Saturday, 22 May 2010

Polis Malaysia belum berubah: Kenangan Demo 3 Ogos 2006

Saya mengorek kembali khazanah penulisan kenangan beraktivisme di beberapa tahun sebelum ini dan terasa ingin menjadi bahan arkib di blog ini. Sayang gambar-gambar entah di mana diamnya.
"Nak saya guna bahasa binatang???"-Polis malaysia

Cuaca ketika kami berhimpun di tengah jalan begitu panas dan terik sekali. Anak-anak kecil ada yang merengek mahukan air minum. Alhamdulillah, ada petugas yang mengedarkan air mineral kepada anak-anak dan peserta. Apabila cuaca bertukar menjadi semakin panas, penganjur memohon jasa baik pihak polis supaya kami terutama sekali anak-anak kecil dapat berkumpul dan berteduh di bawah rimbunan pokok di perkarangan Hotel. Namun rayuan kami tidak diendahkan. Malahan pihak polis mengarahkan kami supaya berundur ke belakang.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila ada pegawai polis yang menjerit-jerit sambil kelihatan anjing-anjing di hadapan kami yang menyalak-nyalak. Anak-anak kecil mula menangis tanpa henti.

Ketika di demonstrasi tadi, saya agak keliru kenapa anak-anak saya mula mengalirkan air mata. Masing-masing menangis tersedu-sedu,bersahut-sahutan. Saya toleh di keliling saya, hampir ke semua anak-anak kecil turut menangis. Saya lihat Aiman Athirah juga mengalir airmatanya sambil mulutnya terus melaungkan slogan-slogan menaikkan semangat. Saya cuba menenangkan anak-anak saya, Asma’ dan Asiah. Wasilah pula begitu risau apabila Asma’ sudah tidak ada di sebelahnya. Saya menenangkan Wasilah dengan mengatakan Asma’ ada bersama Mak Cik Zumrah isteri Ustaz Badrulamin.
Keadaan menjadi sangat tegang. Ketika itulah saya terpandang wajah Dr Hatta. Rasa saya semenjak saya menyertai beberapa siri Demo, tidak pernah saya melihat wajah Dr Hatta begitu serius dan marah sekali. Dr Hatta mengarah dan mengajak semua wanita dan anak-anak untuk terus mara ke hadapan, terus berjalan,anak-anak terus menangis.
Kami berjalan perlahan-lahan sambil berhimpit-himpit. Pihak polis mula membuat ‘pagar’ di sekeliling kami. Mereka sedikit pun tidak mahu berganjak dan menghiraukan walaupun yang berkumpul pada hari itu Cuma wanita dan kanak-kanak.
Seorang polis mengatakan bahawa dia tidak boleh berganjak, walaupun saya memohon supaya dia berganjak sedikit kerana anak saya takut melihat pistol dipinggangnya.
Kata polis tu, “saya tak boleh bergerak, dah jadi batu”.
Jawab saya, “jangan main-main cakap saja, nanti kena sumpah jadi batu terus baru tahu.” Dia kelihatan sedikit menggigil bila saya sebut begitu.

Jawapan kepada kekeliruan saya tadi terjawap apabila membaca laporan dari Harakahdaily yang berbunyi….
“Pegawai polis lain turut memberi amaran antaranya, Rahim berkata; "Saya nak tanya satu, saya nak cakap atau anjing bercakap'."
Kedengaran suara peserta menjawab; "Berkuasa sangat ke..." Rahim menjawab; "Ya, saya berkuasa saya PDRM, nak jaga perempuan, ini semua perempuan. Perempuan tak reti bahasa, pergi ke belakang. Nak saya guna bahasa binatang."

Serentak dengan ugutan dan jeritan pegawai polis, kanak-kanak yang ada di situ terus menangis ketakutan dengan salakan anjing.”-Harakahdaily
Mungkin atas ugutan polis ini jugalah yang membuatkan Dr Hatta Ramli begitu marah sekali.

Penganjur mula berunding dengan pihak polis untuk membenarkan ke semua kami mengiringi 5 orang delegasi masuk ke dalam menemui Menteri-menteri OIC. Namun mereka tidak mengendahkan malahan terus menengking-nengking kami.
Teruk sekali sikap pegawai polis ini. 2 ekor anjing kelihatan di hadapan kami. Akhirnya oleh kerana pihak polis lansung tidak mahu berganjak, kami juga tidak berganjak dan terus berdiri dan berkumpul sambil dikepung oleh pagar tubuh badan polis. Kami terus menunggu sambil terus melaungkan slogan-slogan, termasuk anak-anak terus tidak berganjak.

Hujan mulai turun, mulanya kelihatan seperti hujan akan turun dengan lebatnya, namun Alhamdulillah, cuaca kembali terang dan panas. Kumpulan delegasi yang masuk ke dalam kembali semula bersama dan menyampaikan rasa kesal kerana Pengerusi OIC lansung tidak menghiraukan permohonan kami yang hanya ingin menyampaikan memorandum kepadanya.
Mereka terlalu sibuk walau untuk menghentikan mesyuarat walaupun seketika. Sudah tentu kita semua merasa sdih dan sangat kecewa dengan sikap Perdana Menteri kita. Dia sanggup menerima kunjungan Condoleeza Rice, wanita yang sentiasa tersengih, wanita yang sebenarnya kejam, wanita yang merelakan jenayah perang dilakukan oleh Isarel dan membunuh orang-orang awam.
Mereka telah melayan Rice dengan layanan yang istimewa, merelakan Rice menghiburkan mereka dengan dendangan 2 buah lagu dengan bermain piano, namun untuk wanita dan anak-anak di Malaysia, mereka walau dengan sebelah mata pun tidak menghiraukan. Apa lagi yang boleh kita harapkan.

Penganjur berjanji akan mengadakan lagi perhimpunan seperti ini dan mengharapkan orang-ramai terus memberikan sokongan. Stelah hampir 2 jam berdiri dan berkumpul, majlis ditamatkan dengan bacaan do’a oleh Ustazah Nuridah. Kami semua bersurai dengan aman dan berjalan beramai-ramai ke kenderaan masing-masing di luar sana.
Dalam perjalanan, slogan-slogan “Jahanam Israel, Hancur Yahudi” dan lain-lain terus dilaungkan beramai-ramai.
Dalam perjalanan kelihatan 2 buah Trak FRU. Pada awalnya Trak tersebut tidak ada di sana. Begitulah takutnya dan kejamnya mereka terhadap wanita dan anak-anak Malaysia.

Sekian dulu laporan dari Perhimpunan Aman Wanita dan Kanak-kanak membantah kelembapan OIC.
Hotel JW Marriot
Putrajaya
3 Ogos 2006

No comments: