Sedap gak sekali sekala sebut MANGKUK HAYUN!!!!!
Tak lah isu besar sangat yang dibangkitkan tu. Dahla sentiasa macam tek gheti nak kira saja....biaqpila Utusan ni bankrap...memang kaki fitnah betul dan sengaja nak memburukkan orang...gerammmm.....
Kehadiran penyokong Anwar terus hambar SO WHAT!!!!!!
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Walaupun pelbagai usaha dilakukan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya lebih ramai penyokong parti itu datang setiap kali perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung, namun sambutan yang ditunjukkan tetap hambar.
Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, hanya kira-kira 30 penyokong pakatan pembangkang sahaja yang hadir menyambut ketibaan Penasihat PKR itu.
Jumlah penyokong Anwar itu ternyata tenggelam di sebalik bilangan 'penonton' iaitu orang ramai yang mempunyai urusan di mahkamah serta wakil media.
Ketibaan Anwar dan peguamnya, Karpal Singh pada pukul 9.17 pagi disambut oleh beberapa pemimpin pembangkang.
Bagaimanapun jumlah penyokong Anwar kemudiaannya dilihat sedikit bertambah sehingga mencecah kira-kira 70 orang menjelang pukul 10 pagi.
Seperti biasa, kumpulan penyokong fanatik itu yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas dan golongan belia melaungkan perkataan reformasi setiap kali mereka melihat Anwar.
Sementara itu di pekarangan mahkamah terdapat sekumpulan penyokong Anwar membaca Yassin.
No comments:
Post a Comment