Mungkinkah berulang lagi?
Akhirnya...beliau telah ditangkap sekali lagi..setelah semalam berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia melalui debat live di TV.
Hari ini memang saya ternanti-nanti update mengenai berita DSAI...especially bila semalam at the end of the debate dia dah announce yang dia akan bertanding di Pilihanraya Kecil pada bila-bila masa saja.
Dalam pukul 1 tgh dapat call dari suami yang DSAI telah ditahan...saya sambil memandu merancang untuk terus pergi ke IPK KL....tapi pakaian saya pula tak berapa sesuai..memakai sandal sahaja dan jubah tanpa seluar panjang...tak berapa selamat.
Hari ini dari pagi ronda2 sekitar Taman Melawati membeli alatan untuk program motivasi PMR yang akan diadakan pada hari Ahad ini anjuran Pejabat ADUN Hulu Kelang. Selepas itu singgah ke klinik kotaraya sebab ada sedikit luka melecur di tangan...terkena minyak panas semasa menggoreng lauk...saya biarkan saja sejak hari Jumaat...menggeleng juga doktor dengan saya....ye lah ingatkan tak de lah teruk sangat.
Jadi sepanjang perjalanan sambil driving saya berfikir-fikir lagi samada hendak pergi atau tidak...nak pergi, saya perlu balik ke rumah dulu, makan, tukar pakaian, kasut dan ambil helmet sekali...suami dah pergi dari tempat kerjanya dengan motor...tu lah untungnya bawa motor..Kalau saya nak pergi, saya akan bawa kereta ke Pekeliling, ambil Monorel dan turun di stesen berdekatan dgn IPK KL...nostalgia juga sebab saya juga pernah dikurung di situ.
Akhirnya saya selesaikan dulu tujuan saya yang terakhir keluar pada hari ini,iaitu mencari tudung untuk anak saya Asma'...lepas beli 2 helai tudung baru..balik ke rumah, makan dan sekarang saya di depan PC...letih pula rasa badan...saya keep myself updated melalui internet...tapi semua website yang berkaitan macam slow saja...Suami saya dah di sana...cukuplah untuk saya...Maybe esok atau malam ni jika ada event kami akan pergi. Bukan hanya kerana individu yang bernama Anwar Ibrahim tapi untuk sebuah perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
Dari website Malaysia Today, sms dari Raja Petra juga menyebutkan yang polis juga sedang mencari nya....mungkinkah detik-detik peristiwa di tahun 1998-1999 akan berulang lagi...apa pun ianya memerlukan pengorbanan dari pejuang...Moga Allah memberikan kekuatan...tapi buat hari ini saya memang rasa agak letih....saya perlu mengemas rumah dulu...seorang suri rumah tanpa pembantu namun semangat dalam diri membara untuk melihat rakyat Malaysia hidup aman dan sejahtera.
14 comments:
Ummu Asiah..
Tadi saya buka blog Nora Reformis http://www.nnora75reform.blogspot.com/ dia pun telah ditahan atas sbb berdemonstrasi di IPK..
Hmm any info? sedihlah macam ni..
rd,
memang sedih dan tak senang duduk dibuatnya...saya tak dpt info tu lagi abt nora. but according to my husband tadi ptg di ipk kl memang suasana 'panas' espc bila ada yg berucap. tapi as usual polis memainkan peranan depa menyekat org dari datang dekat ke ipk kl....maybe bila grup nora dtg my husband dah balik, so tak tau that dia pun ditangkap..abt nora, don't worry..dia memang berani..saya pernah masuk lokap sama dgn dia di hujung jan lalu...well..maybe akan bermula lagi episod2 penangkapan. semangat rakyat dah membara kembali..
Mungkinkah Operasi Lalang yang kedua akan berlaku? Sama-sama kita berdoa agar tuhan memberi kita kekuatan untuk menempuhi cabaran ini.
suharude..
segalanya mungkin...tapi biarlah tiada lagi diISAkan...perit..tak tahu bila nak bebas..
anyway as of today for sure polis buat hal lagi and we can expect another baaaddd...jam in KL..
and i really hate dgn statement bakri zinin hari ni abt how n why DSAI kena tangkap..menipu di siang hari lagi..adaka depa kata kereta DSAI nak melencong ke tempat lain walhal..memang dah di area rumah dia di Bukit segambut..eee..
Ummu Asiah,
mmg confirmed Nora ditangkap. and I guess Bakri Zinin is playing MusaHassan in 1998..
geramm!!
rd..
tak lama lagi bila the top tu pencen dia boleh naik pangkat la...manusia memang boleh hilang kewarasannya...
sedih dan terharu dengan keadaan politik semasa kan...bila agaknya semua akan berakhir...
Salam dan doa untuk semua pejuang.Kakcik dibarisan belakang berdoa dan terus berdoa. kat Permatang Pauh pun panas hati ni...
Baca dlm chatbox Neeza, kamera hilang ya.. sabar.. ada sesuatu yg lebih baik nanti.
rozi
harap semuanya akan segera berakhir...kesihan pada anak-anak kita dan generasi yg akan dtg sekiranya keadaan politik tidak berubah dan pemerintah tidak mementingkan kesusahan rakyat walaupun berbuih mulut mereka tidak mahu membebankan rakyat.
kak cik..
:(...sedey jugak..ye..mesti cari yg lebih baik..camera sgt penting utk saya..
buat masa ni suami saja yg sempat joined event2 berkaitan..senang dia dah ada moto kapcai..saya je masih tertinggal kat belakang juga..dok umah..teringin nak ke bkt segambut tadi..tapi tak familiar lagi jalan..
DSAI dah dilepaskan.. tapi tak tahu sampai bila.. taktik kotor nak tangkap dia tu.. rasanya macam nak plant DNA je.. teruk betul.. semoga orang2 yang berniat jahat tu mendapat balasan dari Allah segera...
Neeza..dlm news sebut dia distripped naked and 'measured'..what the h#%k!!!
yang menuduh selamat..as for raja petra pun sama...cuba nak mendedahkan konspirasi untuk disiasat tiab-tiba di tahan pulak sebab buat fitnah...tapi he is a fighter..he will fight for the sake of our nation..moga bantuan Allah tiba untuk bongkarkan segala taktik kotor mereka!!!!!
Saya tak glamer pun :)
Jika akak ingat, semasa mogok lapar berkenaan dulu ada 3 orang student yg turut sama mogok..
1. Muthanna anak Pak Abu
2. Mutma'in (mantan pelajar UIAM dan juga aktivis KARISMA dulunya), tapi beliau berulang alik dari kampus kerana UIAM belum bercuti.
3. Saya yang waktu itu masih di tahun 2 pengajian Diploma.
Muthanna pasti ingat pada saya kerana dia ada menulis hal ini dalam Suara Keadilan waktu itu tanpa menyatakan nama saya. Raja Petra juga tak masukkan nama saya dalam freeanwar kerana tidak mahu nama mahasiswa disabitkan. Yang pernah ada ialah di laman web hakam.
Selepas lebih kurang 3 hari dan diperiksa oleh anak Raja Petra, kandungan gula dalam badan saya yang paling rendah, x silap saya 2.7. Kadar normal sekitar 3.3, dan menurut Dr lagi jika turun hingga 2.5 saya boleh pengsan dan tidak sedarkan diri..sampai Raja Petra bersorak 'nak buat kenduri jika ada yang pengsan'.
Saya berhenti selepas 90 jam kerana terpaksa menjalani latihan praktikal. Jujurnya saya tidak kenal ramai orang masa tu sebab saya percaya pada causes, bukan pada orang. Hanya saja kini telah lama bercampur dengan selainnya, maka kenal ramai la :) Dan saya juga tidak ke Terengganu semasa Road Show, seingat saya selepas ke Chinese Assembly Hall, saya pulang ke kampus.
Kita tidak mogok sepenuhnya, tapi niat berpuasa dengan meneguk air seteguk semasa sahur dan berbuka.
Saya berhasrat menulis pengalaman kecil saya dalam Diari Kampus nanti.
Pewaris Reformasi..
Tak glamer pun..tapi rasanya akak masih ingat..anyway telah tercatat dalam sejarah..program MOGOK LAPAR kita dulu..satu tempoh masa yang amat sebuk buat kita dan kami AJK GMI dan PSK khusunya ketika itu..ada saja aktiviti yang kita jalankan selama tempuh tersebut. Alhamdulillah berkat perancangan yang teliti dengan bantuan ramai aktivis terutama sekali aktivis reformasi ketika itu...ianya adalah satu peristiwa yang akan tetap terpahat dalam memeori kita semua yang terlibat...bukan mudah untuk melaksanakannya...kita dapat komitmen penuh dari semua..kita juag dapat satu team doktor lawyer yang terbaik dan berdedikasi...pejuang yang ditahan ISA ketika itu juga mempunyai semangat juang yang tinggi dan faham dan yakin yang mereka adalah TAHANAN POLITIK...teruskan niat dan berusaha untuk menulis..semoga berjaya...
Post a Comment