Thursday 17 July 2008

ANUGERAH DARI SESUATU DUGAAN

Sungguh bosan hari ini...saya menghabiskan masa membaca buku "Kembara Atiq Wazif-Satu Anugerah"...ada di beberapa mukasurat membuatkan saya sebak dan menangis...berbagai dugaan yang Allah turunkan atau lebih indah dugaan yang Allah anugerahkan kepada manusia. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menerimanya, melaluinya dan menyelesaikannya. Apakah kita menerimanya dan kemudiannya berdiam diri tanpa usaha atau terus bingkas bangun berusaha dan berusaha...As for keluarga Atiq Wazif mereka benar-benar menerima kehadiran anak istimewa yang teramat istimewa sebagai satu anugerah dan mereka tidak menyerah kalah dan tidak menyerah segalanya kepada takdir.Moga Allah juga terus beri kekuatan kepada kita setiap kali ditimpa musibah. Saya juga teringatkan peristiwa kali terakhir saya menziarahi Puan Fatma, Isteri tahanan ISA yang baru kematian anaknya. Ketika kami menziarahinya ada juga rombongan dari akhbar SIASAH datang membuat liputan. Bersama mereka ialah seorang ustaz..tak ingat pula saya namanya, dia juga mewakili YB Taufiq ADUN Paroi. Ustaz diminta oleh Fatma untuk membaca do'a buat mereka sekeluarga. Sebelum berpisah Ustaz menyampaikan sebuah kamus baru Bahasa Arab sambil berkata kepada Fatma " Kami mengucapkan TAHNIAH kepada Puan sekeluarga, TAHNIAH kerana dipilih oleh ALLAH untuk melalui ujian yang amat hebat ini..".....ya...TAHNIAH...bukan semua orang terpilih untuk melalui ujian yang amat hebat dalam kehidupan.
Puan Fatma lulus cemerlang dalam ujian-ujian tersebut...mereka terus tabah..kuat..menerima takdir dan tidak menyalahkan takdir...namun kesalahan tetap dipersoalkan untuk mereka yang telah menahan suaminya sehingga masuk ke tahun yang ke TUJUH..TUJUH tahun dipisahkan..hingga ke saat anak mereka sudah critical juga mahu terus diduga kesabaran mereka dengan membiarkan keluarga ini derita menanti kepulangan orang yang diharapkan pulang menatap anaknya yang masih bernafas.


Puan Fatma pasti akan terus kuat, tabah dan bangun melawan penguasa yang menzalimi mereka.

Bagi keluarga Hassan Suyut, Cikgu Dora iaitu ibu dan ayah Atiq Wazif dan anak-anak mereka juga telah berjaya menempuh dugaan hebat dalam mencari punca penyakit anaknya dan berusaha hingga mengembara ke pelusuk negara untuk melihat anak mereka boleh berdiri, berjalan dan berdikari seperti anak-anak yang lain....Tahniah juga...
Kini kita rakyat Malaysia juga secara lansung sedang diuji dengan segala macam peristiwa dalam dunia politik. Tidak ada manusia atau rakyat yang inginkan pemimpin yang jahat, tidak amanah, mementingkan diri sendiri. Kita mahukan sebuah negara yang aman dan sejahtera. Hujah yang mengatakan negara kita aman dan makmur hanya kerana tidak ada peperangan, malapetaka seperti gempa bumi, taufan dan lain-lain tidak boleh dijadikan kayu ukur, apatah lagi statement yang mengatakan bahawa tidak ada rakyat yang kebuluran atau tidak cukup makan...mana pemimpin-pemimpin ini tahu...entah2 mereka isi minyak kereta pun tak pernah..kita terasa sesak nafas setiap kali perlu isi minyak, sesak nafas setiap kali perlu buat bayaran bila membeli barangan, sesak nafas setiap kali menerima bil utliti dan macam-macam lagi perkara yang tak diingini kadangkala menimpa kita.....Adakah pemimpin-pemimpin ini terkesan....mungkin sebab itu mereka dengan mudah boleh mengatakan 'sebarang kenaikan harga barangan tidak akan menyusahkan dan membebankan rakyat"......

Ah...bosan betul saya hari ini....semalam saya hanya diduga sedikit sahaja..akibat kelalaian asyik cuba melayan dan menghiburkan anak-anak berlibur dan makan-makan di shopping complex....camera digital yang banyak berjasa kepada kami, kepada GMI dan banyak lagi telah hilang dari diri saya....ia bukan milik kami...sungguh ironi juga...kali terakhir saya menggunakannya ialah ketika di DEMO PROTES di Stadium MPPJ Kelana Jaya...lepas tu saya tak ingat di mana saya letak...saya dah assumed misplaced and hilang...tapi semalam tiba-tiba teringat nak membuka satu laci meja...Alhamdulillah lega saya, ianya ada di dalam...cepat-cepat ambil dan charge baterinya..untuk dibawa bersama ke shopping complex yang hendak kami pergi. Hajat hati nak rakam gambar dua orang anak saya memakai tudung yang bergemerlapan yang baru dibeli.....sempat ambil gambar...selepas itu, kami makan-makan di meja..anak saya Ammar kata.."Adik dah bagi camera tu kat Ummi"....ummi pulak kata..."mana ada"...hah...memang sah dah tertinggal entah kat mana..tapi dah terlambat, tersedar bila dah di parking lot memasukkan barang ke dalam kereta.
Tapi tetap tak putus asa...cepat-cepat lock semula kereta dan cuba nasib naik semula dan tanya di beberapa tempat yang berkenaan.....mungkin ada manusia yang masih bersikap amanah dan peduli...namun ternyata tak mungkin ianya ditemui kembali...mungkin masih ada orang yang amanah, namun macamana dia nak pulangkan kepada tuannya iaitu saya...Saya anggap ianya bukanlah rezeki saya dan bukan milik saya...moga orang yang menemuinya dapat menafaat dari barang yang dijumpainya..Camera penting untuk merakamkan detik-detik penting dalam suasana politik semasa ini.....sebenarnya sebelum ini saya telah menyatakan hajat saya ingin memiliki sebuah camera yang lebih kecil dan slim sedikit untuk mudah diletakkan dalam beg dan mudah digunakan..camera yang hilang agak besar sedikit..

