Friday 25 July 2008

T-Shirt Merah Hitam

Pagi hari Khamis semalam, saya telah keluar untuk menghantar anak-anak ke sekolah pada jam 9.30 pagi, awal dari kebiasaan..saya dah plan since saya tidak berniat untuk berpuasa pada hari ini, maka saya plan untuk memenuhkan aktiviti untuk seharian.


Semasa mesyuarat GMI pada malam sebelum sebelumnya, saya telah menerima banyak juga tunai hasil jualan dari buku dan badge dari AJK yang lain, maka saya harus segera untuk bank in kan tunai tersebut. Kebetulan juga setelah bertanya kepada Nalini, setiausaha GMI, rupanya bank statement GMI untuk bulan Mei dan Jun masih juga tidak sampai ke pejabat SUARAM, dan saya juga masih belum collect bank statement yang saya request lama dulu.
Sebenarnya saya dah minta pihak bank untuk poskan..tapi...tak juga diposkan..geram juga..bukan senang nak ke RHB Bank d Jalan Tun HS Lee tu.. Jadi awal pagi tadi saya telah ke RHB Bank Jln Tun HS Lee sekali lagi..dah 5 kali saya ke sana..saya drive...tak susah sgt and parking pun dah biasa di sebelah pejabat BAR Council, berdekatan Dataran Merdeka. Park kereta and tinggalkan kunci kereta pada parking attendat tu..sebab parking berlapis..dah biasa di situ..
Sampai di Bank..bank in all the cash..and jumpa staff untuk tanya pasal bank statement..collect bank statement dari bulan september 07 - april 08..also semak statement untuk Mei and Jun..rupanya alamat masih tidak bertukar di dalam sistem mereka walaupun saya telah buat surat resmi..saya pun malas nak marah2 staff tu..just ask her to post the statements to the correct address...
Lepas tu balik singgah Mydeen beli barang-barang keperluan untuk program Motivasi PMR DUN Hulu Kelang..since saya ada juga nak beli sedikit barang di sana. Then balik...singgah hospital PUSRAWI menziarahi seorang sahabat, Kak Rosliya dari JIM Cheras. Stay dan sembang2 dengannya about an hour. Seorang wanita yang sangat tabah, sentiasa tersenyum dan ceria walau diduga dengan penyakit yang menakutkan ramai wanita khususnya...
Then keluar dari PUSRAWI buat U-Turn dan jemput pula suami di pejabatnya di TH Selborn dan terus memandu masuk ke IJN untuk ziarah jiran kami, Syed Ismail yang juga abang kepada Pengerusi GMI, Syed Ibrahim. Sempat jumpa isteri nya sahaja, Syed Ismail kebetulan sedang dibawa keluar dari ICU untuk ke wad biasa. Alhamdulillah, perasaan menjadi lega kerana berjaya tunaikan tanggungjawab kepada sahabat dan jiran.

Selepas itu suami balik ke ofis jalan kaki, sebab building officenya bersebelahan dengan IJN..ajak dia lunch dia tak nak sebab rasa tak berapa sihat, jadi saya meneruskan perjalanan pulang...perut lapar juga...passed by jalan Pahang berhadapan HospitalTawakkal, terasa teringin nak lunch di Restoran Haslam, tapi malas pula sebab keseorangan...selalunya jika dengan kawan-kawan bila passed by ke situ mesti singgah makan.
Saya meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah..saya mengambil jalan melalui Danau Kota, Setapak sebab nak singgah di pejabat KWSP di sana bagi menunaikan hajat Kak Rosliya yang memerlukan borang pengeluaran wang dari KWSP....lepas tu balik ke kereta...tiba-tiba ada sms masuk yang berbunyi.. SMS in..."Nufair nak stok bj merah hitam ari ni. U hantar stok u bole?..dlm 2 or 3 bundle? Urgent ni. TQ"

Dalam hati saya berkata...Alamak macam mana ni....saya pun menjawab sms tersebut...

SMS out..."I bru je passd by jln tu. on d way nak balik. Urgent sgt ke? If yes kenala patah balik. Tshrt dah ada in car".

Sebenarnya kebetulan pada petang sebelumnya saya telah masukkan 5 bundle t-shirt ke dalam kereta kononnya nak beri kepada Hj Azmi, seorang lagi AJK GMI..asyik lupa nak bagi...

SMS in.." Ya.katanya esok ada ceramah Anwar.depa nak bawa tsht tu."

Dalam hati saya berkata..okaylah patah balik saja hantar...lagipun tshrt dah dlm kereta..yang paling penting selamat portion yang ada pada saya boleh dijual...almaklumlah desperately cari jalan nak menghabiskan stok masing-masing .

(Sebenarnya kami telah mencetak T-Shirt Merah Hitam-ISA ZALIM dengan jumlah yang agak banyak. T-shirt ni dicetak bersempena Kempen Bebaskan Tahanan ISA-6Tahun. Setiap AJK GMI diberi 5 bundle T-Shirt tersebut @ 5 helai per bundle)

SMS out.."Ok.i dah patah balik nk g nufair"

Dengan semangatnya saya drive balik ke kedai Buku Nufair Street Sdn Bhd..di Jalan Pahang Barat...dalam hati berbunga-bunga indah dan senyuman yang mekar di dalam hati...habislah stok aku...lega..dapat juga lunch dekat Restoran Haslam..memang tengah cari tempat nak lunch pun...tapi dalam hati juga berdo'a agar Allah mudahkan untuk nak dapat parking strategic...maklumlah nak bawa turun paling banyak 5 bundle!!!!...mesti park betul-betul depan kedai Nufair tu...

Akhirnya saya sampai..dapatlah parking betul2 depan kedai Nufair, tapi berlapis dengan kereta lain..tak pe dalam hati kata..nanti kalau tuan punya kete nak keluar saya nampak..so saya pun bawa keluar 2 bundle dulu..dan meluru ke dalam kedai dgn penuh semangatnya...

Saya, sambil mengendung 2 bundle T-Shirt..."Siapa yang ada order t-shirt Merah Hitam ISA?...Ni pesanan dari Kak N".

..semangat saya bertanya... Orang dalam kedai terpinga-pinga juga..."emm...tak ada la kak, yang dulu bagi pun ada lagi ni"..mulalah adik tu tanya setiap seorang staf..semua tak mengaku..

terus adik tu kata..."che nor kot, sebab dia yang selalu buat order"...

Saya pula kata..dengan confidentnya juga..."Ini Kak N yang minta hantar ni..dia kata ada orang nak T-Shirt merah hitam 2 atau 3 bundle...urgent...katanya esok ada ceramah Anwar Ibrahim"...

Che Nor kata pulak.."Tak ade la kak...yang dulu punya pun banyak lagi...slow sikit nak jual"...sambil menunjukkan baju-baju tersebut yang telah ditenggelamkan oleh berbagai-bagai jenis t-shirt yang lain...

Dalam hati saya berkata.."Alamak macam mana ni???" Cepat-cepat saya call Kak N..berkali2 tak angkat pulak..dalam hati risaukan kereta yang diparked double..akhirnya Kak N sms, saya pun call her back...Kak N pun beritahulah kisahnya dan meminta saya menalipon Anfal, adik yang menyampaikan berita tentang permintaan T-Shirt merah hitam tersebut....

Rupa2 nya, cerita dari Anfal ialah, dia berada di kedai buku Nufair pada awalnya..kebetulan ada customer yang beria mencari-cari t-shirt merah hitam tu..tak terjumpa sebab dah tenggelam ke dalam longgokan banyak baju-baju T yang lainnya, Baju T PAS, Baju T PROTES dan macam-macam lagi.....and that man yang bagi tahu about ceramah Anwar Ibrahim and interested nak menjual agaknya...so ANfal pun menelefon lah Kak N yang menjaga semua stok baju Merah Hitam tu.....
The story and the correct Info yang Kak N dapat dari Anfal tu tak tahula bagaimana jalan ceritanya... So sebenarnya orang-orang di Kedai Nufair tu tak tahu menahu lansung, tetapi mereka noticed lah kedatangan Anfal dan suami yang menjual barangan produk "Brotherhood Arts" bersembang-sembang dengan seorang lagi pelanggan..

Kebetulan kereta yg park disebelah kereta saya nak keluar..so dapatlah saya parking dengan lebih sopan dan tak mengganggu org lain..saya pun masuk semula ke dalam nufair dan ceritakan kisah sebenarnya...barulah semua faham..saya pun tinggalkan saja 2 bundle t-shirt tu di situ...dan saya pun terus menuju ke restoran Haslam untuk lunch dengan sekenyang2nya...

Selesai makan, masuk balik Nufair untuk beli apa2 yang patut...bukan senang nak dapat parking betul2 depan kedai nufair tu. Sambil saya membelek-belek buku-buku dan barangan ada sms masuk lagi..

SMS in...."Mcmana? jd tak tinggalkan tshrt kat nufair?sory nyusahkan u"

Saya jawab "Tak pe..I dpt mkn d rest haslam n shopping d nufair..stl di sini. I tingglkn je 2 bundle"

SMS in..":) bestnye.mkn n shopping"

Saya jawab.." :)..nanti i share dlm mel"

Semalam saya pun berkongsi cerita tersebut kepada semua AJK GMI yang lain (mungkin ada yang senyum, ketawa..entah2 ada yang marah..tapi tak de lah yg marah)..sambil memberikan cadangan kepada semua bagaimana hendak melonjakkan lagi penjualan produk GMI dengan membuat promosi....Program seterusnya ialah di Taman Melawati pada 2 hb Ogos ini bersempena ulangtahun Akta ISA yang zalim digubalkan pada 1 Ogos 1960...MALAM SENI.."TANPA BICARA"...nantikan pengumumannya..program kerjasama di antara ADUN Hulu Kelang, Jemaah Islah Malaysia (JIM) Ampang Jaya dan GMI.

Begitulah kenangan hidup saya pada hari Khamis 24 Julai 2008...walaupun penat dan ada sedikit miscommunication...hati saya rasa puas...ALhamdulillah....

7 comments:

Anonymous said...

salam ummuasiah,

walaupun terpaksa patah balik, hajat nk makan di restoran haslam tercapai heheh :)

saya kagum dgn perjuangan ummu asiah.. saya doakan semakin kuat dan InsyaAllah akhirnya ISA dpt kita hapuskan..

Neeza Shahril said...

hehe.. miscommunication ni memang bahaya. neeza selalu kena dengan che' abang.. geram jugak kengkadang..
neeza pernah makan kat restoran haslam tu.. kawan ayah neeza belanja. Dia ada office dekat2 situ.. Dia pun orang kuat DSAI jugak hehehe..

ummu asiah said...

rd..
memang sedap makan di restoran tu..bnyk choicenya..memang dah tercatat agaknya rezeki nk mkn kat situ..

InsyaAllah, kena usaha kuat lagi agar ISA dihapuskan..ramai yg dizalimi

ummu asiah said...

neeza..kalau kena dgn org yg sabar ok..if not siapla kena marah..or kita take things the positive way..

Kat situ ada office Harakah,mkn kat situ mmg best..and speciality nya satu lagi is lempeng pisang..siap balut dgn daun pisang n lempeng ubi..that day pegi punya la tamak awal2 lagi dah minta bungkus 4..apa taknya selalu saja cepat habis..tapi hari tu balik mkn sikit saja..

Abang Long said...

Salam hormat wahai Ummu Asiah.

Masih ada ahli PR yang kata "buat apa pakai baju PROTES, tak dapat apa - apa pun"

ummu asiah said...

Abg Long..mungkin mereka mengharapkan dapat melihat hasil yg segera, tapi nak buat macamana kita sedang berlawan dgn pemimpin yg pentingkan untuk kenyang diri sendiri dan kroni mereka..kita rakyat yang kena terus berjuangkan..sesuatu perjuangan menjadi bertambah indah dengan disulami bermacam dugaan..ganjaran dari Allah pun berlipat ganda.

Jika ISA dimansuhkan hari ini..esoknya terpaksalah cari bidang perjuangan yang baru..hidup pun adalah sebuah perjuangan..

Anonymous said...

restoran haslam is the best!!!