novel...namun bila membacanya barulah saya sedar yang ianya adalah kisah hidup Ustaz Hasrizal sendiri...memang sungguh menyentuh jiwa...seolah mengetuk pintu hati dan fikiran untuk merindui suasana yang lepas2...saya juga seolah rindu dan teringin benar untuk menjadi 'Tetamu di dataran Syam'....memang sungguh terasa ingin dikelilingi dengan sejarah para syuhada pahlawan Islam yang berjuang mempertahankan agama...bak baris puisi yang dicatatkan:

"....di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi syuhada pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti hadirnya Barisan waris perjuangan...."

Saya belum lagi habis membacanya...dari 27 bab yang ada..saya baru tiba ke bab 22...sudah beberapa hari berlalu..saya masih belum menghabiskan pembacaannya...rasa sayang...untuk sampai ke penghujungnya...masih belum puas membacanya....

Ada bab cerita yang sungguh menaikkan semangat dan ada bab yang membuatkan hati tersentuh dan ada yang membuatkan airmata berjuraian berguguran.

Saya membaca bab 19 "kehendak-Nya Mereka Pergi" ketika sedang duduk berehat di kawasan Food Court di Jusco Wangsa Maju sambil menantikan notebook di servis....memang saya tidak dapat menahan air mata dari terus mengalir...pedulikan apa yang orang kata dan pandang...kerana saya sedang khusyuk membaca dan menghayati...sebuah persahabatan dan penantian yang berakhir dengan pemergian 5 orang sahabat sekaligus....meninggal dunia di bumi yang penuh berkat...seperti ayat di dlm buku tersebut..."Bergembiralah wahai syabab...matimu di jalan menuntut ilmu adalah syahid fi sabilillah."

Bagaimana pula akhir kehidupan kita ya...saya juga teringin sekali menceritakan kebetulan saya berpeluang membelek majalah Wanita keluaran JUN 2009...kesah "seorang ayah yang membawa anak-anaknya melihat jenazah isterinya di Mekah"...kata anak yang paling kecil yang berumur 5 tahun.."ayah, muka ibu macam baby lah"....saya menangis di setiap perenggan penceritaan tersebut...

Bagaimana akhir kehidupan kita ye......


Bab 18 juga menyentuh hati saya tentang semangat anak-anak muda yang menuntut ilmu...tidak punya wang...bukan sahaja untuk ke kuliah..namun juga untuk makan....juga sifat persaudaraan yang ada sesama mereka..

"Perbandingan kaum Mukmin pada berkasih sayang, beremosi dan berbelas ihsan sesama mereka, adalah seperti satu batang tubuh. Apabila mengadu (sakit) mana-mana bahagian tubuh itu, nescaya akan terkesanlah ia kepada seluruh tubuh dengan berjaga malam tiada upaya tidur lagi demam." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).{p94}

Juga pengajaran kisah Pensyarah yang bukan semata seorang Pensyarah, namun seorang ayah..."Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. Jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah Syariah!"{p50}....kata2 ini meninggal kesan yang mendalam..mampu membuat mata mudah sahaja mengalirkan airmata keinsafan.....

Ada juga diselitkan episod lucu...he..he...mengeletek juga jiwa untuk tersenyum sendirian...kisah persembahan nasyid dari kumpulan Ustaz Hasrizal di depan tetamu kehormat dari Malaysia...Dr Mahathir Mohamad dan rombongan termasuk Dato' Seri Rafidah Aziz..."ketika kami membuat persembahan, rombongan PM ketika itu begitu asyik mendengar. Saya terasa geli hati melihat Dato' Seri Rafidah Aziz beria-iya bertepuk tangan mengikut rentak nasyid kami. Mungkin tidak terpedulikan lirik kami, gendang itu hanya didengari seperti 'joget Arab'!....{p110}...di bawah tajuk "Pemberontakan Dalam Nasyid".

Maka..untuk menghayatinya...merasainya..mendapat pengajaran darinya...carilah..dan miliklah buku ini....promosi..agar saya juga mendapat faedah darinya...InsyaAllah...

Friday, 3 July 2009

Himpunan Mansuh..."terus bersabar dan berdo'a"

Hari ini ada masalah pula nak upload gambar ke blog. Slide.com juga failed me...apabila berkali-kali cuba upload gambar dan akhirnya keluar "0 file uploaded"...walau sudah tunggu agak lama utk beberapa gambar berjaya diuploadkan.

Ada banyak gambar dari peristiwa Malam Himpunan Rakyat di Stadium MPPJ pada malam 30hb yang lalu.

Pada malam tersebut GMI juga telah mendapat satu slot untuk pengerusi GMI mewar2kan tentang Himpunan Mansuh yang bakal diadakan pada 1hb Ogos nanti...satu gimmick dengan membebaskan 2 ekor burung merpati turut diadakan dan upacara menyarungkan mufler NO TO ISA di leher semua pimpinan PR yang hadir turut diadakan.

Buat masa ini masih tak berjaya menguploadkan gambar....(saya pernah menceritakan saya mempunyai masalah dengan streamyx..kini sedang mencuba P1 W1Max...hari ni dah hari ke 8 so dah habis 7 days trial period...kena terus gunakan...nampak mcm okay saja)

Gambar yang berjaya saya uploadkan ini ialah gambar yang dicopy and paste dari Harakahdaily. Dalam Sinar front page pun ada. Gambar tu sebenarnya gambar Tn Guru sedang menandatangani surat kepada PM tentang debat. Tapi saya ambil juga kerana ketika itu juga, GMI sedang mengadakan pertemuan dengan Tn Guru berkenaan Himpunan Mansuh. Sebab itulah Tn Guru pun pakai mufler dan di belakangnya ialah Pengerusi GMI. Semalam GMI telah mengadakan pertemuan tersebut. InsyaAllah satu ceramah besar juga akan diadakan di Kelantan bagi mempromosi Himpunan Mansuh.

Moga Allah mudah keinginginan saya untuk memasukkan gambar2 yang telah diambil untuk tatapan ramai.

Hari ini hari Jumaat, ada satu waktu yang mustajab untuk kita berdo'a. Setiap hari Jumaat ketika menghantar anak ke sekolah di waktu pagi saya pasti diingatkan tentang ini oleh dua orang DJ IKIM.FM di pagi Jumaat yang mulia.

Wednesday, 1 July 2009

Michael Jackson, High Chapparal and PKFZ

Rasa nak menulis sesuatu...tapi nak tulis apa ye...

Saya telah share my thoughts di facebook..dari sedikit bahan bacaan hari ini...dari wartamaya khususnya....mulanya mengenai pendedahan bedahsiasat mayat Michael Jackson...ya...memang sungguh trajis hidupnya....kematian yang mengejutkan..bukan sahaja beliau mati mengejut tapi dunia seolah diketuk dengan kehilangan Michael Jackson...mungkin sebelum ini kita sentiasa lupa yang kematian akan datang bila-bila...kala kematian datang...segalanya hilang...kita menunggu saat dipertemukan dengan Pencipta.

Kisah tersebut terlalu menginsafkan....tentang segala penderitaan yang telah dan terpaksa dilaluinya..(walaupun fakta tersebut belum tentu benarnya)

Kala hidup dengan wang berjuta dan kesenangan...semuanya dapat dilihat sebagai indah di luaran...namun sebenarnya penuh dengan penderitaan...benarlah wang dan kekayaan tidak menjamin bahagia...bacalah kisahnya di sini.

Peristiwa ini sepatutnya memberikan peringatan dan keinsafan kepada kita semua....kita harus bersyukur dengan segala yang ada pada kita...menjaga dengan sebaik mungkin dan tidak merubahnya...biarlah buruk...itulah pemberian Allah kepada kita...dan sekiranya ada lebihan kesenangan sedekahlah kepada orang lain yang memerlukan dan jangan pula kita bermegah dengan pemberian kita...teringat saya pesanan dan tazkirah yang saya dengar di radio ikim awal pagi tadi...mungkin dari Ustaz Zahazan...bunyinya..."jangan kita kata pada seseorang itu bahawa awak senang kerana pemberian dari saya, tapi ingatlah bahawa, kesenangan kita itu adalah kerana kita memberi kepada orang itu dan orang lainnya"....

Maka teruslah 'memberi' dengan apa cara yang termampu untuk membuat kita lebih senang dan lebih 'menerima nikmat' dari Allah.

Saya juga membaca tentang kesah rungutan dan bantahan penduduk Kampong 'High Chapparal' di Pulau Pinang....untuk dapatkan maklumat lanjut baca di sini juga. Cuba juga anda selami apa yang diperjelaskan oleh Ketua Menteri Melaka pula di sini.

Saya yakin kerajaan Pulau Pinang sedang berusaha menyelesaikannya dengan baik sebagaimana saya percaya ke semua pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri bawah pimpinan PR mencuba memberikan yang terbaik kepada rakyatnya...mereka baru memerintah setahun lebih berbanding dengan kerajaan BN yang sudah memerintah berpuluh tahun lamanya....

Komen2 di blog anillnetto secara live juga menceritakan keadaan sebenar di sana...dan kita dapat membayangkan keadaan sebenarnya yang berlaku di sana. Bagaimana pihak kerajaan negeri cuba menyelesaikan kes dan situasi tersebut. Mereka menjemput penduduk berbincang dengan baik dan telah mendapatkan permohonan agar rumah2 penduduk tidak dirobohkan oleh pemaju...berbeza dengan apa yang berlaku di Selangor ketika kerajaan BN memerintah, di mana rumah penduduk terus dimusnahkan walaupun Mahkamah belum pun sempat membuat sebarang keputusan...boleh baca di sini.

Semalam di Himpunan Perdana Pakatan Rakyat di Stadium MPPJ pula antara kesah yang didedahkan ialah mengenai skandal PKFZ, Port Klang Free Zone Scandal....RM12.5B duit hilang begitu sahaja..Ibu kepada segala skandal....bolehkah anda bayangkan berapa banyak duit sebanyak itu RM12.5B?????? Semuanya didedahkan oleh Lim Kit Siang..anda carilah maklumat di blognya