Antara dua Darjat..Antara Dua Dunia..DEMO BN dan DEMO PR
Pada hari Selasa lepas dua demonstrasi telah diadakan di Pulau Pinang dan Kelantan. Perhimpunan Aman di Kota Bharu bagi membantah tindakan Tuan Guru Nik Abd Aziz yang berdo'a kemusnahan terhadap Dato' Seri Najib Perdana Menteri Malaysia atas isu royalti minyak kepada Kelantan.
Di Pulau Pinang pula pada hari yang sama berlansung satu lagi perhimpunan aman sebagai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa lemah dan tidak cekap menyelesaikan masalah rakyat dan gagal menunaikan janji pilihan raya umum.
Hingga ke hari ini belum terdengar berita mengenai sebarang kekerasan atau tembakan gas pemedih mata ke arah para demonstran mahupun laporan berlakunya sebarang tangkapan.
Rakyat bijak menilai nilai sesuatu perhimpunan aman yang berlaku.
Sungguh bersesuaian bagi saya yang sejak menerima berita melalui sms dari Puan Aliza yang juga merupakan seorang OKT yang ditangkap dalam satu perhimpunan aman lebihkurang 8 tahun yang lalu....ya 9 tahun yang lalu...hingga kini kes ini masih diperingkat..tangguh dan tangguh lagi.
Pada tarikh 23hb November yang baru lepas, Puan Aliza telah menghantar sms kepada kami, teman-teman di dalam kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). sms berbunyi:
" kes Taiping hari ini tangguh ke Februari 2010 kerana video polis hari penangkapan ,masih tak boleh tengok!! Tape lama."
Apa yang lamanya ye..baiklah, sejarah kes penangkapan ini seperti yang tercatat di buku Diari Perjuangan : Pembelaan Isteri Terhadap Penahanan Tidak Sah Suami di Bawah ISA, hasil penulisan Puan Aliza sendiri, mencatatkan di mukasurat 27 di bawah tajuk "100 Hari Tahanan Politik Kamunting" mencatatkan bahawa peristiwa tersebut berlaku pada tarikh 2ohb Julai 2001.
Pada hari tersebut satu perhimpunan aman telah diadakan di hadapan Kem Tahanan kamunting sempena 100 hari tangkapan ISA pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Nasional dan aktivis reformasi termasuk suami Puan Aliza, Hj Saari Sungib yang kini menjadi ADUN di Hulu Kelang.
Puan Aliza menulis " Kami nampak trak FRU, water cannon dan ramai FRU dan polis di seberang jalan berhadapan dengan orang ramai. Sampai di situ, kami dipimpin oleh seorang pemuda yang meminta Bahirah (isteri Ezam Mohd Nor) mengucapkan sesuatu kepada orang yang telah berkumpul disitu. Bahirah sempat mengucapkan salam dan terima kasih. Saya dengar seorang polis menggunakan hailer dari atas trak merah polis dan menyatakan bahawa orang ramai diberi masa lima minit untuk bersurai.
" Saya lihat Zunar mengangkat tangan seolah olah meminta sepuluh minit lagi. Selepas itu dengan tiba-tiba terdengar bunyi loceng dan kaki saya, anak-anak saya, Bahirah dan ibu Ezam basah terkena pancutan air dari trak polis. Kami terus berlari ke belakang dan mengikuti orang ramai masuk ke dalam sebuah kedai di situ. Pintu kedai pun ditutup. Kami mendengar bunyi tapak kaki orang berlari di luar. Kami menunggu di dalam kedai tersebut selama lebih kurang 10 minit. Apabila tidak terdengar lagi tapak kaki orang berlari kami pun keluar dari kedai tersebut melalui pintu belakang."
Seterusnya...Puan Aliza telah ditangkap dan dimasukkan ke lokap selama satu hari satu malam sebelum di bawa ke hadapan Majistret. Sejak dari tarikh itu kalau tidak salah saya hampir 40 kali ke semua OKT dan peguam mereka yang dedikasi iaitu Tuan Saiful Izham Ramly terpaksa berulang alik ke Mahkamah Taiping.
37 orang telah ditangkap dan yang paling tragis dan sedih dan unik bagi kes seumpama ini ialah 7 orang dari mangsa kezaliman polis dan pemerintah ini ialah 7 orang dari mereka telahpun meninggal dunia sepanjang kes ini berjalan dan ditangguh-tangguh.
Pada tarikh 23hb November itu juga Puan Aliza telah menghantar satu lagi sms menyatakan bahawa:
" Tadi kami ziarah seorang OKT meninggal semalam. Rumah dia depan KEMTA. Orang PAS"
Semasa Puan Aliza menziarahi keluarga tersebut isterinya telahpun pulang ke kampong.
" Tinggal anak-anak besar. Isteri ke 2, isteri pertama meninggal 13 tahun yang lalu. Isteri sekarang pregnant, baru 3 tahun kahwin. Sedih. 7 orang anak yatim. Semua belajar."
Saya memaklumkan kepada Puan Aliza keinginan saya untuk menziarahi keluarga 'istimewa' ini dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka dari Gerakan Mansuhkan ISA.
Maka pada hari Isnin 1hb Disember ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sambil singgah berehat di Kamunting saya menunaikan janji dengan mengambil peluang membuat misi ziarah tersebut bersama 4 orang anak-anak. Bukan mudah untuk mencari letaknya rumah di kampong. Maka beberapa kali berhenti bertanya..sehingga akhirnya berhenti di sebuah pondok kedai gunting rambut..bertanyakan kepada Pakcik:
" Pakcik kenal tak Arwah Tarmizi yang baru meninggal dalam minggu lepas"
Pakcik dengan wajah yang bersungguh menjawab "eh...mestilah pakcik kenal...kawan baik anak pakcik tu"....sambil menunjuk arah ke rumah yang dicari yang masih jauh masuk ke dalam. Saya pun menceritakan tujuan ke sana.
Saya mengikuti arah yang ditunjukkan oleh pakcik tersebut hingga kami tiba di sebuah rumah seorang makcik yang juga baik hati membenarkan kami meninggalkan kenderaan di kawasan rumahnya. Kami menuju ke rumah yang dimaksudkan..nun di hujung kampong di sebelah sebuah jalan keretapi. tenang kawasan kampong ni...malangnya rumahnya bertutup dan kami dimaklumkan bahwa isterinya telah dibawa pulang ke kampong kerana sedang sarat mengandung.
Sudah tidak ada rezeki untuk kami bertemunya bertanya khabar berkongsi duka dan resahnya dan mendengar kesah kekuatan suaminya.
Namun melalui cerita makcik yang baik hati yang sanggup mengajak kami masuk dan bersembang dan minum di dalam rumahnya (yang saya tolak dengan sebaik mungkin) memang Allahyarham Tarmizi dan keluarganya dari keluarga yang amat baik. Allahyarham memilih untuk bekerja kampong di bendang bagi membantu ibunya dan ditolong juga oleh sahabat dengan mengajaknya untuk masuk ke dalam hutan mencari kayu wangian. Beliau meninggal di kala usia yang masih muda di umur 44 tahun.
Beliau telah pergi bertemu janji Allah...kes di Mahkamah dunia ini belum juga selesai dengan sifat ego tinggi PDRM untuk tidak menggugurkan sahaja semua pertuduhan ke atas mereka..sedangkan kemungkinan polis yang dipanggil untuk menjadi saksi sudah pun tidak dapat mengingati skrip yang diberikan kepada mereka. Bahan bukti juga kemungkinan sudah lapuk ditelan masa seperti video tape yang digunakan yang kini sudah lapok ditelan zaman...mana nak cari ganti....
Ini baru sebahagian kesah dari puluhan banyaknya tangkapan dan kekasaran polis terhadap peserta perhimpunan aman parti alternatif yang 'melawan kerajaan'.
Keadilan pasti akan tertegak.
Saya akhiri dengan tulisan dari catatan di dalam buku Diari Perjuangan Aliza Jaffar mukasurat 109.
" Perjuangan ini mudah diungkapkan tetapi amat sukar dilaksanakan dan tuntutan pengorbanan bukanlah sedikit. Bagi para pejuang keadilan, kita memerlukan nafas yang panjang untuk mengembalikan keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan yang lebih baik di negara ini. Semoga Allah berkati segala usaha kita."
Koleksi gambar yang diambil di hari misi ziarah:
Pemandangan hadapan KEMTA..
Rumah Makcik yang baik hati..
Anak-anak yang mengikuti misi bergambar di jalan masuk ke rumah keluarga yang ingin diziarahi..tak berpeluang mengambil gambar dengan keluarga tersebut...
No comments:
Post a Comment