.....AMMAR....
Hari ini 3 orang anak-anak yang bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak bercuti....lain rasanya hari ini...iye lah...saya tak perlu sibuk-sibuk menggosok pakaian sekolah...(jarang sekali saya berkesempatan menjadikan tugas menggosok pakaian sebagai tugas mingguan i.e..menggosok kesemua baju di kala weekend...saya mesti cuba..sebab dapat jimatkan eletrik dan saya tak kecoh di pagi hari)....selalunya pagi-pagi either selepas/sebelum solat subuh saya menggosok uniform sekolah untuk 3 orang anak..patutnya dah boleh harap mereka gosok sendiri..tapi tak sampai hati la pulak...dan paling teruk saya hanya menggosok beberapa minit sebelum anak-anak bersiap nak ke sekolah. Baju kerja suami saya privatisekan..kena la keluar duit..tapi kira okaylah RM 1 per piece...tak sanggup saya duduk berlama-lama menggosok nak melicinkan baju dan seluar though pahalanya pasti lumayan...
Sekarang anak-anak sedang main game pS, game yang baru dibeli di SACC Mall semalam..umminya pula dok depan computer lagi...tak produktive lansung. Breakfast???....saya beri duit dan mereka beli nasi lemak RM1 di kedai runcit di hadapan rumah...ish...ishh..bertuah punya ummi...But they are happy...saya tak happy sebab anak ke dua saya Ammar darjah enam nak UPSR sebulan lagi...ohhh...anak ini memang memerlukan 'perhatian' dari saya...tapi....
Esok dia akan menduduki Ujian Percubaan...tapi dia...memang susah untuk digambarkan dan diceritakan...saya mesti rajin mengajar dia...saya mesti duduk di sebelah dia...memberi tumpuan kepadanya agar dia sendiri boleh concentrate dan duduk diam setempat....tapi itu yang saya belum mampu nak buat bersungguh-sungguh...berbeza sekali dengan abangnya Anas....memang Allah Maha Pencipta..diciptakanNya anak-anak yang lahir tidak serupa...berbeza sifat mereka....menjadi cabaran kepada ibu-bapa dalam mendidik anak-anak...
Hari ini saya perlu menghabiskan masa saya dengan dia...teringin melihat keputusan dia lebih baik walau sedikit...tentu Mu'allimah nya akan turut berbangga dan gembira...setiap hari bila menghantarnya ke sekolah, saya sentiasa berpesan perkara yang sama berulang kali..."Jadi anak yang soleh, beri perhatian pada Mu'allimah, jangan berjalan masa Mu'allimah mengajar, dengar betul-betul apa Mu'allimah ajar, hormat pada Mu'allimah, penat tau Mu'allimah mengajar....."...lebih kurang itulah yang saya sebutkan berulang kali setiap pagi...sebelum melepaskan dia keluar dari kereta dengan peluk dan cium...dia tersenyum kalau tak ada masalah, kalau ada masalah dan ada yang tak puas hati dia masam...saya pula....marah...hari-hari marah,berleter dan membebel...penat dan membosankan juga...
Memang kesabaran yang tinggi diperlukan untuk membesarkan anak ini bukan sahaja untuk berjaya dalam hidup tetapi lebih penting untuk mereka menjadi seorang anak yang soleh, taat kepada ibu bapa, guru-guru dan orang dewasa...Selalunya bila saya ke sekolah dan bertembung dengan guru anak saya ini, pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh guru kepada saya...saya menadahkan telinga dan menerima segalanya dengan hati terbuka..Alhamdulillah guru-guru ibarat ibu kepada anak-anak kita..menyambung tugas kita mendidik anak-anak ketika di sekolah.....Untuk anak di Al Amin tugas guru adalah sangat besar dalam mendidik anak-anak menjadi generasi SOLEH DAN MUSLEH....
2 comments:
kalau sekolah rangkaian Al-Amin dan yang sewaktu dengannya, neeza tak risau sangat tentang anak-anak. Sukatan pelajarannya menyeluruh, dunia akhirat. Kalau sekolah lain, neeza risau.. sebab banyak pengaruh tak elok.
neeza pun x larat gosok baju sekrg. husband tlg gosok heheee..
Memang betul neeza..tapi dari segi akhlak kena juga dibimbing dan diikuti dgn contoh tauladan yang baik..bulan-bulan kena invest lebih dari biasa..
Suami kena la tolong waktu macam ni kan..Rasulullah saw..contoh tauladan terbaik..kalau cakap mesti suami-suami senyum saja..
Post a Comment