Saya bosan juga...sebab tak dapat pergi ke Bukit Segambut...lagi sekali suami saya dapat ke sana dengan bertuahnya dia dengan 'anugerah' sebuah motosikal Honda Wave nya...saya belum berkesempatan nak membonceng motosikal itu lagi....salah satu niat kami memiliki motosikal itu ialah dapat memberi kemudahan untuk menghadiri sesuatu perhimpunan atau aktiviti lain yang berkaitan.

Hari ini tidak berlalu begitu sahaja...walau sedikit bosan kerana tak dapat keluar...saya menghabiskan masa...berehat, tidor, membaca, melayari internet dan menyiapkan entry ini...moga bermenafaat....

Anggaplah setiap dugaan sebagai anugerah yang tidak ternilai harganya...moga hati kita tenang dan tidak marah kepada orang yang tak sepatutnya kita marah...tapi kepada orang yang layak kita marah kerana menyebabkan kita ditimpa dugaan dan dizalimi memang perlu kita marah dan melawan habis-habisan seprti yang menimpa DSAI dan keluarganya dan yang menimpa keluarga tahanan ISA yang dizalimi dan apa saja situasi yang lain..
---------------------------------------------------------------------------------
Updated at 17:47.........baru menerima panggilan telefon dari suami..adiknya Ipah sekali lagi ditimpa 'musibah' yang benar-benar menduga kesabarannya...moga Ipah terus tabah dan mampu menerima dugaan ini sebagai anugerah dari Allah..tanpa ayah, tanpa ibu, tanpa suami di sisi....Saya juga cuba menghubunginya untuk memastikan keadaannya....namun panggilan tak berjawab...dari kejauhan kami mendo'akan kesejahteraan hidupnya...mampukah dia menerima bahawa 'setiap selepas kesukaran pasti ada kesenangan..setiap selepas kesukaran pasti ada kesenangan"...."Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdo'a .."Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang sebelum kami. Ya Allah Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah maaf kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engakulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."...Al Baqarah 284-286

8 comments:

Anonymous said...

Ummu Asiah,

Saya mmg kagum dgn kekuatan UmmuAsiah dan suami melawan dan terus melawan undang2 ISA itu!!

Semoga Allah berikan kita kekuatan dan azam yg berterusan dalam memilih jalan ini.. InsyaAllah.

Lawan Tetap Lawan!
Allahuakbar!!

Unknown said...

Pn Ummu Asiah,
Salam Sejahtera,
Tahniah kerana mampu menulis blog. Anak saya stumble ke Blog Puan dan forward kepada saya. Terima kasih kerana membeli buku 'SATU ANUGERAH'. Sedikit pengalaman hidup itu moga dapat memberikan perangsang kepada semua untuk menerima segala dugaan sebagai lumrah hidup.

Salam dari kami.
Hasan
(Author - Satu Anugerah)

ummu asiah said...

RD...

Alhamdulillah..Allah beri kekuatan semangat..kadang2 luntur juga..tapi bila ada kawan blogger mcm RD..bertambah lagi semangat..if dekat KL..boleh sama-sama kita Lawan tetap Lawan kan..

ummu asiah said...

En Hasan..

Honoured nya saya dapat reply dari the author sendiri!!..saya kagum dgn semangat Tuan dan keluarga especially isteri, Cikgu Dora..saya habiskan membaca dlm beberapa jam..tapi..lampiran lepas tu saya belum baca lagi..

Anak adik saya juga ada yang anak istimewa dah berumur 9 tahun..masih belum boleh berjalan dan hanya berbaring..saya tak pasti exactly penyakitnya..

Sampaikan salam paling istimewa pada Cikgu Dora..hingga ke hari ini saya masih terbayang-bayang semangat yang ada pada tuan sekeluarga..salam juga pada kak long, abg ngah, wafeeq, wazif n qiha...semoga berjaya dalam perjuangan

Aina@Azila said...

Salam Umu Asiah,
I love this entry, "...."Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"... hanya orng tertentu saja dipilih oleh Allah untuk diuji. Memang patut Pn Fatma diberi ucapan tahniah. Sampaikan salam saya pada dia.

Kesian Ipah, what happen to her?

zlaa said...

Tahniah juga buat Puan Fatma. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

ummu asiah said...

Aina..Azila

Ayat dari surah Al Baqarah dan surah Al Insyirah tu selalu boleh dijadikan penenang kepada jiwa yang sedih..

Abt Ipah..kena jumpa and minum2 di Oldtown Coffehouse or kat mana-mana kedai kopi dulu..then boleh bercerita..or lepak2 tepi swimming pool at your apartment tu...:))

ummu asiah said...

Zlaa...

Memang betul..bila kita susah, kita kena fikirkan tentang kesusahan orang lain yang lebih susah dan berat dugaannya lagi..Alhamdulillah mesti tenang fikiran lepas a really long vacation kan..