Tuesday 4 May 2010

BERSIH!!!!! DIBERSIHKAN DARI TUDUHAN.

Awal-awal pagi seperti biasa mesti semak dulu perkembangan di facebook untuk mendapatkan maklumat terkini. Kebetulan baru 5 minit Dr Lo' Lo mengemaskini status dirinya:

Drlo'lo' Ghazali Kputusan kes d akhir pndakwaan bg kes BERSIH(P/raya bersih)d Parlimen 2007 hari ni Selasa 4mei.Yg trlibat saya, yb drHatta, yb drNasir(adun Slngr),ketua pemuda& ketua muslimat PAS pusat.Pndakwa dah lama nak drop kes ni sbb xde bukti berdemo(mmg bukan demo pn,cuma d block dr masuk prlmn,kmudian dtuduh demo)tp tgn2 ghaib...
Cepat-cepat sms Dr Lo' Lo mohon maklumat pukul berapa kes bermula. Alhamdulillah sekali sempat juga bersama mereka menanti keputusan tersebut. Sebelum ini juga menjadi rezeki saya bersama OKT dalam kes yang lainnya seperti kes KESAS, Harakah, Arsenik dan juga APCET11. Alhamdulillah semuanya lepas.
Seperti biasa tuduhan ke atas mereka ialah menyertai perhimpunan 'HARAM' berdekatan dengan Parlimen pada jam 11 pagi, 11 Disember 2007.

Pertuduhan ke atas mereka ialah menganggotai perhimpunan tanpa permit dan juga tidak bersurai apabila diarahkan bersurai oleh polis.

Pihak pendakwaan mengatakan bahawa polis menggunakan tindakan pencegahan dengan mendapatkan perintah mahkamah untuk mencegah beberapa individu dan ahli mereka dari menyertai perhimpunan di Parlimen. Polis juga mengambil tindakan pencegahan dengan mengadakan sekatan lalu lintas.

Alhamdulillah hari ini mahkamah melalui keputusan yang dibacakan oleh Hakim di Mahkamah Sesyen Fathiyah Idris telah membebaskan kesemua mereka dari pertuduhan tersebut.

Melalui penyataan saksi polis memang ada orang awam berkumpul tetapi tiada saksi yang mengatakan bahawa adanya perhimpunan walaupun ada kehadiran OKT di sana.

Maka jelas sudah perhimpunan yang dianggap haram dan mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam itu adalah sebenarnya tidak wujud dan rekaan polis semata-mata.


Wajah-wajah gembira dan bersyukur mereka yang telah dibebaskan.


Keputusan kes ini dan sebelumnya bakal memberi implikasi yang baik kepada kes-kes dakwaan menyertai perhimpunan haram yang lainya. Memberi kekuatan untuk teruskan perjuangan walau banyak halangan yang perlu ditempuhi, antaranya keperluan dan kewajiban untuk berulang alik ke mahkamah dan permohonan cuti bagi mereka yang bekerja.


Selepas kesusahan pasti Allah akan kurniakan kesenangan dan kemudahan......,,..

No comments: