Thursday, 25 February 2010

WARGA FELDA TUNJUK PERASAAN

Tarikh 24hb Februari 2010 adalah satu tarikh yang bersejarah bagi sebuah perjuangan rakyat. Bagaimana rakyat dari luar bandar, khususnya mereka yang menjadi warga peneroka telah turun ke Bandaraya besar dan gah, Kuala Lumpur untuk mengadu untung nasib hidup mereka.
Bukan mereka tidak pernah mengadu nasib malang mereka kepada mereka yang terdekat, seperti biasa segala saluran yang ada telah digunakan untuk membuat pengaduan ini, namun sudah tentulah hasilnya tidak memuaskan hingga mereka terpksa turun dan mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia untuk mendengar keluhan mereka.

Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda SeMalaysia (Anak) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.

Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dalam dalam satu pertemuan dan penyerahan memorandum kepada Suhakam di pejabat suruhanjaya berkenaan, petang tadi.

Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.

Aduan itu didengar dua Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Subramaniam dan Datuk Khalid Ibrahim di tingkat 29 Bangunan Suhakam, sebelum menerima memorandum daripada Mazlan.

Maklumbalas dari Pesuruhjaya SUHAKAM seperti yang dipetik dari laporan Harakahdaily menyebut :

"Khalid dalam responsnya dalam pertemuan itu mengakui tidak pernah mendengar sebarang aduan buruk berkaitan Felda dan tidak menyangka terdapat banyak masalah yang membelenggu para peneroka di seluruh negara."

Saya juga pada dasarnya boleh bersetuju dengan kenyataan ini, kerana kita sering mendengar boleh dikatakan setiap tahun ketika sambutan hari raya, hujung tahun ketika musim pembukaan sekolah pasti kerajaan mengumumkan bayaran bonus kepada para peneroka.

Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan Suhakam itu berjanji akan membincangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya pada 8 Mac depan dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada Felda berhubung aduan itu.

Beliau juga berkata, pihaknya akan mengkaji keperluan untuk mengadakan siasatan awam seperti yang dicadangkan Anak.

"Kami menerima memorandum yang akan diserahkan pada hari ini dan akan mengkaji seluruh aduan yang dibuat sebelum membuat keputusan samaada akan mengadakan siasatan awam atau tidak. Ini bukan lagi public inquiry, tapi national inquiry kerana melibatkan seluruh Malaysia," ujarnya.(harakahdaily)


Rupanya apa yang tidak kita ketahui ialah jumlah wang simpanan para peneroka hasil titik peluh mereka membanting tulang memerah susu getah mengait kelapa sawit dipotong setiap bulan sebanyak RM 40 selama 15 tahun. Mereka menganggarkan jumlah wang simpanan mereka sehingga tahun 2002 berjumlah RM17,000.00.

Kebanyakan warga FELDA generasi pertama ini cuba untuk memohon mengeluarkan wang ini untuk kegunaan mereka, tetapi ianya adalah satu usaha amat sukar, sedangkan ianya adalah milik mereka. Bayangkan berapa banyak agaknya FELDA telah meraih keuntungan dari pelaburan atau apa saja dari wang hasil penat lelah warga tua dan susah ini.

Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan Suhakam itu berjanji akan membincangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya pada 8 Mac depan dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada Felda berhubung aduan itu.

Beliau juga berkata, pihaknya akan mengkaji keperluan untuk mengadakan siasatan awam seperti yang dicadangkan Anak.

"Kami menerima memorandum yang akan diserahkan pada hari ini dan akan mengkaji seluruh aduan yang dibuat sebelum membuat keputusan samaada akan mengadakan siasatan awam atau tidak. Ini bukan lagi public inquiry, tapi national inquiry kerana melibatkan seluruh Malaysia," ujarnya.(harakahdaily)

Apa lagi aduan mereka....setelah berpuluh tahun meneroka tanah yang diberikan oleh kerajaan..di mana dengan wang tersebut mereka membesarkan anak-anak, dengan hasil mereka negara turut menerima faedahnya, mereka menuntut hak mereka seperti yang telah dijanjikan. Mereka inginkan hak milik ke atas tanah yang telah lama mereka terokai...lihat sendiri wajah-wajah tua generasi pertama ini......

Untuk mendapat geran dan hakmilik peneroka diikat dengan berbagai syarat yang mencengakam hidup mereka dan menyusahkan mereka.

Ahmad Nizam Peguam yang mewakili mereka mendakwa, perjanjian yang dibuat di antara Felda dan peneroka adalah berat sebelah dan keterlaluan.

"Perjanjian itu tidak ada tarikh tamat. Kalau ikut perjanjian tersebut, peneroka akan terikat dengan Felda dan bila sebut peneroka, ada terma yang mengikat waris, anak, cucu dan sebagainya akan terikat juga dengan Felda," katanya. (harakahdaily)


Dalam pada itu, bercakap kepada media sebelum pertemuan dengan Suhakam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berjanji akan terus membawa isu penindasan peneroka dalam perbahasan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 15 Mac depan.

"Kami di pihak Ahli Parlimen tidak pernah putus asa berdebat mengenai isu peneroka di Dewan Rakyat.

"Saya berjanji di atas nama ahli Parlimen bahawa kita akan tetap membahaskan mengenai akta GSA ini dan ia merupakan satu topik yang penting kerana GSA cukup menindas dan mencengkam peneroka," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mahukan nasib golongan peneroka dibela.

"Kita akui sumbangan Felda kepada perkembangan ekonomi negara. Tapi peneroka masih menghadapi banyak masalah di bawah Felda. Sebab itu kita setuju bersama gabungan ini untuk mengambil isu ini secara serius dan mengkaji dasar sekarang supaya kita benar-benar menghargai sumbangan para peneroka," katanya.(harakahdaily)








Akhir sekali untuk menutup laporan ini....peserta dari cawangan mesti ada....wah ini satu laporan baru untuk mereka lengkapkan file mereka....lepas ni banyak lagi...demo...demo......

Di bawah saya salinkan laporan dari blog tukartiub untuk berita berkaitan..elok untuk baca dan fahami dan ketahui siapa bela siapa....

MBFM DAKWA ANAK CUBA PECAH BELAH FELDA
– berita hairan

Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Pengarah Besar Felda, Dzulkifli Abdul Wahab, bagi membantah cubaan untuk memporak-perandakan gagasan Felda.

Presidennya, Anuar Abdul Manap, berkata memorandum itu menyatakan bahawa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang kononnya mewakili golongan belia, adalah pertubuhan tidak berdaftar dan cuba memecah-belahkan keharmonian warga Felda.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa MBFM yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak 1991 dan Pendaftar Pertubuhan Belia sejak tahun lalu, adalah wakil sah yang diberi mandat oleh 317 cawangan pertubuhan belia Felda di seluruh negara untuk mewakili golongan muda dan bukannya Anak.

"Dakwaan Anak bahawa mereka mempunyai hampir 1.5 juta ahli tidak benar kerana mereka tidak berdaftar, macam mana nak buktikan ahli mereka seramai itu? Kami yang berdaftar ini pun hanya mempunyai 100,003 ahli dari kalangan belia berusia 15 hingga 40 tahun," katanya.

Anuar berkata, kepimpinan MBFM yang baru akan bergerak lebih aktif bagi menyelesaikan isu membabitkan generasi muda Felda melalui saluran yang betul.

Ketua Peneroka SeMalaysia, Samsudin Othman pula berkata kebanyakan dakwaan Anak mengenai kelemahan Felda adalah salah.

"Felda dah banyak bantu peneroka jadi saya minta agar pihak berkuasa mengharamkan pertubuhan ini," katanya.


KAH KAH KAH...

kah kah kah... PERHATIKAN DUA BERITA INI.... kah kah kah..

woit... SAKSIKAN .... MANA SATU YANG BETUL BERJUANG UNTUK PENEROKA... kah kah kah....

woit.... SATU PERSATUAN MENIMBULKAN TUNTUTAN PENEROKA...kah kah kah...

kah kah kah... YANG SATU LAGI SIBUK FASAL SIAPA YANG SAH DAN BERDAFTAR.... kah kah kah....


nota:
mari melihat sejarah
ketika rakyat bangun mengangkat senjata melawan british
ada gerombolan yang bangun melawan orang yang melawan british.
pabila rakyat angkat senjata nak halau penjajah
muncul pak sibuk lawan orang yang angkat senjata lawan penjajah

sekarang sejarah berulang lagi
satu kumpulan bangun menuntut keadilan untuk peneroka
satu kumpulan lagi menentang orang yang bangun menuntut keadilan
kah kah kah

2 comments:

Anonymous said...

Mungkinkah ini bahana dari pengkitaran hak-hak internet yang disalahgunakan oleh pihak yang terlibat?

Mungkinkah kerana kerugian institusi keewangan telah terus melemahkan keberdayaan keewangan negara-negara?

Mungkinkah pembinaan sempadan yang menghadkan ketelusan sehingga ia menjadi sebuah penjara tidak lagi menjadi tempat terbaik untuk mengubah manusia yang memiliki hak-hak kerakyatan untuk dibela?

Mungkinkah doa-doa mereka yang teraniaya mulai menurunkan hijab-hijab rahsia.

Segalanya mungkinkah.

ali said...

Thanks kak nashita atas gambar-gambar yg menarik.