Sesak,sesak,sesak....jalan sesak, nafas sesak, hati lagi sesak..
Hari Ahad jam 11 pagi, kami pulang ke Sendayan membantu adik suami yang baru kematian suaminya, memindahkan barang-barangnya ke rumah keluarga suami di Sri Sendayan. Rumah ini adalah hasil dari jualan tanah Felda Sendayan yang membuatkan pemilik tanah di Sendayan menjadi 'jutawan segera' termasuk ahli keluarga suami saya. Setiap peneroka di Felda Sri Sendayan telah mendapat seorang sebuah banglo, sebidang tanah dan juga wang tunai. namun proses mendapatkannya hanya selesai dalam tempoh hampir 10 tahun. Ramai ahli peneroka yang tidak dapat menikmati kesenangan ini, termasuklah ayah mertau saya yang kembali ke rahmatullah pada 7 hb Jun 2004...Alhamdulillah,kini anak2nya dapat menikmati hasil usaha Allahyarham ayah dan ibu mereka setelah sekian lama mereka hidup susah. Angah, kakak ipar saya mengalirkan airmata ketika pertama kali melihat 'banglo' ini ketika gambar ini diambil. Dia tekenangkan Arwah abah yang tidak sempat melihat hasil usahanya selama ini.
Sebelah petang balik pula ke kampung di Rembau, makan durian kampung...sedap tak terkira..dapat merasa beberapa ulas, saya dan 2 orang anak perempuan, Asma'dan Asiah. Suami dan anak lelaki tak suka. Jam 5 petang bertolak balik ikut jalan dalam sepanjang pantai Port Dickson dan Linggi. Sepanjang jalan, saya, Asma' dan Asiah bergilir-gilir tersendawa terbelahak...eeeee...kuatnya bau durian keluar..tak tahan suami dan anak lelaki bau. Tiap kali terkeluar bau dari mulut, tiap kali juga cermin van terpaksa diturunkan. Hebat betul penangan durian kampung ni.
Suami bercakap telefon dengan teman sepejabatnya, dari perbualan itulah kawannya memaklumkan yang esok akan ada demo besar-besaran di KL...Aaiiitt...terkejut juga kami bercampur hairan yang amat. Apa tidaknya, kami ni boleh la juga dikatakan amat peka jika tahu ada demo di mana-mana. Tapi kali ini kami benar-benar lost...tak tahu apa-apa. Betul ke ni. Kawan suami pula, bukannya seorang yang join any perhimpunan aman. Dia maklumkan yang ada banyak sekatan jalanraya di KL. Apa la pula ceritanya ni.
Kami juga mendapat makluman melalui sms tentang majlis ceramah di Jalan Kelang Lama. Penceramahnya ialah Lim Guan Eng, Nurul Izzah dan Dr Hatta Ramli..Mungkinkah itu sebabnya??...Tak tahulah, tapi mungkin juga, sebab pada hari Jumaat lepas, ceramah Nurul Izzah di Jalan Gasing, Petaling Jaya memang telah diganggu oleh Polis, SB, FRU dan WATER CANNON!!!!!!....giller betul...apa dah jadi dengan kerajaan Malaysia ni...kenapa mesti takut dengan rakyat anda sendiri yang dahagakan maklumat selain dari maklumat yang diterima dan diberi oleh media perdana.
Semasa kejadian ceramah Nurul Izzah diadakan di PJ, kebetulan saya dan AJK GMI yang lain bermesyuarat di pejabat SUARAM di Jalan Gasing juga. Patutlah dapat dengar dengan jelas ceramah tersebut kerana ianya diadakan betul-betul di bangunan besebelahan setelah tempat asal di padang telah diganggu oleh polis. Bila saya hendak pulang dari mesyuarat juga, terdapat satu road block. Polis siap hentikan kereta dan halakan lampu suluh ke dalam kereta, entah apa yang hendak dicarinya. Geram betul saya.
Tanda tanya mengenai perhimpunan apa, dan kenapa banyak road block akhirnya terjawab apabila di awal pagi saya terbaca di tajuk-tajuk utama akhbar semalam Isnin 14hb Julai 2008. PERHIMPUNAN DILARANG.....oh...itu sebabnya..entah siapa punya angkara yang create the havoc pun tak tahu lah...
Apa pun kami juga tahu tentang usul tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dibawa oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan akan dibawa ke Sidang Dewan Rakyat pada hari Isnin. Pada hari Isnin semalam juga saya mendapat maklumat dari suami yang sentiasa mendapat maklumat terkini tentang situasi semasa, mengenai perhimpunan di Central Market untuk memberikan sokongan kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang 'walked out' selepas usul mereka tidak diterima...apa-apa pun..bukanlah ianya satu perancangan untuk perhimpunan besar-besaran yang memerlukan polis dan FRU 'menggempur' rakyat.
Pada petang Ahad juga kami menerima makluman yang satu majlis solat hajat akan diadakan di kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam perjalanan pulang ke rumah kami melilau-lilau juga mencari kediaman tersebut di Bukit Segambut. Kami akhirnya terjumpa namun sudah ramai yang dalam perjalanan pulang...jadi kami pun berpatah balik...at least next event kami dah tahu di mana tempatnya.
Antara tajuk berita hari ini pula ialah...sudah tentu...polis berjaya mengawal keadaan, dan menghalang perhimpunan dari diadakan...Baguslah...tapi teruk la mereka-mereka yang tersangkut dalam kesesakan lalulintas yang luar biasa. Semasa menghadiri satu mesyuarat di Hulu Kelang semalam 2 orang kakak yang bekerja di KL...keletihan dan mengeluh kerana terlibat dalam situasi yang tidak diingini itu...Alhamdulillah, saya cuma ronda-ronda sekitar Hulu Kelang dan Wangsa Maju sahaja semalam....masih ada kisah-kisah yang ingin dikongsikan...
No comments:
Post a Comment