Thursday, 20 May 2010

Terus Kental dan bersemangat dengan sokongan semua!!!!

(Ketika menulis entry ini kami dalam perjalanan pulang) Sudah pun sampai di Sungai Buloh. Sebentar lagi tibalah kami semula di rumah. Sejak sebulan lepas beginilah rutin hidup kami, berulang alik ke Kuala Kangsar 2 hari dalam seminggu. Minggu lepas saya catatkan kami menanti kedatangan tarikh 19-20 Mei, kini 2 tarikh ini sudahpun berlalu dan kami menanti pula tarikh 26-27hb Mei untuk ke Mahkamah Kuala Kangsar lagi.

Alhamdulillah kami masih lagi bertenaga dan bersemangat untuk meneruskan walaupun banyak juga cabaran dan halangan. Mungkin berkat kesabaran dan kesungguhan semua pihak, baik dari 13 orang OKT, ahli keluarga dan terutama sekali para peguam, Allah permudahkan setiap urusan kami.

Minggu lepas kami semua agak sedih dan kecewa, namun apabila semua datang berjumpa semula di Mahkamah semalam 19 Mei semua kembali bertenaga, semangat dan ceria. Maka hari ini dan semalam apabila menerima teguran dan amaran dari Hakim lagi semua redha dan sabar dan lansung tidak melatah atau keluh kesah. Kami terima semuanya dengan hati terbuka dan yakin akan kebenaran di pihak kami. Tiada Handphone lagi di tangan mulai 19hb Mei dan tiada buku di tangan mulai semalam. Itu undang-undang dan etika di mahkamah, kami akur.

Peguambela Augustine Anthony bukan sahaja seorang yang bersemangat melawan hingga ke keringat yang terakhir malah beliau sering menjemput wartawan yang dikenalinya untuk datang membuat liputan. Minggu lepas wartawan dari Citizen Journalist Malaysiakini datang membuat liputan, semalam Editor The Ipoh Echo datang untuk kali yang ke 3 mungkin. Pada pendapat Augustine kes ini harus diketengahkan pada umum.

Saya setuju dengannya dan membantu menulis apa yang berlaku di Mahkamah melalui perbicaraan yang berjalan.

Petang semalam kami menerima pelawat lagi Tn Haji Rahim, Bendahari PAS Perak. Hari ini lebih ramai lagi yang datang memenuhi ruang kamar Mahkamah. Mereka terdiri dari pimpinan Pemuda PAS Perak termasuk juga Ustaz Misbahul Munir yang datang mewakili DS Mohamad Nizar Jamaluddin.

Bergambar kenangan bersama tetamu sambil minum petang.

Kedatangan mereka sudah tentu memberi kesan pada semua OKT dan juga kami yang sering ada di galeri mahkamah.

Augustine juga ketika menyoal balas saksi polis risikan yang menangkap untuk menjawap dengan betul tanpa menipu kerana ramai yang menonton.

Kes tamat awal hari ini pada jam 11.30 pagi dan kami menjamu selera makan tengahari lebih awal dari biasa dengan dibelanja oleh PAS Perak. Alhamdulillah.

Bersemangat tu datang memberi sokongan walau dalam keadaan yang begini, bersama peguambela kami Tuan Haji Aminuddin.

Ustaz Misbah mewakili DS Mohamad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir kerana ada tetamu.

Ini adalah sebahagian OKT yang bersemangat walau kesudahan kes masih samar-samar lagi...penjara, denda, atau keduanya atau bebas!!!

Sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur kami mendapat maklumat dari blog Cina Islam YB Khalil Idham Lim bahawa ada satu aktiviti menghantar memo ke Pejabat SPRM Ipoh mengenai salahlaku rasuah BN semasa PRK Parlimen Sibu. Maka kami meluangkan masa singgah di sana. Gabungan Pakatan Rakyat yang kukuh dan mantap.

Bergambar bersama YB Cik Leong Mee Meng ADUN DAP/Jalong. Beliau pernah datang beri sokongan kepada kami bersama dua orang ADUN Perak iaitu YB Chang Lih Kang dan YB Thomas Su Oktober tahun lepas. Terima Kasih.

Saya mengambil peluang menceritakan kepada mereka akan semua yang telah berjalan dan terjadi di Mahkamah terutama sekali apa yang terjadi minggu lepas dan minggu ini.

Saudara Sugumaran juga dengar dengan teliti walau katanya dengan berseloroh dia tidak perlu hadir ke mahkamah sebab dapat nembaca dari apa yang saya laporkan. Bersama YB Sivakumar dan YB Cik Leong Mee Meng.

Saya berusaha menceritakan dengan penuh real dan semangat agar mereka turut menghayati akan apa yang telah berlaku di mahkamah selama ini. Ini adalah berkaitan dengan apa yang terjadi di Perak. Mereka yang ditangkap adalah mereka yang berusaha mempertahankan negeri Perak dari dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional yang zalim.

YB Sivakumar berjanji akan berusaha untuk datang dan mengajak yang lainnya juga turut datang. Saudara Sugumaran, Setiausaha Politik YB M Kulasegaran juga turut ada bersama dan dia sebelum ini adalah antara yang terawal hadir memberi sokongan ketika semua yang ditangkap dibawa ke IPD Kuala Kangsar.

InsyaAllah kehadiran mereka nanti akan membakar lagi semangat perjuangan dan mereka yang hadir juga akan lebih memahami apa yang sedang berlaku di sepanjang perbicaraan berjalan.

No comments: