Thursday, 31 July 2008

DS Wan Azizah resigned....DSAI will be contesting..InsyaAllah

Berita terkini...breaking news from Mkini...

DS Anwar Ibrahim will be contesting in Permatang Pauh after DS Wan Azizah announced that she will be vacating her seat in Permatang Pauh. She had already submitted her resignation letter to the Speaker today.

InsyaAllah if the all the process is clean and clear..the by election should be on within 60 days..

Namun dalam tempuh masa yang akan datang macam-macam perkara yang boleh berlaku...jika memang sebenarnya kuasa yang memerintah sekarang tidak mahu sebolehnya DSAI masuk ke Parlimen, maka segalanya boleh dirancang oleh mereka.

PDRM juga sangat proaktif dan dengan bijak cuba menyelesaikan kes ini...kertas siasatan terhadap DSAI kini telah siap dan sedang disemak oleh peguam Negara....kalau benar dakwaan DSAI, yang kedua orang penting dalam kedua-dua kes 1998 dan kini, menipu rakyat dalam kes liwat 1998...maka apakah mereka berdua tersebut...iaitu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dapat menjalankan tugas mereka dengan seadilnya.
Sukar nak difikirkan dengan akal yang waras bagaimana manusia boleh bertindak diluar batas kemanusiaan hanya ingin terus kekal berkuasa..kaya raya...Apakah mereka mengira mereka akan terus hidup tanpa dimatikan????
Mereka mempercayai wujudnya Allah, adanya kitab Al-Quran sebagai panduan, Nabi Muhammad (saw) sebagai ikutan namun pada hakikatnya......????
Bak kata Ustaz Badrulamin di dalam ceramah Israk Mikrajnya semalam di Surau Al Rasyidin Taman Gombak...bila tiba kes-kes begini i.e..tuduhan 'liwat' semuanya sibuk nak bersumpah dengan Al-Quran, sibuk nak pegang Al-Quran, tetapi di waktu lain Al-Quran dibiarkan dan diketepikan.
Ambillah iktibar dari peristiwa Israk dan Mikraj di mana berlaku penyucian hati dan jiwa ke atas Nabi Muhammad (saw)...Malaikat menyuci bersih hati Rasulullah (saw).Begitulah juga dalam kehidupan kita...kita perlu sentiasa menyucikan hati kita dengan sentiasa bertaubat...sucikan diri dari segala debu dosa dengan air wuduk yang diratakan dengan sempurna...
Walaupun ada syaitan dan iblis yang mengganggu dan menggoda...namun kita sentiasa bertarung dan melawan..kita berjaya bila kita kembali ingat pada Allah...jadi cuba bayangkan bila manusia terus-menerus ingin melakukan fitnah dan kejahatan..apa jadi dengan taubat dan penyucian jiwa mereka..apa jadi dengan janji mereka di setiap solat yang dilaksanakan dan di setiap ayat al Quran yang dibacakan..???..
Semoga kita tidak terjerumus mempercayai segala fitnah yang sedang berlaku. Bak kata Ustaz lagi, sekiranya kita tidak faham atau tidak tahu lebih baik kita diam, jangan pula kita sama-sama cuba mempersoalkan tentang sesuatu kes tersebut apatah lagi sesuatu tuduhan berkaitan liwat dan zina...
Semoga Allah selamatkan kita semua dari segala bencana.

2 comments:

Suharude said...

Saiful Bukhari kini mempunyai blognya sendiri. Dalam blognya, dia ada mendedahkan tentang penglibatannya dengan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kempen pilihanraya lalu. Perkara ini hanya remeh-temeh sahaja. Saya percaya, Dato Seri tentu ada penjelasannya. Tetapi, perkara yang amat mendukacitakan saya ialah tentang bersumpah. Sumpah yang dimain-mainkan oleh pihak tertentu demi kepentingan peribadi mereka. Sumpah sekarang hanyalah sampah. Sesiapa pun boleh bersumpah. Kalau sumpah boleh diterima sebagai bukti, alamatnya kosonglah penjara Malaysia. Ibaratkan seperti seorang pembunuh. Membunuh adalah satu dosa yang amat besar dalam Islam. Jadi, setakat bersumpah dengan nama Allah, tiada apa-apa makna kalau dibandingkan dengan dosa membunuh. Kalau membunuh sekali, boleh membunuh lagi. Sumpah tidak bermakna lagi. Sumpah tidak perlu, tetapi bukti yang kukuh dan tidak ada keraguan itulah yang diperlukan. Keputusan Dato Seri tidak mahu bersumpah adalah amat wajar. Sesiapa yang ada hati untuk melayari blog Saiful Bukhari, klik alamat dibawah ini;

http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2008/08/tugas-tugas-seorang-coffee-boy.html

ummu asiah said...

suharude

terima kasih..saya dah pun browse blog tu..memang benci yang amat. saya sendiri masih heran dan tak dpt nak terima hakikat yg manusia sanggup buat apa saja kat dunia ni..mengaku saja Islam, percaya pd Al Quran..tapi lansung tak ada rasa takut dgn tindakan sendiri..Moga kita semua tak termasuk dalamgolongan tu sepanjang hayat kita.