Thursday 13 May 2010

Tertekan.....tekanan...

Sungguh pantas masa berlalu...dari sehari ke sehari..esok fajar Jumaat akan kembali lagi. Mulai hari esok kami menantikan tibanya hari Khamis 19hb Mei pula hingga 20hb Mei untuk kembali masuk ke dalam kamar Mahkamah Kuala Kangsar.
Kemungkinan besar minggu hadapan kami semua dan saya secara khususnya harus mengikuti arahan polis Mahkamah yang saban waktu setiap kali Hakim memunculkan diri ke dalam mahkamah menjerit dengan sekuat dan sepenuh hatinya "COOOOOOOUUUUUURRRRTTTT......BAAAAAANNNNNGGGUUUUNNN....DUDUK TERTIB-TERTIB, SIAPA YANG ADA HANDSET MATIKAN".....macam tulah setiap kali. Ada sekali tu anak kami Asiah berseloroh katanya "Ummi berapa harakat tu Ummi"...
Hakikatnya pak polisi itulah yang seringkali terlentok kepalanya di sebelah kandang OKT hingga ternganga mulutnya...tetapi bila kami bercakap dia jeling bagaikan budak kecil yang marahkan ibunya kerana tidak dapat aiskrim.
Hari ini ketika kami semua masuk untuk sesi petang yang bermula jam 2.30 petang arahan baru telah dikeluarkan oleh Hakim agar semua yang ada Handphone diserahkan pada polis Mahkamah untuk disimpan, jaket juga tidak dibenarkan untuk dipakai. Saya tidak tahu bagaimana peraturan ini mahu dikuatkuasakan. Ada juga amaran bahawa kes ini boleh dijalankan secara tertutup.
Dan...saya menjadi orang yang paling disyaki di dalam mahkamah tersebut......
Semuanya gara-gara ada seseorang yang telah terlalai dan tertekan butang camera handphonenya yang mengeluarkan bunyi di kala semua orang sedang tertumpu kepada soal balas peguam bela terhadap saksi pendakwaan.
Terus semuanya terhenti dan polis mahkamah diarahkan untuk mencari siapakah yang bertanggungjawab...secara spesifik ceritanya tidak boleh lah didedahkan di sini kerana saya sendiri sudah terasa diberi amaran...
Memang kes ini menekan semua yang terlibat...ianya harus segera diselesaikan....Mungkin itu yang paling baik malah terbaik untuk semua....biarlah setakat ini saya dan kami semua mengikut rentak yang ditetapkan oleh Mahkamah agar kes ini dapat berjalan dengan lancar..terutama sekali untuk tidak menzalimi peguambela OKT yang bersungguh-sungguh membuat persediaan pembelaan. OKT hanya perlu datang tepat masanya dan berdisiplin. Peguam yang melakukan segalanya. Sekiranya OKT harus berkorban masa, tenaga dan segalanya...lebih lagi pula pada para peguam yang membela tanpa sebarang bayaran malah terpaksa mengenepikan kerja mereka yang mendapat bayaran untuk kes ini.
InsyaAllah masa yang ditetapkan untuk kes ini selesai ialah dalam bulan Jun ini...masanya tetap akan tiba...tiada siapa tahu apa yang akan terjadi..kita berusaha, berdo'a dan bertawakal.

No comments: