Tuesday, 9 February 2010

ISA yang terus ZALIM DAN MENZALIMI "we have to be cruel in order to be kind" so sweet...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung.

Beberapa bulan sebelum ini kami di Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA khususnya merasa agak lega apabila kumpulan terakhir tahanan ISA akhirnya dibebaskan. Mereka-mereka yang sudah lama terkurung di KEMTA akhirnya dilepaskan juga keluar dari tembok batu dan pagar besi Kem Kamunting setelah dikurung selama hampir 8 tahun!!!!. Lama tu...selama itu juga ahli keluarga khususnya menderita menanti kepulangan orang yang tersayang.

Itulah bahagian yang paling menyeksakan yang ada dalam akta ISA yang membolehkan seseoran ditahan selama 60 hari di bawah seksyen 73 (1) dan kemudiannya untuk tempoh 2 tahun di bawah seksyen 8 pula. 2 tahun ini boleh disambung hingga tempoh yang paling lama pernah dialami oleh bekas tahanan ISA hingga ke 21 tahun. Inilah yang paling zalim kerana keluarga tidak akan pernah tahu bila mereka akan dibebaskan, mereka akan terus menunggu dari hari ke hari hingga dari tahun ke tahun.

Kami sungguh merasa amat lega apabila suami kepada salah seorang AJK GMI Mat Sah Mohd Satray akhirnya dibebaskan dan Kementerian Dalam Negeri dengan kuasa yang ada di tangannya dengan bala tentera polis Cawangan Khas terus menahan hanya 9 0rang sahaja di dalam KEMTA.

Azam teguh ISA dimansuhkan.

Kami terus menguatkan azam untuk berjuang agar ISA dimansuhkan agar tidak ada lagi rakyat dan manusia akan menderita dizalimi. Kerajaan pula sibuk dengan janji untuk meminda ISA supaya nampak lebih indah di mata.

Namun tiada siapa menyangka bahawa ISA tetap terus digunakan, kini bukan sahaja khusus untuk menangkap rakyat Malaysia sahaja namun warganegara asing yang datang secara sah ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di sini juga turut ditangkap atas dakwaan menganggotai gerakan Pengganas Antarabangsa yang mempunyai kaitan dengan Al Qaeda. Sesuka hati mereka menuduh mereka begitu dengan hasil risikan pegawai mereka yang Intelligent. Ini pengakuan yang dibuat oleh Ketua SB sendiri ketika kami berpeluang bertemu dengan Kementerian Dalam Negeri.

Pakar Risikan.

"Maklumat risikan bahawa mereka pernah menyertai latihan di Afghanistan dan Yaman." Inilah alasan untuk sewenangnya menahan seseorang individu di bawah akta Zalim ISA.

Sekiranya seseorang mengatakan bahawa mereka menyertai pertubuhan dan parti politik yang sah pula mereka akan memberi alasan ini. :"menjadi ahli mana-mana pertubuhan adalah antara cara penganas untuk mengabui pihak berkuasa akan kegiatan sebenar mereka."

Bertindak GANAS

Pada 21hb Januari 2010, pihak berkuasa telah mengepung dan merempuh sebuah rumah di Kampong Sungai Cincin Gombak di waktu malam ketika sekumpulan 50 orang sedang mengikuti kelas pengajian mingguan mereka di bawah Ustaz Aiman Al Dakkak Warga Syria. Kesemua mereka dengan kasarnya telah dibawa pergi oleh polis untuk disoal-siasat. Kebanyakan dibebaskan pada awal pagi 22hb Januari dan meninggalkan 9 0rang untuk terus ditahan dan diseksa dengan soal siasat.

Kali ini kami di Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA perlu menempuh cabaran memastikan suami-suami dan ahli keluarga yang terlibat ini segera dibebaskan dan pada masa yang sama perlu cuba meringankan beban mereka.

Apa lagi dengan faktor penggunaan bahasa yang berbeza dan kurangnya maklumat atau lansung mereka tidak memahami apa itu ISA, dan mengapa ianya sampai harus digunakan ke atas mereka.

"Please release our husband."

"Why, why the government of Malaysia caught my husband, he's just studying here and come to hear Islamic discussion"

"When can I see my husband?" " Soon, sister?" "My children is asking for their father" " When are they going t0 release my husband?"

Itulah soalan-soalan yang perlu kami layan. Pastinya kami tidak memberi satu pun jawapan yang pasti akan bilakah mereka dapat bertemu suami-suami mereka mahupun bilakah suami mereka akan dibebaskan. Kerana ISA adalah meliputi semua yang tidak pasti, malah tidak tahu apa kesalahan sebenar mereka. Apatah lagi hendak pastikan bukti apa yang mereka ada, semuanya hasil rekaan pihak SB semata.

ISA : SIAPA BERKUASA?

Anda tidak percaya? memang benar..bila ditanya kepada Menteri Dalam Negeri tentang tahanan terkini Menteri menjawab "Oh ini anda kena tanya kepada Dato' Fuzi" (tak pasti ejaan sebenarnya) tapi beliau adalah seorang SB yang berjawatan tinggi. Semasa kami bertemunya bersama dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri beliau mengaku bahawa beliau adalah bekas Ketua SB di Sabah dan bertanggungjawab menangkap 143 orang tahanan ISA termasuk ramai dari Sabah, dengan bangganya menabik dada.

"Puan mana tahu apa aktiviti suami Puan, kami tahu beliau aktif dan kalau ikut saya saya tidak akan membebaskan suami Puan"

"Tahu tak kalau kita tidak menggunakan ISA, entah entah akan ada banyak letupan di sana sini di Malaysia ini".

"Nordin Mat Top tu kalau tak ditangkap dan tidak mati, dia dah plan nak letupkan Singapore Causeway!!!"

Oh My God!!! Hebat orang Malaysia ni.

"Kesian anak-anak dia yang kecik-kecik lagi". Begitulah lebih kurang yang keluar dari mulut seorang Ketua SB.

FALSAFAH TANGKAPAN ISA

Katanya lagi " We have to be CRUEL in order to be KIND". Wah berfalsafah pula dia.

Alasan yang paling bodoh yang pernah saya dengar sepanjang hidup saya untuk menahan seseorang tanpa dibicarakan.

"ISA ni mudah, kalau ditangkap di bawah akta Jenayah lagi susah kerana boleh ditahan hingga ke 28 tahun lamanya atau kerajaan Amerika yang ambil dan akan diseksa dengan lebih teruk lagi". Sedap mulut mereka berbicara.

NATIONAL SECURITY and Judiciary

Jadi inilah cabaran untuk kami kini, untuk memastikan semua mereka dibebaskan segera atau bawa mereka ke Mahkamah untuk dibicarakan, tapi.....kata wakil dari Jabatan Peguam Negara ketika kami menemui KDN tempoh hari ialah,

"In the case of National Security, the best judge is not the judiciary system".

....ha itu alasan kukuh mereka kenapa ISA perlu digunakan, Tahan Tanpa Bicara dan tidak perlu dibawa ke Mahkamah dan tidak perlu dikemukakan apa-apa bukti sebab The Judiciary is not the best Judge...ini bukan saya kata ya...tapi wakil dari Pejabat Peguam Negara.

Penderitaan Anak-anak-penantian

Maka tinggalah anak-anak ini yang lansung tidak mengerti apa-apa terus menanti kepulangan ayah mereka. Sampai waktu pihak cawangan khas rasa puas hati baru mereka dibebaskan, kini mereka tidak boleh dibebaskan kerena mereka 'tidak cooperate' tidak beri kerjasama.

Buat masa ini menderita lah dulu wahai anak kecil kerana Kerajaan Malaysia perlu bertindak zalim kerana ingin jadi baik...ingin Malaysia yang punya 26 juta orang penduduk ini aman dari letupan di sana-sini kerana ayah anda pada masa ditangkap telah dituduh mengancam keselamatan dan bergabung dengan Pengganas Antarabangsa.

Namun dengan jelasnya menurut seorang dari mereka yang terlibat mereka sebenarnya dikaitkan dengan kumpulan WAHABBI...apa kes????

(nota dari ummu asiah: ada seorang yang tinggalkan jejak di chat box di sebelah kanan, bukan main lagi sudah tahu bahawa mereka ditangkap kerana mereka itu adalah 'pengganas wahabbi!!!...musykil..mana dia dapat maklumat tu..sebab SB yang intelligent saja yang tahu sebenarnya apa alasan tangkapan).


Ini wajah comel anak yang akan terus menderita...kami di PSK GMI berjaya menjejaki mereka untuk menghulurkan bantuan yang terdaya untuk meringankan beban mereka. Bukan mudah untuk ke kawasan tempat tinggal mereka kawasan yang berbukit dengan jalan yang sempit. Di sinilah mereka menumpang sementara bersama penduduk Melayu sekitarnya dalam masa mereka melanjutkan pelajaran di sini. Ini adalah wajah-wajah yang biasa dapat di lihat di sekitar Gombak terutama sekali di persekitaran Universiti islam Antarabangsa Malaysia.

Kami dibawa ke rumah di mana berlakunya kejadian tangkapan pada malam 21hb Januari yang lepas. Rumah yang digunakan untuk mereka menjalankan kelas pengajian mendalami kitab Sahih Bukhari.


Mereka menceritakan bagaimana sekumpulan pihak berkuasa yang mungkin dari UTK Unit Tindakan Khas telah merempuh dengan menendang dan memecahkan pintu depan rumah tersebut.

Bersenjata!! Ingat Peristiwa Memali??

Mereka siap bersenjatakan pistol dan senapang. Mereka mengacukan senjata ini ke arah mangsa yang ditahan dan mengarahkan mereka semua duduk dan berdiam diri. Kesemua mereka ditangkap dan digari dengan gari plastik dan dibawa masuk ke dalam lori polis yang sudah siap tersedia menanti.

Salah seorang dari mereka yang menumpang kenderaan kami ketika ke rumah tersebut telah menunjukkan kepada kami bahawa sepanjang jalan yang agak jauh menuju ke rumah tersebut telah dipenuhi dengan polis yang bersenjata. Terbayang imej peristiwa Memali.


Kerosakan hasil perbuatan ganas pihak berkuasa yang merempuh masuk ke dalam rumah tersebut.


Kesan pintu yang telah dipecahkan dan telah dibaiki semula oleh mereka yang tinggal.


Gambar salah seorang yang masih ditahan di bawah ISA.

Cari BOM??

Gambar bilik yang telah digeledah dan disepahkan oleh pihak berkuasa. Saya sering mendengar kesah-kesah dari isteri tahanan ISA bahawa seluruh rumah mereka akan digeledah ketika polis dengan zalimnya masuk ke dalam rumah tanpa membuang kasut semestinya. Habis semua digeledah dan disepahkan hingga ke dapur bilik air hatta hinngga memanjat ceiling rumah dengan tujuan mencari barang bukti yang tidak pernah mereka temui.


Seorang isteri bekas tahanan ISA pernah menceritakan kepada saya bahawa beliau mengambil masa yang lama hampir sebulan untuk mengemas semuanya kembali kepada asal dengan trauma yang perlu mereka lalui.

Mereka juga menceritakan bahwa polis yang datang siap membawa mesin atau alat pengesan bom mungkin dengan menghalanya ke atas tanah dan mencari sesuatu yang juga tidak ditemui..saat ini Puan Aliza yang turut hadir mencelah dan berkata " At least they brought with them a machine to find bombs. In my husband's case they just accused them as having bombs, grenade launcher and molotov cocktails and they reported in the front page of all their newspapers"

Ini yang berlaku pada tahanan ISA di zaman reformasi dulu. Mereka dituduh seperti di atas tetapi sepanjang soal siasat mereka hanya ditanya tentang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan LIWAT!!!!....episod 1998 yang kini diulangtayang...ish..takkan lah mereka masih tanya soalan tersebut kepada tahanan ISA yang terkini....namun atas maklumat yang diterima..memang tidak tetapi tentang WAHABBI.....tah papelah...

2 comments:

Merah Hitam said...

OT kata,sejak bila pula Allah beri kebaikan pada kezaliman beserta pelaku kezaliman dan juga pendukung2nya.
"...dan Allah tdk memberi petunjuk kepada org2 yg zalim."(as saff:7)
"...dan jgnlah Engkau tambahkan bagi org2 yg zalim itu selain kebinasaan." (Nuh:28)
"sesungguhnya org2 yg mendatangkan cobaan (kesusahan/penyeksaan)kpd org2 mukmin lelaki dan perempuan kemudian mereka tdk bertaubat, maka bagi mereka azab (neraka) yg membakar."(Al Buruj:10)

Zulk said...

Marilah kita bersama2 berdoa memanjatkan luahan hati kita kepada Allah SWT yang Maha Tinggi dan Maha Kuat.


Ketika semua penjuru dunia dirasakan sempit, semua tempat dirasakan tidak memberi ruang kepada kita, kepada Allah lah tempat tujuan.


Sesungguhnya tidak ada hijab di antara Allah dan Orang yang di Zalimi. Bangun solat tahajjud 2 rakaat, solat taubat, kemudian solat hajat.


Minta Allah jahanamkan kehidupan syaitan2 yang zalim ini...



Allahuaklam