Patutlah jawapannya semua tak pasti..rupanya dia adalah seorang dot..dot..dot..
(Baca dulu soal jawab antara peguambela dan saksi yang merupakan seorang anggota unit PGA dan juga PORU (Public Order Riot Unit), jawaban siapa dia sebenarnya akan ada di entry selepas ini)
Soalan : Merujuk kepada frame 15 jam 2.25pm. Setuju ada berbagai jenis laungan dan jeritan dari orang ramai yang ada di situ?
Jawapan : Setuju.
Soalan : Apakah laungan-laungan tersebut berdasarkan pada gambar bukan reka sendiri.
Jawapan : Laungan dari orang awam
Soalan : Secara khusus apakah launagn tersebut?
Jawapan: Takbir, laungan orang ramai dan laila ha illallah.
Soalan : Jangan reka ayat sendiri ya, saya tahu ada ayat yang saya tahu maknanya.Sekarang bagitau saya adakah anda dengar apa-apa arahan dari polis yang katakan bersurai?
Jawapan : Tak ada.
Soalan : Jadi setuju dari gambar di frame tak ada arahan bersurai?
Jawapan : Setuju.,
Soalan : Jadi anda juga setuju gambar anda juga tidak ada dalam frame?
Jawapan: Setuju.
Soalan : Frame 20. 2.27 : melihat di frame2 tiada siapa yg tahu anda di dalam frame2 ini. Setuju?
Jawapan: Setuju.
Soalan : Frame 22 jam 2:28, anda setuju dengan saya yang anda lansung tidak ada di situ?
Jawapan : Setuju.
Soalan : Setuju dengan saya menurut frame yang ditunjukkan lokasi anda di situ tiada siapa yang tahu?
Jawapan : Setuju.
Soalan : Anda setuju ada jeritan orang ramai di situ?
Jawapan : Setuju
Soalan : Jeritan BUBAR DUN
Jawapan : Setuju.
Soalan : Mereka berada di atas jalan ketika ini?
Jawapan : Setuju
Soalan : Adakah pegawai ini beri amaran bersurai atau dia berdiam saja.?
Jawapan : Menurut gambar ni ada.
Soalan : Dengar betul-betul, kita lihat balik gambar. Pada jam 2.44pm anda setuju dgn saya walau ada jeritan pegawai itu hanya berdiri di situ saja.Kalau dia berdiri dan diam blehkah dia keluarkan arahan bersurai?
Jawapan : Setuju yang arif.
Soalan : Adakah sebarang arahan bersurai dikeluarkan?
Jawapan : Ada yang arif.
Soalan : Kita ulang balik, rewind, tolong jawab soalan berdasarkan gambar jangan reka sendiri okay.Sekarang lihat pada jam 2.35pm pegawai FRU yang berdiri di atas truck adakah dia keluarkan sebarang arahan bersurai?
Jawapan : Tak ada Yang Arif.
Soalan : Setuju dengan saya kedengaran tembakan2 gas pemedih mata. Kalau tak tahu kita mainkan semula. Adakah anda dgr sebarang tembakan gas pemedih mata.
Jawapan : Tak ada. (sedangkan jelas kedengaran pada orang belakang bunyi tembakan)
Soalan : Selepas 10 min anda lihat ketua di atas truck apa yang anda dengar? Kita ulang tengok. Selepas 7-10 saat apa yang anda dengar?
Jawapan : Arahan bersurai.
Soalan : Kalau anda tak faham biar saya terangkan, selepas 7-10 saat terdengar dentuman baton pada shield dan loceng berbunyi.
Jawapan : Setuju yang arif.
Soalan :Saya terangkan kalau ada bunyi loceng bermakna akan ada tembakan gas pemedih mata.?
Jawapan : Tak pasti.
Soalan : Saya cadangkan anda tak pasti sebab anda tidak ada di situ.
Jawapan : Tidak setuju.
Soalan : Jam 2.36: Frame 34, anda setuju dengan saya anda mendengar loceng berbunyi?
Jawapan : Setuju.
Soalan : Daripada pukul 2.36 anda melihat FRU menembakkan gas pemedih mata kepada orang ramai.
Jawapan : Tak pasti.
Soalan : Mana boleh tak pasti, tadi anda kata anda ada di situ.Saya cadangkan dari masa loceng bunyi antara 7 saat FRU tembak gas pemedih mata.
Jawapan : Setuju.
Soalan : Jadi jawapan tadi selepas dengar bunyi loceng itu bermaksud gas pemedih mata akan ditembak anda kata tak setuju. Jadi anda setuju.
Jawapan : Setuju.
Soalan : Setuju dengan saya gas ditembak kearah orang ramai tak sampai beberapa saat selepas loceng berbunyi.
Jawapan : Setuju.
Soalan : Daripada anda mendengar loceng berbunyi hingga gas pemedih mata adakah ada amaran bersurai. Kalau tak setuju kita mainkan lagi.
Jawapan : Tak setuju.
Soalan : Okay tak setuju kita mainkan lagi rakaman.
Jawapan : Tak pasti, tak jelas.
Soalan : Tadi anda kata setiap masa anda di situ, cuba beri jawapan yang betul.
Jawapan : Tak dengar.
Soalan : Tadi ada beri keterangan anda dalam landrover.
Jawapan : Setuju
Soalan : Adakah anda peserta atau penonton?
Jawapan : Peserta.
Soalan : Anda setuju anda peserta yang aktif sebagai pegawai polis ya?
Jawapan : Setuju.
Soalan : Banyak perkara yang berlaku masa anda buat kerja anda sudah lupa. Saya cadangkan sebab anda peserta banyak benda yang anda tak pasti setuju atau tidak.
Soalan : Tadi pagi ada kata ada dengar arahan bersurai la semua tu, sekarang kita tengok frame by frame, tak ada kan?
Soalan : Anda setuju dgn saya anda tak ingat semua atau anda ingat semua dalam photographic memory.Setuju atau tidak atau tiada jawapan?
Jawapan : “Apa yang berlaku dan apa yang direkodkan tak sama”
Soalan : Anda kata anda berada di dalam landrover sepanjang masa, dari bila ke bila?
Jawapan : Tak pasti.
Soalan : 1 jam
Jawapan : Tak pasti.
Soalan : 2 jam.
Jawapan : Tak pasti.
Soalan : Saya dah kata banyak perkara yang anda dah tak ingat. Sebab itulah saya beritahu awak kalau tak mahu jawap jangan jawap cakap soalan saya tak betul, jangan tengok DPP.
Jawapan : Tak pasti.
Soalan : Adakah anda pasti jawapan anda pasti atau tidak pun anda tak pasti.
Soalan : Setuju anda berada di dalam konvoi tersebut. Di mana anda sekarang?
Jawapan : Di landrover di belakang.
Soalan : Adakah landrover kelihatan.
Jawapan : Dibelakang sekali
Jawapan: Ya.
Soalan: Dari frame tersebut adakah anda setuju kita pun tidak tahu jika anda dalam land rover tersebut.
Jawapan: Tak setuju.
Soalan: Saya cadangkan pada anda dalam frame2 ni semua anda tidak berada di situ.
Jawapan: Tak setuju.
Soalan: Saya cadangkan pada anda anda tiada di sana.
Jawapan: Tak setuju
Soalan: Kalau pun anda ada di sana anda dah lupa apa yg berlaku. Setuju atau tidak pasti.
Jawapan: Tak pasti.
No comments:
Post a Comment