Thursday 20 May 2010

Arahan Ketua Polis Bertahan saja, tetapi tembak bertubi-tubi!!!

Perbicaraan kes Ops Bubar Dun Perak bersambung lagi hari ini dengan saksi Inspektor Saiful Ketua Unit PORU (Public Order Riot Unit) 11 dipanggil untuk sambung memberi keterangan. Hari disambung dengan soal balas dari pihak peguambela. Kes bermula jam 10.00 pagi hari ini.

Sebelum memulakan soal balas, Peguambela, Augustine Anthony mengingatkan saksi untuk bercakap dengan kuat dan jelas supaya semua orang dapat dengar. Ini memandangkan pada sesi mengambil keterangan oleh Puan Julia pihak Pendakwaraya mereka bercakap dengan sangat perlahan.

Soalan : Anda tahu pada hari itu bila beri keterangan, tahu bila tarikh beri keterangan?

Jawapan : 13hb.

Soalan : Tahu frame mana kita berhenti pada hari itu?

Jawapan : Tak ingat.

Soalan : 3 hari sudah lupa?

Jawapan : Berhenti sampai......

Soalan : Tak pastilah kan, senang. Anda setuju perkara yang beberapa hari sudah lupa jadi kemungkinan perkara yang berlaku lebih dari 1 tahun anda sudah lupa.

Jawapan : Setuju.

Arahan sebenar : bertahan sahaja

Soalan : Setuju dengan saya Ketua Polis Daerah bila di Istana beri arahan supaya bertahan saja jangan tembak gas pemedih mata, bertahan saja di situ?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Jadi setujulah dia suruh bertahan saja?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Walau dia arah bertahan tapi anda telah tembak ke arah orang ramai?

Jawapan : Tak setuju.

Soalan : Dari kawasan Masjid Ubudiah menghala ke Istana Iskandariah adakah anda atau mana-mana anggota polis yang lain buat tangkapan ke atas orang ramai yang ada di situ?

Jawapan : Tiada.

Soalan : Anda juga tidak melihat sebarang anggota polis buat sebarang tangkapan ke atas orang di situ atas kumpulan yang berkumpul di situ?

Jawapan : Tiada.


Tiada tangkapan: Berjaya Suraikan Perhimpunan

Soalan : Setuju dengan saya tiada sebarang tangkapan maka seolah anda telah berjaya suraikan perhimpunan.

Jawapan : (tidak kedengaran jawapan)

Soalan : Berjaya suraikan orang ramai di situ sebab tak ada tangkapan dibuat ?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Jadi setuju dengan saya anda berjaya dalam tugasan anda pada hari itu?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Setuju dengan saya ada beri keterangan ada beri amaran bersurai, ada lebih kurang 2000 orang, kawasan bising dan hiruk pikuk dan anda beri arahan bersurai. Cadangan saya orang-orang yang berkumpul di situ ada yang tidak dengar arahan?

Jawapan : Tak pasti.

Soalan : Jadi anda setuju dengan saya arahan yang dikeluarkan oleh anda tidak boleh didengar oleh orang yang berhimpun?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Dalam laporan polis anda kata ada dua kali anda beri arahan bersurai dan anda beri masa 10 minit untuk bersurai. Semasa anda beri arahan bersurai adakah anda memberitahu mereka diberi masa 10 minit untuk bersurai ?

Jawapan : Tidak.

Soalan : Jadi setuju dengan saya bahawa anda tidak beritahu pada orang yang ada di situ untuk bersurai dalam masa 10 minit?


Jawapan : Setuju.

Soalan : Ini bermaksud anda tak beri arahan masa untuk bersurai? Lansung tidak sebut?

Jawapan : tak sebut.

Soalan : Arahan bersurai dengan tempoh masa untuk bersurai?

Jawapan : Tak faham.

Soalan : Arahan bersurai campur tempoh masa untuk bersurai tidak disebut oleh anda, setuju?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Anda katakan orang yang berkumpul anda tak kenal siapa yang ada di situ?

Jawapan : Tak kenal

Soalan : Sebelum ini ada beri keterangan unit anda hanya beri arahan untuk suraikan perhimpunan?

Jawapan : Setuju

Soalan : Bukan untuk buat tangkapan?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Adakah untuk suraikan perhimpunan ?

Jawapan : Ya.

Soalan : Jam 2:24pm anda lihat polis lain selain dari PORU 11. Setuju dengan saya anggota polis yang ada di situ pakai baju preman?

jawapan : setuju.

Soalan : Dan polis ini boleh dicam dengan pakaian vest kuning hijau mereka?

jawapan : setuju.

Soalan : Unit ini bukanlah PORU 11?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Polis yang lain dari PORU 11?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Ornag ini macam sedang kejar kambing atau lembu saja sebab dia sedang pegang whip, dia pegang sesuatu. Ada peralatan untuk suraikan perhimpunan, cuba terangkan pada mahkamah apakah perlatan yang dipegang itu?

Jawapan : Bukan anggota saya.

Soalan : Tapi anda seorang polis, apakah peralatan itu?

jawapan : Tak tahu.

Soalan : Adakah PORU dibekalkan alat itu?

jawapan : tak ada.

Soalan : Nampak seperti hose getah kecil atau rantai basikal.

Soalan : 2:24pm F 13 rujuk kepada polis yang pegang hose plastik, setuju dengan saya PORU tak dibekalkan dengan alatan itu?

Jawapan : Setuju

Soalan : Dia pegang seolah-olah nak pukul orang. Dalam masa yang sama walaupun anda nampak anggota anda halang orang ke istana anda ada nampak sebarang tangkapan dibuat?

Jawapan : Tak ada.

Soalan : Ada nampak adegan sebelum ini?

Jawapan : tak ada.

Soalan : Sebelum 2:24pm ada beri arahan bersurai tapi tak ada tangkapan dibuat?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Setuju di F13 anda tak dengar sebarang arahan bersurai dalam adegan ini?

Jawapan : tak ada.

Soalan : F15 Setuju dengan saya tembakan gas pemediah mata dilepaskan dan tidak dengar sebarang arahan bersurai?

Jawapan : setuju.

Soalan : Sepanjang F15 tak ada arahan bersurai tetapi tembakan gas pemedih mata dilepaskan? walaupun tak ada sebarang arahan bersurai anda boleh dengar gas ditembak bertubi-tubi?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Anda setuju di F15 ada juga ramai polis. Pada masa tembakan gas pemedih mata dilepaskan ada juga polis lain selain dari PORU dan FRU?

Jawapan : Setuju.

Soalan : F16 Selain dari kumpulan yang ada di situ kebanyakan kumpulan yang ada di situ adalah terdiri dari kaum apa?

Jawapan : melayu.

Soalan : Selain dari kaum melayu anda juga lihat Cina di situ?

Jawapan : Tak nampak. Tak pasti.

Soalan : Tadi F 16, Saya tak kata anda beri/tidak beri arahan bersurai, tetapi setuju dengan saya tiada kedengaran lansung arahan bersurai.

Jawapan : Setuju

Soalan : Ada kedengaran arahan bersurai di F17?

Jawapan : Tak ada tak kedengaran.

Soalan : Tapi setuju dengan saya anda dapat dengar lain-lain rakaman bualan, orang-orang bercakap?

Jawapan : Boleh dengar.

Soalan : Cuma yang tak dapat dengar arahan bersurai?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Permulaan F 18 setuju dengan saya tembakan gas pemedih mata dikeluarkan sebelum arahan bersurai dilepaskan kearah orang ramai?

Jawapan : setuju.

Soalan : Setuju dengan saya selain daripada PORU 11 terdapat ramai anggota polis lain yang bervest hijau kekuningan?

Jawapan : Tak pasti.

Soalan : Tapi ramailah. Gas pemedih mata ditembakkan dilepaskan sebelum arahan bersurai?

jawapan : Setuju.

Soalan : Tidak ada tangkapan di buat?

Jawapan : setuju.

Soalan : Tetapi ada gas pemedih mata ditembak. Anda juga setuju dengan saya keadaan yang sama polis ramai dan PORU11?

Jawapan : Setuju.

Soalan : F 11 setuju dengan saya keadaan yang sama tetapi tidak ada sebarang tangkapan dibuat?

Jawapan : setuju.

Soalan : F 20 sama, ada PORU 11, anggota polis tetapi tak ada tangkapan dan tak ada arahan bersurai?

Jawapan : Setuju.

Soalan : F 21 2:28 tidak kedengaran sebarang arahan bersurai dari anda?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Pada masa yang sama ada PORU 11 ada juga polis lain, tak ada sebarang tangkapan ke atas mana-mana orang?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Anda boleh lihat konvoi kenderaan bergerak secara lancar?

Jawapan : setuju.

Soalan : Maknanya tiada halangan?

jawapan : tak setuju.

Soalan : F 22-23, jam 2;29 keadaan sama tiada arahan bersurai, ramai anggota polis lain juga tetapi tak ada sebarang tangkapan dibuat?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Keadaan di jalan tiada halangan untuk konvoi-konvoi kereta ?

Jawapan : Setuju.

Soalan : F 24 Ada laungan-laungan adakah anda dengar?

Jawapan : Tak jelas.

Soalan : Semua yang polis katakan tak clear?

Jawapan : Setuju.

Soalan : F 25 keadaan yang sama, tidak ada arahan bersurai tidak ada tangkapan dan anggota lain selain dari PORU 11.

Jawapan : Setuju.

Soalan : Apa yang mereka buat, formasi apa tu "

Jawapan : Formasi Pecah.

Soalan : Adakah anda di situ?

Jawapan : Ya.

Soalan : Adakah anda dengar arahan mereka?

Jawapan : Tak dengar

Soalan : Lansung tak dengar? Ada laungan lain?

Jawapan : Tak jelas.

Soalan : Dalam masa yang sama mereka kumpul ada arahan surai keluar?

Jawapan : Tak ada.

Soalan : Adakah sebarang tangkapan dilakukan di situ?

Jawapan : tak ada.

Soalan : Setuju dengan saya terdapat polis di hadapan orang-orang yang kumpul dan ada juga polis di dalam truck di bahagian belakang?

Jawapan : setuju

Soalan : Setuju dengan saya dari apa yang pandang, unit polis bersama pegawai polis sudah kepung orang-orang di tengah jalan?

Soalan : setuju dengan saya walau ada polis di bahagian hadapan dan belakang orang ramai tidak ada sebarang tangkapan?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Juga tidak ada sebarang arahan bersurai?

jawapan : Setuju.

Bersambung.

No comments: