Sunday 6 July 2008

SB OH SB-Episod 2...lebih kejam dan menyakitkan hati

Saya mesti menghabiskan cerita SB saya sebelum masuk bab baru yang akan bermula pada jam 10 pagi hari ni 06.07.08...InsyaAllah....semalam dah beli baju nya PROTES...di hadapan Markaz PAS Taman Melewar...at almost 12 am...ramai sekali dah tiba...rombongan dari Pahang..ada la 5 buah kereta semuanya.

Seperti yang saya ceritakan di entry yang lepas Cikgu Laila dan saya terpaksa bertekak dengan SB ACP Ayub untuk pastikan yang Shahrial di bawa keluar segera dari KEMTA. Allahyarham Adik Aina jatuh pada petang Rabu. Saya terima sms yang adik Aina kemalangan pada jam sekitar 5 petang dari Kak Umi Kalthom dari JIM Cheras yang banyak membantu keluarga Fatma. Segera saya pesankan agar Kak Umi bantu Fatma untuk urusan memastikan Shahrial dibawa pulang segera. Kak Umi dan suami dengan segera menguruskan hal tersebut.

Namun sehingga ke jam 12.45 petang keesokan harinya barulah pelepasan didapati dari Menteri seperti yang di claim oleh ACP Ayub. Akhirnya menurut Shahrial sendiri pada jam 5 petang barulah mereka bertolak dari KEMTA.

Van yang membawa Shahrial tiba di rumah Abang Nawi jiran Fatma pada jam 9.30 malam. Dia teus dibawa masuk dan duduk di sebelah jenazah. Sejurus kemudian Imam dan beberapa orang Masjid masuk dan bacaan tahlil dimulakan. Selesai tahlil, mereka berbincang mengenai rancangan pengebumian. Shahrial dan beberapa orang SB yang berada di dalam dimaklumkan yang pengebumian akan dilakukan pada jam 10 pagi. Cikgu Laila yang berada di situ berpesan agar pastikan Shahrial dibawa dengan lebih awal dan minta diambil no telefon SB.

Selesai perbincangan Shahrial bangun dan semua yang ada turut bangun dan bersalaman, ketika itu mungkin Shahrial baru berada dalam 20 minit bersama jenazah. Mereka seolah sudah hendak membawa Shahrial keluar dan pulang. Ketika itulah Fatma bingkas bangun dan dengan suara yang agak tinggi dan tegas meminta supaya suaminya dibiar lebih lama lagi..

Saya pula berada sedikit ke belakang di hadapan pintu masuk. Kebetulan seorang yang memang saya tahu yang dia adalah SB..berjeket gelap dan muka yang tiada senyuman dan garang. Saya mengaleh muka saya ke belakang dan bercakap dengannya dengan nada yang tegas tapi tidaklah pula saya menengkingnya...

Saya.." takkan tak boleh biar lama sikit. Dah la sampai lambat, kematian sekali saja tau dalam seumur hidup"....memang hati saya rasa amat marah dan pedih lebih lagi bila Fatma sendiri yang selalunya lembut bingkas bangun meminta supaya suaminya dibiarkan lebih lama...

SB...dengan tangan yang menuding tepat ke arah muka saya berkata..."awak tahu tak dengan siapa awak bercakap ni!!!!!!??????"

Saya...terkejut dengan ayat-ayat tersebut tapi masih dapat mengawal diri walaupun badan sudah mula menggigil...bukan sebab takut tapi amat marah diperlakukan sedemikian oleh SB tersebut...."kenapa????"

SB...sambil menunjukkan tangan ke arah saya.."okay...ikut saya jumpa BOSS saya"

Saya..sambil mengikut di belakang dia..."okay mana BOSS awak"

Ketika peristiwa itu berlaku, Saudara Lutfi, Ketua Pengarang Harakah ada bersebelahan saya menyaksikan apa yang berlaku. Dia turut berjalan di belakang saya.

Saya mengikutinya hingga ke luar, namun masih di dalam kawasan rumah tersebut. Sampai di hadapan saya bertembung dengan suami saya, dan kebetulan Pengerusi GMI pun ada di situ dan ramai lagi pelawat yang lain. Saya memaklumkan kepada suami saya yang SB tersebut memanggil saya untuk berjumpa BOSS nya..sambil menceritakan apa yang berlaku. Suami saya mengarah saya untuk tunggu saja biar SB tu yang datang jumpa saya.

Sekali lagi SB tu datang memanggil saya pergi berjumpa BOSS nya...yang saya masih tidak tahu siapa orangnya dan tak nampak kelibatnya kerana keadaan gelap dan dia seperti dikerumuni oleh ramai orang.

Sekali lagi SB tu datang kepada saya..dek kerana badan saya memang sedang sgt menggigil menahan perasaan marah kerana diperlakukan begitu oleh SB tadi terus menyarungkan kasut dan berjalan ke arah kumpulan orang di luar.

Saya.."okay mana BOSS kamu???" sambil menuju kedepan, beberapa orang yang berada di hadapan dengan segera ke tepi.....maka terserlah di hadapan saya siapalah BOSS SB tadi....apa lagi...saya pun dengan bercekak pinggang...."OOOOOO.....Ni la BOSS nye..CHE AYUB ye....yang tipu kami tadi. Kata nak keluarkan jam 1 petang tapi pukul 5 baru keluar..."

Saya cuba mengawal kemarahan saya, kerana saya sedar mungkin ramai yang ada disitu tidak tahu mahupun faham akan KEHAPRAKAN perangai SB SB ini.

Ayub cuba nak tunjuk baik lagi..."Bukan macam tu Puan...saya dah beri masa satu jam...bla...bla.."...

Saya dah tak kuasa nak mendengarnya..Sambil bercekak pinggang lagi..saya katakan.."okay, Che Ayub bagitahulah orang kat sini...biar semua orang tahu betapa zalimnya ISA ni"....terus saya beredar....

Badan saya masih menggigil...saya rasa amat sedih dan pedih...lebih-lebih lagi ketika itu tidak ada teman-teman yang sering bersama saya mempertahankan hak kami ketika bertekak dengan SB...iaitulah Kak Aliza Jaffar dan Cikgu Laila...

Saya terus pergi.....masuk semula ke dalam rumah...Alhamdulillah....segala syukur dipanjatkan kepada Allah yang membantu hambanya selagi kita membantu diri kita sendiri...iaitu tidak tunduk kepada kezaliman dan penindasan....di dalam rumah saya lihat semua orang telah kembali duduk...Shahrial sambil memeluk anak-anaknya masih duduk bersama isteri berhadapan dengan jenazah...Agak lama juga masa yang diberi kepada mereka....

Allah hu Akbar..kami menang melawan mereka yang zalim yang bekerja menurut perintah orang yang lagi zalim.

Selepas itu saya menceritakan pada Kak Aliza dan Cikgu Laila..saya mengatakan..kemungkinan SB di luar dan di dalam memang saja nak memperlakukan begitu, mereka di luar tahu bahawa Shahrial diberi masa satu jam, tapi tidak dimaklumkan pada Shahrial mahupun keluarganya..sekiranya Fatma dan kami yang lain membiarkan saja Shahrial bangun dan keluar, maka SB-SB tersebut telah berjaya memperbodoh dan mempermainkan kami...Alhamdulillah..kami tidak pernah mudah berdiam diri sahaja.

Selepas itu seorang sahabat memberitahu saya yang dia juga nampak peristiwa saya dan SB tadi, tetapi tidak dapat membantu saya kerana tersekat di dalam...dia juga marah melihat keadaan tersebut....secara tiba-tiba...saya sudah tidak lagi dapat membendung airmata saya dari keluar lantaran terlalu menyimpan perasaan marah terhadap Ayub dan SB yang lain tadinya....

4 comments:

Unknown said...

ummu asiah...

AlFATIHAH....salam takziah kepada keluarga arwah.

Sebak saya membaca kezaliman dan mendalami perasaan keluarga dan ummu asiah sendiri.

Semoga Allah juga yang membalas mana yang baik dan buruknya.

Abang Long said...

Wahai Ummu Asiah. Berdo'alah LAKNAT ALLAH KEATAS MEREKA ! AMIN. DO'a orang yang dizalimi, tiada hijab disisi ALLAH.

ummu asiah said...

Pak Payne..
Kita manusia hanya mampu melawan sekadar yang kita mampu..akhirnya kita serah kepada Allah untuk membalasnya..tiada hijab untuk do'a orang yang dizalimi..moga negara kita dan rakyat seluruhnya terpelihara dari segala malapetaka terutama sekali petaka yang tak 'jelas' kelihatan.

ummu asiah said...

Abang Long..
betul tu..tiada hijab...bergembiralah mereka dalam kedukaan kerana Allah menyimpan pahala dan ganjaran di akhirat kelak..di dunia ini setiap detik kehidupan mereka selagi mereka beriman sudah tentu dikurniakan pahala..