Thursday, 24 July 2008

Weekend di Kampung Pilin

Alhamdulillah, hujung minggu lepas kami berhujung minggu di kampung di Pilin, Rembau. Rumah Angah, tapak rumah peninggalan Wan dan Tok sebelah suami. Rumah asal telah dirobohkan. Angah membeli tanah tersebut dan membina sebuah rumah yang baru. Angah masih bekerja di Pejabat Felda Pasoh 2, jadi sementara menunggu saat Angah pencen, Angah dan keluarga hanya pulang sekali sekala di hujung minggu. Kami juga dapat menumpang balik bila ada kesempatan.

Nak makan sangat kena la usaha buka sendiri..nasib baik durian ni dah beberpa hari jatuh..so senangla nak buka

Disebabkan kedua-dua ayah dan ibu mertua telah lama meninggal, maka tidak ada satu kampung yang khusus untuk kami pulang, namun rumah Angah menjadi tempat persinggahan kami, kerana semenjak Allahyarham Ibu meninggal dunia ketika suami berumur 5 tahun,Angah yang mengambil alih menjaga Achik, Ateh, Suami, Ipah dan Adik yang bongsu. Along telah berkahwin awal dan tinggal di Felda Jenderak Utara. Kesemua keluarga suami menjadi peneroka mengikut jejak Allahyarham Abah, kecuali suami dan adiknya Ipah. Adik yang bongsu pula meninggal dunia kerana lemas, dan mayatnya tidak pernah ditemui walaupun gerakan mencari besar-besaran dibuat. Peristiwa berlaku ketika Allahyarham adik sedang menunggu keputusan SPM.

Ha...tu dia...isi dia..tak sesia usaha mengopek susah payah..

Kisah keluarga suami agak tragik dan penuh kesedihan juga..ada 2 orang lagi saudara lelaki mereka meninggal sejak dari kecil...maka hanya tinggal suami saya seorang sahaja anak lelaki yang dipanjangkan umur, Alhamdulillah...maka suami jadi tempat mengadu dan pergantungan bagi ahli keluarga yang lain.

Di bawah pohon manggis..sedang meninjau buah manggis yang telah kehitaman dan masak..masih banyak yang hijau..seminggu dua lagi meriahla...manis sangat...favourite..

Panjang pula ceritanya...sebenarnya nak cerita pasal musim buah...begitulah beruntungnya suami dan adik beradik yang lain, kerana Allahyarham Atok dan Wan telah menanam bermacam-macam pokok buah-buahan di sekeliling rumah tersebut. Ada banyak pokok durian, manggis, rambutan, rambai (terpaksa ditebang), kundang, jambu air, bacang, petai dan jering...kini anak cucu meraih hasilnya...Alhamdulillah, moga Allah cucuri rahmat kepada semua ahli keluarga suami yang telah pulang menemui Allah yang Maha Pencipta.

8 comments:

Neeza Shahril said...

akak baik kan.. akak comel kan.. hehe.. nak la sikit durian, rambutan, manggis, kundang.. ish ish.. banyaknya mintak.. bestnya laa.. bab ni yang neeza rindu malaysia sesangat ni.. durian kampung mmg favorite neeza.. begitu juga rambutan, manggis, duku, langsat bla bla.. heheee semua sekali la.. heheheee..

ummu asiah said...

no..no..tak comel..tak baik lansung kali ni..:)))..sorry..semua buah2an yang disebut tu tak sesuai untuk Neeza buat masa ni..lagi lambat baik..next time plan balik Msia time musim buah..now ni kalau ada org jual durian tepi jln ramai la yg kerumun mcm semut..meriah..

Aina@Azila said...

Hrmmm durian kampung, bestnyer....teringin nak makan. Nampak banyak jual kat tepi jalan, tapi tak berani nak makan, sebab baru baik batuk..Akak tolong makan untuk saya yer....

Pak Zawi said...

ummu asiah,
Seronoknya pungut buah manggis. Anak anak saya dari kecil lagi tak minat masuk kebun kerana takutkan pacat. Jadi mereka tak enjoyla perkara begini. Ruginya mereka.

ummu asiah said...

Aina..
burppp...ah..kenyang durian...

hmm..sedap tak terkira durian2 tu..tak kesah pasal nak keluar duit sebab berjatuhan berguguran ke bumi..Alhamdulillah.

ummu asiah said...

Pak Zawi.

Terima Kasih berbalas kunjungan..lagi best kalau ada anak sungai pulak yang mengalir..amat menenangkan. Saya tak teringat pulak tentang pacat..kalau ada saya pun memang tak berani masuk..masa kecik2 pernah kena gigit lintah sekali...balik rumah menjerit macam orang kena histeria..tapi anak2 saya enjoy sangat..siap bawa tikar berkelah2..

silversarina said...

bestnya ada jugak kampung yang boleh balik hujung minggu dan dapat makan buah-buahn fresh dari pokok :P

ummu asiah said...

Kak Rina..
Alhamdulillah..dekat sgt dgn kampung menantu kak rina rasanya..

Suami saya pernah tanya pd saya, if ada choice saya pilih nak tinggal dimana?..saya kata saya pilih terengganu..tak tau kenapa but i just love the suasana..if ada pemerintahan Islam as in Kelantan mesti lagi berkat dan indah.