Wednesday 30 July 2008

Harakah dan pembacanya yang budiman dan dermawan

Minggu ni routine tidor diubah sedikit..tidor awal dan bangun lebih awal untuk mengajar anak yang menduduki peperiksaan percubaan UPSR minggu ini...awal-awal pagi lebih tenang dan tidak ada gangguan. Kalau waktu lain sudah pasti yang kecil sekali tu pun mulalah datang mood rajinnya nak menempek juga belajar..memang bagus, tapi saya sendiri pula tak dapat concentrate untuk mengajar.
Semalam ketika kepala sudah pun diletakkan di atas bantal dan hampir terlena, ada pula beberapa sms yang masuk ke Handphone..HP sentiasa di sebelah sebagai alarm clock. Saya biarkan saja...tetapi terfikir pulak dalam hati...tak sampai hati nak biarkan saja..tak berjawab hingga pagi esok...saya pun mencapai HP dan membuka inbox..dengan menggunakan sebelah mata saya membacanya...(utk orang yang power cerminmatanya mencecah 1000..inilah caranya untuk mendapat bacaan yang lebih jelas)

From..R.." N dalam GMI kan. Blh tanya buat t-shirt kat mana?Ada komen kata murah dan kain sedap"

Saya..dalam hati..alamak..komen dari siapa pulak ni..patutkah saya beri gambaran yg sebenar, takut pulak menutup pintu rezeki supplier tersebut..tetapi biarlah saya beri komen yg ikhlas..

To R.."Kami tak satisfied sebenarnya"

From R.."Tgh nak order t-shirt utk KSPPJ. Will u recommend atau tak. Apa yang tak satisfied"

To R..."dia lambat siap...#########...(panjangla komen saya kpd dia)...sincerely mmg tak rekomen, tp boleh try survey kedai tu di..******...."

From R.."Jazakillah for d info. Kalau lambat siap takut nak try sbb KSPPJ 16 ogos ni. Nanti Sgor tak ada t-shirt pula nak pakai, risiko"

Nota: KSPPJ- Karnival Sukan Piala Presiden JIM.

Alhamdulillah lega juga at least I have done my part..to sampaikan perkara yang sebenarnya...takut juga silap rekomen..tapi mungkin kedai tu juga boleh buat yang terbaik cuma untk kami sahaja berlaku kesilapan yang tidak memuaskan hati kami.

Kemudian letak semula HP dan mula memejamkan mata semula..hampir terlelap lagi..bunyi lagi 2 sms masuk...hhhmmm...nak tengok atau tidak???...capai lagi hp..

sms 1 dari Kak Jije.."Mesyuarat Malam Seni Khamis ni tukar tempat ke pej YB Azmin Ali, depan Kompleks JIM"....jawab ringkas...."OK"

sms 2 dari Cikgu Laila.."En Lutfi jemput ke ofis Harakah. If u wish to join pls be there at 11.30am esok. tq"...jawab ringkas juga "OK".

Pagi tadi baru saya minta penjelasan atas urusan apa Lutfi-Harakah menjemput GMI ke pejabatnya..baru tahu yang Harakah ingin menyampaikan wang sumbangan. Since saya pun tidak ada apa urusan, saya setuju untuk turut serta. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk Harakah menyampaikan sumbangan bila diperlukan, tetapi jarang sekali mereka menjemput kami untuk ke sana..selalunya sumbangan terus diberikan semasa aktiviti lawatan Lutfi dan wartawannya ke rumah Cikgu Laila.

Pagi tadi ketika bersiap hendak keluar dari rumah saya menerima sms dari Pengerusi GMI..

" To N & C.Laila. On the way to Pej Hrkh-serahan sumbangan pd GMI jam 11.30am"

Setiba di pejabat Harakah keseluruhan staff Harakah sedang bermesyuarat..penuh bilik mesyuarat mereka...selesai mesyuarat kami dijemput masuk. En Lutfi menyampaikan ucapannya dan menyebut bahawa mereka telah menerima banyak sumbangan dari pembaca ekoran berita dan artikel yang mereka keluarkan semenjak peristiwa kematian adik Aina Mardhiah. Sebahagian darinya telah diserahkan kepada keluarga Fatma sendiri...dan masih banyak yang berbaki untuk diserahkan khusus untuk aktiviti kempen Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)..Alhamdulillah..Harakah menyerahkan buat pendahuluan separuh sahaja dahulu dan selebihnya akan diserahkan kemudian agar ada hubungan yang berterusan dengan GMI.

En Lutfi dan Harakah juga bercadang untuk ke Sandakan Sabah untuk menyerahkan sumbangan yang sama kepada ramai lagi keluarga tahanan ISA yang lain yang tinggal di Sabah.

Alhamdulillah...besar jumlah nya sumbangan itu buat kami di GMI patutlah kami dijemput ke sana...bukan sahaja dari segi jumlahnya, namun lebih besar maknanya lagi dengan bantuan dan kerjasama yang erat dan berterusan dari Harakah sendiri...mereka dan warga kerja mereka sudah diumpamakan sebagai sebuah keluarga besar bersama GMI...Alhamdulillah...

Balik dari pejabat Harakah terus saya ke Bank untuk bank in cek tersebut agar selamat masuk ke dalam akaun GMI.

Gambar tidak dapat disertakan..kerana bendahari cum photographer GMI telah kehilangan camera kesayangannya...kena tunggu news di harakahdaily.mungkin mereka juga akan mengumumkan jumlah yang telah diberi kepada GMI.

Alhamdulillah...panjang lagi langkah kami dengan penerimaan wang tersebut, walaupun wang bukan segalanya...namun dalam dunia sekarang, banyak juga aktiviti yang bakal terbantut tanpa wang yang cukup..

2 comments:

Neeza Shahril said...

Alhamdulillah.. semoga lebih ramai pembaca Harakah..
bertul tu kak.. dalam dunia sekarang ni semuanya perlukan duit.. tiada duit, memang susah nak hidup.. sekolah nak duit, nak kemana2 nak duit.. makan pun perlukan duit kan..

ummu asiah said...

memang la betul sgt..bila gi kedai beli brg utk masak sehari pun kadang2 rasa terlalu mahal..patutlah kalau org susah terpaks makan nasi bubur atau nasi n kicap or garam saja..so org senang kena la berkongsi kesenangan..apa yg ada pada kita menjadi hak org yang fakir dan miskin juga melalui sedekah dan zakat fitrah