Tuesday, 2 February 2010

Usaha terdesak rampas Kelantan: 'TOK GURU HARUS DIHAPUSKAN!!!"

Pada malam Himpunan Rakyat Bersama MB Kelantan yang diadakan di Dewan MPAJ AU2 Taman Keramat, salah seorang penceramah jemputan ialah YB Dr Fadzli Bin Hassan, ADUN Temangan Kelantan.

YB Dr Fadzli becakap tentang Kelantan

Beliau dijemput khas untuk berkongsi tentang keadaan sebenar yang berlaku di Kelantan dari sudut pandang orang yang berada di Kelantan sendiri. Apatah lagi rakyat di luar di seluruh Malaysia sedang memerhatikan pergolakan yang sedang berlaku di negeri itu yang pemerintahannya di bawah Tok Guru dipandang begitu tinggi sekali dan menjadi contoh yang harus diikuti oleh negeri-negeri yang baru diambil alih oleh Pakatan Rakyat. Kelantan berjaya diperintah di bawah pimpinan Tok Guru 20 tahun lamanya walau mereka dinafikan pelbagai hak yang sepatutnya mereka dapat dari kerajaan Pusat.

YB Dr Fadzli memaklumkan bahawa keadaan Negeri Kelantan kini tidaklah seperti yang kita semua sering dengar dan baca di media massa. Segala laporan yang digembar-gemburkan adalah tersasar.

Beliau memberikan contoh 2 peristiwa besar yang baru sahaja berlaku di negeri itu.

1. Perjumpaan Muhibbah dengan 200 pemimpin pelbagai agama. Seluruh ketua-ketua agama yang ada di Malaysia telah turut hadir. Menurutnya komen seorang Ketua Paderi yang hadir ialah perjumpaan itu adalah sangat bersejarah dalam keadaan negara yang sangat sensitif tentang isu agama.

Ini memang sudah tentu menjadi tamparan yang amat hebat bagi kerajaan BN yang menyangka isu agama khususnya dalam isu Kalimah Allah akan menjahanamkan ikatan perpaduan di antara PAS, DAP dan PKR.

2. Perjumpaan raksaksa di Kelantan mengenai isu tuntutan royalti minyak yang turut dihadiri oleh Ku Li, Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li telah membuat pengakuan bahawa Kelantan ada sebuah negeri yang sah dan patut menerima royalti sebanyak 5% dari PETRONAS.

Menurutnya lagi dengan kejayaan Rakyat dalam PRU Mac 2008 dan dengan 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan cukup membuktikan bahawa bukan Barisan Nasional sahaja yang mampu memerintah.

Kelantan telah membuktikan bahawa pimpinannya tidak ada yang disabitkan dengan kesalahan rasuah. Maka dengan sebab itulah mereka cuba buat apa sahaja untuk pastikan mereka menang.

Usaha BN rampas Kelantan

Isu yang penting di fikiran pimpinan Barisan Nasional ialah bagaimana kerajaan BN hendak terus pegang kuasa di Kelantan, bagaimana BN nak rampas semula Kelantan.

Apakah sebab utamanya mereka terlalu rakus dan terdesak mahu merampas Kelantan????

....sebab kekayaan yang ada di Kelantan. Menurut YB Dr Fadzli sudah ada laporan menyebut bahawa dalam tempoh masa 20 tahun Kelantan akan menjadi negeri pengeluar minyak yang terbesar.

Maka UMNO BN telah merekacipta berbagai isu kecil-kecilan untuk pastikan niat mereka untuk merampas Kelantan berjaya.

YB Dr Fadzli
Hilangkan Kepercayaan

Perkara pertama yang mereka perlu dan sedang buat ialah menghilangkan kepercayaan orang bukan Melayu kepada Melayu, bukan Islam kepada Islam.

Komen penulis: inilah yang sedang berlaku kini, dalam isu kalimah Allah, mereka sangka pasti orang Islam dan Melayu khususnya akan 'berperang' dengan orang bukan Islam, namun perkara yang sebaliknya berlaku, semua agama dan bangsa masih boleh terus duduk bersama, berjumpa dan berbincang dengan baik.

Mereka kemudiannya menggunakan kekerasan dan keganasan dengan insiden pembakaran gereja agar orang bukan Islam khususnya benci pada orang Melayu Islam,ianya tetap tidak berjaya, malah rakyat lebih terasa akan adanya propaganda dan konspirasi di sebalik semuanya ini.

Terkini berlaku pula insiden kepala Babi hutan diletakkan dengan kemas beserta duit di beberapa buah masjid. Mereka kira orang Melayu dan Islam akan hilang kewarasan dan bangun mengamok lantaran sifat melayu yang mudah mengamok. Ternyata ianya tidak berlaku...Melayu Islam masih waras...sumber maklumat utama rakyat bukan lagi Utusan Melayu, Berita Harian, RTM dan TV3 tetapi media alternatif dan internet.

Akhirnya...langkah dan alat terakhir mereka ialah dengan menggunakan ISA!!!!!!....kerajaan yang zalim dan dayus!!!!

Matikan Karakter Tok Guru!!

Langkah mereka seterusnya menurut YB Dr Fadzli, ialah cubaan memecahkan perpaduan antara Pakatan Rakyat, DAP-PAS-PKR. Mereka laga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat.

Paling penting di Kelantan ialah mereka mahu rebut kuasa dari PAS, bagi mereka selagi Tok Guru Nik Aziz masih ada, rancangan mereka sudah tentu sukar dan tidak akan berjaya, maka mereka perlu hapuskan Tok Guru, mereka wajib matikan karakter Tok Guru, Character Assasination!!!!!

Bila ini berlaku maka orang ramai akan rasa hilang kepercayaan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, hilang rasa hormat kepada kepimpinan Tok Guru yang dianggap sebagai Tiang Seri di dalam PAS. Jika ini berlaku maka dengan mudahnya Kelantan akan dirampas. Dengan terjadinya hal ini, negeri-negeri lain juga mudah untuk mereka rampas.


Bukan kerana Melayu!!

YB Dr Fadzli juga menceritakan tentang pengalaman ayahnya yang juga bekas ADUN dan pernah menerima tawaran rasuah sebanyak RM 4 juta, dan peristiwa ini berlaku di dalam masjid. Tawaran yang diberikan oleh pemimpin UMNO BN untuk ayahnya berpaling tadah dan keluar dari PAS. Sejumlah wang sudahpun dibawa masuk ke dalam masjid untuk diserahkan sekiranya bersetuju. Namun diatas sebab yakin dengan amanah yang dipikul maka tawaran wang berjuta ringgit itu tidak dihiraukan.

Menurutnya lagi dengan suara dan semangat yang lantang " Mereka hendak lagakan orang Melayu dengan bukan Melayu, apa ada pada Melayu???....sanggupkah kita mati kerana Melayu???

Kita semua berjuang atas nama Allah, atas nama Islam dan bukannya Melayu!!!

Beliau mengingatkan kita bahawa kita semua berada di atas landasan yang benar. Contoh yang berlaku di zaman Nabi (SAW) dan para sahabat di mana mereka bukan sahaja berhadapan dengan musuh dari kalangan bangsa malah dari kaum keluarga sendiri.

Kita diajak agar sentiasa merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah. Kita juga digalakkan untuk menggunakan semua saluran yang ada untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan maklumat khususnya kepada pengundi Kelantan yang berada di luar Kelantan.

UMNO BN juga menggunakan segala saluran yang ada untuk menyampaikan bermacam-macam fitnah. Namun ternyata segala tohmahan dan fitnah membawa lebih sokongan kepada kita (Pakatan Rakyat).

Exco Selangor Dr Hassan Ali juga turut berucap pada malam tersebut, juga menceritakan dengan penuh semangatnya yang tersendiri tentang usaha BN menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor...namun penulis gagal menumpukan perhatian maka tidak ada laporan yang dapat dituliskan di sini.

Seterusnya hayatilah imej-imej yang berjaya dirakamkan pada malam tersebut.....





2 comments:

Unknown said...

i oso lop tok guru~!

mapuhhh la sapo2 nok buat keghenak korr tok guru gak!

hehehe.

ummu asiah said...

Pp..

tu dia..keluaq slang kelate dah..

memang nak mapuhh pun depa ni..tak ingat akhirat lansung..ke dunia saja nak bolot semua!!!