Sunday, 21 February 2010

BUKIT AMAN-Beri peluang keluarga bertemu tahanan ISA

30 hari dalam tahanan.

Esok Isnin 22hb Februari 2010 menandakan sudah 1 bulan atau 30 hari sudah 9 orang tahanan ISA yang terkini berada di dibawah taklukan Polis Di Raja Malaysia. Sehingga kini mengikut maklumat yang kami terima hanya sebuah keluarga telah dibenarkan berjumpa dengan tahanan.

Manakala seorang lagi isteri tahanan ISA telah dapat berhubung dengan suaminya melalui telefon selama hampir 2 jam.

Keadaan terkini keluarga.

Kami di Gerakan Mansuhkan ISA dari sejak penubuhannya mempunyai satu unit untuk membantu kebajikan keluarga tahanan ISA. Bantuan dari segi kewangan, kebajikan lebih-lebih lagi sokongan moral kepada mereka.

Petang ini InsyaAllah, kami akan membawa sebuah keluarga iaitu keluarga Bashirah untuk keluar membeli barangan keperluan untuk beliau dan 3 orang anaknya. Saya telah melawat keluarga ini di rumahnya, memang agak daif kerana suaminya tidak mempunyai biasiswa dan bergantung kepada gaji bulanan mengajar bahasa Arab di sebuah sekolah swasta di Ampang.

Sebuah keluarga lagi iaitu satu-satunya rakyat Malaysia yang ditahan ialah keluarga Ustaz Azzahari telah pulang untuk tinggal bersama keluarganya di kampong kerana menurut ayahnya yang berjaya dihubungi "susahla depa nak tinggal sendiri di sana, sapa nak bagi makan dekat anak-anak yang kecik2 lagi tu".....memang beginilah nasib tahanan ISA, kerajaan menangkap kemudian nasiblah apa yang terjadi kepada ahli keluarga mereka.....

Hingga ke tarikh ini juga ke semua peguam yang telah dilantik oleh ahli keluarga untuk mewakili setiap orang tahanan juga tidak dibenarkan berjumpa dengan tahanan ISA sedangkan menjadi hak peguam berjumpa dengan anak guamnya.

Habeas Corpus.

Para peguam dari Majlis Peguam telahpun mengemukakan permohonan ke Mahkamah untuk mendengar permohonan Habeas Corpus. Tarikh yang diberikan oleh Mahkamah adalah tidak menasabah dan lansung tidak mengambil kira tentang perihal keadaan tahanan yang ditahan tanpa sesiapa dibenarkan berhubung. Tarikh yang diberikan adalah pada 10 hb Mac. Sedangkan kini pihak Menteri Dalam Negeri sedang di dalam proses untuk menghantar mereka pulang sedangkan mereka tidak ada bukti apa-apa kesalahan yang telah semua mereka yang ditahan lakukan.

Maka untuk memastikan keadaan dan nasib semua tahanan terbela, kami di Gerakan Mansuhkan ISA akan membawa keluarga ke Bukit Aman bagi mendesak agar pihak PDRM khususnya pihak Cawangan Khas membenarkan ahli keluarga bertemu dengan suami dan saudara mereka.

Ke BUKIT AMAN.

Maklumat adalah seperti di bawah:

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) and Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) will be going to Bukit Aman (Police Head quarters) to pressure the police to allow the lawyers to visit the detainees that have been detained recently under the ISA. They were arrested on the 21st January 2010 at Sungai Cincin. They are under the police detention for past 28 days. Until today they were not allowed for a legal assistance.

The details of the program as below:

Date: 22nd February 2010

Time: 11am

Place: Bukit Aman (Lake Garden Entrance)

Hope your organization would send a representative to this event. Thanks for your kind attention and support.

Released by,

Nalini.E

Secretariat GMI & Suaram Coordinator

019 3758912

No comments: