Wednesday, 12 May 2010

Bocor rahsia di Mahkamah : SNIPER-PENEMBAK PDRM!!

Susulan dari soal balas oleh peguambela terhadap saksi yang membuat pengakuan bahawa "Apa yang dirakamkan oleh Jurugambar Polis tidak sama seperti kejadian yang sebenar" dan juga isu Lans Koperal Hassan yang disebut oleh Peguambela sebagai "bertukar-tukar unit" maka Pihak Pendakwaraya telah bangun membuat soal balas kepada Lans Koperal Hassan.

Soalan : Berapa banyak uniform yang kamu disediakan?

Jawapan : 3 jenis, celoreng Hijau, Biru FRU dan pakaian balai.

Soalan : Apakah bila kamu bertukar-tukar uniform bermakna kamu bertukar-tukar unit?

Jawapan : Tidak.

Soalan : Peguam cadangkan tentang kedengaran bunyi loceng, bila bunyi loceng menandakan akan ada tembakan gas pemedih mata, anda tidak bersetuju. Kenapa?

Jawapan : Bila ada bunyi loceng maknanya untuk diberi sesuatu arahan.

Soalan : Kamu memberi keterangan tadi bahawa apa yang di frame tak sama dengan apa yang berlaku, boleh kamu terangkan?

Jawapan : Saya bertugas menjaga keselamatan Ketua Unit dan PORU.

Soalan : Maksudnya?

Jawapan : Saya menjaga keselamatan dan mengawal keselamatan. Saya bertugas sebagai SNIPER. Jaga keselamatan PORU dan anggota saya.

HAKIM : Apa tadi?

Jawapan : SNIPER.

HAKIM : Apa?

Peguambela : SNIPER PENEMBAK.

Jawapan : Tugas utama saya ialah sebagai SNIPER.

Peguambela diberi peluang untuk soal balas kerana isu SNIPER ini adalah luarbiasa dan baru dibangkitkan. Sedangkan sebelum ini ketika memberi keterangan dan soal balas beliau hanya ditanya mengenai tugasnya mengawal ketenteraman awam dan tugas sebagai seorang anggota PORU Public Order Riot Police.

Soalan : Berapa orang SNIPER ada dalam kawasan Masjid Ubudiyyah hingga ke Istana Iskandariah?

Soalan : Berapa orang SNIPER yang ditugaskan berada di Masjid Ubudiyyah dan Istana?

Jawapan : Seorang sahaja.

Soalan : Awak tak pasti atau awak tak tahu?

Jawapan : Untuk satu unit PORU seorang sahaja.

Soalan : Anda setuju anda ditugaskan UNTUK MENEMBAK SESIAPA SAHAJA YANG GANGGU PEGAWAI ANDA?

Jawapan : (tidak kedengaran jawapan).

Soalan : Awak bawa M-16 dengan live bullet. Untuk tembak siapa? tembak pokok ke burung ke, untuk tembak apa? Tembak orang ramai kan???

Jawapan : (tidak kedengaran jawapan)

Soalan : Di awal tadi masa keterangan anda kata kumpulan anda bertembung dengan orang ramai, berasakkan. Anda setuju anda di situ?

Soalan : Anda buat asakan dengan orang ramai sambil pegang M-16. Setuju dengan saya pegang M-16 sambil buat asakan? Setuju atau tidak ingat.

Jawapan : Masa asakan saya di belakang, peserta di hadapan.

Soalan : Anda di situ untuk kawal keselamatan unit PORU anda, anda SNIPER, tumpuan anda setiap masa ialah PORU anda?

Jawapan : Tumpuan saya pada PORU dan orang ramai.

Soalan : Setuju dengan saya anda sebagai SNIPER perhatian anda pada PORU anda?

Jawapan : Setuju

Dari Wikipedia.

A sniper is a highly trained marksman who shoots targets from concealed positions or distances exceeding the capabilities of regular personnel. Snipers typically have specialized training and distinct high-precision rifles..

M-16 rifle baca di wikipedia.

Inilah rupanya SNIPER PDRM bergaya di hadapan Mahkamah Kuala Kangsar dua hari selepas peristiwa tembak menembak FRU di Masjid Ubudiyyah.

1 comment:

Anonymous said...

Sniper xpkai M16. Dia xbrd brsama unit. Sniper akn ad spot utl diri sdri brsama spotter. Provide cover fire from a long distance.