Tuesday 20 January 2009

Polystyrene containers...should we ban?

Selepas menghantar anak ke sekolah tengahari tadi, saya dan suami singgah sebentar di UIA Gombak. Sekolah Rendah Islam Al-Amin terletak berhampiran dengan UIA. Kami singgah untuk makan dan jalan-jalan melihat aktiviti yang terdapat di sana.

Apa yang ingin dikongsi ialah berkenaan dengan penggunaan bekas makanan dan minuman dari jenis polystyrene. Polystyrene containers ini digunakan sepenuhnya di cafe UIA di kawasan berdekatan dengan MAsjid UIA. Bermakna pinggan atau cawan plastic atau kaca lansung tidak disediakan. Mungkin untuk memudahkan pengurusan mereka supaya tidak perlu membasuh, boleh berjimat dari segi penggunaan air, sabun dan tenaga kerja. Sudah tentu penggunaan bekas polystyrene ini lebih menguntungkan untuk penjual....tapi pada hakikatnya bagaimana pula kesannya kepada pengguna.

Kemungkinan ramai yang tidak menyedari bahawa polystyrene ini adalah satu bahan yang merbahaya pada kesihatan dan alam sekitar. Namun bagi yang mengetahui termasuk diri sendiri yang menulis ini, belum ada kemampuan dan pengorbanan dalam diri sendiri untuk memboikot penggunaan bekas ini.

Saya menyedari bahawa sekitar beberapa bulan yang lepas saya pernah melihat gambar-gambar kenyataan yang terpampang di sekitar cafe di kawasan yang sama untuk menggalakkan pelanggan menggunakan bekas yang biodegradable...bekasnya diperbuat dari bahan seperti kertas dan berwarna coklat. Ada bekas untuk take away dan juga pinggan yang boleh digunakan di cafe di sana. Pelanggan mempunyai pilihan ketika itu, iaitu membayar tambahan sebanyak 20 sen untuk bekas biodegradabale. Memandangkan sudah agak lama saya tidak ke sana, saya tidak pasti bila dan kenapa kempen penggunaan tersebut telah ditarik balik. Yang nyata kini penggunaan polystyrene containers digunakan secara maksimum. Tidak dapat dibayangkan berapa banyak longgokan sampah hasil buangan bekas2 tersebut setiap hari.

Baca petikan berita yang saya copy dari Malaysiakini berkenaan topik ini. Sama-sama kita renungkan samada kita ingin terus menggunakannya...dan apa pilihan yang kita ada, kerana di mana-mana sahaja bekas ini sahajalah yang ada digunakan di setiap gerai dan kedai.

"The government will not ban polystyrene products because of the all powerful business lobby. Therefore it is up to the people to ban it themselves."

Moga kerajaan lebih friendly kepada pengguna dari hanya memberi keuntungan kepada penjual..."PEOPLE BEFORE PROFIT"..penjual juga adalah pengguna. Apa-apa yang kita cuba lakukan dan perjuangkan hari ini adalah untuk keselesaan anak-anak dan keturunan kita yang akan datang...Fight Now...for your right!

Public should impose ban on polystyrene containers
Athi Veeranggan Jan 16, 09 1:57pm


The public should refrain from using polystyrene-made containers which have been discovered to be a cancer causing agent, the Consumer Association of Penang (CAP) said today.
Besides being a health risk, CAP president S M Mohamed Idris said polystyrene was also detrimental to the environment since its disposal generates huge amount of garbage.
"Research reveals that polystyrene takes about 500 years to degrade in the environment," he told a press conference in George Town.

He said since the government would not institute a ban, the public must self regulate themselves.

Like cigarettes, alcohol, gambling and gaming machines, Mohamed Idris said, the government had shown a lukewarm attitude in banning polystyrene products even though the World Health Organisation (WHO) has classified styrene as a cancer agent.

"The government will not ban polystyrene products because of the all powerful business lobby. Therefore it is up to the people to ban it themselves," he said.

Authorities must assistReferring to the coming Thaipusam and Chinese New Year festivals, he called on the relevant communities to avert using the polystyrene containers to serve food and drinks.

He also urged the relevant authorities to assist the public by banning the use of polystyrene containers at religious functions.WHO's International Agency for Research on Cancer (IARC) has classified styrene as a Group 2B carcinogen or cancer causing agent, possibly a human carcinogen.

Styrene is also a mutagen (that causes genetic changes). Mutagens in turn may have a cancer risk and may also potentially cause reproductive damage.

Studies have shown that exposure to small quantities of styrene can cause low red blood cells count.

Women exposed to low concentrations of styrene vapours in the workplace have a variety of menstrual disorders.Polystyrene packaging can sometimes be identified by the number '6' surrounded by chasing arrows or letters 'PS' usually moulded in the bottom of a food container.

Polystyrene packaging normally contains some residual styrene because the manufacturing process is not 100% efficient.Chemicals from polystyrene can migrate into food when it is new (because they have not fully polymerised or become part of the plastic) and when it is old because it breaks down from heat, sun or wear.

"The styrene migrated into food will end up in the body and eventually affect our health," said Mohamed Idris.

In Malaysia, cancer is the second biggest killer after road accidents, with some 40,000 new cases detected annually.

According to the National Cancer Registry, one in four Malaysians is at risk to contract cancer in his or her lifetime.

"Cancer has become like an epidemic now. Eliminating styrene in the diet would help reduce cancer risks among Malaysians," said Mohamed Idris.

10 comments:

Neeza Shahril said...

kat sini jarang nak jumpa polystrene kak.. kebanyakannya plastic dan paper..
memang tak elok kan polystrene tu..

tulipurple said...

ermmm...payah kalau seme pentingkan keuntungan dr kesihatan nie kan,bkn ker kesihatan lg berharga dr harta.

ummu asiah said...

neeza..

bagusla kalau mcm tu kat sana..menjaga kebajikan dan kebaikan utk rakyat...malaysia bab2 consumer n rakyat friendly ni mmg kurangla...tengok la statistic penyakit cancer kat m'sia...mmg tinggi..

ummu asiah said...

tulip...

memang sepatutnya dalam apa-apa hal kita mesti memikirkan implikasi kepada pengguna..tetapi disebabkan ramai yang mementingkan diri dan keuntungan itulah padahnya..kadang2 nyawa manusia dah jadi tak ada harga nya lagi...demi nak menjaga kepentingan golongan tertentu...tu yang perlu terus lawan tu..

Anonymous said...

Mitos sahaja yg kata Polystyrene (PS) tu berbahaya kepada kesihatan.

PS tiada masalah. Sepeti juga bahan plastik lain, kecuali PVC. Saya kurang faham kenapa PS dipersalahkan, sedangkan dalam pengamalan ilmu plastik, PS tiada kumpulan kimia yang berbahaya kepada kesihatan. kumpulan styrene yg ada pada PS tidak mudah tertanggal dai rantaian plastiknya seperti PVC yg kemungkinan membebaskan kumpula Klorin dan membentuk asid hidriklorik.

Styrene adalah kumpulan ganti dalam rantai polimer, berupa Benzena, yang stabil dan mengikat kukuh pada rantaian polimer PS.

Jadi tiada sebab PS perlu di BAN. Kelemahan PS hanyalah kesukaran berdegradasi. mungkin mengambil masa ratusan tahun untuk mereput. Itu sahaja.

Jika demikian, plastik-plastik lain juga sama halnya seperti PS. LDPE,PP,HDPE, PMMA dan sebagainya, semuanya sukar terurai dan mereput.

jika PS di BAN, maka plastik2 lain juga perlu di BAN atas dasar, pencemaran.

Plastik adalah bahan daripada petroleum. Pencemaran daripada terbitan petroleum ini dikatakan paling mendominasi.

tahukan kalian, bahawa hanya 6% sahaja pencemaran bhn petroleum ini daripada plastik, sedangkan pencemaran petroleum yg lain seperti asap kenderaan adalah 90% penyebab kpd pencemaran alam?

Jadi tiada sebab PS di BAN. Para saintis sedang mengkaji untuk menghasilakn plasti yang mudah degrade.

AKUOKU said...

disarankan semua org yg nak pi bungkus mknan sentiasa bawak mangkuk tingkat sendiri... mcm yg kami selalu buat.

Abang Long said...

Kalau tidak berdaya, minimumkan penggunaannya.

ummu asiah said...

gamakichi..

terima kasih diatas makluman dan maklumat...perlulah masing-masing cari fakta dan kaji sendiri untuk kebaikan diri masing-masing.

Apa-apapun kesihatan diri milik kita..maka kita fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita selagi termampu...bak kata yang popular...mencegah itu adalah lebih baik...

ummu asiah said...

aku oku..

bagus juga cadangan tu..tetapi apa-apaun perlukan daya juang dan kesungguhan...sudah tentu yang paling baik tu...masak sendiri..he...he...orang yang menulis ni pun malas masak...pantang dapat peluang mesti nak beli...dah banyak petunjuk yang menggalakkan kita masak dan makan dirumah...jimat belanja...bersih dan dapat elak beli barang yang menyumbang pada ekonomi musuh Islam.

ummu asiah said...

abg long...

betul tu...kalau dah majority pekedai dan gerai yang menggunakannya...