Thursday 27 May 2010

OKT Kuala Kangsar: Seminit selepas bercakap dengan polis...terus ditangkap!!!

Sambungan dari entry yang lepas bertajuk : Adakah mereka telah merusuh. Soal balas dari pihak peguambela bagi menunjukkan bahawa mereka yang ditangkap sebenarnya adalah mereka yang membantu polis mengawal keadaan dan mengawal orang ramai dari membaling objek kepada pihak polis. Cadangan pihak pembelaan ialah Polis telah salah tangkap dan menangkap orang yang tidak bersalah.....Bacalah.....

Soal balas yang bersambung dilakukan oleh Peguambela Augustine Anthony kepada saksi polis ASP Zairul.

S : Tadi beri keterangan di mahkamah bahawa arahan daripada PORU adalah untuk bersurai dan bertenang tetapi mengapa merempuh?

S : Ada beritahu mahkamah tadi orang yang berada di kawasan Istana Iskandariah cuba bersurai dan menuju ke arah masjid Ubudiyyah?

J : ‘dipercayai’ saya kata dipercayai.

S : Sekiranya orang ingin bersurai keluar daripada Kuala Kangsar dia perlu turun ke Masjid Ubudiyyah?

J : Setuju.

S : Tadi beri keterangan selepas tangkapan dibuat, mereka diberitahu sebab tangkapan dan butir-butir diminta, dimana?

J : Di Balai.

S : Anda terima butir-butir ini di mana?

J : Di balai.

S : Pukul berapa?

J : Dalam 5 petang sebelum repot dibuat.

S : Tangkapan dibuat lebihkurang pukul 3?

J : Betul.

S : Untuk masa 2 jam mereka tidak tahu kenapa mereka ditangkap?

J : Tak setuju.

S : Adakah kemungkinan ke dua dua orang ini disalah tangkap untuk kesalahan yang di hadapkan ke mahkamah hari ini?

J : Tak setuju.

S : Adakah kedua orang ini membantu polis pada hari itu?

J : Tak pasti.

S : Mainkan DVD P 20C. Saya cadangkan tangkapan dibuat ke atas 13 OKT ini dan ke atas 2 orang ini secara rambang dan suka hati kerana terima arahan dari Ketua anda?

J : Tak setuju.

S : Lihat F 23 P33, lain-lain polis dah beri keterangan, jadi tolong cakap benar ya. Tangkapan ke atas OKT ini (Suhana) berapa hari selepas hari kejadian?

J : selepas 4 hari.

S : F 20 jam 2.33pm tadi ada dirujuk pada frame ini, apa yang dia buat?

J : Provokasi pada polis.

S : Saya cadangkan dia hanya bersuara sahaja?

J : Untuk bersuara sahaja saya bersetuju.

S : Selain dari bersuara dia memegang sehelai kain bendera, setuju?

J : Setuju.

S : Ada sebarang batu, kayu, kaca dan lain-lain objek?

J : Tak ada.

S : Lihat gambar di frame. Gambar seorang pegawai polis cubaan menahan daripada rakaman dibuat pada apa yang berlaku. Setuju atau tak pasti?

J : Tak setuju

S : Tadi beri keterangan orang yang ditangkap oleh ASP. [merujuk kepada Bad Latif Mansor]Ada tak beritahu pada beliau mengapa beliau ditangkap?

J : tak

S : Setuju dengan saya beberapa minit sebelum ditangkap oleh anda ada perbualan dengan anda?

J : Bersembang tidak.

S : Tapi bercakap sesuatulah.

J : Setuju.

S : Dan anda juga bercakap dengan dia?

J : Setuju.

S : Saya cadangkan OKT yang ditangkap hari ini semata-mata beliau mengambil gambar kerana beliau mengambil gambar apa yang berlaku hari itu?

J : Tak setuju.

S : Anda setuju dengan saya OKT yang ditangkap tidak kerana merusuh?

J : Dia ditangkap kerana menghalang penjawat awam.

S : Beliau ditangkap bukan kerana MERUSUH?

J : Setuju

S : Ditangkap atas sebab-sebab lain?

J : Setuju

S : Saya cadangkan pada ASP kehadiran beliau di kawasan tersebut lebih membantu polis menjalankan tugas-tugas?

J : Tak setuju.

S : Saya cadangkan bahawa polis pada hari itu telah meminta bantuan dari segelintir mereka yang ada di situ untuk suraikan perhimpunan?

J : Tak setuju.

S : Rujuk F 76 yang ditangkap ID 41, adakah anda tahu keadaan di kawasan itu sebelum itu?

J : Tak pasti

S : Cuba lihat seorang yang sedang berbaring depan kereta escort polis.

J : Ya

S : F 78 jam 3:12pm gambar Meor Safrizal ditangkap. Setuju dengan saya anda cuma melihat seseorang yang ditangkap dan dikelilingi oleh anggota polis?

J : Setuju.

S : Rujuk P 23C Di Istana berapa orang berhimpun di situ?

J : Lebih kurang 500 orang.

S : Rujuk Frame 26 jam 3:11 petang, setuju dengan saya masa ini dia sedang bersembang dengan anda?

J : Bercakap dengan saya ya, berkata sesuatu.

S : Ketika itu beliau seorang sahaja dengan ASP?

J : Ya ada dua orang. (Bad Latif dan Saudara Khairul)

S : Dia dan seorang lagi bersama ASP Zairul pada jam 3:11 petang di P24C?

J : Ya

S : 3:11pm tangkapan belum dibuat?

J : Setuju

S : Setuju mengikut frame jam 3:11pm tiada sebarang tangkapan dibuat ?

J : Setuju.

S : F 49 P 24 Setuju dengan saya SEMINIT selepas dia berkata sesuatu dengan Inspektor Zairul dia ditangkap?

J : Setuju

S : Sekarang adakah anda tahu sebelum beliau ditangkap apakah yang berlaku, apakah yang dia buat di situ?

J : Tak pasti.

S : Saya cadangkan pada ASP Zairul dia hanyalah sebagai seorang jurugambar sahaja, atau tak pasti?

J : tak pasti.

S : Saya cadangkan pada ASP beliau di situ, kehadiran beliau di situ sangat membantu PDRM?

J : Tak pasti.

S : Adakah anda tahu terdapat jurugambar yang hadri pada hari itu?

J : Ya

S : Lihat P 19C, setuju dengan saya pada 6-02-09 ada kemungkinan pihak polis salah tangkap orang yang tak bersalah?

J : Tak setuju.

S : Adakah ini bermaksud setiap tangkapan ada melakukan kesalahan?

J : Setuju.

S : Jadi polis tidak lakukan sebarang kesilapan pada hari itu?

J : Setuju.

S : Lihat F 26, OKT yang dicamkan sedang pegang kamera DSLR?

J : Setuju.

S : Beliau pegang kamera dalam aksi tangkapan dan bukan kamera di dalam bag atau poket?

J : Tak setuju.

S : Saya cadangkan pada masa itu OKT dalam aksi membuat tangkapan gambar.

J : Tak pasti.

S : Setuju dengan saya selain OKT yang pegang kamera ada yang lain pegang kamera dan buat rakaman?

J : Setuju

S : adakah lain-lain yang pegang kamera ada di mahkamah sebagai OKT pada hari ini?

J : Tak ada.

S : Satu-satunya orang yang pegang kamera yang ada di mahkamah adalah Bad Latif Mansor sahaja?

J : Ya

S : Lihat kumpulan yang berhimpun, setuju dengan saya Bad Latif Mansor berada jauh dari kumpulan orang yang berhimpun?

J : Setuju.

S : Setuju dengan saya beliau berada dalam kumpulan PORU?

J : Setuju

S : F 27 jam 2:54pm Bad Latif Mansor ditangkap dalam aksi mengambil gambar?

J : angguk.

S : Adakah anda setuju dengan saya orang-orang kumpul di situ baling objek kearah polis?

J : Setuju.

S : Selain dari aksi mengambil gambar apa lagi aksi di situ?[merujuk pada bad Latif]

J : Saya tak ada di situ.

S : Ikut frame apa yang dibuat?

J : Angkat tangan ke arah orang yang berkumpul.

S : Selain dari itu dia cuba menghalang orang dari membaling batu dan objek pada polis?

J : Setuju.

S : Bukankah aksi ini menolong membantu polis?

J : Sedikit sebanyak……but the truth……

S : Saya cadangkan polis silap tangkap pada hari tu?

J : Tak setuju.

S : Ramai yang baling objek pada hari tu tetapi orang lain yang ditangkap?

J : Tak pasti.

Soal balas oleh Augustine Anthony kepada ASP Zairul berakhir di sini untuk OKT 5 Bad Latif Mansor bagi menunjukkan bahawa Polis telah salah menangkap orang yang sebenarnya sedang mengambil gambar, membantu polis dan bukannya merusuh seperti dakwaan polis.

Peguambela Haji Aminuddin menyambung soal balas saksi ASP Zairul. Bunyi macam sukar nak difahami, namun beliau merujuk kepada 4 orang OKT yang ditangkap beberapa hari selepas hari kejadian dalam tempoh 4hari hingga ke dua minggu lamanya. Mereka telah pulang ke rumah, sudah semestinya mereka telah bersurai.

S : Saya cadangkan pada hari yang berkenaan kamu ditugaskan menangkap orang ramai?

J : Untuk menangkap.

S : Setuju atau tidak kalau saya cadangkan kamu juga ditugaskan mengawal keadaan?

J : Setuju

S : Tadi kamu ada katakan ada pihak yang meminta orang ramai bersurai?

J : Ya

S : Kalau ada arahan bersurai dan bersurai berlaku, maknanya tiada tangkapan?

J : Setuju.

S : Kalau dia bersurai bermakna dia sudah tidak ada di situ?

J : setuju.

S : Kalau orang yang tak bersurai dia kemungkinan ditangkap, adakah orang tidak ditangkap dia kemungkinan boleh kembali ke rumah dia, setuju atau tidak orang kalau dia balik rumah dia bersurai atau tidak?

J : Setuju.

Soal balas kepada saksi ASP Zairul berakhir dengan soal balas semula oleh pihak Pendakwaraya sebelum saksi dilepaskan oleh Mahkamah.

No comments: