Cerita Santai...rehat-rehatkan minda dan badan
Hari Jumaat semalam adalah hari yang amat santai buat saya..dah beberapa hari keadaan politik semasa negara sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan seharian.
Semalam saya relax dan santai-santai sahaja..pagi pukul 10 hantar anak-anak sekolah..minggu ini hingga minggu hadapan setiap hari saya perlu menghantar anak-anak saya ke sekolah pada jam 10pagi. Kebiasaannya saya hanya hantar anak saya Ammar ke sekolah pada jam 7 pagi untuk sesi pagi, untuk sesi petang saya bergilir dengan beberapa orang ibu lagi untuk hantar pada jam 10.30 pagi. Jadi dapatlah menjimat masa, tenaga dan duit. Kami mendapat giliran 2 kali sahaja untuk hantar atau ambil dalam seminggu. Bagus bukan...itulah dia semangat gotong royong dan bekerjasama...kita sendiri sedar akan kewajiban itu..hidup bermasyarakat dan bersahabat handai..bukan nafsi-nafsi...atau hal aku dan bukan hal engkau...
Semalam selesai hantar anak, saya melencong ke kawasan pusat bandar berdekatan Pasar Borong Selayang, perlu bank in cheque untuk supplier yang membekalkan T-Shirt..."ISA ZALIM"...mudah di kawasan ini semua bank ada, begitu juga Celcom, Maxis dan DIGI pun ada..tapi kalau guna online banking memang lagi mudah...tapi on line banking Bank Islam saya selalu buat hal..sampai kadangkala saya give up...malas nak guna...nak activate balik nak dapat line bukan main punya susah...Maybank2u lagi okay...tapi sejak kes kempen BOIKOT dulu...saya tak akan guna kalau tak perlu...hanya untuk urusan wang masuk untuk sumbangan kepada isteri-isteri tahanan ISA sahaja...mudah juga untuk kawan-kawan salurkan sumbangan untuk keluarga mangsa tahanan ISA.
Kawasan pusat perniagaan bersebelahan Pasar Borong Selayang ini juga agak unik saya rasakan..ada segolongan orang yang berbangsa apa saya kurang pasti...nak kata India..kulit mereka cerah...mereka gemar duduk-duduk di atas tong-tong kayu sambil mengunyah sireh, mereka juga turut menjual sireh di tepi-tepi jalan. Di bahu-bahu jalan depan kedai-kedai juga boleh dilihat kesan-kesan warna merah..saya menjangkakan ianya adalah hasil buangan 'ludah' sireh mereka...eee....kotor kawasan tu...heran betul saya...kotor dan tak kemas...tapi tempat tu sangat strategik untuk segala urusan.
Selesai urusan saya terus memandu balik ke rumah...ikutkan nafsu boleh saja singgah-singgah ke Giant Batu Caves...berjalan seorang diri...Alhamdulillah...kuat semangat saya untuk terus balik dan rehat...saya juga tidak berhenti untuk makan atau beli makanan tengahari...fikir2 apa yang boleh dimakan di rumah tanpa perlu memasak...Alhamdulillah...balik rumah...panaskan air..(sejak harga barang naik, saya dah storekan flask dan hanya masak air guna cerek). Buat sandwich tuna..with lots of salad..timun, tomato and lettuce...with cheese..and my favourite drink lately...beli balik....nescafe...yumm...yummm...dah lama tak dak nescafe di rumah..dah perasan kurus sikit.
Routine seterusnya...lepak depan computer sampai mata mengantuk......
Petang....untuk dinner masak kouew tiew goreng...simple...we are quite lucky, sebab in front of our house ada kedai runcit...saya beli barang untuk masak ikut selera dan mood untuk masak pada waktu tersebut.
Malam, lepas makan lepak depan computer lagi....menjelajah seluruh pelusuk dunia...sampai rasa tak boleh nak stop though mata dah rasa amat mengantuk...seronok stumbled upon many blogs yang baru...jumpa blog kawan or rather kakak yang tak sangka juga memiliki sebuah blog...lagi hebat she started blogging since 2005 lagi...a mom with 8 orang anak...sama lah macam Kak Azzah8 kita...Saya baru actively blogging sejak April tahun ini...agak ketinggalan juga saya...Seronok tak sangka kakak ini juga bercerita tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupannya dan keluarga apart from her activities dalam masyarakat...
Akhirnya saya menyerah kalah dan masuk tidor walau terasa nak bangun dan menaip satu entry....
Pagi ni..hantar 2 orang anak ke sekolah untuk tusyen and aktiviti sekolah...saya, suami dan Asiah ke UIA...sarapan pagi...tengok post office buka..teringat nak claim rebate untuk kereta dan motosikal pula...malangnya kereta tu which road tax renewed in march belum entitle to get RM625 now but we can only claim after 20/03/09...alahai lama la lagi...minyak dah banyak makan dah..actually dalam hati dah plan...if dapat duit ni nak la cari digital camera baru gantikan yang dah hilang tu....alamak boleh window shopping sajalah...but my husband got to claim RM150 untuk motor kapcainya...dapatlah buat isi minyak kete nak balik kampung petang ni.
Hari ini cerita-cerita santai.......ooppss...nak juga cerita...kemudahan lain yang ada right in front of my house...ada kedai khusus untuk wanita ..."4 sisters Shoppe"...siap duit sahajalah...just now baru balik dari memanjakan diri untuk 30 minit...infra red sauna...best...berpeluh-peluh..katanya boleh kuruskan badan...diumpamakan seperti 2 hours jogging without any injuries!!!...looking forward to lose a few more kilos...without rasa penat...boleh percaye ke...okay lets wait and see..saya nak guna untuk 4 kali lagi...baru buat 2 kali...
Saya suka baca kisah ibu-ibu yang berpeluang memanjakan diri..pergi mengurut..spa..aerobik dan lain-lain..Alhamdulillah...pujian juga untuk suami-suami yang memahami...kami isteri-isteri memang memerlukannya...
Jumpa lagi lepas balik dari kampung...kali ni tak dapat nak makan durian kampung sebab tak balik ke rumah Angah di Rembau, tapi balik ke rumahnya di Felda Pasoh 2, Simpang Pertang...dapat makan rambutan and pure masak lemak pun lagi best.....Nak ziarah adik ipar saya Ipah...
4 comments:
seronok pulak baca cerita santai akak ni..
tapi yang tak tahan tu pasal durian dan rambutan tu laaa..
sedapnya kak.. rindu sungguh dengan buah2 ni..
Bestnyer, kat depan rumah akak ada macam2, ada kedai rncit dan yg paling best ada spa...hu hu hu..jeles. Nak gi jugak la spa.
Akak, bila2 free dtg laa lepak kat rumah saya, bawa Asiah mandi kat swimming pool.
neeza..
jgn jeles..dah rezeki kami..at last angah dan ipah decided utk balik rembau sbb kak ipar sorang lagi, Achik teingin nk makan durian...hhmmm...sungguh sedap..dikelilingi oleh pokok durian, manggis, rambutan, jambu air, bacang, kundang..dan pokok getah!!!...nafas berbau lagi!!!!
aina..
boleh la kita bertukar-tukar kemudahan yg ada..kat kedai tu boleh potong rambut, inai mengurut etc..if kak ummi365 kita boleh jahit tudung bila nak pakai..akak pula if teringin tudung n baju baru pegi je kat kedai tu...tapi tangkap nangisla..kalau tak de duit..
Post a Comment