Keadilan untuk Adik Aminulrasyid hari ini..dan warna warni di Masjid Jamek
shamsuliskandar Keadilan Untuk Aminulrasyid. Jangan lupa tunjuk perasaan & serahan memorandum kpd Suhakam, 2.30ptg, Isnin, 3/5. Pemuda PR & NGOs turut hadir.
Saya mendapat makluman dari laman twitter Shamsul Iskandar Ketua AMK PKR.
Pada hari Jumaat yang lepas setelah mendapat maklumat dari laman Tukar Tiub bahawa ada satu perhimpunan aman di SUHAKAM pada jam 2.30 petang, saya bergegas juga ke sana untuk sama-sama beri sokongan dan buat sedikit liputan dan ambil gambar seperti biasa.
Namun sedang dalam perjalanan di dalam PUTRA LRT tiba-tiba baru dapat maklumat terkini bahawa perhimpunan tersebut dibatalkan dan sebaliknya satu memorandum akan diserahkan kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman.
Saya telah berjanji dengan suami untuk bertemunya di Masjid Jamek dan menerurkan misi selepas itu.
Sambil menunggu beliau selesai solat saya mengambil peluang untuk mengambil gambar-gambar muslimin yang bersungguh-sungguh mencuri masa untuk menunaikan solat Jumaat tanggungjawab setiap muslim.
Melimpah ruah masjid ini hingga ke jalan raya, di celah gerai-gerai dan di perkarangan stesen LRT Masjid Jamek. Suasana yang sememangnya bukan luarbiasa pada hari Jumaat yang jatuh pada hari kerja.
Sambil menikmati pemandangan yang indah di hadapan mata saya mencatatkan di laman Facebook: Menarik. Memerhatikan ramainya umat Islam di Kuala Lumpur solat jumaat di Masjid Jamek. Melimpah ruah. Moga ingatan Taqwa meresap dalam jiwa.

Namun dalam pemerhatian tika berada di mana-mana masjid ketika waktu solat Jumaat, ramai juga walau Khutbah sedang dibacakan, ramai masih berlegar-legar, duduk-duduk, minum-minum dan makan-makan, hatta ada yang masih enak merokok menunggu hingga saat imam memulakan solat baru masing-masing menghamparkan sejadahnya dan mengambil tempat....bagaimanakan ingatan taqwa akan meresap dalam jiwa dan melahirkan insan yang benar-benar beriman dan menghindarkan diri dari segala kesalahan kecil apatah lagi dosa-dosa besar......
hayati suasana di bawah....
Walau kurang upaya tetap menunaikan tanggungjawab.
Pakcik ni menjual jambu dan air...bersedia menghampar sejadah di sebelah gerainya setelah imam memulakan solat....
Kaum wanita yang mungkin sedang menanti suami masing-masing. Saya cuba juga bertanya di bangunan di sekitarnya sekiranya mereka ada surau awam, namun semuanya tiada. Maka kami menuju ke bangunan Suhakam dan saya solat di surau di tingkat 3 bangunan tersebut.
1 comment:
kenapa kita tidak membela aminulrasyid seperti kita membela kugan .. teoh ..
Post a Comment